Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: diari seorang playboy


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
diari seorang playboy


Part 1

12 Oktober 2010

Kisah seorang aku begitu rumit untuk diterjemahkan dalam bahasa tamil. Dalam erti kata lain, sukar untuk dimengertikan dalam bahasa urdu.Namun, aku tetap aku. Apa yang aku merepek ni? Never mind, aku start balik ye. Hidup tidak seperti yang aku sangkakan, kadang-kadang terasa manis seperti makan ais krim lollipop, ada kalanya terasa masin seperti ape ek? Ha!! Macam taik idung masin, muahahaha! Ada yang kata aku macho ibarat Jericho Rosales, ada gak kura-kura mengatakan bahawasanya aku kacukan Shah Rukh Khan dan Rani Mukharji, erm.. ada plak cakap aku sejibik cam Brad Pitt?? Huh, penipu punya manusia!! Adoi, aku mencarut lagi ar.. Sori beb! Ok, now kita straight to the point k?

Walaupun aku dilahirkan 25 tahun yang lampau, namun baru 2 tahun aku menyedari hakikat hidup sebenar. Segala-galanya bermula di sebuah kelab dangdut eh silap.. di salah sebuah cafeteria Universiti Institut Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Di pagi yang dingin lagi hangit ketika berhujung minggu bersama meber-member ku, terasa begitu happening ala-ala Cit Cat Bersama Azwan Ali (tak fofuler dah mamat tue). So, kita tukar ckit, happening ala-ala.. Lantak pi la ala-ala menatang apa pun, aku pedulik hape!! Sorila geng, gua xpandai ar nk jiwangs karatz ni. So, pepandai le korang nak ’hidup’ kat sini ye.

Kita ikuti temu bual aku bersama mamat senget lagi banget (aku pun tak tahu ar istilah dari planet mana aku ambik). Huhuhu, padan muka hangpa, laen kali jangan dok kata aku kuih bangkit lagi! Dalam diari ni jugak aku ngumpat hangpa sume. Satu Malaysia baca, beb!! Sebenaqnya, aku dapat gelaran kuih bangkit tu pasai.. hang teka la sendiri, nanti bisik kat haku okies?

“Woi Pak An, hang jangan dok tiru loghat utara aku no!” said Jimmy a.k.a Khamis bin Sabtu eh bukan.. Januari bin Februari. Aku sebenaqnya, tak nak malukan member aku, Namun atas desakan hangpa yang setia pada aku, aku nak bitau gak. Dalam surat beranak Jimmy, maka termaktublah suatu nama yang cukup masyhur dari zaman Parameswara sehinggalah zaman aku, iaitu Inul Fitri bin Idris. Sekian, terima kasih.

“Suka hati aku la, nak cakap utara ka, nogori ka, kelate ka, ganu ka, hang jangan dok campur bisnes seluar dalam aku, ok?” kata seorang aku. Ehem.. promote nama ckit, Farhan Hakimi bin Muhammad.

“Oit geng, perempuan melayu terakhir tu sudah datang, bah..,” Si Kancil mencelah. Sorila brader Jo, tabiat memanggil nama tersebut sebegitu sukar dikikis, sebab ko dari dulu lagi sampai la ni, hang dok kecik macam budak para tadika. Maksud aku, ko tu kira kecik la pada kitorang ni. Tapi, aku saspek gak kat ko sebab otak ko bergeligat macam ubat gegat sih!

Bebola mata ku yang berwarna blue black mula meliar ke arah seorang perempuan bertudung agak labuh di samping tubuhnya ditutupi dengan baju kurung berwarna biru, sedondon dengan tudungnya. Pertama kali aku terpandang dia.. korang ingat aku jatuh centa kat dia ka? Korang memang silap kerana pertama kali aku terpandang dia... aku rasa sedikit pahit sebab.. teh ais yang aku minum tak bape best ar. Mak Cik Timah ni memang nak kena sound!

“Mu kena dio ko? (dalam bahasa surat bermaksud ; kau kenal dia ke?) ” Lelaki pujaan ramai terutama mak cik café kat sini mula bersuara (yang pastinya bukan aku!). Mentol yang sedari tadi mendiamkan diri mula menggerakkan bibir jambunya. Eh, aku silap eja nama dia lagi ke? Aisey man, sori beb, bukan mentol tapi MONTEL. Aku dah besarkan nama si montel sebesar badan dia. So, nanti kalau aku tersilap eja lagi, korang tegur aku la yer!

”Aku tak pernah nampak pun dia kat sini...” Satu-satu nya member aku yang reti cakap proper bahasa melayu. Yang lain, mesti nak pertahankan martabat dialek masing-masing yang pada mulanya susah aku nak faham. Haris. So far, aku belum jumpa nama gelaran yang sesuai untuk dia. Kena bukak kamus dulu.

Cut!!!

Aku nak pesan awal-awal, kalau korang nak selamat ‘hidup’ dalam diari aku ni, lebih baik korang hafal nama-nama special member-member aku dan yang paling penting ialah nama aku! Kerana selepas ini, kita ada kuiz sms untuk dijawab. Muahaha, acah je!

Action!

”Kalau tak silap aku, dia baru dalam semester ke-2 untuk jurusan farmasi,(korang buatla dialek sabah, bah!)” – Brader Jo bersuara.

”Lagu mano mung tahu?(lotih den nak translate, pahe2 sediri la deh)” – pintas MONTEL.

“Pasai apa dengan hang ni? Gubra semacam ja. Hang minat kat dia ka?” – Jimmy tersengih menampakkan gigi rongaknya.

”Mu kecek molek sikit deh!!” – MONTEL mula terasa ingin buka langkah sumo.

”Korang ni boleh sengap sikit dak? Aku nak menghayati rasa teh ais ni pun tak boleh,” – Aku. Aku sendiri dah tak tahu bahasa dari planet mana aku guna. Aku berserah segalanya pada Tuhan..

”I have an idea!” – jerit Haris. Mamat ni dah start operasi dah.

“ Are u thinking what I’m thinking?” – Brader Jo tersengih tapi gigi dia ok ar cuma jongang sikit.

Cut!!!

Aku tak dak niat nak menghina ciptaan Tuhan. Semua itu adalah dongeng semata-mata. Oleh itu, the moral of the story is.. Jangan memanggil nama yang tak sodap didengar dan tak enak dibaca. Kerna ianya tidak sodap untuk dimakan dan tidak enak untuk diminum. Paham-paham sendiri la. Dah besau panjang, tak kan tak paham lagi kot. Lastly, keluar jugak bahasa jati haku! Siap bold lagi tu. Muahaha!

Laen kali la aku Action, tak larat nak menaip. Astalavista bebeh!!


---
sape nak aku sambung reply ye..
lawak cite nih..hahaha!!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

huh tengok bkn cam cerita playa boyz pon ....duk mempopularkan name sendirik ader arrr

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

Part 2


Nirsha Azura cuba menahan tawa yang mula menggeletek jiwanya. Baru masuk Page 2 dia menghadap sebuah dokumen bertajuk Diari Seorang Playboy, Nirsha terkekeh ketawa seorang diri. Kalau tidak kerana roomate nya, Nurul Iman yang sedang berdengkur dibuai mimpi, sudah tentu gelaknya itu akan dihamburkan terus. Sesekali dia menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan kerana bimbang suaranya itu mengganggu lena rakan baiknya. Meskipun dia hanya mengukirkan senyuman kecil, namun lesung pipit jelas kelihatan di kedua-dua belah pipi nya.

Baru sebentar tadi dia terjumpa sebuah disket yang tidak bertajuk, yang pada mulanya difikirkan masih kosong isinya. Disket berwarna merah hati itu tidak tercatit sebarang tulisan di atas kertas sticker itu. Disket yang masih kelihatan baru terselit di celah-celah novel Leraian Novelia karya Norhisham Mustaffa. Dia sendiri kurang pasti dari mana datangnya disket tersebut. Yang pastinya disket itu bukan miliknya.

Nirsha meneruskan pembacaannya tanpa menghiraukan lagi assignment nya yang tertangguh itu.


12 Oktober 2010
- Masih di hari yang sama, cuma aku malas nak tulis masa. Nanti ada pulak yang kata aku ni tulis diari macam gurl. Tak main la beb!! Aku kan Playboy.

Action one more time!

”Pak An, aku rasa aku nak bagi penghormatan terakhir la kat kau!” – Haris start dulu.

”Memang kau begitu layak dengan pengiktirafan yang akan kami berikan,” – diikuti Mat Jo Bond, sepupu dengan James Bond.

”Aku tak bape nak paham la apa yang korang dok melalut nie. Korang cakap pasai apa ha?” – Jimmy menyampuk.

”Entahla.. Aku lagi tok pehe..,” – MONTEL pasrah.

Aku buat dek je. Sebabnya masa tu ada aweks cun enteprem scene aku! Mak Cik Timah menjeling manja ke arah ku. Aku balas dengan senyuman seksa lagi menggoda.

Cut!!!

Semestinya korang masih ingat lagi pada Mak Cik Timah kan? Aku tak jadi nak sound die hari ni sebab nya die memakai make up yang begitu tebal seperti badut sarkas. Maap la Mak Cik Timah ku!!

Action!

”Pekata kau ngorat budak tu?” – cadang Haris

Tersedak aku! Mahu tertelan adam’s apple aku dibuatnya!!

”Brader!! Lu kalau nak bagi tugas ke, assignment ke, kerja sekolah ke, tengok orang la dulu? Lu ingat gua ni apa? Semut? Gajah? Jatuh standard aku, tahu tak?” – Aku mengamuk.

Cut lagi!!!

Dari aku masuk tadika lagi, aku sememangnya memegang pangkat playboy yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. tapi, selama aku menyandang jawatan tersebut belum pernah lagi aku tackle seorang perempuan pun, setengah perempuan pun aku tak pernah (setengah pompuan ni maksudnya campuran hormon-hormon lelaki dan perempuan,pondan la wei!). Sebabnya, sebelum aku nak mula langkah kanan, mesti ada yang bagi surat, hantar bunga, belanja makan, bagi hadiah besday, nasib baik tak de yang bagi doll je. Habis tu, nape tak pasal-pasal aku kena tuduh playboy? Entahla, aku pun tak tahu…

Action la… bagi kaunseling pulak die.. aduss!!

“Hello brader! Inila yang dikatakan cobaan hidup. Kau kena terima hakikat bahawa suatu hari nanti kau yang kena mula dulu. Dan suatu hari itu, adalah hari nie!” – Brader Jo mula membebel.

”Kau try la dulu, aku rasa gurl tu bukan calang-calang orang tahu tak? Kalau kau dapat tackle die, sure aku belanja teh ais special buatan tangan berkedut Mak Cik Timah,” – Haris sekali lagu mencabar aku. Si MONTEL dan Jimmy hanya memandang aku penuh kesayuan.

Disebabkan aku rasa agak tercabar dan malas untuk melayan mangkuk dan pinggan itu, aku mengatur langkah pertama, kedua, ketiga.. dan kira sendiri! Aku menghirup nafas sedalam-dalam nya lalu menghembus angin sepoi-sepoi bahasa keluar dari atas dan bawah. Fuhhh, lega siot! ( Harap tak de yang pasang hidung di saat ini. Aku yakin sepenuhnya bahawa member-member aku hanya pasang mata melihat aku memulakan hidup baru.


~Dapatkah Farhan Hakimi memikat perempuan buat pertama kalinya? To b continued maaa..

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

Part 3

Action!

Derap langkahku tidak sedikitpun mengganggu konsentrasi gadis yang begitu tekun menelaah makanannya yang masih bersisa. Aku menghentikan geseran kasut adidas ku betul-betul menghadap si dia. Seumpama tidak menyedari kehadiran aku di hadapannya, gadis yang berkulit sawo matang itu meneruskan lagi seleranya tanpa sedikitpun rasa terganggu. Aku tercegat memandang dia yang langsung tidak mengalihkan pandangannya ke arahku.

Meskipun dia tidak lah secantik Siti Nurhaliza, dan tidak juga sehensem Datuk K, namun bebola mataku masih lagi memandang tepat ke arahnya. Bagaikan ada magnet yang melekat di tapak kasut ku, membuatkan aku terus terpaku tanpa bergerak seinci pun. Dengan penuh kesabaran yang menguji keimanan ku, aku masih lagi menunggu butir bicara dari si dia. Tapi, haram satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut dia. Dongak kepala pun tidak!

Setelah beberapa minit tercegat seperti orang-orang di tengah sawah,aku mula terasa hangin satu badan. Gerak hati ku semakin lama semakin goyah dek penangan gadis kurang ajo itu. Segumpal keluhan melewati kerongkong, sengaja aku kuatkan sedikit keluhan itu. Adakalanya aku berdehem beberapa kali ( ehem... ehem.. ). Dengan harapan dia sedar kewujudan aku di hadapannya. Namun, hampa jua yang aku terima..

’Minah ni pekak ke ape?’Gumam hatiku. Kesangsian mula menyelubungi segenap jiwa rapuh ku.

Sepasang kakiku sudah mula terasa lenguh di setiap sendi-sendiku. Ketika kelenguhan itu menjalar ke sudut urat-urat ku, fikiran ku mula bercelaru. Anggota badan ku mungkin tidak akan menuruti perintah si akal yang lebih berhak. Jiwa ku agak berkecamuk disebabkan asakan suara halus yang berbisik di telinga ku lantas tembus ke segumpal daging yang diberi nama hati. Seumur hidupku belum pernah aku menghadapi situasi sebegini, di mana seseorang yang berlainan jenis dengan ku langsung tidak menghiraukan aku!

Dengan tidak semena-mena, tangan kanan ku pantas mencapai sebiji gelas yang masih berisi dengan jus oren. Tanpa menghitung risiko yang mungkin aku hadapi, lantas ku simbah air yang berperisa oren itu tepat ke muka nya! Sekelipa mata wajah dan tudungnya basah. Aku tergamam. Dan dia turut terpaku. Mulutnya yang sedari tadi sibuk mengunyah makanan, berhenti bekerja serta-merta.

Ada getaran yang berlaku di tanganku. Degup jantungku bergerak pantas, sepantas kuda berlari. Aku tidak mampu mengawal emosi itu. Semuanya berlaku sekelip mata tanpa aku sedari. Jari jemari ku longlai, lalu gelas yang sudah pun kosong itu jatuh menghempap lantai kaca. Ting!!! Berdesing bunyinya tatkala kaca-kaca berderai, bertaburan dan akhirnya terdampar di atas lantai. Aku cukup yakin dan pasti, setiap pasang mata yang berada di situ sudah semestinya memandang ke arah ku. Terutama member-member ku yang bangek itu.

Entah mengapa skru lutut ku terasa sedikit longgar. Hampir berpinar mataku dibuatnya. Apa dah jadi nie? Kenapa aku pulak yang lebih-lebih? Padahal minah tu aku tengok slumber the rock je dari tadi. Steady jerk, tak macam aku. Gelabah nak mampus!

Gadis itu mengeluarkan tisu yang terselit di dalam purse hello kitty miliknya. Lalu ku lihat dia begitu teliti dan sabar mengesat sisa-sisa jus oren yang melekat di wajah dan tudung birunya itu. Tiada reaksi yang terpamer di raut wajahnya. Malah tiada mimik muka yang di buat-buat.

Dia tidak menunggu lama di situ. Terus dia bangun dari tempat duduknya. Aku sudah menjangkakan insiden seterusnya, yang mungkin lebih dahsyat dari yang aku sangkakan. Aku menerima dengan redha sekiranya pipiku ini bakal merasa penampar sulung atau pun sepak terajang atau pun sumpah seranah terhadapku.

Setelah purse miliknya digenggam di tangan kanan, dia mengambil sesuatu di atas meja. Aku mengamati benda alah tu. Nak kata kayu pun tidak, takkan la dia nak belasah aku dengan benda tu? Hatiku mula berdebar-debar, menanti ‘jawapan’ dan kata putus darinya.

Dia sedikitpun tidak memandangku, malah terus berpaling membelakangi ku. Benda alah itu dia buka. Dan aku sudah dapat mengagak gerangan benda yang berwarna putis selebar 2 setengah jengkal. Tongkat berlipat??!! Dengan memakai cermin mata hitam, dia terus berjalan dengan bantuan tongkat itu! Aku terkesima. Dia meninggalkan aku tanpa sebarang pesan, meninggalkan ku terkulat-kulat di situ. Tiada kata dapat ku ungkap kan lagi. Mungkin inilah balasan ku...

Cut!!!

__________________
"nama saya Rain~"


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

cik piah.best gak citer ni. berdegup jantung sy dibuatnye..jgn delay lelame tau..

__________________
SeNyuMLah..SeNYumlaH...Ahai cekMek MoLek...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

Miss Arni wrote:


cik piah.best gak citer ni. berdegup jantung sy dibuatnye..jgn delay lelame tau..



hehe..tq..tq..
aku copy aje..bukan tulis sendiwie ye..hihi..


--------
Part 4

Kesunyian malam kian mencengkam segenap pelusuk alam. Terasa dingin tatkala sang bayu menyelimuti tubuh kecil Nirsha Azura. Sesekali Nirsha menguap kecil. Jarum jam sudah menginjak ke angka 3. Semakin lama kelopak matanya itu kian layu. Namun, kesetiaan Nirsha bersama personal computer miliknya begitu kuat dipertahankan. Urat-urat yang bersimpul cuba diregangkan dengan menggeliat ke kanan dan kiri. Dia keletihan sebenarnya.

Masih terbayang di tubir matanya imaginasi yang cuba dilakarkan oleh Farhan Hakimi. Keluhan demi keluhan yang terbit. tanda dia langsung tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu. Entah kenapa, segala bayangan itu seumpama benar-benar berlaku dalam dunia nyatanya. Dia sendiri masih belum mampu memastikan kesahihan itu. Yang paling tidak diduga ialah reaksi gadis yang boleh dikatakan ’watak utama’ dalam kisah seorang playboy ini. Gadis yang pasti cukup kental jiwanya, sehingga mampu menumpaskan ego seorang lelaki.

Nirsha masih enggan melelapkan matanya sebelum kisah ini selesai. Perasaan ingin tahu begitu membuak-buak yang kian terpekung di dadanya. Dia teruja untuk mengetahui gerangan si gadis itu. Pelbagai persoalan yang menerjah akal fikirannya. Kerap kali persoalan itu bermain-main di mindanya. Dan untuk menjawab segala yang terkurung di benak, dua pasang matanya kembali meneruskan permintaan hatinya...


13 Oktober 2010


Action!


”Kau dah gile ke An?” – Haris menepuk bahu kiri rakannya dari belakang.

”Pasai apa dengan hang ni, Pak An? Hang nak mampuih ka?” – Jimmy turut terperanjat dengan tindakan berani mati Farhan Hakimi.

Farhan Hakimi masih lagi membatukan diri. Lidahnya begitu kelu untuk mengeluarkan butir biacara. Sesungguhnya, ia berlaku sekelip mata tanpa dia mampu mengawalnya.Rasa bersalah mula menyerangnya bertubi-tubi. Sebenarnya, ingin sahaja dia melontarkan kata maaf kepada gadis itu. Ingin sahaja dia menghalang gadis itu berlalu pergi. Ingin sahaja dia mengelap sisa-sisa jus oren yang bertampuk di tudung dan mukanya. Namun, ego yang dipertahankan cukup kental sehingga tidak terdaya dia memenuhi kehendak keinginannya itu.

”Aku raso mung patut cari dio la. Lah-lah mano pung, mung keno mitok maaf. Tak molek wak gitu ko ore, tamboh-tamboh ko ore tino. (Aku rasa kau patut cari dia la. Macam mana pun, kau kena minta maaf. Tak baik kau buat macam tu, lebih-lebih lagi kat perempuan),” – bebel si MONTEL.

”Pak An.. Pak An.. Kamu ni memang nakal, bah! Kenapa kamu suka sangat buat hal? Aku pun udah pening kepala dengan sikap kamu ni..,” – Brader Jo geleng kepala.

”Kau ada masalah ke, bro?” – Haris bertanya setelah melihat reaksi Farhan Hakimi yang sukar untuk ditafsirkan.

Farhan Hakimi hanya menggelengkan kepala.

”Aku sebenarnya tak sangka yang aku boleh bertindak sampai macam tu skali.. Aku rasa bengang bila aku berdiri lama depan dia, tapi dia wat dek je kat aku. Dia ingat aku ni ape? Tunggul ke? Sebab tu la aku simbah air kat muka die, saje nak tarik perhatian die. Alih-alih dia langsung tak pandang aku,” – Aku mula mempertahankan diri. Hujah-hujah yang bernas aku kemukakan bagi membalas kritikan member-member ku yang langsung tidak menyebelahi aku.

Brader Jo menepuk dahi. Haris mengeluh panjang. MONTEL geleng kepala dan Jimmy...

“Hang ni kan memang patut ambil kursus “Cara-cara Memikat Perempuan”. Awat la aku ada member macam kau ni… Kau ni memang kuih bangkit tul!! Harap nama je playboy.. Aku rasa hang ni patut diberi gelaran PLAYGROUND tau dak?” – ejek Jimmy.

“Rilek ar brader! Benda dah nak berlaku. Aku tak boleh nak buat ape dah. Terpaksala terima takdirNya..,” – Aku tidak putus asa untuk mempertahankan diri.

”Yela tu,Pak An!! Aku rasa hang patut cari dia la ni jugak. Sejahat-jahat aku pun tak pernah aku simbah air ke muka orang!” – said Jimmy.

“Eh, tadi bukan ke kau kata kau kenal die, bro?” – Haris mencelah. Haris mula teringat kata-kata Brader Jo di awal story ini.

”Ye tak ye jugak. Tadi kau ada cakap die.. student farmasi kan?” – Aku turut menyimpan memori itu.

”Errr.. Aku.. Aku..,” – Brader Jo agak tergagap untuk menjawab.

“Aku.. Aku.. Ghoyak jahla! Aku tahu mung kena dio. ( Cakap jela! Aku tahu kau kenal dia,” – desak MONTEL.

“Aku sebenarnya…,” – Brader Jo

“Aku sebenaqnya apa? Habaq jela. We have no time, ok?” – Jimmy pulak yang terlebih-lebih. We have no time konon!

“Aku tak kenal dia la!” – tegas Brader Jo.

“Betul ke nie? Tadi kenapa kau cakap die …,” – Aku kian resah.

“Aku saje je tadi nak tunjuk pro. Kononnya aku tahu pasal students kat sini. Tapi sebenarnya aku enggak tahu, sih! Lagipun, die kan buta. Takkanla ada students kurang upaya belajar di sini. Aku rasa mungkin die orang luar,” – Brader Jo membuat telahan sendiri.

Untuk kesekian kalinya, Farhan Hakimi mengeluh panjang. Dia sudah buntu. Entah di mana dia perlu mencari gadis buta itu..


Cut!!!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

dah abis ke???phia jgn delay lama2,cpt smbg.x sabar aku nak tau citer seterusnya,kalo x nanti aku lak yg smbg citer ko..ko ke yg reka citer ni??pandai ah,teknik penceritaan ko bgs sgt..ko ada amik klas penulisan ke?kalo ko ada info ttg bengkel penulisan, bgtw aku yeh..aku pun minat tp x reti nak wat.

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard