cemane boleh pileh nak tonton citer ni? wah.. ni merupakan entry ulasan filem yang pertama officially aku buat.. cemane boleh menonton filem ni? mestila recommended by cik atun.. katanya best filem ni.. penuh dengan falsafah cinta.. teh kata plak kisah ni agak tidak menepati expectation dia.. maka aku pun menonton sendiri dan membuat ulasan sendiri mengenai filem ni secara pandangan peribadi diri ini.. hehe..
filem ni dikatakan mempunyai kisah cinta yang menarik.. mempertaruhkan tema besar cinta sebagai jalan cerita filemnya.. sambutan sangat mengalakkan sebab phone book pun dah penuh.. maka aku dan dua orang teman lagi gamble je pegi kalau ada seat kosong.. kalau tak dapat seat, tengok citer lain pun ok je.. tapi nasib baik ada seat 5 dari depan.. puas hati gak dan selesa menonton.. panggung penuh dengan orang melayu kita yang menyokong filem melayu kita.. tahniah.. untuk diri sendiri juge.. hehe.. so ini ulasan peribadi daripada aku sendiri.. so pendapat takde betul dan salah kan? ni adalah ulasan penuh.. so kalau anda rasa nak tau sendiri kisahnya pegila tonton dulu baru baca dan bandingkan pendapat aku dan pendapat anda sendiri.. hehe
1st impression.. actually nothing much gak yang aku tau pasal filem ni.. tengok poster nampak menarik.. releks dengan background putih.. selalunyer poster movie black background.. warna yang digunakan pun nampak tenang nak sejuk.. mula-mula ingatkan poster drama siri baru atau novel baru.. pasangan pelakonnya pun well-known, gabungan pelakon 3 generasi..
kisah cinta.. filem ni kreatif dan unik.. bukan macam filem cinta yusof haslam.. bukan macam cinta kolestrol razak mohaideen.. bukan jugak macam filem yasmin ahmad yang penuh kontroversi.. jalan cerita keseluruhan filem bertemakan cinta.. cinta dunia.. cinta sesama manusia.. lima kisah cinta yang takde kaitan secara langsung cuma berlaku di kawasan yang agak berdekatan.. walaupun filem ni berlangsung selama 2 jam tapi aku rasa sekejap.. mungkin sebab ada banyak cerita nak dihayati dalam satu masa.. jalan cinta pun tak meleret.. takde la slow sangat sampai bosan.. penonton dijamu dengan dialog-dialog cinta.. something untuk difikirkan dan difahami.. nisbah kekuatan antara 5 kisah cinta agak sama.. mungkin yang paling menarik bagi aku kisah cikgu elyas dan rubiah.. agak menyentuh jiwa dan unik.. takde watak penjahat dalam citer ni.. walaupun khilaf dikira watak jahat sebab kekasih yang meninggalkan teman wanitanya yang telah megandung.. ending ade yang happy dan ada yang anda fikirkan sendiri.. kisah 1 - cikgu elyas, bekas cikgu dan rubiah seorang janda ditinggalkan suami cikgu elyas yang mempunyai penyakit alzhimer, penyakit nyanyuk dan pelupa singgah dikedai laksa rubiah asyik bertanyakan ah chong baiki jam.. mula-mula nampak macam orang normal.. lama kelamaan sikit sebanyak penonton mula didedahkan dengan keadaan sebenar cikgu elyas.. lakonan rahim razali dan fatimah abu bakar sangat natural.. aku suke.
kisah 2 - dyan dan dhani, adik beradik adik beradik yang mempunyai cita-cita yang berlainan, si kakak yang bercinta dengan suami orang, berjaya dengan karier dan mahukan adiknya menjadi sepertinya.. tp end up jadi pelukis jalanan.. lakonan nanu dan que haidar sangat berkesan..
kisah 3 - haris, arkitek dan airin, isteri rumahtangga yang dibina bertahun lamanya berakhir dengan perpisahan kerana kehadiran cinta lain dalam hidup mereka.. lakonan rashidi dan rita biasa-biasa je.. suka sangat dengan adegan haris dengan anaknya dipejabat.. lakonan kanak-kanak tu sangat berkesan..
kisah 4 - azlan, pemilik syarikat majalah dan azura, pembantu kedai buku azlan yang jauh cinta dengan pembantu kedai buku, seorang yang romantik tapi takutkan publisiti.. jalan cerita kisah cinta ni agak lemah dan kurang diingati..
kisah 5 - arianna, gadis yang datang ke kl mencari teman dan taufik, penulis artikel arianna yang datang ke kl mencari kekasihnya khalif dan meminta bantuan seorang penulis artikel lurus bentul, taufik.. lakonan syarifah amani selamba dan berani seperti yang biasa kita tonton dalam gubra dan sepet.. cuma lakonan pierre andre agak lemah.. intonasi suara flat.. mungkin nak hayati watak seorang lurus bendul..
lagu.. soundtrack dan lagu pun menarik.. semua lagu slow dan releks..
so?.. so sape yang suka tengok drama yang difilemkan silelah menontonnya di pawagam berdekatan anda ek.. kenapa aku cakap macam drama? sebab filem yang bertemakan cinta ni mempertaruhkan kekuatan jalan cerita cinta sebagai misi utama filem.. kawasan lakonan area kuala lumpur je.. kl sentral, centarl market dan beberapa kawasan sekitarnya.. cinematografi sangat menarik.. lighting pun sama.. so bagi yang sedang bercinta.. atau yang bakal bercinta.. tengokla antara 5 cinta tu yang mana anda pernah lalui.. berapa ramai orang yang sanggup berkorban nyawa demi seorang adik? mampukah anda menghadapi kekecewaan sebuah kebahagiaan yang anda telah lama bina dan hancur sekelip mata? adakah anda cukup kesabaran menjaga ibu bapa bila derang dah tua nanti tambahan pulak yang mempunyai penyakit? adakah anda seorang yang obses terhadap cinta sehingga sanggup mengadaikan maruah diri? dan sejauh mana kejujuran anda terhadap seorang wanita yang anda kata anda cintai? tanya diri sendiri..
maliki wrote: jom kiter tgk x syg? b melanjer....tu pun kalo nak tgk laa...
B Liki nak belanja aku gak ke B? Boleh la B.. Aku pun nk tgk gak cerita ni dgn B.. Aku leh duduk lentuk2 kepala kat bahu B nanti.. B call aku ye.. Aku tunggu B..
B tu apa aaa? Beruang? Bangla?
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
ellyzaBMW wrote: Lepas ni musti liki kata ad org pedajal dia. alah.. mcm yg cipan ckp tu. betul x abg gab.
B Liki tak mcm tu tau.. Ellyza jgn memandai2 tuduh B i ni camtu.. Nnti B taknak melanjer kita suma tgk wayang citter Cinta, padan muka kita.. B janganlah ambil hati ye B.. Auuuwww.. manjanya kita bila panggil2 B camni..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
rie ...ko nak jadi cam datt ka?? asyik menari terhuyong hanyangg ...
apa la tengok cita cinta ...org tunggu cita Tentang Bulan ... : Khass Untuk Kanak2
ye memang sesuai untuk yang berperangai kebudak-budakan cam rie dan gab..kalo kite tengok hero dalam cerita tentang bulan tu ada la sikit iras-iras gab..comel sangat..
__________________
hidup ini umpama roda,ia dihiasi dengan impian..maka terjadilah roda impian..
film cinta tu ker?yang 5cerita tu ker?tak tertarik nak tgk ar..cita tu...tgk iklan kat tv jer ar...nak p tgk kat pnggng tak ar..tak minat sgt cita2 mcm tu..kalau dah tak da cita sgt2 baru tgk kot..tu pun tgk kat umah ar..kat tv..kalau bab persahabatn ok gak..ni tringin nak p tgk cita kahbl qusry khabil igam..betoi ke aku eja tu??hantam jer la..tntang hubungan persaudaran kata nye..mungkin ok mungkin tak ot...sapa dah tgk cita ar sikit......