Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tahan pelajar ponteng


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
tahan pelajar ponteng


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Awas kepada murid yang ponteng sekolah. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diberi kuasa menangkap pelajar yang terbabit dalam gejala itu.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, cadangan menggunakan kuasa polis itu dibuat memandangkan gejala tersebut merupakan salah satu penyumbang utama berlakunya masalah sosial dan jenayah di negara ini.


Malah katanya, cadangan yang telah dikemukakan kepada Kabinet itu akan memberi ruang kepada PDRM bersama-sama dengan pihak sekolah dan ibu bapa berusaha membendung masalah itu.


“Aktiviti ponteng ini adalah satu gejala yang serius dan ia perlu disusuli dengan langkah penguatkuasaan yang kuat untuk membendung masalah ini daripada terus berleluasa,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Menangani Gejala Disiplin Murid Menerusi Jelajah Bersama Media Massa anjuran Kementerian Pelajaran di sini hari ini.


Kempen jelajah yang membabitkan 10 bandar utama di pantai barat Semenanjung dan mengambil masa selama sembilan hari itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat supaya bersama-sama menangani masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah seperti buli, ponteng dan sebagainya.


Malah, program yang membabitkan kerjasama dengan akhbar Utusan Malaysia dan PDRM itu turut disusuli dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk mendidik masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar sekolah akan tanggungjawab mereka mengatasi masalah itu.


Dalam pada itu, Noh ketika ditanya sama ada pihaknya akan memperkenalkan semula hukuman rotan di khalayak ramai bagi membendung masalah disiplin pelajar memberitahu, pihaknya tidak bercadang untuk berbuat demikian.


Menurutnya, walaupun kuasa merotan hanya diberikan kepada pengetua dan guru besar, ia bukan satu langkah berkesan dalam menangani masalah itu.


“Kita melihat bahawa hukuman rotan bukan sebagai satu bentuk penderaan, tetapi ia lebih kepada salah satu pendekatan mendidik pembentukan disiplin pelajar.


“Namun ia bukanlah satu pendekatan yang berkesan, sebaliknya kerjasama semua pihak seperti sekolah, ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa adalah satu bentuk pendekatan terbaik dalam menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.


---
laarr..apsal x buat dari dulu lagi!!


sumber:www.utusan.com.my



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:

nnt kita tgk sendiri sama ada berkesan ke tak cara yg diambil oleh pihak kerajaan ni yg meletakkan kuasa menangkap pelajar ponteng ni ke tgn pihak polis..

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

sudah terhantuk baru tergadah......inilah yg sesuai di gambarkan buat masa skrang ni..kalau dari dulu lg amik tindakan yg mcm ni baru gejala ponteng skolah akn berkurangan

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Senior Member

Status: Offline
Posts: 157
Date:

ni sebenarnya satu cadangan aje tapi tidak diluluskan oleh pihak kementerian sebab pihak polis masih banyak lagi tugasan lain yg perlu dipantau..memantau pelajar ponteng akan membebankan lagi tugas mereka (sumber : BERITA HARIAN)

__________________
FRIENDSHIP isn't a big thing...Its millions little things...


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

actually police pun dah byk keja dah pun kan..dgn kes bunuh2, rompak lgi..tp blh la try cara ni..tgk mcmana..apa yg pntng student kena sedar n parents should play their roles la kan..jgn la lps tgn trs

__________________
farahsalleh


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

hurmm dengaq cita nieyh ...rase gerun pon ade

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Senior Member

Status: Offline
Posts: 157
Date:

kenapa kan jua pelajar suka ponteng..


tapi kebanyakan nya ialah orang lelaki lah kan..


betul kate fear factor tu..


nanti kalo sudah terhantuk baru nak tergadah..




__________________
dont give up.. always be happy..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Klu pekare ni d laksanakn ms zmn aku sekolah dulu, musti aku da jd manusia yg berguna. Tak lah aku jd tengkorak mcm skrg ni. Kata rie dgn nada teresak esak d susuli ingus kaler ijau.


Rie telah mati akibat tersangkut dekat pagar sekolahnyer semasa cubaan utk ponteng sekolah. beliau mati beragan x ley nk turun selama berhari hari dn bermalam malam serta bertahun tahun. maklumlah org x glamer, so x de sape2 yg perasan akan ketiadaan beliau.


Akhirnyer sekolah itu berhantu. Rie tlh merasuk ramai guru serta pengetua utk ponteng kerja. Huh! da jd antu pun jahat jugak. 



__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 80
Date:

sebagai seorang guru...kak tupai amat terpanggil untuk membincangkan masalah ini..


mmg di bandar khususnya daerah kak tupai ni amat teruk gejala pontengnya...


kami guru2 amat berterima kasih kepada pihak polis yg sudi membantu...sbb jika mengharapkan guru2 keluar mencari pelajar yg ponteng...siapa pula akan menjaga pelajar2 di dalam sekolah..


sebenarnya di daerah kak tupai polis sudah lama membantu sebelum masuk paper lagi..contohnya polis kawasan kami telah menangkap beberapa pelajar yang melepak di cyber cafe dengan memakai baju sukan sekolah kami...polis2 itu membawa pelajar2 itu kembali ke sekolah dan kami memanggil ibu bapa...


jadi...kami sentiasa mengharapkan bantuan polis dan orang ramai untuk memberi maklumat sekiranya terdapat pelajar sekolah yang berkelakuan tidak sepatutnya...



__________________
Arapai Magigas.... http://prepaid4u.net/index.php?id=ammila8848


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:

laARRRR... SUkE Ti  OrANg LAh Tak NAk Gi SkOlAh..!! NI LaGi LeBih DaRiPADa PendeRaaN!! InI Juga AdAlH SuaTu PemAksaAn Tau Tak...................???????

(bukan heart yang cakap)

__________________
I hate some of them. I hate people who i love.


Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

sebagai bkn seorang guru lak..cactus amat bersetuju skali dgn pendapat kak tupai yg sebagai seorang guru tu..hoh pusing2 ayat..ekekeke..xyah le ponteng2 tu..buruk beno perlakuan tersebut..time skolah tu skolah je la..kang dah abis skolah sibuk plk nk g skolah..tampo kang..eeiiii emosi plk aku nih!!ekekekeke

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard