Kamu memandangnya, kamu meminatinya, kamu mencintainya, kamu berdebar-debar setiap kali terserempak dengannya, kamu meluahkan rasa cinta padanya… TETAPI sayangnya, luahan hanya dalam hati!!! Perasaan jadi tak keruan, kerana semua rasa hanyalah perasaan terpendam. Mengapa tidak diluahkan??? Kamu merasakan dialah orangnya, tapi kenapa takut untuk meluahkan?? Ohh patutlah, sebab dia langsung tak tahu kamu mencintainya. Kamu takut bertepuk sebelah tangan, kamu takut apabila kamu meluahkan perasaan cinta, dia akan marah dan benci padamu… maka dia semakin menjauh darimu. Kalau dia menjauh, tentu kamu jadi gilakan?
Mengapa harus meyimpan perasaan?
Kebanyakan orang suka menyimpan perasaan apabila berhadapan dengan orang yang sangat diminatinya. Dia akan menjadi pendiam dan berkelakuan lain dari biasa bila si dia yang disukai lalu di depan mata. Tetapi pelik, dengan orang lain, dia boleh membebel dan ketawa girang pula! Kenapa harus menyimpan perasaan? Kenapa tidak diluahkan? Kerana kamu takut bukan? Kamu takut dia tak menyambut cintamu, lalu dia yang selama ini menjadi sahabatmu akan menjauh darimu. Kamu takut dia membenci dirimu, lalu persahabatan kamu menjadi dingin.
Namun itu bagi kamu yang dalam persahabatan. Tapi bagaimana pula bagi kamu yang mencintai seseorang dari jauh? Padahal kamu dan dia tidak pernah bercakap, hanya memandang dari jauh saja. Tepat diklasifikasikan sebagai ‘cinta terpendam’. Pedih bukan? Kamu hanya mampu memandang wajahnya dari jauh, lalu wajah itu kamu scan di dalam otak dan perasaan kamu, berharap untuk bertemu dengannya dalam mimpi, lalu bila kamu bangun keesokkan harinya, kamu akan tersenyum dan lebih bersemangat lagi untuk bertemu dengannya. Tetapi sayangnya… hanya dari jauh.
Jadi, berapa ramaikah antara kamu yang berani menyatakan hasrat cinta itu pada orang yang diminatinya? Kesian sungguh, lama sungguh kamu menyimpan perasaan dan akhirnya, si dia telah menjadi hak orang lain, orang lain yang lebih berani dari dirimu. Kemudian kamu akan menyesal, menangis sepuas-puasnya… definasi lawak yang sesuai untuk kamu ialah ‘frust badak’ hahahah ( sehingga ketawa kamu pun seperti tak siuman).
Kamu takut risiko?
Semua perkara pun harus mempunyai risiko. Mana ada benda yang senang di dunia ini, sedangkan makan pun perlu angkat sudu dan garpu. Kamu takut ditolak mentah-mentah, kamu takut dipandang lain, paling teruk kamu takut dimarahi, dibenci dan dihina. Itulah kamu!!! Takut sangat untuk berhadapan dengan risiko begini, lebih-lebih lagi bila kamu merasakan orang yang kamu minati itu seperti tidak sepadan denganmu. Maklumlah si dia itu kan cantik dan handsome. Balak atau awek dia keliling pinggang, sedang kamu tidaklah secantik mana, tidak sekacak mana. Dalam bidang kerjaya pula, dia lebih berpendidikan, mempunyai pekerjaan yang baik, sedang kamu? Perbelanjaan bulanan pun hanya cukup-cukup makan, entah-entah masih minta duit makbapa. Ataupun, kamu adalah seorang pemalu? Lalu tidak ada keberanian untuk meluahkan apa-apa yang terbuku dihati?
Jadi pada suatu hari, tup tup kamu nampak si dia keluar dengan orang lain. Alamak, bf/gf langsung tak lawa/handsome!! Kamu otomatik memandang cermin dan membanding-bandingkan dirimu dengan orang itu. Wahhh!! Rupa-rupanya kamu lebih cantik, lebih handsome. Menyesalnya kamu!! Tapi sudah terlambat bukan? Wajah kamu terus sugul, kamu tak makan berhari-hari, kes frust menonggeng, bila kawan-kawan kamu tanya, kamu jawab “putus cinta”… jawapan yang sungguh standard. Tanya diri sendiri, pernahkah kamu bercinta??
Kemudian…
Peluang datang kali kedua, si dia sudah putus dengan teman istimewanya. Soalnya sekarang, mahukah kamu melepaskan peluang kali kedua ini
---------------------- sapa yg pernah mengalami situasi camnih..lehla reply kayh??
ha3.... mmg betul pun tp setiap org ada situasi yg berbeza.....Sedangkan rambut pun dah pelbagai ni ragam manusia...x caya test dulu,tgk apa reaksi dia..bg aku baik diam je,ada jodoh adalah......