Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kumilikimu


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
kumilikimu


KUMILIKIMU 1


Aku tak tahu nak cakap apa. Bila mak mati-mati suruh aku temankan dia balik kampung, aku seboleh-bolehnya tak mahu ikut. Hancus! Habislah rancangan aku hujung minggu ini. Agghhhh¡Ä..!!!!! Muncung lagilah Serena nanti. Tak dapat aku bayangkan mulut comelnya itu membebel macam bertih jagung.

Semalam, Serena telefon aku lagi. Merengek, hendak jumpa. Rindu sangat, katanya. Aku? Rindu juga. Tapi aku tak kisah sangat, kalau seminggu tak jumpa dia. Memang dua tiga minggu ini, aku sibuk sikit. Mak? Ah!! bila aku dapat cuti, Mak cepat-cepat ajak aku balik kampung. Serena macamana? Apa aku nak kelentong. Gadis bermata bundar itu bukan boleh dimungkiri janjinya. Mulalah dia buat perangai. Manjanya melebih-lebih.

Memang aku sayang nenek. Sayang sangat. Tapi, untuk tinggal 2-3 hari di kampung itu,, aku tak sanggup. Nyamuk banyak beb! Rasa macam si Tanggang pulak aku. Dulu, kampung nenek itulah tempat aku menghabiskan masa setiap kali cuti sekolah. Sekarang ini, lupa daratan pulak. Mana tidaknya, 5 tahun aku tinggal di asrama kemudian sambung pula 4 tahun di UK menghabiskan pengajianku di Nottingham Trent University.Sesekali balik kampung, pening kepala aku tengok lembu-lembu atuk dalam kandang. Gemuk-gemuk.. tapi bau pehh!!!!. Betullah kata Mak, aku dah jadi Mat Saleh celup. ( Iye ke? )

" Kau nie, kalau mak ajak balik kampung, kemain lagi liatnya.kalau pasal berjalan.melancong.nombor satu.!" Mak membebel satu pagi. Aku yang baru bangun tido waktu itu terpisat-pisat. Sekejap-kejap mengangguk, sekejap-sekejap menguap.

" Mak ni bukannya apa.mak dah tak larat nak drive jauh-jauh ni .. Kalau ada kau, takdelah letih sgt." Tambah Mak lagi sambil tangannya ligat mencuci pinggan mangkuk.

Aku hanya tersenyum. Mengangguk-angguk lagi. Apa yang aku anggukkan aku sendiri tak tahu. Rasanya dah banyak kali jugak Mak membangkitkan hal tersebut.

Paling aku ingat, peristiwa setahun yang lepas. Mak bukan main naik angin lagi bila aku tak mahu balik beraya di kampung. Giler! Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh buat keputusan macam tu. Orang lain mati-mati beli tiket nak balik kampung. Sanggup bersesak-sesak kat Puduraya untuk dapatkan tiket. Harga melambung ke tahap yang tak logik pun masih ada yang sanggup nak beli. Tapi aku? He.. he.. he.. Masa tu aku dah rancang nak melancong ke Phuket. Tak jauh.Tapi ajakan Serena tak terdaya untuk aku tolak. Ah gadis manis itu, terlalu manis!

" Nenek kau tu dah mula bising. Setahun sekali baru dapat jumpa. Dia tu dah tua,kalau tak kita yang jenguk .siapa lagi. Pak Long kau tu, memang la ada, tapi dia pun bukan selalu dapat jengok. Sibuk dengan lembu-lembunya. Namanya anak kesayangan, nak jengok orang tua seminggu sekali pun payah."

Ah mak.dah mula nak kait-kaitkan orang lain pulak..Aku diam, menghirup kopi O panas. Wajah Pak Long serta merta terbayang di fikiran. Tak berapa jelas. Diganti pula dengan seraut wajah lain. Cukup jelas. Ain? Anak Pak Long yang seorang itu sudah lama tidak ku temui. Paling akhir sebelum aku berangkat ke UK dahulu. 4 tahun yang lalu..

" Anak Pak Long yang sulung tu, dah kahwin ke belum, mak? " Tanya ku tiba-tiba mak menoleh, merenungku

" Kau nie .. lain yang mak tanya lain yang kau jawab"

Aku tersengih.

" Budak tu dah setahun bertunang, tengah tunggu hari je nak langsungnya." Mak menghampiri aku. Menuang kopi O panas ke dalam cawan. Lalu menghirupnya perlahan. Aku pandang wajah mak. Sudah ada garis-garis tua di situ.

Sudah nak kawin rupanya Ain Fathihah. Bagaimana rupa dia? Bertambah cantik ke? Rambutnya yang ikal panjang itu, masih ikal lagi ke? Ah.mungkin masih panjang, dan wajahnya tetap cantik, bertambah cantik. Bukankah aku orang yang paling suka melihat wajahnya dulu?

Tapi itu dulu, suatu ketika dulu yang amat panjang. Kini, segala-galanya telah berubah.

Ain Fathihah tidak pernah lagi aku temui. 4 tahun di perantauan , aku tidak pernah langsung pulang. Bukan tidak mahu. Tetapi wang pinjaman aku waktu itu cukup-cukup untuk menghabiskan pengajianku. Sayang amat rasanya untuk aku korbankan. Biarlah perasaan ini saja yg menanggung bebanan. Tidak sanggup lagi rasanya aku untuk menyusahkan emak. Wang yang emak kirimkan aku pulangkan semula. Bukan tidak menghargai, tetapi aku tahu emak lebih-lebih lagi memerlukan. Sementelah, wang peninggalan arwah ayah pun sudah semakin berkurang.

" Sejak balik tahun lepas, jarang benar kau pulang ke kampung. Payah nak jengok muka. Pak Long ko tu ada juga tanya2 kan kau "

" Pak Long tanyakan saya, tanya apa mak? "

" Iyer la.... dia tanyakan kau...... kenapa lama tak datang... emm.. dah ada calun ke belum ..." Mak menjeling.

" He. he. he...." Aku rasa nak tergelak

" Kenapa....... dia nak jodohkan Qel dengan anak dia ke?"

" Ish.... kau ni Qel..... dengarnyer Pak Long kau......"

Aku ketawa lagi

" Allah mak..... Pak Long tu kan ramai anak perempuan.... si Ain tu yang sulung kan...... tak silap Qel bawah si Ain tu ada 3-4 orang lagi....."
" Anak Pak Long kau tu semuanya perempuan.... yang bawah Ain tu baru lepas SPM...... cantik jugak tu...."

" He.. he... mak ni.... siap promote lagi tu"Aku ketawa. Mata dipejamkan dan serta merta terbayangkan Serena. Gadis itu.... mana mungkin aku lupakan dia.

*****************************************************

Deringan telefon mengganggu. Aku pandang sekilas. Siapa. Serena lagi? Aku cuba membayangkan satu persatu kata yang akan dilontarkan nanti.

" Assalamualaikum,Qel ! "

" Wa'alaikumussalam.. ha, mak..... ada apa mak? " Aku menarik nafas lega.

" Malam ni kita balik kampung !"

" Ha?"

" Mak dah bagitahu Pak Long kau tadi. Nenek kau pun tengah tunggu tu. Petang nanti balik cepat sikit."

" Mak....... alamak mak...."

" Ha, kenapa pulak..... tak nak? Kau jangan buat perangai Qel..... bulan lepas mak balik sorang-sorang je. Kau tak nak jugak. Bulan nie kau kena ikut mak. "
Aku ketap bibir. Serena..... alamak... apa aku nak kelentong. Kejap lagi gadis manis itu akan muncul... dengan beg besarnya..... dengan liuk lenggoknya....

" Qel.... balik cepat tau.. mak tengah berkemas ni...."Talian putus.

Aku termangu. Hampir-hampir tidak tersedar ketukan di pintu yang sayup-sayup menerjah pendengaranku. Dengan malas aku pandang pintu yang sedikit terkuak. Wajah manis putih melepak terjengol dengan seulas senyuman.

" Hi Qel..." Serena menguntum senyum.

Wajah dan tubuhnya terserlah kini. Dandanan yang rapi dengan solekan yang tipis. Satu yang aku suka mengenai gadis ini. Pakaiannnya jarang yang terlalu seksi. Tidak terlalu terdedah. Walaupun gadis tionghua ini seorang yang bebas, tetapi dia amat faham dengan permintaanku yang satu itu. Don’t be too sexy okey! Selalu aku mengingatkannya tiap kali dia merengek baju atau blouse yang tergantung dibutik2 mahal. Bukan aku terlalu berkira. Tetapi mataku cukup tidak berkenan dengan blouse pendek bertali-tali yang aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu menyebutnya. Untuk malam2 indahku bersama seorang wanita bergelar isteri, mungkin okey. Tetapi untuk dibawa berjalan2 dengan aku disampingnya...... aku mungkin tidak akan pernah berkata 'ya'.

Aku memandang Serena sambil menarik nafas. Kali ini dia benar-benar memenuhi citarasaku. Seluar labuh paras keting dengan blouse tanpa lengan yang aku sendiri tahu amat digemarinya.

" How?"

" Cantik...... good!" Serena tergelak kecil

" I tahu I memang cantik...."Tawanya terus kedengaran. " I tanya plan kita petang nie, macamana okey tak...." Kali ini aku menarik nafas lagi, lebih dalam. Dadaku sedikit sesak. Perlahan-lahan aku menggeleng.

"Apa yang you geleng tu....."

"Kensel!"

" Come on honey... jangan main-main ye..."

" Seriously!" Serena terdiam. Ada tanda-tanda perubahan pada riak wajahnya.

" But, why?.."
Aku bangkit.... mendekatinya. Wajahnya yg mendung itu kurenung dalam-dalam. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu adakah caraku ini akan berkesan untuk memujuk hati gadis kecil itu. Aku rasa, aku cukup lembap dalam bab-bab memujuk ini.

" Reen, Qel kena balik kampung petang ni jugak, ada family problem. My mum dah tunggu kat rumah tu..." Aku melembutkan suara... dan dengan jemari bergetar, aku elus rambutnya yang jatuh di dahi. Serena mengerutkan muka. Matanya seakan-akan berapi memandangku.

" You told me last time, but you dah janji tak mahu balik kpg, bukan?.... You nak proceed dengan plan kita.."

" Yup.... tapi kali ni, I tak boleh elak...."

" You nie!.. selalu sangat ikutkan mak you tu"

" Of course Serene, she's my mum.... I kena dahulukan dia dlm semua hal."

" Then I macamana...." Serena menepis tanganku. Dia berpaling.

" Honey, please understand me okey.... I pergi tak lama.. petang Ahad I jumpa you" Serena menoleh sekilas, menggeleng-geleng kepala. Pandangannya jatuh ke bawah. Sedih benar gadis ini.

" Petang Ahad kita jumpa, okey.... nanti I drive laju2.... setengah jam je I dah sampai.." Serena mencebik. Tapi sungguh..... walau dia mencebik begitu..... wajahnya tetap manis pada pandanganku... ah.. mak.... kenapalah aku terperangkap dalam situasi begini. Serena berpaling, mengambil tas tangannya tanpa memandangku.

" Well, it's up to you Haiqel, I nak balik " Tombol dipulas, tetapi terhenti sebentar" U tak nak hantar I ker?

"Ha?...." Nafasku sesak semula " U datang tadi naik apa?"

"Huh!" Pintu dihempas. Meninggalkan gegaran yang agak kuat.

Terkebil-kebil mataku memandang. Aduh.... terasa kering tekakku menyusun kata-kata tadi. Aku menyelak tirai, memandang ke bawah. Langkah Serena laju, tetapi teratur. Dan untuk kali terakhir, aku melihat sekali lagi pintu keretanya dihempas kuat.


*********************************************************

Emak tersenyum memandangku. Dan bila melihat senyuman emak, aku pun tersengih-sengih. Entah apa yang lucu, aku sendiri tak tahu. Sebentar kemudian, Pak Long muncul dengan ketayap di kepala. Dia baru selesai solat, dan kesan air sembahyang jelas terlihat di wajahnya. Sejuk.

" Ha, Qel..... datang jugak kau ye..." Pak Long menepuk bahuku. Cepat-cepat ku sambut tangannya.

" Apa khabar Pak Long?" Tangannya yang dingin itu kukucup.

" Sihat.... Pak Long macam dulu jugak.... kau je ni dah lain benar.... hampir tak kenal Pak Long tadi...." Dia duduk di hadapanku selepas bersalam dengan mak. Aku tersengih-sengih. Sejak sampai pagi tadi, aku rasa dah macam kerang busuk, asyik tersengih-sengih memanjang.

" Liat Abg Long...... nak ajak ke mari... ada aja alasannya tu " Emak bersuara.

" Iyer la..... dah lama duduk kat negeri omputih tu..... susah nak sesuaikan diri..."

" Eh.. takdelah Pak Long.... takdelah macam tu..." Aku teragak-agak.

"Baru dapat keja Pak Long..... susah nak ambik cuti..." Iyer ke alasan aku ni?
Pak Long ketawa.. mengangguk-angguk kepala. Dia menjengokkan kepala bila tiba-tiba seorang gadis berbaju kebaya keluar dari balik pintu. Dengan tangan yang menatang dulang, gadis itu melangkah sopan menghampiri kami. Seketika pandangan bertemu. Aku gigit bibir. Siapa? Ingatan ku samar-samar

" Ha Ain, tak keja ke ari nie?" Mak memecah keheningan. Gadis itu tersenyum.

" Kerja, Mak Ngah.... tapi hari Sabtu keja setengah hari je... ni pun baru balik kerja" Satu persatu cawan di atur atas meja. Jemarinya yang putih melepak.... seolah-olah mengganggu pandanganku. Bila cawan diletakkan di depanku, tiba-tiba renunganku tertangkap oleh matanya.

Dan tiba-tiba debaran dadaku semakin terasa...

bersambung..



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KUMILIKIMU 2


Pulang dari kampung, aku terus ke pejabat. Sunyi. Tak ada sesiapa yang overtime ke? Aku cuba menghubungi Serena. Tiada jawapan. Cuba telefon ke rumah. Bibik Indon itu mengatakan Serena sejak semalam tidak pulang-pulang. Kemana dia? Takkan dia pergi juga ke tempat yang dirancang? Tetapi, dengan siapa?

Lantas aku kembali ke kereta. Menghidupkan penghawa dingin, cuba menghela nafas seketika. Aku teringatkan Serena. Benar-benar merajukkah dia? Bukankah aku ingin bertemunya petang ini, seperti yang telah kujanjikan. Selaju yang boleh kereta kupandu, selaju itulah mulut emak tak henti-henti berbunyi. Gerun benar dia dengan cara pembawaan ku tadi. Seboleh-boleh aku ingin sampai awal. Tapi Serena tidak ada.

Aku mendengus. Terasa berat kepala. Bagaimana harus aku nyatakan kepada Serena. Aku akan pulang ke kampung minggu berikutnya. Ain akan kawin. Minggu depan, ya...minggu depan hari istimewa untuk Ain. Dia akan bergelar raja sehari. Dan aku sebagai seorang sepupu....amat menjadi harapan Pak Long untuk sama-sama membantunya. Sementelah Pak Long tidak punya anak lelaki, dan sementelah pula emak memang rapat amat dengan keluarga Pak Long. Nenek pun banyak kali mengingatkan. Jangan lupa balik minggu depan. Sama-sama kita
rewang.

Menantu pertama, kata Pak Long. Tentulah sambutannya lebih meriah. Dengarnya 2 ekor lembu akan ditumbangkan. Lembu baka paling baik, semestinya yang diternak Pak Long sendiri.

" Nanti tiba giliran Haiqel....pilih aje lembu-lembu kat sini...semuanya tegap-tegap belaka!" Kata Pak Long sambil ketawa waktu membawa aku melihat kandang lembu-lembunya. Sebenarnya lembu-lembu itu adalah kepunyaan atuk yang diuruskan oleh Pak Long.

Giliran aku? Bila ? Dengan siapa?......Serena? Aku menggeleng. Sudikah Serena menjadi isteriku. Dia gadis yang bijak, tetapi sedikit kebudakkan. Manja. Manis. Gadis yang ku temui sewaktu dalam penerbangan pulang ke tanahair. Waktu itu dia dalam percutian. Mengunjungi keluarga sebelah bapanya yang berketurunan Jerman. Matanya yang bundar itu hampir-hampir menafikan darah Cina yang mengalir ditubuhnya. Tetapi, mendengar pelatnya dia berbahasa Melayu, aku tahu gadis kacukan itu masih pekat dengan darah nenek moyangnya.

Kalau Serena menjadi isteriku bagaimana. Mahukah Serena. Cinta Serena kepadaku, walaupun selalu dinyatakannya tetapi benarkah? Adakah ia jujur atau sekadar kata-kata yang sering menari di hujung mulut seorang gadis bandar yang lincah seperti dia. Lahir dari hatikah kata-kata itu?

Aku mengeluh lagi. Wajah Ain Fathihah pula yang menerpa. Gadis itu sungguh lembut. Santunnya membuatkan aku kelu. Benarkah itu Ain Fathihah? Yang sama-sama berlumba denganku memanjat pokok rambutan belakang rumah nenek. Sama-sama mengikat batang pisang untuk dijadikan rakit. Kemudian sama-sama tenggelam ke dalam arus bila batang pisang teroleng-oleng dipukul riak-riak air yang kecil. Dan gadis itu tercungap-cungap menarik hujung bajuku. Lalu kubiarkan dia tersadai di tepi tebing dengan esak tangis, dan rambut ikal yang kusut masai.

" Tu lah......dah tahu cengeng...nak ikut orang main!" Aku berlari semula ke dalam sungai dengan budak-budak lelaki yang berlenggeng. Bercebur air sungai sekali lagi. Dan Ain Fathihah hanya memerhati di atas dengan sedu yang belum berhenti.

He..he..he....aku tersenyum sendiri. Kelako! hatiku berbisik.

Tersedar dari lamunan terus kakiku menekan minyak. Kereta mula meluncur. Melewati deretan bangunan yang kelihatan agak lengang. Petang Ahad yang bingung! Aku menggeleng sekali lagi.

**************************************************

" Anak tolong jerang air dalam periuk ni. Lepas tu bancuh dengan pati sirap kat atas meja tu " Aku mencapai periuk yang dihulurkan. Hampir terlepas pegangan dek tanganku yang berminyak.

"Aduuuh..." Aku mengeluh kecil. Mengesat jemari dengan Good morning yang sudah bertukar warna. Pakcik yang sedang menyalur air paip itu tersengih-sengih memandangku.

" Rehat la dulu...penat sangat tu nampaknya..."

" He..he..he..." Aku meneguk segelas air..

Orang sudah semakin ramai. Suara riuh kanak-kanak menggamatkan suasana. Ramai betul budak-budak dikampung ni..kata hatiku . Meriah. Aku masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Ruang dapur dipenuhi makcik-makcik yang sibuk bergotong royong. Beberapa orang adik Ain yang ternampakku tersenyum-senyum simpul. Mungkin gelihati melihat gaya aku yang dah macam 'pakcik-pakcik'

" Abang Qel....nak pegi mana? Suara Saerah, adik Ain yang paling bongsu menegurku.
" Abang Qel nak relek jap!" Sahutku.

" Curi tulang la tu!" Berderai ketawa mereka. Aku cepat-cepat menyelinap. Ruang dapur yang sempit itu segera aku tinggalkan. Aku menyusup ke sebuah bilik yang disusun dengan kerusi-kerusi dari ruang tamu. Ah... leganya..... tubuh ku rebahkan. Rasa nak tertidur pun ada. Pagi-pagi lagi aku dah terjengol di rumah Pak Long. Mak yang gesa aku pergi awal-awal. Merah padam muka aku dibuatnya . Pagi-pagi lagi rumah Pak Long sudah penuh. Saudara mara yang aku kurang kenali sudah sampai awal petang semalam. Berbisik-bisik mereka bila melihatku. Kenapa pulak? Hatiku mendengus.

Kurma ayam sudah siap, tinggal rempah daging belum ditumis. Cepat-cepat aku beralih. Tak tahan rasanya mengadap api. Bahangnya bagai nak terbakar kulit mukaku. Duduk sekejap, dipanggil pula minta dibancuh air. Jangan aku pitam sudah. Malu mak nanti. Rasa nak tanggal urat aku menggaul kurma ayam tadi. Lenguhnya sampai sekarang terasa.

Aku terdengar suara Pak Long. Kesian orang tua tu. Sekejap kesana, sekejap ke sini. Tak menang tangan dibuatnya. Pak Long kata pengantin lelaki akan sampai sekejap lagi untuk majlis akad nikah. Maka lauk pauk perlulah disiapkan pagi itu untuk menjamu keluarga pihak lelaki. Aku menguap sambil mengerling jam di tangan. Sudah hampir pukul 12. Kata akad nikah pukul 10.30?...Pengantin tak sampai lagi kah?

Dua kali menguap, mataku semakin layu. Suara orang ramai semakin sayup-sayup di hujung telinga.

********************************************
" Qel!..Qel, bangun Qel..." Gegaran dibahuku semakin kuat. Aku tergegau serta merta mataku terbuka. Wajah mak yang pertama sekali kulihat. Diikuti Pak Long dan Mak Long. Aku terpisat-pisat bangun. Sempat menguap beberapa kali.

" Kenapa nie mak? Pak Long ?" Terkocoh-kocoh aku melihat jam. Lama sangat ke aku tidur. Rasanya baru sekejap aku rebahkan badan tadi. Pak Long duduk disebelahku. Muka orang tua itu sudah merah padam. Ada kekeruhan yang jelas terlihat dibalik garis-garis tuanya. Aku pandang Mak Long pula. Air mata masih berbekas, bergenang di bibir mata.

" Kenapa nie Pak Long.......emmm...mintak maaf la Pak Long, saya tertidur pulak...." Aku membetulkan duduk. Pak Long menggeleng. Wajahnya berkerut. Aku buntu. Bila aku pandang Mak, dia terus menarik tanganku, membawa aku ke satu sudut.

" Apa hal ni Mak, cemas je nampak"

" Pengantin lelaki tak sampai-sampai! Keluh Mak. Aku jeling sekali lagi jam ditangan. Hampir pukul 2. Lama jugak aku tertidur nanti.

' Kenapa tak sampai lagi. Sesat ker? " Mak mendengus mendengar soalanku.
Pak Long menghampiriku.
" Pak Long pun tak tahu......tapi Pak Long dah cuba telefon. Si Ain pun ada telefon. Tapi tak dapat-dapat"

Aku terpinga-pinga. Habis, apa yang harus aku lakukan? Aku sendiri bingung. Bukannya aku kenal pun bakal suami Ain. Kalau aku kenal, boleh juga aku cari sampai dapat, lepas tu aku sekeh-sekeh kepala dia sebab menyusahkan orang. Sudahnya, aku hanya mampu memandang Pak Long yang mundar-mandir gelisah.
Jemputan semakin ramai, tetapi pengantin lelaki masih belum kelihatan. Suara-suara sumbang sudah mula kedengaran. Masing-masing tertanya-tanya kenapa majlis akad nikah masih belum dijalankan sedangkan sebentar lagi orang kompang akan datang. Majlis bersanding pula akan dilangsungkan. Aku keluar menjengok ke ruang tamu. Kelihatan tok kadi rimas mengesat peluh. Merah padam mukanya dikelilingi orang ramai yang setia menunggu. Pak Long menuruti aku, dia masuk ke bilik Ain diikuti Mak Long. Emak pun turut serta. Aku jadi termangu-mangu. Nak masuk sama tapi serba salah. Aku terbayangkan Ain Fathihah. Bagaimana perasaan dia sekarang ini. Tentu dia bersedih. Bingung, dan malu. Kenapa pengantin lelaki tidak muncul-muncul. Jauh sangat ke perjalanan dari Melaka ke Johor. Sedangkan aku yang dari KL pun boleh sampai dalam masa 2 jam...inikan pula Melaka. Tidak ada panggilan telefon, tidak ada pesanan.

Seorang lelaki , yang aku rasa sedang mencari Pak Long masuk ke dalam bilik pengantin. Melihat suasana menjadi semakin tegang aku mengambil keputusan untuk beredar ke belakang. Keenakkan nasi briyani menggamit-gamit perutku yang berbunyi. Seketika aku melangkah, suara Pak Long menerjah telinga.

" Ada apa-apa yang boleh saya tolong Pak Long?" Pak Long menarik tanganku masuk ke bilik tadi.

" Pak Long tak sangka boleh jadi begini....."Suaranya bergetar, menahan perasaan.

" Pak Long yang salah....."

" Kenapa Pak Long.....apa yang salah...."

" Pak Long yang tunangkan Ain dengan lelaki tu. Pak Long kenal lelaki tu. Pak Long percayakan dia.....tak sangka dia boleh buat macam ni pada Pak Long sekeluarga.."

Aku jadi bingung. Aku toleh ke pintu, Mak muncul dengan wajah sugul.

" Haiqel tolong Pak Long....." Pak Long menggenggam tanganku.

" InsyaAllah Pak Long....kalau boleh tolong, Qel akan cuba..." Aku bersuara perlahan. Otakku berputar ligat. Memikirkan apa yang boleh aku lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Takkan aku perlu ke Melaka untuk mencari lelaki tersebut? Pak Long tiba-tiba keluar, meninggalkan aku dan Mak. Aku pandang Mak bingung.
" Kesian Pak Long...." Aku mengeluh.

" Kesian Ain, Qel...." Balas Mak perlahan. " Mak harap Qel dapat tolong Pak Long"

" Tolong macamana Mak....." Mak menghela nafas.

" Pak Long kau tu malu......tak sangka boleh jadi macam ni. Macamana nak bersanding, nikah pun belum. Orang dah sibuk bercerita." Cemas saja suara Mak.

" Kami dah berbincang....." Mak merenungku tunak. " Mak harap kau dapat selamatkan keadaan ini..."

" Maksud mak? "

" Tolonglah mak, Qel.....mak tak sanggup tengok Pak Long menanggung malu..." Esak Mak kedengaran. Terhinggut-hinggut bahunya menahan sebak.

" Mak...." Hatiku tersentuh.

" Mak harap.....Qel dapat tolong Pak Long. Tolong ganti pengantin lelaki!"

" Ha??? " Tiba-tiba aku rasa bagai nak pitam.

bersambung....



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KUMILIKIMU 3


Perkara yang paling mustahil untuk aku lakukan waktu itu ialah menyarung baju melayu putih, dengan samping songket hitam terikat kemas di pinggang,
dan seorang tua berkopiah yang sedang duduk di hadapanku. Mengamati wajahku dalam-dalam sebelum membaca sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apa. Mataku terbuka, tetapi aku tidak nampak apa-apa. Telingaku mendengar tetapi semuanya terasa sunyi sepi. Hening. Saat berpuluh-puluh mata terarah kepadaku, aku terasa bagai ingin terbang. Fikiranku di awangan. Aku tidak tahu apa yang aku fikirkan. Yang aku tahu aku sedang berada dalam satu situasi drama yang tidak bertajuk. Dan aku adalah pelakon malangnya.

Pagi-pagi lagi aku sudah tercegat depan pintu bilik air. Sesuatu yang mustahil untuk aku lakukan bila berada di kampung. Kalau di rumah nenek, gerenti aku masih membuta. Lebih-lebih lagi kalau tidur dalam kelambu yang nenek sediakan untuk aku. Nenek memang sayangkan aku. Tiap kali balik kampung dia akan pasangkan kelambu untuk aku, walaupun puas Mak melarang. Ngada-ngada! Getus Mak bila nenek terlalu memanjakan aku. Tetapi nenek tetap pasangkan juga. Sebab dia tahu kulit aku ni sensitif sikit dengan gigitan nyamuk.Entah. Sejak bila aku sensitif, aku sendiri tak tahu. Agaknya sejak aku tinggal di asrama, setiap hari tidur berkelambu, balik kampung aku sibuk minta nenek belikan satu. Dan nenek tidak pernah menghampakan permintaan cucunya yang satu ini. Kerana dia terlalu menyayangi aku. Tapi sekarang..........Aku mengeluh, mata kupejamkan, cuba membayangkan wajah nenek yang sentiasa tenang itu. Pertama kali nenek telah menghampakan aku. Nenek biarkan semua ini berlaku. Nenek tidak mampu lakukan sesuatu untuk aku. Nenek hanya biarkan. Biarkan ianya berlaku.

Aku gigit bibir hingga terasa sakit. Andainya semua ini hanyalah mimpi. Alangkah!

"Eh, Abg Qel..."Satu suara mengejutkanku."Buat apa tercegat macam patung tu"
Aku menoleh. Adik Ain, yang kedua bongsu ( ku kira ) menghampiriku dgn bakul kain.

" Pagi-pagi dah termenung?"

" Eh, abg nak mandi nie....tapi sejuk!" Aku tersengih, membetulkan tuala yang menutupi sebahagian tubuh. Ikatan kain pelekat ku perkemaskan semula.

" Nak Idah masakkan air panas?"

" Eh...er...tak payah la....abang dah biasa.."Biasa? Emm....aku teringatkan shower kat rumah di KL...tiap2 pagi mesti nak berendam air panas. Best betul!

" Cepat abg bangun?" Aku tersengih.

Apa nak dikata. Memang pagi ini aku antara yang paling awal (terakhir kalau di KL ) bangun. Subuh2 tadi aku terjaga. Dinginnya pagi itu membuat tubuhku mengerekot. Sewaktu selimut ku tarik ke seluruh tubuh, sayup-sayup aku terdengar suara Pak Long melaungkan Iqamah. Aku membuka mata luas-luas, sedaya yang boleh.Tapi syaitan lebih menguasai. Akhirnya aku terlena dibuai mimpi lagi.

Sejuk! Emm....aku mencelupkan hujung jari ke dalam kolah. 2-3 ekor anak ikan puyu berenang-renang di bawah sana. Aku tersengih. Teringat suatu masa yang dulu, waktu aku gila menyauk anak ikan di paya belakang rumah nenek waktu musim cuti sekolah. Berbekalkan net badminton yang telah rabak sana sini, aku meraduk belukar untuk menyauk anak ikan. Ain di belakang, terkial-kial melawan arus dengan balang guli di celah ketiak. Kainnya diangkat tinggi-tinggi sampai nampak kepala lutut. Tapi akhirnya basah juga.

Balik rumah, anak-anak ikan aku campakkan ke dalam kolah nenek. Kadang-kadang hidup. Kadang-kadang mati. Kalau hidup, kolah nenek bersih dari jentik-jentik. Kalau mati, aku akan redah sungai lagi. Seminggu sekali nenek akan suruh aku bersihkan kolah tersebut. Salah satu kerja yang paling aku tak suka. Selain memenatkan ia juga menghangitkan badan aku.

Setelah bertafakur seberapa lama yang boleh, dan dek kerana terdengar suara-suara riuh di dapur, akhirnya air dingin bak salju itu ku jiruskan juga ke tubuh. Ya Allah....terketar-ketar gigi aku. Tak lama. Selepas 3-4 gayung, aku selesai mandi, cepat-cepat aku masuk bilik.

Sambil mengadap cermin, aku merenung wajahku lama. Alangkah baiknya. Andai tiba-tiba aku menjadi halimunan. Aku akan segera angkat kaki.Cabut ke KL dan tak akan balik-balik lagi ke sini. Biar mereka semua tak dapat menjejaki aku. Dan aku akan bebas dari situasi ini.Andainya!

Raut wajah yang masih basah, rambut yang jatuh di dahi ku seka dengan jari. Terasa seakan jemari halus Serina berada di atasnya, mengelus helaian rambutku.

"Rambut you nie halus......kalah rambut I" Pertama kali Serena menyentuh rambutku.

"Tahu pun......"Aku tersengih, dengan pantas menggoyang-goyangkan kepala aku persis model iklan Sunsilk.

"You guna shampoo apa?"

"You nak tahu?" Serena mengangguk.

"I pakai santan kelapa. You tahu tak santan......ala...coconut milk tu..."

"Huh,...you ni main-main la..."

"Betul I cakap.....you ingat I main-main ke"

"Still now?"

"Iyer la...."Aku ketawa dalam hati.Sebenarnya tak ada pun.Tak kuasa aku nak perah santan.Aku tahu pasal shampoo santan pun sebab mak rajin membuatnya. Bagi aku tak ada masalah.Aku rasa semua shampoo aku pulun. Masa belajar dulu tak silap aku pernah guna shampoo seorang rakanku dari India. Shampoo apa aku tak tahu tapi baunya ala-ala minyak bijan. Lepas pakai, semua kawan-kawan jalan jauh-jauh dari aku!

"You simpan lambut panjang.....lagi seksi tau.."

"Halo amoi ha...you cakap betul-betul la....R.A.M.B.U.T bukan lambut ha..."

"Huh!" Serena mendengus, menyiku pinggangku.

"You ni naughty la Qel..."

"Biar naughty...asal hensem!"Sekali lagi Serena mendengus., memuncungkan bibirnya.Aku ketawa.

Kenangan itu tidak terlalu lama untuk diimbas kembali. Baru setahun yang lepas saat2 awal aku kenal Serena.Bila Serena muncung, aku akan pura-pura menguap. Kadang-kadang aku tidur terus.Serena akan bosan giler bila aku buat perangai begitu. Dia akan pergi. Tapi tak lama. 2-3 hari dia akan datang kembali kepadaku. Bergurau-gurau, merengek-rengek seperti selalu. Siapalah aku untuk tidak mengendahkannya. Kadang-kadang aku rasakan seolah Serena amat-amat mencintai aku. Dia terlalu ingin selalu bersamaku!

"You're different, Haiqel. Really!"Serena memaut lenganku.

"This is the first i have an affair with....malay man..."

" So you suka giler la kat I" Gadis itu mengangguk.

" Then....you sanggup buat apa saja untuk I?" Angguk lagi.

Aku menggeleng. Rasanya Serena tidak akan sanggup untuk menerima
berita ini. Berita yang aku kini bukan lagi miliknya. Aku kini milik
Ain Fathihah. Benarkah?.....Tidak...tidak...Aku bukan milik Ain Fathihah....Aku mengenali dia...tapi aku bukan miliknya. Dan dia juga bukan milikku.

Bukan!

*********

" Bersiap awal2 ni, nak kemana, Haiqel?"Suara garau menyapa.

Aku menghentikan kunyahan. Menoleh ke arah suara. Pak Long sudah siap dengan
pakaian ke kebun. Parang kontot terselit di celah pinggang.

" Emm....saya nak balik...Pak ...emm..ayah!" Orang tua itu mengerutkan dahi. Menarik kerusi di hadapanku lalu duduk sambil menghela nafas.

" Kenapa cepat sangat?" Suaranya mendatar.

Aku meneguk air...berkira-kira untuk menyusun kata-kata.

" Saya tak ambil cuti ari ni. Tak rancang pun nak ambil cuti..." Pak Long tersengih, mengangguk faham.

"Iya lah.....mana nak sangka jadi macam ni kan...."
Aku mengangguk sama.

" Dah bagitahu Ain?

" Err....belum...belum lagi...."

" Emm....bagitahu la dia..suruh dia berkemas"

Ain perlu ikut sama? Aku mengeluh dalam hati. Tapi, takkan aku nak tinggalkan dia di sini pula. Apa kata Pak Long. Apa kata Mak Long dan adik beradik dia. Nenek?

"Ain tu cuti seminggu. Boleh la dia ikut Qel ke KL" Sambung Pak Long.
Aku angguk lagi. Macam ayam jantan patuk jagung.

Selepas sarapan, aku mengemas barang-barang aku. Sebenarnya tak ada barang pun yang perlu dikemas. Semalam aku jadi pengantin ekpress. Pengantin sehelai sepinggang. Jadi tidak banyak barang yang aku bawa. Cuma petang itu saja mak sempat hantarkan 2-3 helai baju luar dan dalam aku. Setelah mempastikan wajahku masih tampan (he...he ) aku melangkah keluar.

Terhenti sebentar bila Ain tercegat di depan pintu. Aku tergegau. Aku rasa dia
Pun begitu. Pandangan kami bertembung. Aku menarik nafas dalam-dalam.... menahan debar. Entah apa yang aku debarkan....

" Ain nak ikut Qel ker?" Mulut aku tiba-tiba jadi peramah.

" Qel izinkan?" Suaranya lembut. Sebenarnya sejak semalam aku belum lagi mendengar suara 'sebenar' dia.

" Nak ikut....ikut la..." Aku menjawab malas. Takkan aku nak halang pula. Dan tak logik la kalau aku iya-iya mengajak pula. Ain berlalu ke bilik. Aku segera mendapatkan Pak Long yang sudah bertenggek di atas motor.

" Kejap lagi saya singgah rumah nenek....nak ambik mak" Aku salam tangan Pak Long.

" Emm...kim salam pada mak Qel...Pak Long mintak maaf banyak2"

Aku melepaskan Pak Long pergi dengan perasaan yang berbaur-baur. Entah la.
Bila memandang Pak Long, aku jadi simpati sekaligus aku seperti redha dengan apa yang berlaku, tetapi bila memandang Ain.....terkenangkan Serena......aku jadi bingung. Marah..dah entah apa-apa lagi. Aku jadi kalut!

****************************************************

" Qel! kau kemana semalam?" Tepukan di bahu mengejutkan ku. Aku pandang Faizal, lelaki terlajak yang aku rasa agak hensem juga..tapi...tetap tak dpt menandingi aku.

" Aku sambung cuti..." Balasku lemah.

" Aku dengar sepupu kau kawin...awat ko pulak yang cuti lebih-lebih.." Aku tersengih.

" Aku kontrak......cuci periuk..." Faizal ketawa terkikih. Gelihati benar la tu..

" Dato' cari jugak......"

" Pasal pelan tu?" Faizal mengangguk

" Tapi kau jangan risau....semua dah settle...aku dah tolong proceed" Dia menepuk bahuku.

" Thanks ha....aku tahu ko mesti tolong punya...."
" Biasa la aku.....aku rasa minggu depan mesti confirm...lepas tue.. makan free lagi la kita..." Aku ketawa sama. Projek masuk, duit masuk..makan free pun masuk.

" Malam ni kau nak pergi tak?"

Aku kerutkan dahi. " Pergi mana?"

" Kau lupa ke?.....anniversary Latiff dan Wani.."

" Emmm..."Aku gigit bibir. " Yang pertama?....aku lupa plak..."

" Aku pergi, gerenti punya. Kau ajak la Serena"
Aku terpempam. Serena! Aduuh...dah seminggu aku tak jumpa dia. Kemana dia pergi. Lari lagi? Cepat-cepat aku capai telepon bimbit.

“ Hello....Reen?"

" Qel?.." Talian putus. Aku hampa. Merajuk lagi kah gadis itu.

Seketika, telepon berbunyi.

" Qel...you pergi mana ni....I miss sgt kat you nie. ..." Aku tersenyum lebar.

Aku pun merinduimu!


" Sah? "

" Sah!..sah !" Beberapa orang lelaki disebelahku menggangguk.

Serentak itu mereka menadah tangan, mengaminkan doa yang dibaca oleh lelaki tua di hadapanku. Aku melihat orang-orang disekelillingku tersenyum lega. Aku bagai penasaran. Sedar-sedar, aku telah berada di dalam bilik. Di hadapanku, seorang gadis bertudung putih, sugul memandangku. Bila pandangan bertembung, dia melarikan wajah. Ada kekosongan pada wajah itu.

" Qel....sarungkan cincin tu...." Suara Mak terdengar dicelah-celah orang ramai yang mengerumuni kami.

Aku menarik jemari gadis itu. Dingin. Perlahan-lahan cincin putih bermata dua itu kusarungkan ke jari manisnya. Dan dengan perlahan juga bibirnya menyentuh jemariku. Aku menarik nafas dalam-dalam. Dada seakan ingin pecah.

" Qel....senyum sikit....." Azhar, jiran Pak Long bersedia dengan kameranya.

Gila!...semua ini kerja gila!

******************************************************

Aku masih lagi bersandar di tiang beranda. Asap rokok yang berkepul-kepul penyapu wajahku. Dingin malam begitu terasa. Aku merenung putung rokok yang berterabur di kaki tangga. Hatiku tiba-tiba terasa sayu.

Teringat Mak, teringat Serena. Ya Allah.....kenapa aku boleh terperangkap
dalam situasi begini...

Qel, tak tidur lagi ker....dah malam ni" Satu suara menyapaku. Aku tahu itu suara Pak Long. Pak Long merangkap bapa mentuaku. Orang tua itu datang hampir kepadaku. Aku terdengar helaan nafasnya.

" Pak Long mintak maaf pada Haiqel...." Dia bersuara perlahan.

" Pak Long yang patut dipersalahkan." Aku diam. Tak tahu apa yang patut aku
katakan.

" Pak Long harap Haiqel tak berdendam dengan Pak Long.." Aku menggeleng.

" Tak Pak Long.....takkan la sampai nak berdendam....kita kan satu keluarga. Haiqel bersyukur dapat tolong Pak Long." Aku cuba meluahkannya seikhlas yang boleh. Mungkin hati aku masih berbelah bagi.

" Sudahla tu, pegi la masuk tidur. Angin kampung nie sejuk....lama-lama berembun, nanti masuk angin pulak " Pak Long menepuk-nepuk bahuku.
Aku campak puntung rokok yang masih berbaki. Melihat bilik pengantin yang masih terang, aku jadi berdebar-debar. Apa yang sedang Ain lakukan. Sudah tidur kah dia. Bagaimana harus aku memperlakukan diriku dihadapan dia.

Aduuh....kalutnya Afizi Haiqel!!

Perlahan-lahan pintu kubuka. Haruman Lavender menusuk deria bauku. Aku memerhatikan sekeliling. Ain Fathihah tidak ada. Kemana dia? Belum tidur
lagi kah? Buat apa berjaga sampai malam. Tunggu aku? Ah ....tak mungkin.
Bukankah wajahnya masih sugul tadi. Tiada secalit senyuman pun untuk aku.
Yang ada hanya senyuman paksa. Saat Azhar si jurufoto tak bertauliah itu
meminta aku memaut pinggangnya. Aku dapat rasakan betapa tubuhnya kaku dan
dingin.

Aku melihat bungkusan-bungkusan hadiah yang belum berusik. Dibalut cantik tapi sayang....bukan untukku. Ah...malas aku nak fikir.

Aku rebahkan tubuhku ke tilam empuk yang harum. Seharian aku bertenggek di atas pelamin. Seperti robot yang keputusan wayar. Bagaimana aku boleh lakukan semua itu....dalam sekelip mata aku telah bergelar suami. Suami kepada seorang gadis yang amat aku kenali tetapi mustahil untuk aku cintai. Mustahil? Tidak. Tak mustahil. Tiada yang mustahil di dunia ini. Buktinya diri aku sendiri. Pagi tadi aku sibuk di balai rewang menggaul kurma ayam, dengan gaya 'pakcik-pakcik' aku. Malam ini pula aku telah menjadi seorang pengantin. Gila!

Aku padam lampu besar, hidupkan lampu kecil di atas meja. Terfikir juga untuk tidur diluar, tetapi apa kata mereka nanti. Malulah aku. Takpelah. Untuk malam ini saja. Esok pagi-pagi aku nak cabut ke KL. Bila aku mula pejamkan mata, aku terdengar pintu dibuka. Aku melirik ke pintu. Gadis yang kukucup dahinya siang tadi muncul. Berkain batik dan t-shirt pendek. Macam makcik-makcik! hatiku berbisik.

Ain mendekatiku. Aku cepat-cepat pejamkan mata. Dadaku terasa bagai nak pecah. Nafasku tahan satu-satu. Haruman tubuhnya menusuk hidungku. Dalam samar-samar itu aku lihat rambut ikalnya jatuh dibahu. Rambut ikal itu masih cantik. Seperti dulu-dulu. Bagai ingin dielus rambut halusnya itu. Aku melihat Ain pergi ke sebelah ku. Aku sangkakan dia akan merebahkan tubuhnya disampingku. Tapi dia hanya mengambil bantal lalu beredar semula ke pintu. Sebelum menutup pintu, dia sempat merenungku. Dan aku takkan lupa wajahnya yang sugul itu.

bersambung....



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 833
Date:

baper manyak yang ko nk bersambung2 nih phia....
abih rabun mataku ini...

(padahal bukannyer bace pong.... uwahahahah)



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 4


" Kejap lagi saya singgah rumah nenek....nak ambik mak" Aku salam tangan Pak Long.

" Emm...kim salam pada mak Qel...Pak Long mintak maaf banyak2"

Aku melepaskan Pak Long pergi dengan perasaan yang berbaur-baur. Entah la.
Bila memandang Pak Long, aku jadi simpati sekaligus aku seperti redha dengan apa yang berlaku, tetapi bila memandang Ain.....terkenangkan Serena......aku jadi bingung. Marah..dah entah apa-apa lagi. Aku jadi kalut!
****************************************************

" Qel! kau kemana semalam?" Tepukan di bahu mengejutkan ku. Aku pandang Faizal, lelaki terlajak yang aku rasa agak hensem juga..tapi...tetap tak dpt menandingi aku.

" Aku sambung cuti..." Balasku lemah.

" Aku dengar sepupu kau kawin...awat ko pulak yang cuti lebih-lebih.." Aku tersengih.

" Aku kontrak......cuci periuk..." Faizal ketawa terkikih. Gelihati benar la tu..

" Dato' cari jugak......"

" Pasal pelan tu?" Faizal mengangguk

" Tapi kau jangan risau....semua dah settle...aku dah tolong proceed" Dia menepuk bahuku.

" Thanks ha....aku tahu ko mesti tolong punya...."
" Biasa la aku.....aku rasa minggu depan mesti confirm...lepas tue.. makan free lagi la kita..." Aku ketawa sama. Projek masuk, duit masuk..makan free pun masuk.

" Malam ni kau nak pergi tak?"

Aku kerutkan dahi. " Pergi mana?"

" Kau lupa ke?.....anniversary Latiff dan Wani.."

" Emmm..."Aku gigit bibir. " Yang pertama?....aku lupa plak..."

" Aku pergi, gerenti punya. Kau ajak la Serena"
Aku terpempam. Serena! Aduuh...dah seminggu aku tak jumpa dia. Kemana dia pergi. Lari lagi? Cepat-cepat aku capai telepon bimbit.

“ Hello....Reen?"

" Qel?.." Talian putus. Aku hampa. Merajuk lagi kah gadis itu.

Seketika, telepon berbunyi.

" Qel...you pergi mana ni....I miss sgt kat you nie. ..." Aku tersenyum lebar.

Aku pun merinduimu!

**********************************

" Cepat Qel balik ari nie?" Mak terjengol depan pintu waktu aku membuka kasut.

"Qel ada dinner malam ni, mak!" Wajah mak berkerut. Aku menyambut tangan Mak lalu mengucupnya.

"Kenapa tak telefon awal2. Ain dah siap masak dah tu..." Mak mengekori aku yang terus merebahkan tubuh ke sofa.

"Iye ke?" Balasku acuh tak acuh."Mak masak apa ari ni?"

"Mak tak masak....Ain yang siapkan semua...ketam masak lemak cili padi...Qel kan suka..."

Emm....aku telan liur. Sedap tuh! Macam tahu-tahu pula aku suka benar dengan masakan itu. Mesti Mak yang cerita. Tapi tidak juga. Mungkin Ain masih ingat kenangan yang satu itu. Tiap kali nenek masak ketam, tiap kali itulah Ain menjadi mangsaku. Kalau ketam tinggal 2 ekor...setengah akan ku bagikan kepadanya... yang selebihnya masuk ke pingganku. Kalau nasib Ain kurang baik sikit, aku akan simpan selebihnya di dalam gerobok nenek. Ku tutup rapat-rapat dengan suratkhabar. Bila makan malam, aku akan keluarkan kembali ketam-ketam ku itu. Dan Ain akan terkebil2 memandang aku makan ketam sorang-sorang. Mana Qel dapat? Selalu dia tanya begitu. Dan aku hanya tersengih-sengih sambil bersungguh2 memecahkan sepit ketam. Kalau Ain merengek-rengek, baru la ku bahagikan. Itupun setelah nenek mula meninggikan suara.

" Makan pun nak berebut..."Selalu nenek memarahi aku begitu. Tapi esok-esok, nenek akan masak lagi.Dan hari ini Ain masakkan untuk aku pula. Adakah bila memakannya, dia akan kembali mengingati semua itu?

Mak meninggalkan aku, meneruskan kerjanya di dapur. Mataku melingas. Mencari kelibat seseorang. Rasanya sejak balik ke KL semalam, tidak banyak perkara yang aku bualkan. Cuma mak saja yang rajin bercerita. Dan Ain kulihat amat mesra dengan Mak. Dan aku tahu, hati mak juga cukup gembira bermenantukan gadis itu. Aku? Entah la...aku sendiri tidak tahu perasaanku saat ini. Bagaimana aku harus memperlakukan diriku. Mesra? dingin? Atau tegas? atau entah apa-apa... Kadang-kadang aku fikir biarlah aku menjadi bisu saja. Tak payah la aku susah-susah menyusun ayat. Dan dia juga tidak akan fikir yang bukan2 kiranya aku langsung tidak berbicara dengannya. Rasanya selepas 4 tahun
Kebisuan bertamu, ketaranya semakin terserlah setelah terjadinya ikatan ini.
Ikatan yang aku sendiri tidak pernah membayangkan!

Aku terdengar suara Mak berbual dengan seseorang. Mungkin dengan Ain (siapa lagi?). Cepat-cepat aku menapak ke tangga, mendakinya satu persatu. Sempat juga mengerling sekilas ke arah dapur, kalau2 ada kelibatnya.

Em..apala yang aku nak tengok sangat ni???...Aku menggeleng.

Pukul 8.15, selepas sembahyang Isyak, aku mencapai kunci kereta. Mak sedang menanti, di tepi pintu, seperti biasa tiap kali aku ingin ke mana-mana. Wajahnya tenang, senyum terukir dan dia memandangku tunak.

" Qel tak makan langsung?" Tegurnya. Aku menggeleng, menyedari seseorang sedang hampir kepadaku. Aku menoleh. Ain, yang cantik... rambut ikal..tapi pakaiannya..masih seperti itu....kain batik..t-shirt labuh...

" Mak dah makan?...Mak makan dgn Ain je la ye...Qel tak tahu balik pukul berapa.." Balasku perlahan." Tak payah la tunggu."

Mak mencubit lenganku, berbisik perlahan di hujung telingaku. " Kenapa tak bawak Ain sekali?"

"Issh...mak nie..mana boleh?"

"Kenapa tak boleh...ajak aje la.."Aku menggeleng.

"Tak boleh mak....Qel dah janji dengan kawan..."

"Dengan siapa...."Mak tak puas hati.

"Dengan...er...Faizal....budak opis Qel tu.."Aku menguatkan suara.

Aku melihat jam. Mungkin Serena sedang menungguku. Mungkin dia berdandan
rapi, seperti selalu. Dan dia akan menjadi perhatian...setiap mata...termasuk aku.

" Jangan balik malam sangat Qel..." Mak mengingatkan. Aku angguk.

Tak tahu sama ada mak melihat atau tidak anggukanku itu. Aku menjeling Ain.
Dia tidak memandangku. Dan langsung tidak bersuara. Hanya jemarinya saja yg
bergerak2 memintal hujung baju. Jarinya yang putih itu.

Aku menghidupkan enjin kereta. Seketika, mataku bagai ditarik untuk melihat Ain. Pandangan bertemu. Renungan yang redup, serta merta aku resah. Entah apa-apa saja perasaan ku saat itu.

Malam itu malam yang indah. Walaupun tidak seindah malam2 sebelumnya.( malam-malam sebelum aku hilang status bujang ) tetapi aku sedaya yang boleh melupakan apa yang aku alami beberapa hari yang lalu. Walau untuk sekejap waktu. Kalau ditakdirkan aku hilang ingatan untuk satu malam itu, pun aku rela. Biar aku tidak pernah ingat mimpi ngeri itu. Menjadi seorang suami, memiliki seorang isteri yang terang-terang tidak pernah mencintai aku. Dia tidak mencintai aku. Aku tahu. Tetapi kenapa dia ditakdirkan untukku??

"Qel....." Suara lembut di hujung telinga.

"You ni...senyap..jer.."Serena menghulurkan gelas. "You tak suka I pakai macam ni ker.."

"No, no.. I suka...you cantik!"Aku tersenyum memandangnya. Susuk tubuhnya yang langsing itu amat sesuai dengan dress labuh hitam yang agak sendat. Aku membayangkan andai Ain berpakaian begitu. Akan jatuh hatikah aku? Jatuh hati... atau... jatuh nafsu? ..Emm..rasanya tidak..aku bukan jenis begitu.

"Qel....., you tak nak makan ...dari tadi asyik minum aje...tak lapar ke?:" Kembali aku memandang Serena. Pautan di lenganku terasa kejap.

" You tak lapar ke, honey...." Suaranya semakin lembut. Issh.... anak dara nie! Jangan la terlalu menggoda. Aku bukannya kuat iman sangat.

" Okey, Qel temankan you..." Aku menarik tangannya.

" You tak makan sekali?"

" Makan....I makan sikit2"

" You on diet ke, honey...." Serena mencapai piring kecil.

" A'ha....I kena diet...perut I dah boroi..."

" Boroi?"

" A'ha...boroi.."

" Boroi tu apa?"

" Boroi tu....macam perut..ha...tu..mcm perut Latiff."Aku memuncungkan bibir ke arah Latif yang rancak melayan tetamu. Serena ketawa.

" Hei..you kan sporty...mana ada boroi....I tengok okey je.."

" I kena maintain...takut dah kawin nanti I jadi macam Latif tu..." Aku menepuk2 perut.

" You dah nak kawin ke....dah ada plan?"Aku termenung seketika.Wajah Serena kurenung dalam-dalam. Satu keluhan ku lepaskan.

" Emm.....just forget about it!"Aku akhirnya bersuara. Serena memandangku lama.

" Why Qel... seems like you dont want to talk about it further..." Aku geleng kepala.

" I just wanna to know it. Is there any plans...or..is there someone behind..." Aku terus tarik tangan Serena.

"You nak makan apa...biar I ambilkan.."Balasku sambil memasukkan beberapa potong kuih ke atas piring.

" Answer me, please.."Serena menarikku agar berpaling kepadanya.

" Serena...I rasa I tak mahu discuss tentang hal ni, I'm not ready yet....at all.

"Bisikku lembut di hujung telinganya. Serena senyum.

"Really?...but..I'm ready..."

Mataku membesar."Jangan nak bergurau la.."

"Qel....I cakap serius...I tunggu you. Do you love me, don’t you?" Bibirnya menguntum senyum. Aku terpana.

"I tak suruh you tenung I.....I minta you jawab..." Matanya bercahaya. Aku menarik nafas. Terasa sesak tiba-tiba.

"You tahu kan perasaan I pada you...." Akhirnya aku bersuara. Serena
menggeleng.

"But you didnt say it before. Never!"

"Iye ke?" AKu pura-pura terkejut. Serena ketawa kecil.

"I rasa, tak perlu I ucapkan...."

" Tapi I nak dengar...I suka kalau you cakap..."

" I akan cakap satu hari nanti..."

"Bila..."

Aku kertap bibir. "Emm...bila I lamar you nanti..." Mata Serena membulat. Senyum tak putus2 terukir di bibir mulusnya. Aku hanya mampu memandang. Adakah kata2 akhirku itu benar2 lahir dari hati, atau sekadar untuk mengambil hatinya?. Yang aku tahu, aku tidak mampu untuk menghampakan Serena.Dan yang lebih penting, aku tidak mahu dia terus-terusan membicarakan hal sedemikian.

Serena hanya mengambil beberapa potong kuih dah buah tembikai sebelum menarikku duduk di satu sudut. Aku dapat rasakan anak matanya tidak lepas2 dari memandang wajahku.

" You pandang I macam nak makan..." Aku menegurnya.Sebenarnya aku resah juga diperhatikan begitu.

" Actually......I rindu sangat kat you..." Dia bersuara perlahan.

" He..he..." Aku tersengih.

" I'll go to Paris next week..." Sambungnya.Aku mengerutkan dahi.

"Buat apa?" Wajah Serena menjadi muram.Dia membiarkan pertanyaanku berlalu.

"You nak menetap kat sana ke?"Suaraku bergetar.

"Tak......I nak jumpa daddy..I nak inform dia tentang kita.."

"Ha...."Aku telan air liur. "Tentang kita....maksud you?"

"Tentang kita....i kenal you...you kenal i....i sayang you ....you
sayang I ...that's enough. Daddy faham..."

"Then?"

"Then...it's up to you. I percaya daddy boleh terima..."

Aaggghhh.......! Mampus...Apa yang gadis ini akan lakukan. Cerita pasal aku pada bapa dia. Kemudian bapa dia akan paksa aku kahwin dengan anaknya. Gila.

" Daddy tak kisah I kawan dengan sesiapa. Cuma my mom je curios sikit. Tapi I tak cerita lagi tentang you pada mummy.. " Bagus! Tak payah la cerita. Tak perlu. Belum masanya.Otakku dah cukup tepu dah ni.

" Kalau you nak ikut sekali pun tak kisah...kita honeymoon sekali"

Honeymoon?..Gila! Belum nikah dah nak berbulan madu. Cukuplah sekali ke Phuket dahulu. Aku tak sanggup menahan sesak nafas sepanjang masa bila berhadapan dengan gadis keletah itu. Silap2 aku lemas.

" You nak ikut, tak?" Serena menyenggol lenganku.

" Emm...tak la...I tak ada cuti...lagipun projek company I tengah pending sekarang. I kena follow up..."Balas ku, menyusun ayat sebaik mungkin." By the way, ...bila you pergi?"

" Kan I cakap tadi next week.....flight on Saturday night. You hantar I okey!"

Aku angguk beberapa kali.

" You tak balik kampung lagi, ker?" Ish, macam perli je bunyinya.

Teringat kampung, teringat Ain. Aku kerling jam tangan. Baru pukul 10.20. Mesti Ain belum tidur. Agaknya dia tunggu aku. Tapi rasanya tidak. Mungkin
dia sudah tidur dulu. Mungkin baginya tak perlu menunggu seorang suami seperti aku.

"I tak kisah you nak balik kampung. Tapi you bukannya nak bawa I sekali. I teringin tau..."Bibir mongel Serena terus bersuara.Sudu yang dipegangnya menari-nari di atas kuih, tetapi tak juga disuakan ke mulut.

"I bukan tak nak ajak, tapi....I tak sure la you tu...boleh ke stay kat kampung I tu"

"Kenapa, ....kampung you tu teruk sangat ke?"Serena menoleh ke arahku.

"Tak la teruk.....tapi kalau setakat macam you, I rasa...jangankan sehari dua, kalau dapat lepak kat sana 2-3 jam pun dah cukup baik..... "

"Emm...." Serena mengeluh.

"Then, kalau macam tu...you bawaklah I jumpa mother you..."

Opps! Aku cepat2 letak kembali gelas minuman. Hampir-hampir tersedak. Bibirku membuahkan senyum. Tak pernah pulak terfikir dalam kepalaku untuk membawa Serena menemui Mak. Aku rasa belum sampai ke tahap itu. Walaupun satu hari nanti mungkin.Sementelah, dengan mak pun aku belum pernah bercerita tentang Serena. Terbeliak agaknya Mak kalau aku bawa balik Serena.Anak omputih sesat mana kau bawak ni Qel......Aku rasa itulah ayat pertama yang akan keluar dari mulut Mak. Susah aku nak percaya Mak akan terima Serena dengan senang hati.

"Bila?"

"Bila apa nya?"

"Bila nak bawa I jumpa mother you?"Aku telan liur. Tanganku sedari tadi menguis-nguis rambut yang jatuh di dahi. Apa aku nak jawab ni. Takkan aku nak kata 'ya' kemudian bawa dia jumpa Mak, sekaligus Ain.Gerenti perang dunia ke tiga akan meletus. Takkan aku nak jadi negara berkecuali pula.

"I ikut cakap you. You nak I pakai baju kurung, I boleh pakai"Serena senyum penuh yakin. Aku senyum juga, sambil menggaru kepala yang tak gatal.

"Biar I pikir dulu.....I rasa sekarang bukan masa yang sesuai... tiba masanya I akan bawa you....okey!"Aku genggam jemarinya.Serena diam, mungkin agak kecewa. Tapi seketika kemudian bibirnya mengukir senyum, penuh makna.

Lewat 12 malam, aku menghantar Serena pulang. Dari jauh, ku perhatikan saja langkah gadis itu satu persatu. Sekejap2 dia menoleh ke arahku, tersenyum manis sambil mengangkat tangan. Ku perhatikan hingga tubuhnya hilang dari pandangan barulah aku beredar.

Sepanjang jalan aku resah memikirkan. Apa kesudahan? Adakah aku telah memberi harapan. Dan adakah Serena sendiri benar-benar mengharapkan? Suatu masa dulu aku seakan pasti dialah yang akan kudampingi seumur hidup. Kerana waktu itu aku tidak pernah memandang wanita lain selain dia. Dan kerana aku bukanlah jenis yang semudah itu. Walaupun sememangnya aku belum pernah melafazkan apa-apa kata azimat setakat ini, tapi hari ini aku seolah telah memberi harapan. Sedangkan harapan aku sendiri kini tidak berapa pasti. Teruskan hidup yang lalu? atau mulakan hidup yang kini?

Ain Fathihah! Kenapa tiba-tiba wujud gadis itu dalam hidupku? Wujud dah terus hampir dalam diriku. Kenapa tiba-tiba aku jadi miliknya? Bagai mimpi. Ya.... aku rasa hidupku kini bagai mimpi. Kenapa mimpiku seburuk ini? Bagaimana aku harus hidup dengan gadis yang mungkin tidak pernah dan tak akan mencintai aku. Ahh....bodohnya aku sekarang....tak tahu nak berfikir bagaimana.

Ain Fathihah, adakah dia nanar seperti aku. Tiba-tiba menjadi suri seorang lelaki yang tidak pernah dia bayangkan. Meranakah dia dengan suratan ini? Atau, dia masih kukuh ingatan pada lelaki yang telah menconteng arang
itu. Ahhh..kenapa aku tidak pernah mengenali lelaki itu. Lelaki yang
telah melontar aku ke mimpi ngeri ini. Kurang ajar!...kalaulah kutemui dia...

Waktu keretaku memasuki perkarangan rumah teres dua tingkat, yang halamannya kini dipenuhi pokok2 bunga hasil kerajinan mak, aku menyedari lampu di kamarku yang kini diduduki Ain masih terang benderang. Aku kerut dahi. Takkan belum tidur lagi. Tunggu aku? Tak logik.....tak logik...

Setelah mengunci pintu, aku menaiki anak tangga dalam samar-samar cahaya. Suasana sunyi sepi. Emak, semestinya sudah lena dibuai mimpi. Ain? Semakin biliknya kuhampiri, semakin dadaku berdegup kencang. Entah kenapa, tidak seperti hari-hari semalam. Kalau tak kerana fikirkan emak, dah lama aku tidur atas sofa di bawah. Tapi kerana tidak mahu emak berprasangka yang bukan-bukan, kugagahkan juga kakiku. Perlahan-lahan tombol ku pulas.

Bunyinya tidaklah terlalu kuat. Kalau Ain telah tidur, aku pasti dia tidak akan tersedar.

Masuk ke bilik, serta merta mataku terarah ke sesusuk tubuh yang terbaring atas katil. Keadaannya agak tidak berkemas. 2-3 keping majalah tertangkup atas dadanya. Turun naik mengikut helaan nafasnya. Mungkin Ain tertidur waktu sedang membacanya. Kerana itu lampu pun lupa dipadamkan. Aku renung wajahnya yang tenang. Matanya tertutup rapat. Alis matanya lentik sedikit. Hidungnya... ya... hidung itu yang selalu ku tarik dulu.
Bibirnya, walau kelihatan terletak, tapi masih membayang senyum. Dia sungguh
manis, aku akui itu. Tapi kenapa wajah semanis ini harus ditinggal kekasih.
Diabaikan. Aku sungguh tidak faham lelaki yang bagaimana kekasihnya dulu.
Memiliki sebutir intan, kemudian dibuang. Dan kini intan itu telah menjadi
milikku, walau mungkin pada zahirnya saja.

Aku tarik nafas dalam-dalam.Kuhampiri gadis itu. Wajahnya ku renung lebih dekat lagi. Baru kali ini aku dapat melihatnya dengan penuh perhatian. Rambut ikal yang selalu ku elus dulu menutupi sebahagian pipi. Aneh! Aku dapat rasakan betapa aku suka melihat wajahnya. Seperti dulu-dulu.

Tanganku bergetar....ketika ku sentuh....suis lampu di tepi katil. Aku tahan nafas agar Ain tidak sedar akan gerak tubuhku. Lampu bertukar menjadi samar. Dan wajahnya tampak semakin terserlah dalam cahaya samar itu. Aku berpaling, perlu beredar semula sebelum nafasku menjadi semakin sesak. Hati aku ni bukan kuat sangat. Silap-silap....

Aku mengeluarkan kunci, membuka pintu bilik kecil. Bilik belajarku yang sudah lama tidak digunakan. Bilik kecil itu lebih kepada mini library. Komputer aku, buku-buku sekolah aku semua kulonggokkan di situ. Tidaklah terlalu besar, tetapi cukuplah untuk memuatkan seorang lelaki seperti aku. Sejak pulang dari kampung beberapa hari yang lepas, di sinilah tempat aku menyambung mimpi. Mimpi-mimpi yang tidak indah lagi.

Aku merebah badan di atas comforter yang telah kubentang sejak beberapa hari yang lepas.Kerana bilik kecil itu akan kukunci setiap hari, jadi aku tidak perlu bimbang untuk mengemasnya. Aku percaya emak tidak akan tergerak hati untuk menjengok bilik ini. Biarlah aku bersempit begini dari harus menghadap Ain. Aku ni bukan boleh percaya sangat. Adakala hati aku keras, adakala sebaliknya. Setiap kali memandangnya, ada sesuatu yang meruntun jiwaku.Entah perasaan apa. Seolah terimbau segala kenangan yang pernah dilalui satu masa dulu. Ia bertimpa-timpa hingga membangkit satu naluri yang amat halus. Ngilu.

Ahhh..... aku pejamkan mata, cuba mengosongkan fikiran. Mata tidak mengantuk, tapi perut aku pula yang berkeriut. Mula-mula sekali. Dua kali, aku mula berkalih. Eemm...perut aku kosong agaknya. Di rumah Latif tadi aku hanya menjamah kuih. Tak sangka lapar pula sekarang. Ah.. tak boleh jadi nie. Aku bingkas. Nampak gaya kena cari ketam ni... hatiku berbisik.

Aku keluar semula. Terpandang Ain yang tidur pulas. Agaknya letih benar dia menggulai ketam petang tadi. Sampai tidurnya kulihat tidak berkalih langsung. Majalah masih di dadanya. Aku cepat-cepat beredar ke dapur. Rasa nak meleleh air liur teringatkan ketam lemak cili padi. Macamana boleh lapar sangat ni?... Entah ada lagi ke tak ketam lemak tu. Kot-kot Ain dah sembunyikan dalam gerobok. He..he...aku tersengih sendiri. Kau ingat sekarang zaman budak2 ke Haiqel?..Aku menggeleng gelihati.

Aku angkat tudung saji. Tak ada. Ish....mana pulak ni. Takkan dah habis pulak. Tu la....tadi jual mahal. Mak ajak makan pun tak nak. Sekarang, rasakan. Aku buka pula periuk atas dapur. Emm...semerbak wangi. Aku tersengih. Ingat jugak Ain kat aku. Aku memasukkan ketam ke dalam pinggan, lalu mencedok nasi yang sudah sejuk. Perlahan2 kerusi ku tarik, biar tidak terdengar bunyi langsung. Kalau la mak tahu, mahu tak terkejut orang tua tu.

Sedap. Memang sedap air tangan Ain. Betul ke Ain yang masak. Kut-kut mak yang iya-iya canang..Ah...tak kisah la tu. Yang penting perut aku kenyang. Aku mencapai jag air lalu menuang ke dalam gelas. Waktu aku suakan gelas itu ke mulut, tiba-tiba pandanganku menjadi sirna. Aku terasa dunia menjadi terang benderang.

"Astagfirullah!" Gelas di tangan hampir-hampir terlepas. Aku terbangun serta merta.

" Kau buat apa nie Qel? " Aku tersengih campur terkejut. Aku pandang emak yang sedang bercekak pinggang. Wajah emak lebih-lebih lagi terkejut.

" Duduk dalam dapur gelap-gelap ni buat apa?"

" Emm....makan!"

" Ya Allah budak ni...buat terkejut orang aje... mak ingat tikus mondok mana la yang sesat tadi..”

" Ala...mak ni..."

" Yang kau pepagi buta geledah periuk ni, kenapa?...dah kebulur sangat?" Mak membuka pintu peti sejuk. Mengambil air lalu di tuang ke dalam cawan.

" Balik pukul berapa tadi?" Suara mak mengendur.

" Pukul 1 mak, lapar pulak..."Aku tersengih lagi. Menguis sisa nasi dalam pinggan. Terbantut selera aku disergah mak.

" Kata pergi dinner, abis tu malam-malam cari nasi ni, lapar lagi ker?" Emak menarik kerusi, duduk di hadapanku.

" Emm....makan sikit je tadi mak,.....tak selera..."Balasku perlahan.

" Makan ketam selera......?"Mak senyum. Aku tersengih sama. Rasa malu menyelinap. Nasib baik mak, kalau Ain.....mahu aku menyorok dalam cabinet dapur tadi.

" Mak tak tidur lagi ke?"Aku bangun ke arah sinki. Membasuh tangan
bersih-bersih. Kalau tak kerana mak, habis aku pulun ketam-ketam tadi.

" Mak dah lama tidur tadi, malam ni panas sangat, tekak ni kering" Mak bangun.

"Dah la mak nak tidur...jangan lupa tutup lampu.....

"Mak jangan kecoh-kecoh eh...." Aku membuntuti emak.

Mak tak menjawab.Meninggalkan aku terkebil-kebil seorang. Hai...malangnya nasib aku. Kalau la Ain yang bangun tadi...


bersambung....



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 5


Bahang matahari terasa hangat menjamah kulit pipi. Aku membuka mata. Cahaya matahari yang menerobos dari celah tingkap jatuh tepat di wajahku. Pukul berapa dah ni? Aku mengeliat, membetulkan urat-urat sendi. Memandang sekeliling. Aku tertidur di sofa rupanya. Semalam, selepas makan ketam, aku pekena sebatang rokok. Tidak sedar bila masa pula aku tertidur di sofa.

Suasana sunyi. Hanya terdengar alunan muzik lembut dari arah dapur. Aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 9.30. Terlepas subuh lagi! Dengusku lalu bangun, melangkah perlahan ke dapur. Aku melihat seseorang sedang membelakangi aku. Rambut ikalnya beralun-alun ditiup angin pagi. Menyedari ada yang berdiri di belakangnya, dia menoleh. Rona merah serta merta terlihat di wajahnya.

"Mak kemana Ain?"Tanyaku perlahan

"Mak ke pasar, bang..."Abang? Terasa janggal pada pendengaranku. Kali pertama dia memanggil aku dengan nama itu. Aku menarik kerusi. Duduk termangu sambil memandang jemarinya yang sedang membancuh minuman. Jemarinya yang putih itu.

"Abang nak minum?"Aku menggeleng. Gosok gigi pun belum. Getus hatiku. Aku lihat Ain seperti serba salah. Mungkin dia sedar aku sedang memerhatikannya . Aku sendiri tidak tahu apa yang aku inginkan saat itu. Tiba-tiba aku terasa seperti ingin melihatnya, mungkin ingin berbual sesuatu.

Sepi seketika. Aku merenung corak bunga-bunga kecil pada alas meja sambil cuba menyusun kata-kata. Tiba-tiba aku rasakan betapa kesunyian ini mendatangkan satu perasaan yang aneh dalam diri aku.

"Dah lama ke mak pergi?" Tanyaku lagi. Ain mendekati aku. Meletakkan kole di atas meja.. Asap nipis naik ke permukaan, berlegar-legar sebelum hilang di bawa angin.

"Mak keluar pukul 8 tadi. Kejap lagi balik le tu agaknya...." Suaranya bergetar, jelas kegugupan.. Aku mengangguk, kemudian bingkas bangun kerana aku sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak aku perkatakan. Sebenarnya aku tidak mahu akhirnya dia juga sedar akan kegugupanku.

Aku meninggalkan Ain lalu masuk ke bilik. Suasana sudah berkemas dan sedikit berubah. Cadar dan langsir telah di tukar warna. Lebih lembut. Sejambak bunga dalam pasu kecil juga diletakkan di hujung kepala katil. Bila masa pula Ain beli bunga-bunga ni semua. Aku memerhatikan sekeliling. Dah macam bilik perempuan dah bilik aku. Tak nampak 'bujang' langsung!

Seketika pandanganku beralih ke potret besar ku yang tergantung di kepala katil. Gambar semasa aku menerima Ijazah setahun yang lalu. Juga gambar-gambar kecil semasa aku berada di sana. Semuanya tampak ceria. Aku mengeluh. Bila agaknya aku akan ceria seperti dulu-dulu?

Selesai mandi, aku turun ke bawah. Aku lihat Mak sedang memunggah barang-barang keluar dari plastik besar.

"Banyak beli barang mak?"Tegurku sebaik mendekatinya. Emak tersenyum memandangku.

"Iya la.. dulu berdua.. sekarang bertiga.... kejap lagi berempat..."Balasnya.

"Ish mak ni... apa berempat pulak" Gerutuku sambil menarik kerusi. Sarapan sudah siap terhidang. Nasi goreng yang masih berasap membangkit selera. Aku mengambil pinggan.

"Tak ajak Ain makan sekali?"Tanya mak.

"Emmm..... mak ajak lah"Balasku perlahan. Mak menarik muka, tetapi seketika wajahnya kembali ceria bila melihat Ain keluar sambil menatang mangkuk.

"Ain masak apa lagi ni... banyak sangat dah ni..."Mak menyambut mangkuk lalu diletakkan di hadapanku. Emm... kuew tiow goreng kerang.... Sedap jugak tuh!

" Ain saja masak lebih mak... takut tengahari nanti tak sempat pulak nak masak.." Ain menarik kerusi di sebelahku.

"Kalau nak pergi tu cepat sikit. Hari ni Sabtu, bank setengah hari je..."Mak bersuara. Aku pandang wajah mak, kemudian beralih ke Ain.

"Nanti mintak Qel hantarkan.."Mak memandangku. Aku mengerutkan dahi.

"Takpe la mak... Ain naik teksi je.."

"Ish... apa naik teksi pulak. Qel boleh hantarkan. Dia bukannya kerja pun hari ni..." Sanggah mak.

"Ain nak kemana?"Aku menyampuk

"Dia nak ke bank.."Balas mak pantas. Ish mak nie... biarlah Ain yang jawab. Aku suka tengok muka dia yang takut-takut tu.

"Nak keluarkan duit?" Tanyaku lagi. Ain mengangguk, memandang tepat wajahku.

"Nak masukkan duit untuk Farhana.."Jelasnya lagi. Aku mengerutkan dahi

"Emm.. tak payah cakap dengan si Haiqel ni... bukannya dia tahu pun... nama je sedara... si Farhana tu dah 2 tahun duduk di asrama bukannya dia tahu...." Pintas mak. Mak ni... mula nak mengenakan aku le tu. Aku menunduk, cuba membayangkan wajah Farhana. Tak silap aku Farhana adik Ain yang ke 3. Manalah aku nak tahu sangat, seingat aku waktu aku berangkat ke UK dulu budak tu masih kecil lagi. Masih hingusan.


"Tak per la.. biar Qel hantarkan..." Aku tahu kalau aku membantah pun, mak akan berkeras. Jadi biarlah aku mengalah awal-awal.

"Ha, Ain.... lepas sarapan tu, bersiap la cepat..." Gesa mak lagi Aku kerling mak. Ish mak ni... biarlah dia makan dulu. Duduk lama-lama di sebelah aku. Aku baru nak tengok matanya yang bulat itu.

Ain menghabiskan suapan yang terakhir, sebelum meminta izin untuk naik ke atas. Aku hanya memerhatikan saja langkahnya satu persatu hingga hilang dari pandangan.

"Lepas pergi bank nanti, Qel tolong hantarkan baju-baju nie yea.."Mak bersuara tiba-tiba sambil meletakkan beg kertas. Mematikan pandanganku.

"Hantar ke mana pulak mak?"
"Kau ni Qel.. macam tak biasa pulak... hantar ke kedai Puan Aisyah la... mana lagi "Balas mak menjeling ke arahku.

"Lepas tu...."

"Ish mak nie... banyak sangat...

"Hai... tolong pun tak boleh ?" Aku mengeluh.

"Bukan tak nak tolong.... tapi tunggulah petang sikit. Lepas hantar Ain balik nanti Qel pergi lah hantar baju-baju tu."Aku memuncungkan mulut.

"Laa.. hantarlah sekali terus. Tak payah nak ulang alik-ulang alik. Kan membazir masa nanti. " Bantah Mak lagi.

Aku mendengus. Sebenarnya aku tak mahu berlama-lama sangat dengan Ain nanti. Aku tak tahu nak layan dia macamana.

"Mak dah kirim Ain beli barang rumah ni... nanti Qel bawaklah dia pergi mana-mana pasaraya..."

"Tadi kan mak dah pergi pasar..."

"Itu lain....

"Tak sama ker..."

"Itu pasar jual sayur, ikan.. daging... ni mak nak suruh dia beli bedak... tisu..."

"Iyalah.. iyalah... nanti orang pergilah..."Balasku malas. Malas nak membantah cakap mak. Kalau dia dah membebel panjang silap-silap semua rahsia aku diceritakan pada Ain nanti.

Aku kembali menyuap. Seketika aku menoleh ke arah tangga. Ain kelihatan melangkah penuh hati-hati. Wajahnya berubah kini. Seluar jeans dan blouse panjang menyerlahkan kelangsingan tubuhnya. Tudungnya rapi, dan solekan tipis saja sudah cukup menambah keaslian wajahnya. Ain memandang emak sambil tersenyum. Dan bila renungannya beralih kepadaku, aku cepat-cepat menukar pandangan. Ah... lesung pipitnya itu!

"Ha, Qel.. Ain dah siap tu..... tak abis sarap lagi?"Mak menegurku.

Aku terus bangun setelah menghabiskan suapan yang terakhir.

"Biar Qel salin seluar dulu la..." Aku naik ke atas meninggalkan mereka berdua. Masuk ke bilik dan memerhatikan wajahku di cermin seketika. Melihat rambutku yang jatuh di dahi. Bagaimana agaknya pandangan Ain terhadapku? Sukakah dia melihat wajahku ini? Tidaklah terlalu tampan, tapi cukup lah untuk mengegarkan perasaan gadis-gadis di luar sana. He.. he.. terperasan pula aku sekejap. Tapi takpe la.. siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.

Selepas menyelesaikan urusan bank, dan membeli barang-barang yang dipesan mak, aku membawa Ain singgah ke butik Puan Aisyah. Wanita separuh umur yang berbadan gempal itu tersenyum girang bila melihatku.

"Lama tak datang, Qel?"Tegur Puan Aisyah sambil tangannya mengenggam erat jemariku.

"Dua minggu ni balik kampung, auntie.."Balasku, tersenyum sama sambil menghulurkan beg kertas berisi pakaian siap.

"Ada kenduri kahwin ye?"Berderau aku mendengar perkataan 'kahwin'.

"Siapa ni?"Renungan Puan Aisyah beralih kepada Ain.

"Ni sepupu Qel... Ain Fathihah"Ain menyalami Puan Aisyah.

"Tak pernah nampak pun.... baru sampai dari kampung ya?"Puan Aisyah memandang Ain penuh minat. Ain mengangguk sambil tersenyum.

"Cantik!... macam Qel irasnya..."Aku terdiam seketika. Merenung Ain lama.

"Dah namanya pun sepupu, Auntie.."Balasku kemudian. Puan Aisyah menarik Ain lebih dekat.

"Ain buat apa kat KL?"Aku kerling Puan Aisyah. Banyak tanya pulak orang tua ni. Kalau dibiarkan, makin panjanglah boraknya nanti.

"Emm... Ain tengah cuti.. saja datang KL tengok-tengok Mak Ngah.."Aku senyum pada Ain. Berterima kasih kerana tidak mendedahkan perkara sebenar.

"Ooo... kalau gitu bolehlah tengok-tengok kain auntie ni... ni ha kain sutera ni sesuai sangat dengan Ain..."Aku tersengih. Dia dah mula dah...

"Qel.... ambik la satu untuk Ain.."Puan Aisyah menyinggul lenganku.

"Eh.. takper lah... auntie... lain kali je. Nanti bila senang Qel bawa Ain datang lagi. Lagipun Ain pun cuti panjang ni.." Aku tarik tangan Ain.

"Emm.. apa cepat sangat.. marilah minum dulu... auntie ada beli kuih ni.."

"Terima kasih la auntie... kami dah nak balik ni... nanti senang-senang Qel datang agi... auntie ada baju yang nak ditempah lagi ker.."Aku mengalih topik, melihat Ain yang tampak tertarik dengan kain-kain ela yang canti-cantik tergantung di butik itu.

"Emm... rasanya tak ada la Qel. Ada 2-3 tempahan, tapi pekerja auntie boleh siapkan. Nanti kalau ada banyak tempahan, auntie hantar sendiri ke rumah..." Puan Aisyah mengenggam tangan Ain.

"Nanti kalau datang sini lagi jangan lupa singgah kedai auntie.. ya.."Bahu Ain ditepuk-tepuk. . Ain tersenyum mengangguk.

Setelah bersalaman, kami beredar dari butik Puan Aisyah. Aku lihat dia berdiri di tepi pintu sambil tersenyum melambai kepada Ain. Aku menggeleng.

"Auntie Aisyah tu tak ada anak perempuan. Anak perempuan dia meninggal masa kecil. Sebab tu dia suka sangat bila jumpa Ain tadi. "Jelasku tanpa dipinta.

"Kesian..." Ain mengeluh. "Tapi dia nampak ceria je tadi..."

"Peristiwa ni dah lama. Buat apa nak diingat lagi. Lagipun anak lelaki dia akan berkahwin tak lama lagi. Dapat la menantu perempuan." Balasku, memandang Ain sekilas. Aku lihat Ain hanya menunduk. Jalannya pun jauh-jauh dari aku.

"Kita minum dulu?"Kataku sebaik terlihat kedai kek di hadapan. Aku masuk ke dalam dan mencari sudut yang agak selesa. Ain menurutiku. Perlahan2 dia duduk dihadapanku. Wajahnya sedikit gusar, mungkin terkejut dengan tindakanku. Aku rasa inilah kesempatan untuk aku bersemuka dengan dia. Aku nekad untuk meluahkan segala apa yang aku rasa walaupun dadaku terasa bagai nak pecah menahan debar.

"Kita order dulu, Ain nak minum apa?" Aku menggamit seorang pelayan. Gadis comel yang bertocang dua itu tersenyum menghampiri aku. Tocang kudanya terlihat beralun-alun mengikut gerak langkah.

"Ain nak minum apa?"Ain mendongak, menatap wajahku.

"Em... apa-apa saja" Balasnya perlahan lalu tersenyum pada gadis comel itu.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Seketika membiarkan gadis comel berlalu setelah menerima pesanan. Otakku berputar ligat mencari kata-kata.

"Kita perlu selesaikan perkara ini secepat mungkin, Ain" Aku memulakan bicara. Kali pertama aku rasakan aku betul-betul bertentang mata dengannya.

"Ain tahu kan apa yang telah berlaku pada kita?"

"Ain tahu, dan Ain sedar semua yang berlaku." Ain bersuara, mendatar tapi tegas. Seketika dia melemparkan pandangan ke luar. Melalui cermin, kesibukan lalu lintas jelas kelihatan. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Menoleh kembali kepadaku.

"Pertama kali, Ain ucapkan terima kasih pada Qel.."Dia terhenti seketika." Kerana telah menjadi hero dalam keluarga Ain."

Aku kertap bibir. Terasa bahang panas meruap naik ke muka.

"Anggaplah itu pengorbanan Qel pada ayah... bukan pada Ain "Dia tersenyum sinis. Aku dapat rasakan betapa dia juga terlalu ingin melepaskan segala gelodakan hatinya.

"Kita bersaudara Ain.... sampai bila-bila. Rasanya susah bagi Qel untuk merubah ikatan itu. Sampai sekarang pun Qel rasa seperti bermimpi..." Aku
mengeluh. "Kita ada cara hidup masing-masing.... dan tiba-tiba kita
terpaksa ubah semuanya... dalam sekelip mata..."

"Ain minta maaf kerana mengganggu hidup Qel.... tapi Ain tak pernah menyangka ini semua berlaku. Jangan Qel ingat Ain inginkan semua ini..." Dia kembali melemparkan pandangan keluar dengan mata yang berkaca.

"Qel tak tahu samada Qel ikhlas atau tak dalam perkara ini. Cuma Qel nak Ain tahu yang Qel masih belum bersedia untuk semua ini." Ain mengangguk. Air jernih di kelopak mata disekanya.

"Sebenarnya... Ain nak ucapkan terima kasih pada Qel... kerana telah menyelamatkan maruah keluarga Ain.... walaupun ia amat pahit sekali."Aku diam.

"Kita tak bersalah.... kita adalah mangsa keadaan.... tapi Ain rasa Ain patut lebih bertanggungjawab.. kerana semuanya berpunca dari Ain..... Ain rela terima kalau kita memang tidak boleh bersama... tapi..." Ain terhenti bila gadis comel datang menghantar minuman.

"Cuma apa Ain?"Tanyaku sebaik gadis comel berlalu.

"Cuma... janganlah buat masa ini.... paling tidak pun tunggulah sampai hujung tahun ini. Ain tak mahu ayah terkejut nanti..."

"Emm... Qel tak bermaksud hendak berpisah......" Aku melepaskan keluhan.

Terbayang wajah Pak Long yang sentiasa sejuk itu. Sanggupkah aku mengkhianatinya?

"Ain tahu.... tapi kalau memang takdir kita tak boleh bersama,.... Ain terima. Kalau kita teruskan mungkin akan menyeksa diri masing-masing."

"Qel minta maaf..."

"Ain juga minta maaf.... rasanya ini saja yang mampu kita lakukan. Selepas ini biarlah kita jadi diri masing-masing...." Dia merenungku, tersenyum.

"Ain takkan tanya kisah hidup Qel... dan Qel takkan ungkit kisah hidup Ain..." Aku mengangguk, merenung minuman yang tidak terusik.

Sepi seketika.

"Emm... Qel boleh tolong tak?"

"Tolong.... tolong apa?" Aku mengerutkan dahi.

"Tolong hantar Ain ke Puduraya. Ain nak balik kampung esok!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 833
Date:

phia....
sebena-benarnyer citer nih ader...
baper episode...


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

son_goku_132000 wrote:


phia....
sebena-benarnyer citer nih ader...
baper episode...



19 episod semuanya..aku baca citer nih sambil menggigit kuku..nervous nak tunggu episod seterusnya..

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 6


Sudah tiga hari Ain pulang ke kampung. Masuk hari ke empat mak menelefonku di pejabat meminta aku menjemput Ain di Puduraya. Aku termenung sejenak mendengar permintaan Mak itu.

"Pukul berapa Ain sampai?"Tanyaku malas.

"Ain kata dari sana dia naik bas pukul 9.30. Qel agak-agak pukul berapa dia sampai?" Aku mengeluh. Perjalanan dari Muar ke KL memakan masa 3 jam setengah. Otakku mencongak-congak.

"Pukul 12.30 lebih kurang kot..."

"Qel pergilah jemput dia..."

"Suruh dia naik teksi je la, Mak" Balasku.

"Ish....takkan nak suruh naik teksi...kesian Ain...lagipun dia bukannya biasa kat bandar nie..." Aku kertap bibir. Merenung kembali lukisan-lukisan pelan ku yang sudah siap di atas meja. Sekejap lagi mesyuarat dengan pemaju dari Sarawak akan diadakan. Pagi-pagi lagi Dato' Rustam sudah mengingatkan agar pembentangan kertas kerja yang aku pelankan diperkemaskan sebaik mungkin. Jangan ada yang tercela. Aku melihat jam di dinding. Bila-bila masa saja interkom akan berbunyi. Meminta agar aku bersedia dengan segala dokumen, sebelum memasuki bilik mesyuarat.

"Qel jangan lupa ye.."Suara mak kedengaran lagi.

"Kalau sempat Qel pergilah...."Ketukan di pintu mengalih pandanganku. Faizal terjengol memberi isyarat.

"Apa pulak tak sempat...."

"Qel ada meeting ni mak, nanti Qel pergilah..."

"Jangan lupa Qel..."Pesan Mak lagi sebelum meletakkan gagang. Aku cepat-cepat mencapai fail-fail yang berterabur atas meja. Faizal datang menghampiriku, juga mengepit fail.

"Aku nervous nie..."Dia bersuara teragak-agak sambil membetulkan tali leher.

"Nervous apa pulak...bukan tak pernah present..."Balasku tanpa memandangnya.

"Tapi yang ni lain sikit....projek paling mahal....mati kalau tak dapat.."Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung."Dato pun dah lain macam je..... asyik nak marah-marah..."

"Kau tu selalu hilang..... macamana dia tak marah...."Aku pandang wajah Faizal yang agak gusar itu. Baru aku perasaan stail rambutnya agak 'skema' hari ini.. Macam rambut budak sekolah. Aku gelak dalam hati.

"Kalau tak berjaya kali ni... aku rasa karier aku berkubur setakat nie ajer...." Dia mengeluh

"He.. he.. he..."Aku ketawa. "Apa la kau ni....entah apa-apa...gabra tak
tentu pasal...."

"Kau tolong aku nanti...."

"Ini kan teamwork..... aku cover ler nanti..."Aku bangun, mencapai lukisan-lukisan pelanku.

"Dah nak masuk ke, diorang belum sampai lagi.."

"Tak ha...aku nak pekena kopi dulu....kau kalau nak hilang gabra.. jom pekena kopi..."Faizal bangun menurutiku.

Jam 11.00 mesyuarat bermula. Pemaju dari Sarawak diwakili tiga orang wakil. Gaya mereka bagai usahawan hebat. Dan aku akui kredibiliti syarikat tersebut. Sebab itu Dato awal-awal sudah mengingatkan agar pembentangan kali ini dilakukan sebaik mungkin. Mulanya aku teragak juga, tetapi selepas 10 minit pertama aku mula berasa yakin. Dato Rustam yang hanya jadi pemerhati tersenyum padaku sebaik tamat pembentangan. Aku yakin dia berpuas hati. Selepas aku, giliran Faizal pula berdiri di hadapan. Dia juga seperti aku. Mula-mula menggelabah, tetapi kemudian mula bersemangat. Waktu Faizal rancak di depan, aku melihat jam di tangan. Hatiku berdetak. Hampir 12.30. Sempat ke? Perjalanan ke Puduraya pun memakan masa 1/2 jam. Mesyuarat pula belum ada tanda-tanda akan tamat. Aku kertap bibir. Terbayangkan wajah lembut Ain.

"Lega aku ....."Faizal menghela nafas sebaik keluar dari bilik mesyuarat. Aku tersenyum sambil memerhatikan wakil-wakil dari syarikat pemaju yang sedang berbual dengan Dato Rustam.

"Belum lagi..... baru abis bentang...belum sign apa-apa lagi..."Balasku sambil mengerling jam sekali lagi. Hampir pukul 1.00. Mati aku! Aku menunggu Dato Rustam yang masih rancak berbual. Dia menoleh kepadaku lalu memberi isyarat. Aku menghampirinya.

"Haiqel, you ikut we all semua lunch?"Aku kerut dahi.

"I'am sorry Dato'....tapi saya memang tak boleh..."Aku berbisik kepadanya. Dato Rustam pula kerut dahi.

"Kenapa pula tak boleh..... saya dah book tempat untuk 7 orang...jangan tak pergi.." Dato Rustam berlalu meninggalkanku. Aduhh..... peritnya berdepan dengan orang tua ni. Semuanya nak sempurna. Semuanya mesti mengikut apa yang dijadualkannya. Tidak boleh tidak. Faizal mendekati aku. Tersengih sambil mengangkat bahu.

"Aku pasal makan no problem!"Faizal mengangkat ibu jari, lalu menuruti langkah Dato.

"Kau tunggu aku kat bawah...."Aku mengeluarkan telefon bimbit. Dengan pantas telefon rumah aku dail satu persatu. Lama barulah telefon diangkat.

"Assalamualaikum, mak ke?"

" Waalaikumussalam..., Ain ni "Berderau darahku. Terasa jantung seakan terhenti. Ain sudah sampai di rumah? Aduuh..... pantasnya masa berlalu.

"Err...Ain.. mak ada?"Suaraku bergetar, cuba kusembunyikan.

"Sekejap ye..."Gagang diletakkan. Sayup-sayup aku terdengar suara Ain memanggil emak. Seketika suara mak pula kedengaran.

"Haiqel ke ni?...mana Qel pergi?"Tak sempat-sempat Mak menerjah.

"Qel meeting mak...baru habis ni..."

"Emm....patutlah mak telefon tak dapat tadi..."Mak mendengus.

"Takperlah...Ain pun dah selamat sampai"

"Dah lama ke Ain sampai Mak?"Tanyaku.

"Baru kejap tadi..."

"Nasib baik Qel tak terus pergi Pudu tadi.. kalau tak jenuh Qel tunggu...."

"Ala kau tu....ada je alasan...."

"Mak jangan lah marah...Qel betul-betul ada meeting tadi...ni nak kena pergi makan pulak dengan bos..."

"Iyalah...dah tu jangan nak balik lambat sangat....makan kat rumah malam ni...."Aku tersenyum.

"Tahu pulak Ain naik teksi tadi..."

"Naik teksi apa pulak..... kawan dia yang hantar tadi...."Balas mak perlahan.

"Kawan?"

"Emm....kawan...."

"Siapa? Lelaki perempuan?"Ish.. lancar je mulut aku bertanya. Dada mula berdebar. Seketika aku menarik nafas. Buat apa aku nak berdebar tak tentu pasal ni??

"Kawan lelaki....mak tak kenal pun siapa..."Balas mak seakan malas untuk menjawab. Aku gigit bibir hingga terasa sakit.

"Abis tu.. mamat tu ada lagi ke kat rumah sekarang ni?"

"Dah balik dah....emmm.. mak tak kisah la...yang penting Ain selamat. Lagipun nampak baik je budak tu. Dia pun tahu Ain dah kawin...nasib baik dia baik hati nak tumpangkan Ain..."

Huh...baik tak baik...dia tu bukan muhrim Ain! Aku ni suami dia. Mana boleh dia keluar suka-suka dengan lelaki lain. Tak patut betul!

"Em...takper la mak, Qel nak turun makan ni...." Malas aku nak fikir lebih-lebih. Siapa jantan tu, bukan urusan aku. Dan aku malas nak ambil tahu.

Makan tengahari yang mewah, benar-benar menyelerakan. Aku ikutkan juga nafsu makan walaupun kadangkala perasaanku seperti berkocak. Seperti terkenangkan sesuatu. Apa ya? Aku sendiri tak pasti. Tapi yang nyatanya kata-kata mak tadi betul-betul mengganggu fikiranku. Kenapa aku fikir lebih-lebih ni? Kenapa otak aku asyik nak melencong ke arah itu. Kenapa tiba-tiba hati aku jadi gundah semacam. Cemburu? Ishh....takkan ke situ. Gila!

Faizal menyenggol kakiku, seolah menyedari perubahan tingkahku. Aku memandangnya kosong. Dia mengangkat kening.

"Kau ni macam ayam berak kapur kenapa?"Dia berbisik. Aku menggeleng.

"Tak ada apa-apa la....aku blur skit...

"Blur apasal pulak....meeting dah abis pun...nak blur apa lagi..."Fresh orange di sedut.

"Entah!"

"Emm...malas aku nak layan.!"Faizal kembali menumpukan pada makanan. Aku pandang pingganku yang masih berisi. Kemudian beralih kepada Dato Rustam dah En. Baharom yang asyik berbual. Orang bisnes ni....ada saja yang hendak diborakkan. Tak habis-habis.. bisik hatiku.

Pukul 2.30 aku kembali ke pejabat. Melihat-lihat seketika kalendar yang tercatit hari-hari pentingku. Malam minggu.. Ya, malam minggu ini. Malam yang aku rasa begitu berat untuk aku tempuhi. Aku melihat photo kecil Serina atas meja yang sengaja diletakkan di situ. Serina yang beriya-iya meminta aku meletakkan photonya di situ.

"Supaya you selalu ingat I" Tuturnya waktu itu. Dan aku tidak mampu menghalang.

Malam minggu ini gadis itu akan pergi tinggalkan aku. Begitu teganya dia! Walau untuk seketika, tapi terasa janggal hari-hariku tanpa kelibat lincahnya. Tanpa rengekannya. Aduh....kenapa jadi begini. Aku ingat Serina, aku ingat Ain. Ya Ain. Lelaki mana yang menghantarnya pulang tadi? Siapa? Mamat sesat mana? Berani Ain minta tolong mamat tu hantar ke rumah. Atau....mamat tu yang gatal sangat menawarkan diri. Dia tak tahu ke Ain tu bini orang? Bini aku? Entah-entah mereka berdua sama-sama bertolak dari kampung tadi. Ish.. jauh perjalanan tu....

Aku cuba tidak membayangkan apa-apa kemungkinan. Lagipun aku tidak berhak. Walau aku suami Ain yang sah. Tapi kontrak aku hanya sampai hujung tahun ini saja. Itu kata-kata Ain. Aku masih ingat lagi. Dan sekarang aku dan dia telah menjadi diri masing-masing. Dia dengan hidupnya dan aku dengan cara aku. Menjalani kehidupan seperti dulu-dulu, sebelum perkahwinan itu. Tapi boleh kah? Bolehkah aku pura-pura tidak mengendahkannya. Pura-pura tidak memikirkannya. Sedang dia sentiasa di depanku. Ada dalam pandanganku. Bagaimana aku harus menidakkan ini semua?

Jangan ungkit kisah masing-masing, bermakna jangan ambil tahu apa saja mengenai dirinya. Apa yang dia lakukan baik dulu mahupun sekarang. Jangan diimbau sejarah silam. Aku tidak mahu tahu itu. Seperti dia yang tidak pernah bertanya apa-apa tentang diriku, aku juga tidak akan tanya apa-apa tentang dirinya. Tentang kisah cintanya, tentang siapa tunangnya. Ahh....entah-entah lelaki yang menghantarnya tadi adalah bekas tunangnya. Lelaki yang bukan saja mencalit arang ke muka Pak Long sekeluarga, malah melempar tahi ke muka aku. Lelaki itukah yang Ain temui tadi? Masih sudikah dia? Setelah apa yang lelaki itu lakukan, masihkah mahu Ain mendampinginya. Kalau benar, mungkin Ain masih menyukai dia. Masih mengharap lelaki itu walau dia telah memporak perandakan hidup aku.

Aku tatap photo Serina kembali. Merenung senyumannya yang tidak pernah jemu untuk dipandang. Bagaimana kalau aku kawin saja dengan Serina. Hujung tahun ini, setelah kahwin kontrak ini tamat, aku akan lamar Serina, temukan dia dengan emak. Tapi adakah semudah itu? Mudahkah untuk aku lepaskan Ain. Mungkin mudah bagi aku, mudah bagi Ain tapi bagaimana dengan emak dan Pak Long. Apa reaksi Pak Long nanti? Akan renggangkah hubungan kekeluargaan ini?

Pintu diketuk beberapa kali, aku segera menoleh. Hilang segala apa yang aku fikirkan tadi.

"Kau lagi!" Faizal tersengih berjalan menghampiriku.

"Aku ada hal la nak cakap dengan kau..."

"Hal apa pulak....presentation dah abis.."

"Bukan pasal kerja la..."Faizal melabuhkan punggung, menggerak2kan tubuhnya agar lebih selesa..

"Abis,,, pasal apa.... "

"Pasal aku...."Dia mengeluh. Aku pandang kembali wajah lelaki di hadapanku ini. Dua tahun mengenali dia , aku rasa banyak perkara yang belum aku ketahui mengenainya.

"Apa problem kau....pasal perempuan lagi?"Faizal tersengih.

"Pasal mak aku...."Dia terhenti."Dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia... entah sapa-sapa.. aku tak kenal langsung.."Aku rasa lucu. Wajah Faizal aku tenung dalam-dalam.

"Eh.. bagus la tu..." Aku rasa bagai nak gelak.

" Apa yang bagusnya....kau tahu la aku...tak best la orang tua carikan jodoh... takde taste..."

"Kau dah tengok ke orangnya..."Faizal menggeleng. "Belum tengok belum tahu..."

"Tak payah tengok la...aku memang tak nak..... tapi masalahnya mak aku ni berkeras jugak....dia nak sangat aku kawin sekarang ni...aku tak ready lagi la...kau tahu umur aku berapa...?"

"Entah!"

"Baru 28....muda lagi...buat apa kawin cepat-cepat"Aku telan liur.

Umur aku baru 26, tapi dah bergelar suami orang. Kalau la Faizal tahu!

" 28 tahun sesuai sangat le kalau kau nak kawin....abis nak tunggu sampai umur berapa?"

" Tak tahula bila...tapi sekarang ni aku tak ready lagi....awek pun aku tak jumpa lagi..."

"Abis, kau jumpa kau tinggal, jumpa lepas tu tinggal...tak pernah nak kekal..."

"Kau boleh la cakap...kau dah ada steady, kalau aku pun dapat awek macam Serina tu, memang aku tak lepas...."Aku ketawa kecil.

Bukan tidak ada gadis secantik Serina yang pernah mendampinginya. Tapi ditinggalkan juga. Aku sendiri tidak tahu kenapa Faizal tidak pernah serius dengan mana-mana gadis. Kalau berkawan pun paling lama 2-3 bulan, lepas tu dia akan hinggap pada yang lain. Bagi aku dia berkawan ibarat menukar baju. Entah baju saiz apa yang dia cari.

"Sekarang ni, aku nak cari yang steady...."Dia bersuara perlahan.

Aku ketawa mendengar kata-katanya.

"Boleh ke....aku tak percaya..."Ketawaku terhenti

"Itulah....aku pun tak tahu..."Faizal ketawa sama."Nak cari perempuan melayu terakhir....entah ada lagi ke tak zaman sekarang ni...tapi aku kena cari jugak.... nak tunjuk kat mak aku...."

"Wanita melayu terakhir... kenalah cari kat kampung-kampung...kat pedalaman.." Balasku tersenyum.

"Tapi anak-anak dara kampung pun ramai dah pindah bandar la ni...."Faizal tersengih lagi, menggeleng.

"Kau nak mintak aku tolong cari ker..."

"Emm....kau tu tahu apa...ngurat awek pun tak pernah....ntah macamana Serina tu boleh sangkut...."Aku tergelak kecil.

"Nasib baik aku tak pandai ngurat tau...kalau tak dah berapa ramai awek aku sekarang...kau pun tak leh lawan..."Faizal mendengus, menjuih bibir.

"So sekarang ni...apa aku nak buat...."Faizal merenungku, terkebil-kebil macam mata ikan puyu.

Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Kau carilah sorang...yang betul-betul punya. Alah....kalau tak betul pun tak apa. Untuk sementara je....bagitahu mak kau, kau dah ada steady,....soal jodoh ni, baik kau tentukan sendiri...susah kalau kawin pilihan keluarga i..."Jangan jadi macam aku...hampir gila dibuatnya....bisik hatiku lagi.

"Aku tengah cari la ni..... kau agak-agak kat ofis ni ada tak calun tu heh..."

"Emm....Tipah?"Wajah gadis hitam manis itu terlintas depan mata.

"Ish!...kau ni"Faizal mengerut dahi."Carilah yang best sikit..."

"Eh, dia kan dah lama syok kat kau....macam kau tak tahu"Aku mengekek ketawa melihat muka Faizal yang tiba-tiba kelat.
"Dia yang syok kat aku....aku tak syok pun......lagipun dia tu dah tua sangat...tak nak aku..."Tergeleng-geleng kepalanya.

"Bukan jauh sangat pun bezanya......lagipun dia tu ada ciri2 perempuan melayu terakhir...."

"Hahaha...dah la kau....aku cakap betul-betul, kau buat lawak pulak... eem.... minggu ni kau buat apa...aku rasa macam dah lama tak pegi rumah kau ha..."Aku terhenti seketika, mengalih pandangan ke luar tingkap.

"Dah lama tak pekena asam pedas ikan terubuk mak kau....uuhh...sedap tu..." Faizal menelan liur. Aku tersenyum melihat gelagatnya.

Dulu-dulu dia memang rajin menjengah ke rumahku. Pantang diajak. Paling dia suka kalau mak masakkan ikan terubuk kegemarannya. Kalau tak digulai , dibakar
cicah sambal asam. Menitik peluh dibuatnya. Kalau dengar saja aku pelawa dia datang rumah, pagi-pagi lagi dia sudah sibuk ke pasar, mencari terubuk. Mahal pun mahal la, janji dapat lepas gian, selalu dia berkata begitu. Aku pula jenis tak kisah. Sebab aku tahu kampung Faizal jauh nun di Baling sana.. Fikir dua kali juga dia kalau hendak pulang ke Baling tiap hujung minggu. Sebab itu kalau teringin sangat nak makan masakan kampung, dia akan datang ke rumahku. Semua bahan siap dibelinya, cuma tinggal untuk dimasak saja. Dan emak dengan senang hati akan memasakkan untuk kawan anaknya ini.

"Malam Sabtu ni aku nak hantar Serina ke KLIA"Aku bersuara perlahan. Memainkan jariku di hujung pen.

"Serina nak kemana pulak..... outstation?"Faizal merenungku.

"Tak lah..... dia ke Paris...daddy dia kan kat sana..."

"Membujang balik la kau...."Faizal tersengih."Tak perlah boleh join aku.... "

"Join kau..... emmm.. aku kan anak mak..... lepak rumah jer....maner leh gi memaner..."

"Eh...kalau macam tu aku lepak rumah kau je la...petang ni boleh aku cari terubuk...."Mata Faizal bersinar.

"Ah kau..... tak abis2 dengan ikan kau tu...."Wajah Ain tiba-tiba menerpa. Aku tergegau. " Eh....em...aku rasa tak boleh la Jai...."Aku terasa seperti baru tersedar dari mimpi. Kenapa aku tidak menyedarinya . Hidup aku sekarang bukan seperti dulu-dulu. Segala-galanya telah berubah kini. Saat untuk aku menikmati masa-masa berharga seperti dulu mungkin sukar untuk aku lakukan lagi.

"Apasal,, kau balik kampung lagi?"Faizal melonggarkan ikatan tali lehernya.

"Err...aku...aku ada hal sikit..... dengan mak aku......"Aku menggaru rambut yang tak gatal.

"Emmm...."Faizal mengeluh."Engkau ni memang anak mak betul la....."Dia menggeleng kepala.

"Itulah susah jadi anak tunggal ni..... apa-apa hal kena lah dahulukan mak dulu.."Aku terbayangkan Ain lagi. Apa yang dia buat waktu ini? Mengenangkan hari-hari pahit yang dilalui sekarang?

"Okey la..."Faizal bangun, membetul-betulkan kemejanya."Bila-bila nanti aku singgah la rumah kau..."

"Emm....tunggu aku sound dulu...jangan main redah jer..."Aku senyum pahit. Mampus! Mahunya tiba-tiba dia terjengol depan pintu rumah, mana aku nak sorokkan si Ain tu. Faizal berpaling ke arah pintu. Seketika kelibatnya hilang dari pandangan.


*********************

Wajah Ain yang lena itu ku renung dalam-dalam. Halus kulitnya, tetap sama seperti 12 tahun yang lalu. Dari muka pandanganku beralih ke lehernya. Seterusnya ke bahu...

"Ehem.. ehem...'Aku berpaling segera. Mak muncul sambil tersenyum memandangku.

"Apa yang ditenung tu.."Bibirnya mengukir senyum penuh makna.
Aku tersipu. "Kejutkan la Ain tu..."

"Em...Qel naik dulu la mak"Aku segera meninggalkan mak. Tak sanggup nak berdepan dengan situasi itu. Perlahan aku menaiki anak tangga. Memandang mak yang sedang mengatur cawan atas meja.

"Tak minum dulu Qel?"Mak menegurku.

"Qel mandi dulu la mak...rimas sangat ni"Balasku lemah.

Masuk ke bilik, aku merebahkan tubuh ke atas tilam. Rasanya sudah terlalu lama aku tidak lena di atas katil ini. Sejak empat hari lalu, disinilah aku menyambung mimpi. Dan kini Ain sudah kembali. Nampaknya comfoter lusuh itu lagilah yang akan menjadi temanku malam ini. Rasa berat untuk aku tidur di dalam bilik komputer kecil itu. sakit-sakit seluruh sendiku.. Kepala juga berdengung tiap kali bangun tidur. Tapi semua ini akan kulalui hingga hujung tahun ini saja. Selepas itu aku akan kembali ke alam nyata. Menjadi Hafizi Haiqel yang dulu!

Aku membersihkan diri. Mencuci seluruh tubuh hingga terasa segar. Melihat atas bibirku yang sudah mula ditumbuh roma-roma halus. Kumis nipis ini harus dibuang, atau dibiarkan saja? Seingat aku, aku tidak pernah membenarkan kumis ini tumbuh panjang. Rasanya tidak sesuai benar dengan wajahku. Tapi sejak pulang dari kampung tempohari, tidak sempat untuk aku membersihkannya.

Aku keluar dari bilik air. Seseorang sedang berdiri di hadapanku. Aku terkejut bukan kepalang.

"Err.. Ain rasa pening sangat...boleh Ain tidur di sini?"Dia bersuara perlahan. Memandangku tunak, namun sedikit kaget. Antara pandang tak pandang saja ke arahku yang hanya bertuala.

"Emm....dah nak masuk maghrib ni...tak baik tidur.."Aku membalas, menyedari
wajah Ain yang sedikit suram.

"Tapi Ain pening sangat..."

"Dah bagitahu mak?"Aku sedikit gusar dengan situasi tersebut. Dadaku berdegup kencang. Ain menjatuh tubuhnya ke atas tilam. Matanya tertutup rapat. Sesekali dahinya berkerut. Aku menjadi serba salah.

"Ain dah bagitahu mak?"Tanyaku serba salah. Ain menggeleng perlahan.

"Ain memang macam ni...cepat pening kalau berjalan jauh...Ain kena tidur dulu baru baik..."Suaranya semakin hilang. Rupanya migrain Ain sejak kecil dulu masa ada hingga kini. Aku mengeluh, merenung wajah halus itu.

"Masuk maghrib nanti tolong kejutkan Ain yea...."Aku tidak membalas, hanya memandang tubuh nya yang bersalut baju kurung itu. Rambut ikalnya mengurai di pipi. Aku mengalih pandangan. Cepat-cepat menyarung t-shirt ke badan. Lampu kecil tepi katil ku hidupkan. Selimut kutarik menutupi tubuh Ain.Ain berkalih, tanpa membuka mata. Perasaanku terusik. Wajah itu kutatap lagi. Ah....perasaan halus itu datang lagi!

Aku turun ke bawah mendapatkan mak yang sedang menghirup minuman.

"Ain tak berapa sihat Qel?"mak menegurku. Aku mengangguk lalu menarik kerusi.

"Tadi dia muntah-muntah"Hampir tersedak aku. Mak tersenyum memandangku.

"Muntah?....dia demam ke?"

"Tak pulak..badan tak panas pun. Muntah berisi agaknya..."Mak tersenyum lagi.

"Muntah berisi?"Aku kerut dahi. Tak faham maksud mak.

"Muntah ada isi..."Balas mak lagi. Aku cuba menangkap kata-kata mak tadi. Ish...apa mak merepek ni.. Sentuh pun tak, takkan dah berisi. Gila!

"Apa mak ni...melalut ke situ pulak.."Aku mendengus. Kalau lah dia tahu sampai sekarang aku tidak pernah tidur sebantal dengan Ain."Ain tu migrain agaknya. Lepas tidur nanti okey la tu...."

Aku teringat masa kecil-kecil dulu. Ain selalu muntah-muntah selepas mengadu pening kepala. Pergi cari cendawan kayu getah tumbang, dia pening. Cari pucuk ubi, buah letup-letup kat kebun atuk, dia pening. Berendam dalam sungai lama-lama pun dia pening. Memang selalu sangat dia diserang sakit kepala begitu. Sebab itu aku memang malas kalau nak ajak dia kemana-mana. Tapi Ain hendak ikut jugak. Langsung tak mahu berenggang dengan aku. Cuma bila aku masuk jawi, dan naik ke tingkatan tiga barulah Ain berubah laku. Jadi malu-malu. Waktu itu dia sudah mula mengenakan kain batik. Jalannya pun sudah tidak laju-laju. Senyumnya pada aku pun sudah teragak-agak.

"Mak ada hal nak cakap dengan Qel ni.."Mak mematikan lamunanku. Aku beralih memandang mak.

"Hal apa mak?"

"Pasal Ain..."Balas mak perlahan. Serta merta hatiku menjadi tidak keruan.

"Ain dah berhenti kerja kat kampung tu..."Aku mengerutkan dahi.

"Berhenti kerja? Kenapa nak berhenti kerja pulak....dah bagus-bagus kerja...."

"Abis, Qel nak suruh Ain duduk kat kampung, sementara Qel pulak kat sini? Nanti apa kata Pak Long. Sorang di utara, sorang di selatan. Lagipun Pak Long yang mintak Ain tu berhenti, biar duduk terus kat sini.."Mak merenungku lama.

Aku menarik nafas panjang.

"Mak dah tanyakan Ain tadi, kalau boleh dia nak cari kerja kat sini. Tak kisah la kerja apa pun.. sementara korang tak ada anak lagi ni..."Aku telan liur mendengar perkataan 'anak' itu. Akan sampai ke tahap itu ke?

"Qel tolong-tolong la carikan. Qel kan ramai kawan "Sambung mak lagi.

Aku diam tidak bersuara. Mengunyah popia ayam perlahan-lahan.

"Emmm....nantilah Qel tengok-tengokkan...."Balasku acuh tak acuh. Mak tersenyum mendengar kata-kataku. Menghirup air dengan penuh nikmat.

Aku masuk ke bilik semula bila suara azan sayup-sayup berkumandang dari
surau Taman Gasing Indah. Mendekati Ain yang masih lena. Perlahan bahunya kusentuh. Sedikit goncangan, Ain terus membuka mata. Dia bangun lalu membetul-betulkan pakaiannya.

"Pening lagi ke Ain?"Dia menggeleng. Aku menoleh ke tepi katil.

Sebuah beg besar terletak disitu. Serta merta ingatanku terlontar kepada peristiwa tengahari tadi. Terasa lidah ku ringan ingin bertanyakan lelaki yang menghantarnya tadi. Tetapi seketika pula kata-kata Ain terngiang-ngiang di telinga "Lepas ini kita jadi diri masing-masing. Qel jangan tanya kisah Ain, dah Ain takkan tanya kisah hidup Qel" Hasratku terbantut. Segera aku berpaling darinya.

"Qel nak kemana?"Suara lemah Ain kedengaran. Aku menoleh kepadanya kembali. Mata Ain merenung tunak ke arahku.

"Er...Qel nak pergi solat..."Balasku perlahan.

"Kenapa tak solat di sini?"Dia bangun menghampiriku. Aku tidak tahu kenapa Ain tiba-tiba menjadi lunak terhadapku. Sejak pertemuan di kedai kek tempohari aku dapat rasakan dia seakan ingin kembali ke zaman silam lalu. Bebas berbicara denganku, tanpa di baluti apa-apa perasaan. Dia telah menjadi dirinya yang dulu. Mungkin selepas perjanjian hari itu, dia merasa lebih selesa untuk berbual denganku. Lebih terbuka.

"Solat sajalah disini. Emm... lama rasanya kita tak berjemaah macam dulu..."Dia tersenyum nipis, berdiri betul-betul dihadapanku. Aku tersenyum sama.

Dadaku tiba-tiba menjadi ngilu.

******************************************

Genggaman hangat di jemariku terasa semakin erat. Aku menoleh ke sisi. Serena terlentok di bahu dengan mata terpejam rapat. Sesekali terdengar helaan nafasnya yang teratur. Aku memerhatikan sekeliling. Orang ramai yang tadi berceratuk depan mata sudah semakin berkurangan. Mungkin masing-masing sudah berlepas ke destinasi yang dituju. Sesekali aku melihat jam di tangan. Mengalihkan pandangan seketika, melihat rintik-rintik hujan yang merembes di permukaan cermin. Dari balai pelepasan, aku dapat melihat cahaya lampu samar-samar di luar landasan. Sesekali pancaran kilat di dada langit menyilau pandangan. Aku melepaskan genggaman tangan. Gadis itu mula bergerak-gerak sebelum mendongak memandangku.

"You sejuk ke, nak I ambilkan coffee?"Aku bersuara di hujung telinga. Serina mengukir senyum, mengirai-ngirai rambut yang jatuh di bahu.

"I rasa macam nak tidur sampai esok pagi.."Dia mengeliat, meluruskan tangannya ke depan. Aku memerhati cuma." Sejuk-sejuk macam ni kalau dapat tidur kan best!"

"Nanti dalam flight you boleh tidur puas-puas..."Serena ketawa.

"Dah lama I tak travel, rasa nervous pulak kali ni..."Dia melemparkan pandangan ke dinding kaca.

"Nak I teman?"

"Emm...you jual mahal....I ajak pun tak nak. Bukan tak boleh apply cuti...kalau tak boleh you jumpa daddy.."Dia kembali memandangku. Aku hanya tersengih.

"Kali ni you cuti la puas-puas, I tak ganggu...tapi ingat....don't say anything to your daddy about us...about me..."Serena bungkam.

"Kenapa....you tak suka ya..."Mata bundarnya mengecil. Ditatapnya wajahku sungguh-sungguh.

"I have no idea...bukan tak suka...tapi macam yang I cakap dulu, belum sampai masanya...I tak nak daddy you tahu apa-apa pasal kita..."Serena menarik muka.

"Emmm...okey la...you dah cakap macam tu I tak boleh buat apa-apa...tapi.. you ingat tau....jangan lupa contact I" Kembali tanganku digenggamnya.

" Nanti sampai sana I'll give you a call, but I tak sure lagi nak stay mana....maybe I tinggal dengan cousin I saja...sebab daddy pun selalu tak ada dirumah..."

Dia mengangkat begnya. "I boleh hantar you sampai sini saja..." Aku memerhatikan raut wajahnya. Serena mengangguk perlahan. Memerhatikan orang ramai yang beratur untuk pemeriksaan.

"Ticket you mana?"Serena menepuk-nepuk begnya.

"You take care ok...don't be naughty sangat...jangan layan girls yang nak tackle you tau.."Aku ketawa mendengar kata-kata Serina.

"Dan you....jangan nak me'nakle' mat saleh kat sana pulak..."Serena ketawa sama.. Menggenggam tanganku erat-erat sebelum melepaskannya.

Dia berpaling, menapak perlahan-lahan kemudian menoleh kembali kepadaku. Aku melambai kepadanya sehingga kelibatnya hilang menuruni escalator. Hujan masih renyai-renyai sewaktu aku memasuki kereta. Tetapi malam yang larut itu agak lengang apalagi ketika melalui sepanjang jalan ke pusat Bandar. Radio ku pasang sedikit kuat agar mengatasi deru hujan di luar sana. Suara lunak Siti Nurhaliza dengan irama Kurik Kendinya memecah kedinginan malam itu. Aku teringatkan Serina. Membayangkan keadaan dia saat itu. Mungkin dia sudah lena dibuai mimpi atau mungkin dia masih mengenangkan pertemuan hari ini. Atau tidak pun dia sudah membayangkan keriangan cutinya untuk esok hari dan seterusnya. Akhirnya aku juga yang ditinggal sendiri. Serina menghabiskan hari-hari indahnya di luar sana. Dan aku mengharungi hari-hari kosongku di sini. Bersama seorang wanita bergelar isteri. Isteri yang tidak pernah kutakluki di malam-malam dingin seperti ini. Aku tersenyum nipis. Menggelengkan kepala bila bayangan itu menerjah di kepala.

Sampai di muka pintu rumah, jam menunjukkan angka 11.30. Malam ini aku harus tidur awal. Awal pagi esok aku harus menemai Dato menjengah ke tapak pembinaan. Malam pula satu keraian akan diadakan di rumah Dato. Kerana suksesnya pertemuan tempohari dengan usahawan Sarawak maka keraian ini diadakan sebagai tanda kesyukuran. Dan aku adalah antara manusia yang wajib untuk datang. Kalau Serina ada tentu dia boleh menemani. Malam esok seharusnya aku jadi bujang kembali.

Aku membuka pintu perlahan-lahan. Dan bagai tersentak dadaku menangkap sepasang mata yang kaget memandangku. Langkahku mati.

"Err...."Suaraku tidak keluar.
"Ingatkan Qel balik lewat!"Ain buru-buru menutup tubuhnya dengan apa saja yang sempat dicapai. Dan tuala kecil itu masih tidak mampu menutup tubuhnya yang terdedah.

"Emm...Qel ingat nak tidur...er.. tapi takpe lah..."Aku mencari-cari kunci bilik komputerku.

"Ain minta maaf..."Aku menggeleng. Sepatutnya aku yang harus minta maaf. Masuk tanpa diundang.

"Qel cari kunci ker....tak salah ada dalam pasu meja tu..."Ain kelihatan tidak keruan. Dia tidak tahu sebenarnya aku yang lebih-lebih lagi tidak keruan. Bagai nak pecah dadaku menahan debar. Entah debar apa.

Aku mencapai kunci lalu gesa-gesa membuka pintu bilik komputer. Sebaik pintu ditutup terus kurebahkan tubuh atas comfoter. Menghela nafas sepanjang yang boleh sambil mata menatap syiling. Seketika aku menggeleng. Pemandangan tadi amat mengocak perasaanku. Entah apa yang aku rasa. Bercampur baur. Aku terbayangkan bagaimana sebentar tadi kulihat rambut ikalnya dilepaskan ke bahu. Dan bagaimana dia tergesa-gesa menarik tuala menutupi baju tidur nipisnya. Dan bagaimana kerut wajahnya tatkala aku memandangnya. Dan mata ini seakan tidak mahu bergerak. Mata lelakiku.

Aku menarik selimut menutupi separuh badan. Cuba mengurangi kedinginan. Rintik-rintik hujan masih kedengaran di luar sana. Aku menarik nafas dalam-dalam. Membayangkan wajah Ain. Ya Allah, kuatkanlah imanku!

Bersambung....



__________________
"nama saya Rain~"


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

apa last crt ni..pls...smbng la cpt..

__________________
farahsalleh


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

What a 'NICE' paragraph that i've ever read..


it's kind a different from the usually 'cerpen'..


Congrat's, nice job & i hope to see more..!!


( I still blured how can you get this idea )


 



__________________
[Z][z] - Good Things Never Turn Bad - [Z][z]


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 7


Mak balik kampung!

Aku rasa bagai ingin terbang bersama ke sana.Biarlah walau harus berhari-hari di sana. Aku lebih sanggup lagi daripada tinggal di sini berdua dengan Ain. Tetapi emak seakan tidak mengerti. Pagi-pagi lagi dia sudah berkemas. Aku lihat beberapa pasang baju dimasukkan ke dalam beg besarnya.

"Berapa lama mak nak duduk kampung ni?" Tanyaku gusar bila melihat barang-barang yang emak bawa bagai mahu tinggal seminggu di sana.

"Mak tak tahu lagi Qel....rasanya 2-3 hari je...nanti nak balik mak telefon
la.." Tangan mak masih ligat melipat baju.

"Tiba-tiba je mak nak balik kampung....atuk telefon ke?"

Mak memandangku yang duduk tercatuk di birai katil. Dengan muka belum berbasuh, gigi belum bergosok. Aku bangun awal pagi itu. Tak sanggup aku nak tidur lama-lama. Sakit-sakit tulang belikatku.

"Pak Long kau tu tak berapa sihat...." Jawab Mak lambat-lambat.Tangannya terhenti sebentar. Melemparkan pandangan ke luar.

"Ain ikut sekali?" Aku ingin memastikan.

"Tak lah.....mak balik seorang je. Biarlah Ain kat sini dulu. Lagipun ada hal yang Pak Long dan atuk nak bincangkan nanti..."

Mak bergerak ke arah cermin. Mengambil sesuatu di atas sana. Kemudian tudung kepalanya dibetul-betulkan agar nampak kemas. Aku memerhati cuma. Dalam usia lewat 40 an, aku akui mak masih nampak bertenaga. Walau garis-garis tua sudah jelas terlihat, tapi kudratnya masih utuh. Mungkin keutuhan yang terlahir itu terbina lantaran kesukaran hidupnya yang lampau. Kematian arwah Ayah dalam kemalangan tragis itu, kepayahan membesarkan aku seorang anak tunggalnya, dan jerih perih melalui hidup sebagai seorang janda. Dengan segala tohmahan dan prasangka. Semuanya ditelan emak bulat-bulat. Tanpa sungutan tanpa sesalan. Dan segala hasil dari keperihan itu telah terlihat kini.

"Apa yang Qel menungkan tu?" Mak menghampiriku.

"Kalau ngantuk lagi, pergilah sambung tidur...

Aku bangun menuruti langkah emak.

"Qel nak pergi tapak projek, mak. Projek yang baru ni nak start bulan depan.
Ni nak kena survey dulu. Rasa-rasanya sampai tengahari kat sana agaknya..."

"Tak makan kat rumah la tu.... kalau macam tu tak payahlah Ain masak. Tunggu
malam je..."

"Er.... malam pun saya nak keluar. Ada dinner kat rumah Dato.."Balasku.

"Emmm. tak habis-habis dinner kau tu. bukan pernah nak makan kat rumah." Dengus mak sambil melabuhkan punggung ke sofa. Aku keluar sebentar untuk memanaskan enjin kereta. Kereta kecil milik arwah ayah,satu-satunya kenangan terindah buat emak. Walau pernah aku bercadang untuk menukarkannya kepada yang baru, tapi emak langsung tidak bersetuju. Biarlah. Selain kereta kecil ini, tiada lagi harta yang ditinggal ayah. Sementelah rumah lama pun telah dijual sejak berpindah ke sini. Itupun setelah puas aku memujuk emak, barulah dia turutkan. Bukannya sengaja aku ingin meninggalkan segala nostalgia itu yang aku tahu amat berharga bagi seorang isteri seperti Mak, tetapi kerana rumah lama itu sudah agak uzur tambahan agak jauh dari tempat kerjaku, maka rumah inilah yang termampu kubeli sebagai ganti. Lama kelamaan Mak tidak pernah lagi membangkitkan kisah rumah lama itu. Cuma sesekali bila aku terpandang, adakalanya mak termenung jauh. Bagai diimbau segala nostalgia zaman silam. Bersama arwah ayah yang pasti. Dan saat itu kereta kecil itulah yang akan ditatapnya. Lama. Bagai terlihat-lihat bayangan arwah ayah membasuh kereta kecil itu. Duduk dibahagian pemandu,sambil melambai ke arah mak yang menanti di muka pintu. Setia menghantar sang suami setiap pagi. Setelah enjin kereta dihidupkan, aku kembali masuk ke rumah.

"Kenapa tak tunggu minggu depan je Mak. Boleh balik sama-sama.Ni mak nak pandu sorang-sorang. Qel risau la..."Aku pandang wajah mak.

"Emmm.... bukannya tak biasa. Mak ni dari dulu memang sorang-sorang Qel..."Mak senyum tanpa memandangku. Matanya tunak, terarah ke kereta kecil arwah ayah.
Aku kebam bibir. Kelu lidahku mendengar kata-kata mak itu. Hanya kerana aku, anak tunggalnya yang harus dibesarkan, mak sanggup sendiri sehingga kini. Bukan aku tidak tahu itu. Mak selalu kata begitu dulu-dulu. "Mak tak kisah hidup sorang-sorang Qel.... asalkan Qel dapat membesar depan mata mak... biarlah susah macamana pun.... mak masih ada dua kaki, dua tangan untuk suapkan Qel.." Mak akan usap-usap kepalaku sambil berbisik kata-kata lembut ke cuping telinga. Dan akhirnya aku lena di ribaannya. Lupa sebentar pada keperihan mak mencari sesuap nasi untuk disuakan ke mulutku.

Bermula dengan bekerja sebagai pembantu di pusat kebajikan, kemudian mengambil upah membuat barang-barang hantaran perkahwinan. Sesekali mengambil tempahan menjahit baju. Dulu-dulu bila Mak berhenti berkerja di pusat kebajikan pernah juga dia melahirkan hasrat hendak menjaga anak-anak jiran. Sebulan dua dapatlah 3-4 ratus. Tapi aku tidak benarkan. Waktu itu aku baru kembali ke tanah air. Walau gaji pertama tanpa sebarang pengalaman tidaklah semewah hari ini, tapi aku yakin masih dapat membalas jerih perih mak itu. Walaupun sedikit, kerana aku tahu seumur hidup aku tidak akan dapat membalasnya.

"Hal apa yang nak dibincangkan tu....."Aku kembali bersuara."Kalau Qel berhak tahu...."

Mak menoleh kepadaku. Senyumnya tetap terukir. Senyuman yang sejuk.

"Apa aja yang Qel tak tahu? Yang mak rahsiakan.? Tak ada satu benda pun yang mak tak pernah cerita pada Qel kan..." Mak tarik nafas sebelum menyambung.

" Pak Long kau tu dah tua.... badan pun selalu sakit-sakit. Kalau demam, 3-4 hari demamnya tak kebah.... kalau dah sakit-sakit macam tu mana boleh potong rumput.... cuci kandang..."

Aku menunduk. Dalam keadaan Pak Long yang sebegitu, perlukah aku menambah sengsara? Segala rancangan gila aku dengan Ain nanti.

"Abis tu... Pak Long sakit siapa yang cari rumput?" Tanyaku.

"Rumput tu Pak Long boleh dapat bekal dari orang kampung jugak.... tak ada masalah. Tapi kandang-kandang lembu tu, tak ada siapa nak jaga. Nak cuci. Takkan nak harapkan anak-anak dia. Setakat tukar air, tukar bekas tu tak apalah.... bukan sekor dua lembu Pak Long tu. "

"Upahlah siapa-siapa orang kampung tu mak.... budak-budak bujang kat kampung tu daripada melepak baik jaga lembu..." Aku mendengus.

"Emmm.... budak-budak bujang sekarang.. mana nak jaga lembu.... semua dah kerja kilang. Orang-orang tua je yang tinggal. Kalau Qel pun tak nak kan?"Mak senyum lagi.

"Ish.... takkan Qel belajar sampai oversea, balik nak jaga lembu..... payahlah
macam tu..."Aku ketawa.

Mak ketawa sama sambil bangun dari kerusi. Cepat-cepat aku tarik beg besar lalu dimasukkan ke tempat duduk belakang.

"Mak nak gerak sekarang ke?"Tanyaku. Mak menganguk sambil membuka pintu. Belum sempat mak menutup pintu, Ain tiba-tiba muncul dari belakang. Dia nampak segar pagi itu Dan aku dapat kesan perubahan pada dirinya. Tiada lagi kain batik, tiada lagi t-shirt labuh. Malah dia nampak begitu indah dengan gaun paras buku lali. Rambut ikalnya itu dibiar lepas. Benar-benar menggugat pandanganku.

"Ha, Ain.... mak ingat tak bangun lagi. Ain kan tak sihat sangat.Tidur lebih
sikit pun tak apa.." Mesra benar nada suara mak pada pendengaranku.

"Taklah mak.... Ain dah bangun dari tadi. Siapkan sarapan kejap.

Mak tak sarap dulu ke?"Ain berdiri di sebelahku. Haruman rambutnya menyentuh
deria bau. Mungkin baru lepas dicuci.

"Tak apa lah Ain, mak kena gerak awal ni. Boleh sampai cepat.Ain jangan risau
sangat ya. Ayah Ain tu tak ada apa-apa.... nanti mak tengok-tengokkan..."Mak
pegang jemari Ain. Ain mengangguk.

"Mak bawak kereta baik-baik tau..... Ain nak ikut mak tak kasi..."

"Alah.... mak biasa balik sorang-sorang, Ain. Dulu Qel ni kalau mak ajak balik kampung, liat sangat.... tu yang mak balik sorang-sorang selalu. Sekarang ni Ain dah ada.... Ain temankan Qel ye..."Mak senyum sambil sesekali memandangku.

Aku bungkam. Terus tak bersuara.

"Emmm... hari ni Ain tak payah masak. Qel makan kat luar. Malam nanti, Ain ikut Qel pergi dinner sekali...."Mak bersuara.

Aik! Mak ni.... bila masa aku nak bawak Ain pula. Pandai-pandai pula mak bagi cadangan. Ahh... kacau.. "Qel....."Aku membuka mulut untuk bersuara tapi Mak bagaikan tahu apa yang ingin aku katakan.

"Qel bawalah Ain sekali. Takkan nak tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Kalau
mak ada tak apa juga "Cepat-cepat mak mencelah.

Aku jadi serba salah. Wajah Ain ku pandang sebentar, cuba melihat reaksinya. Mak masuk kembali ke dalam kereta. Sebentar kemudian kereta kecil bergerak meninggalkan halaman teres. Aku lihat Ain masih tercegat di situ. Lama dia berdiri di situ sehinggalah aku mengambil keputusan untuk naik ke atas.

*********************************

Perjalanan selama 45 minit itu terasa seperti berjam-jam lamanya. Adakah keadaan ini kerana aku memikirkan akan apa yang bakal berlaku di sana sebentar nanti, atau mungkin aku merasa sedikit tidak selesa dengan kehadiran dia bersama. Atau mungkin hati degilku berbohong lagi. Berbohong tentang perasaanku yang sebenarnya terlalu memikirkan tetang kecantikannya malam itu.

Aku ingat lagi waktu dia turun tadi. Terasa payah untuk mataku berkedip. Mungkin Ain juga menyedari kerana seketika aku lihat langkahnya jadi tidak keruan. Lalu cepat-cepat aku berpaling. Cuba kembali ke alam nyata.

"Qel!" Aku berpaling ke sisi. "Ain minta maaf kerana merosakkan program Qel
malam ni"

Ain bersuara perlahan. "Ain terpaksa.."

Ya! Kau terpaksa dan aku dipaksa.. Aku melepaskan keluhan panjang.

"Mungkin untuk sekali ini..." Jawabku lemah ketika Ain membuka pintu.

"Tapi ingat....." Dia kembali memandangku.

"Jangan sesekali mendedahkan hubungan kita. Qel belum bersedia lagi untuk itu."Sambungku. lagi. Ain mengebam bibir.. Wajahnya sedikit berubah, tetapi akhirnya dia tersenyum juga. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maknanya.

Dan akhirnya perjalanan berakhir tatkala kereta memasuki perkarangan rumah Dato' Rustam. Dari jauh kelihatan dua orang pengawal yang bertugas mengawal lalulintas malam itu. Mereka mengangkat tangan sebaik melihatku.

Setelah memberhentikan kereta, aku menarik Ain masuk ke halaman rumah yang sudah dipenuhi tetamu jemputan. Ada banyak muka-muka yang aku kenali. Kebanyakannya rakan-rakan sepejabatku. Ada juga wajah-wajah yang kurang aku kenali. Rata-ratanya mungkin rakan kongsi Dato dan teman-teman rapatnya. Aku mendapatkan Dato' Rustam yang sedang berbual-bual dengan beberapa orang tetamu. Dan aku kenali salah seorang daripada mereka.Faizal Ariffin juga tampak segak malam itu. Dia terlihatku.

"Haiqel!" Dato' menepuk bahuku. "You paling lewat malam ni".Aku ketawa..

"Maaf Dato..... keluar lambat sikit tadi..... acara dah bermula ke?"

"Sudah.... sudah... pergilah makan.... enjoy the dinner..."Dato'menjemput. Sejurus dia menoleh ke arah Ain.

"Oh,.... this is my cousin... Ain Fathihah.." Aku mendorong Ain ke depan. Aku lihat Ain malu-malu. Tapi dia tetap cuba untuk tersenyum.

"Cousin?"Dato' angkat kening. Faizal juga agak terkejut.

"Err.... baru habis study. Buat masa sekarang tinggal kat rumah mak sekejap. Tengah cari kerja" Apa yang aku merepek ni?

Faizal bergerak hampir ke hadapan. Menghulurkan tangannya kepada Ain tapi Ain kelihatan teragak-agak. Dia memandangku sebelum tangan Faizal disambutnya.

"Ha Ain... jemputlah makan. Jangan malu-malu.."Pelawa Dato' lagi. Ain senyum.
Faizal mendekatiku, lalu menyinggul lenganku.

"Kau tak pernah cerita pun kau ada sepupu..."

"Emmm.... takkan pasal sedara mara pun aku nak cerita..."

"Maksud aku..... sepupu yang secantik ini....."Sesekali matanya mencuri pandang ke arah Ain yang sedang mengambil minuman.

"So?"

"Solo lagi ke?"

"Entah! "Aku mula bergerak. "Aku tak tahu.."Aku meninggalkan Faizal. Malas aku
nak layan mamat sorang ni. Pantang nampak dahi licin.

Dari celah-celah orang ramai aku memandang ke arah Ain.Kelihatan dia bersama- sama beberapa orang wanita lain. Nampak dia dapat menyesuaikan diri dalam kelompok itu. Mungkin dia terpaksa memberanikan diri. Mungkin juga dia tahu aku takkan sentiasa bersamanya, maka dia cuba membawa diri sendiri. Aku mengambil beberapa cucuk sate yang masih panas sambil mataku tidak lepas-lepas memerhatikan Ain. Walaupun mungkin aku sedikit janggal dengan kehadiran dia bersamaku malam itu, tetapi aku perlu mengawasinya. Mengawasi bermaksud bertanggungjawab ke atas dirinya.

"Qel..... cantik gadis yang kau bawa tu?" Satu suara kedengaran dari belakang.
Aku menoleh dan terlihat Latiff yang segak berbaju batik.Aku senyum.

"Sepupu aku...."Balasku

"Cantik. Hai..... sepupu jelita macam tu.... tak terpikat ke?" Aku ketawa kuat
mendengar kata-kata itu.

"Gila!"Aku pandang Ain. Dia sudah hilang dari pandangan.

"Abis,..... Serena aku nak campak mana?"

"This one is quite good untuk kau.... sesuai.."

"Kau ni Latiff.... pandai aje la..."

"Cakap pasal Serena..... dia tak ikut kau ke malam ni?"Latiff meneguk minuman.

"Oh.... dia ke Paris semalam. Jengok family dia di sana."

"Kau tak ikut sekali?"

"He.. hehe.. belum lagi."Balasku sambil cuba mencari kelibat Ain.

"Er.. Wani mana, tak nampak pun dari tadi?"Aku mengalih topik.

"Emm.... dia ada di dalam. Pening-pening sikit. Sekejap lagi aku nak balik ni.
Kesian tengok dia macam tu.."Latiff memandang ke dalam rumah.

"Pening-pening berisi ke?"Aku teringat kata-kata mak tempohari.Latiff tersenyum. Jelas terlihat keriangan di wajahnya. Dia mengangguk.

"Betul Latiff? Wah...... tahniah! Nak jadi bapa dah kau..."Latiff ketawa.

"Itulah... aku rasa happy betul sekarang ni... excited!"

Ah... bahagianya Latiff. Perkahwinan atas dasar suka sama suka. Saling mencintai. Sudah pasti saat-saat seperti ini dilaluinya dengan penuh teruja.
Aku tidak pasti adakah saat-saat itu akan aku lalui suatu masa nanti.

Dari jauh aku terlihat Ain sedang duduk seorang diri di deretan kerusi-kerusi yang di susun mengelilingi pancuran air kecil. Sesekali dia tersenyum. Nampak jelas lesung pipit di kedua belah pipinya. Dulu waktu kecil-kecil lesung pipit tu tidaklah terlalu ketara, tetapi sekarang ia begitu menarik terlihat setiap kali dia tersenyum.Tiba-tiba aku jadi sayu. Sayu melihat wajah bersih itu. Wajah yang aku kagumi suatu ketika dulu. Sehingga kini? Aku tidak berapa pasti.


Seseorang kelihatan sedang menghampiri Ain yang leka melihat pancuran air. Faizal! Hatiku berdetak. Kulihat Faizal menarik kerusi di sebelah. Duduk rapat-rapat di situ. Hatiku tiba-tiba panas. Entah apa yang mahu dibualkan oleh lelaki itu. Nampaknya dia tidak menunggu lama untuk memulakan semua ini. Aku lihat Ain mulanya agak kaget sedikit dengan kehadiran lelaki itu. Tetapi lama kelamaan wajahnya kembali ceria. Rona merah terlihat setiap kali dia ketawa. Sesekali dibetulkan tudungnya yang tersingkap di pukul angin malam.

Ah...

Faizal! Aku lihat Faizal lebih-lebih lagi ketawa. Celaka! Lelaki buaya itu sudah mula jual temberang. Hatiku berdegup semakin laju.

Aku meminta diri dari Latiff lalu dengan langkah yang laju tetapi teratur aku
menghampiri mereka berdua. Ain melihatku, segera dia mematikan tawanya.

"Rancaknya berborak!"Aku tidak tahu adakah nada suaraku itu berbaur cemburu atau sebaliknya. Yang pasti nafasku tertahan-tahan waktu itu. Terasa panas meruap naik hingga ke kepala.

"Ha... Qel... kau ni, kenapa tinggalkan Ain sorang-sorang. Apa la kau..." Faizal menarik kerusi untuk aku. Langsung tidak menunjukkan rasa serba salah.

"Kau tu... kenapa tak join diorang semua?"Balasku lalu melabuhkan punggung di sebelah Ain. Aku lihat wajah Ain memerah.

"Alah.... diorang tu tiap-tiap hari boleh jumpa"Faizal merenung Ain. Macam lupa pada aku yang tercatuk di depannya. Panas betul hatiku.

"Qel cakap tadi Ain baru habis belajar... so sekarang ni tengah cari kerjalah
ye?"Faizal mengajukan soalan. Aku kertap bibir.

"Emmm..."Ain mengangguk tanpa memandangku.

"Kalau macam tu, bolehlah cuba kat ofis kita. Macamana Qel?"Faizal mendongak ke arahku. "Ofis kita kan nak pakai orang"

"Iya ke?"Balasku acuh tak acuh.

"Bahagian akaun, sekarang tengah cari orang untuk gantikan Aileen."

Aku tarik nafas panjang."Kenapa dengan Aileen, dia nak resign ke?"

"Lagi seminggu dia resign. Dia kan nak kawin. Lepas kawin dia ikut husband dia
ke Langkawi"Nampaknya banyak perkara di pejabat yang aku ketinggalan.

"Emmm....."Aku termenung. Otakku berputar ligat mencari alasan.

"Tak payahlah. Ain tak tahu buat akaun."Aku renung Ain dan renunganku dibalas.

"Ala.... bukannya susah sangat. Buat kerja clerical je. Tak susah. Ain pun baru habis belajar kan..."Beriya-iya Faizal mencadangkan.

"Er... saya..." Ain teragak.

"Tak apa.... nanti aku inform kat Dato'. Dato' mesti okey punya!"Faizal mengangguk-angguk dengan senyum lebar. Kurang ajar.. getusku. Pandai-pandai saja buat keputusan.

"Berapa umur Ain sekarang?"Ah.. sudah.. sudah...

"Kau nak interview dia kat sini ke?"Sindirku lagi. Faizal ketawa. Matanya tidak lepas-lepas memandang Ain. Aku rasa macam nak tumbuk saja batang hidung mamat ni. Biar kemek.

"Ala... kau ni Qel. Tegas sangat. Aku bukannya apa. Saja nak kenal-kenal..." Kenal-kenal kepala otak kau! Kau tahu tak dia tu bini aku!

"Apa salahnya.... bukannya aku kacau Serena pun...."Aku tergegau seketika. Aduhh.... Kurang ajar Faizal. Kenapa disebutnya nama Serena! Aku lihat Ain termangu memandangku.

"Semalam kau hantar Serena ke airport. Berapa lama dia ke Paris?" Aku gigit bibir sampai terasa sakit. Faizal..... tak boleh harap langsung! Aku cuba melihat reaksi Ain. Ternyata kosong. Tiada lagi rona merah, tiada lagi ukiran senyum. Dia hanya memandang ke arah kelompok manusia yang masih menjamu selera. Seolah tidak mahu mendengar segala kata-kata yang keluar dari mulut Faizal mahupun aku.

"Serena ke Paris.... kau bawa orang lain pula ya..."Faizal tersengih memandangku. Sudahlah Faizal... aku malas nak layan kau, bisik hatiku.

"Esok bolehlah kau bawa Ain ke pejabat... untuk interview."

"Ain tak kata pun dia setuju..."Aku kembali memandang Ain. Aku harap kata-kata
aku tadi mendapat sokongan.

"Boleh juga Ain cuba..."Tiba-tiba Ain bersuara setelah lama mendiamkan diri.
Aku pandang wajah Ain dengan rasa terkejut. Tetapi Ain seperti tidak merasa apa-apa.

"Ain pun memang tengah cari kerja... tak sangka boleh dapat secepat ni.."Dia
senyum. Langsung tidak dipandangnya aku. Aku tarik nafas dalam-dalam.

"Cuma interview saja kan... belum tentu dapat.."Sambung Ain lagi.

"Ah... mesti dapat punya. Haiqel ada!" Aku telan liur mendengar kata-kata Faizal."Kalau kerja satu ofis, senang nanti, pergi balik ada orang yang hantar. Tapi kalau Serena dah balik dari Paris nanti.... Ain kenalah pulang sendiri. Tapi takpe... Jai ada..." Dia ketawa.

Aku rasa kalau Ain tak ada di situ dah lama aku bagi penumbuk!

*************************************

Bersungguh-sungguh aku meminta diri untuk pulang tadi. Walau dihalang Dato' berkali-kali. Faizal juga agak keberatan untuk melepaskan Ain. Dan itu yang tidak mahu aku lihat. Pancaran mata Faizal setiap kali memandang Ain benar-benar menggugat perasaanku, dan kewujudanku.

"Kenapa cepat sangat ni Haiqel, you tak jumpa lagi dengan En. Baharom dan yang lain..."Dato' bersuara lambat-lambat bagaikan berat untuk melepaskan.

"Minta maaf banyak-banyak Dato but it's too late untuk Ain...."Aku memberi alasan. Jam dipergelangan tangan ku kerling sekilas.Belum mencecah angka 11. Memang terlalu awal untuk aku beredar. Faizal di sebelah resah menanti.

"Emmm.... tak apalah... you hantarlah Ain balik. Esok jangan lupa kita kena
pergi sekali lagi ke tapak projek tu.."Dato' mengingatkan.

"Itu memang saya ingat, Dato'"Aku ketawa kecil."By the way,thanks for the dinner..."Entah macamana jemari Ain sudah berada dalam genggamanku. Cepat-cepat aku lepaskan kerana aku tidak mahu ia dilihat oleh mata-mata yang lain.

"So, you pun nak balik jugak ke Faizal?"Dato menoleh ke arah Faizal yang sedang berpeluk tubuh.

"Eh... tak adalah... Dato'... saya orang bujang. Belum ada komitmen.... bila-
bila pun boleh balik.."Dia tertawa sendiri.

Aku tidak menunggu lama untuk menarik Ain keluar dari kelompok itu.Walaupun aku lihat ada sedikit kekerutan pada wajah Faizal saat melepaskan Ain berlalu. Aku tidak mahu dia berprasangka apa-apa tetapi dalam masa yang sama juga aku tidak mahu dia merasa apa-apa dengan pertemuan ini. Aku seakan nampak keadaan itu.

Sepuluh minit selepas itu, aku telah pun berada di dalam perut kereta, membelah malam hening yang masih hangat dengan segala aktiviti penghuninya. Sedari tadi, tiada kata-kata yang keluar dari mulut aku mahupun Ain. Ain hanya merenung tancap ke depan. Tiada sebarang reaksi. Aku tidak tahu hatinya saat itu. Adakah dia menyedari tindak tandukku ini, yang sedikit menjengkelnya mungkin. Atau dia langsung tidak mahu mengedahkan. Menerimanya bulat-bulat.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Irama dari radio hanya menambah kerungsinganku. Cepat-cepat aku tutup. Apa yang aku rungsingkan sangat ni.?? Aku melurut-lurut rambutku. Ain menoleh kepadaku, tetapi tiada kata-kata yang lahir dari mulutnya. Kembali dia memandang ke hadapan.

"Ain dah mengantuk ke?"Aku cuba memulakan kata. Tiada balasan, hanya gelengan.

"Ain lapar lagi?" Hai.... macam soalan orang baru nak bercinta!

Sekali lagi dia menggeleng. Aku jadi panas tiba-tiba. Minyak ku tekan lagi.

"Kenapa Ain diam? Ain sakit kepala lagi?"Ain menoleh kepadaku. Aku menunggu kata-kata yang akan keluar dari bibirnya. Lama.

"Qel marahkan Ain?"Tidak terduga dengan soalan itu. Aku kerut dahi.

"Marah kenapa?"Tanyaku kembali. Wajah gadis itu ku kerling sekilas.Ain menarik
nafas.

"Marah kalau Ain terima pelawaan Faizal tadi..."

"Pelawaan? Pelawaan yang mana satu?"Hatiku tidak keruan.

"Pelawaan untuk pergi temuduga tu nanti...."Balasnya perlahan.

Aku senyum nipis. Ingatkan pelawaan makan malam atau jalan-jalan.Manalah tahu! Bisik hatiku. Mamat buaya tu bukannya betul sangat.

"Ain serius ke nak mintak kerja tu?"

"Emm.... cuba-cuba dulu. Mana tahu boleh dapat.."

"Ain betul-betul nak kerja?"Ain mengangguk.

"Adik-adik Ain kat kampung tu ramai lagi yang belum lepas,Haiqel.... kalau Ain tak kerja, siapa lagi yang nak tanggung. Ayah pun selalu sakit-sakit."Hatiku tersentuh. Kata-katanya seolah membayangkan aku adalah orang asing dalam hidupnya. Orang yang tidak perlu dikongsi dalam segala hal.

"Kita kan....."Kata-kataku terhenti. Terasa janggal pula untuk menyebut perkataan 'suami isteri' itu. Aku rasa perkataan itu tidak layak langsung untuk dipadankan dengan aku dan dia. Suami isteri hanya pada nama. Bagaimana untuk berkongsi masalah kalau begini situasinya.

"Kita apa?"Ain merenungku.

"Err.... tak ada apa-apa.."Balasku. Aku terdengar keluhan dari mulutnya. Tidak tahu apa yang dikeluhkan. Seketika perjalanan kembali sepi. Aku menumpukan perhatian kepada pemanduan dan Ain, aku tidak pasti adakah dia masih terjaga. Perlahan aku menoleh kepadanya.

Ternyata dia masih memandang ke depan. Tiba-tiba dia menoleh, dan pandangan kami bertaut. Aku terasa sedikit debar. Dan debar itu masih terasa saat kereta mula memasuki perkarangan rumah. Setelah kereta betul-betul berhenti, Ain terus membuka pintu. Kasut tumitnya diletakkan di tepi pintu.Lalu dia menanti
aku membuka grill.

"Kalau Ain betul-betul nak kerja, Qel boleh bawa Ain ke ofis esok" aku bersuara, cuba memecah kebisuan.

"Qel tak kisah?" Aku menggeleng perlahan lalu melangkah masuk sebaik pintu terbuka. Segera kurebahkan tubuh ke atas sofa. Memandang Ain yang masih tercegat di depanku.

"Kalau dah itu yang Ain minta...... Qel tak boleh halang." Nafas kutarik perlahan. "Bukankah kita ingin menjadi diri masing-masing?"

Aku tidak tahu kenapa aku harus membangkitkan hal itu lagi. Dan aku tidak pasti nada suara aku waktu itu. Adakah terlalu lembut tetapi pedas sehingga ku lihat wajah Ain sedikit berubah dengan kata-kataku tadi.

"Dan Qel telah menjadi diri Qel yang sebenarnya?" Ain membalas. Dan aku tahu dia cuba untuk mengelirukan diriku.

"Ya!"Balasku yakin. Ain tersenyum.

"Benar-benar diri Haiqel seperti yang dulu?" Sekali lagi dia mempersoalkan.Aku
pandang wajah Ain yang masih tersenyum.

"Qel ingin menjadi diri Qel yang dulu bukan? Tapi Qel sendiri tahu ia agak sukar. Banyak benda telah berubah..... termasuk perasaan Qel sendiri.."

"Apa maksud Ain?" Aku sedikit panas.

"Manusia boleh melihat dan merasa Haiqel. Dan Ain ada kedua-dua deria itu."Ain
berlalu meninggalkanku. Aku tidak tahu apa maksudnya dan apa yang ingin disampaikan gadis itu. Aku termangu.

****************************************

Jambangan mawar merah dan lili putih menyambut kedatanganku pagi itu. Harumannya memenuhi ruang kecil bilikku itu. Aku menghidupkan penghawa dingin, dan semerbaknya semakin ketara kini. Setelah meletakkan beg di atas meja aku mengambil jambangan bunga tersebut dan membelek-beleknya seketika. Sekeping kad kecil warna merah jambu terselit di celah-celah dedaun aku tarik perlahan-lahan.

'Untuk si cantik manis... salam perkenalan....' "Si manis?"

Pintu bilikku diketuk kuat. Cepat-cepat jambangan bunga kuletakkan di atas kerusi.

Bimbang kalau-kalau Dato' Rustam yang muncul pagi-pagi itu. Tapi Faizal yang tergesa-gesa masuk.

"Haiqel.... apasal kau lambat pulak hari ni..." Aku mengerut dahi.

"Apa lambat pulak.... biasa time-time macam ni la aku datang..." Aku tidak mengendahkannya."Pagi-pagi lagi kau dah menempel kat bilik aku ni, kenapa?"

Faizal tersenyum sambil menarik kerusi.

"Aku nak mintak kau tolong aku satu perkara....'

"Emm.." Aku mengeluh ".tolong apa... by the way Dato' dah sampai belum?"

"Belum. "Jawabnya ringkas. "Emm.. Berbalik pada cerita aku tadi, aku nak kau tolong aku satu perkara."

"Tolong apa? Kalau boleh aku tolong, kalau tak boleh, aku surrender.

"Balasku sambil memerhatikan skrin komputer. Lama rasanya aku tidak melihat email-email baru ku.

"Emm.... macam ni... bunga tu...." Aku berhenti mengadap komputer. Menoleh kepada Faizal.

"Bunga tu aku belikan untuk Ain...." Faizal tersengih. "Kau tolong sampaikan pada dia ye!"

Aku terkelu seketika. Wajah Faizal aku tatap lama.

"Maksud kau?"

"Kau tolong berikan bunga ni pada Ain..... sebab aku tak tahu macamana nak contact dia..."Faizal mengeluh."Puas aku tanya dia semalam,dia tak nak bagi nombor telefon. Aku nak hantar balik pun dia tak mahu.."

Aku telan liur. Bahang panas meruap naik ke muka. Seketika aku termenung. Jambangan bunga aku tatap lama.

"Emmm.... kenapa tiba-tiba kau bagi Ain bunga ni?"

Aku bersuara satu-satu. Agar getarnya tidak ketara didengar.Faizal ketawa.

"Entahlah Qel, aku rasa macam dah jatuh hati je....."

Sialan! Gerutu hatiku. Wajah Faizal semakin mengecil pada pandanganku.Dan ketawanya itu bagai meledak di hujung telinga. Benar-benar mengubah emosiku pagi itu.

"Hai.... takkan sekali jumpa je dah terus jatuh hati..."Perliku.

Ketawa Faizal belum terhenti.

"Agaknya itu lah yang dikatakan cinta pandang pertama!"

Ah karut! Aku bangun dari kerusi. Berdiri sebentar di tepi tingkap,melihat pemandangan di luar yang tetap sama setiap hari.Tiada perubahan. Kesibukan waktu pagi yang menjengkelkan.

"Ain sekarang tinggal kat rumah kau kan?"Aku rasa macam mahu halau saja Faizal dari bilikku. Aku tidak mahu dia terus berbicara tentang Ain.Tentang isteriku.

"Eh, Qel... aku tanya kau ni"Faizal bersuara lagi.

"Betul ke Ain tinggal kat rumah kau sekarang?" Aku beralih menghadap Faizal.

"Kalau iya, kenapa?"

"Emm.. kalau macam tu boleh la aku call dia.."

"Tak boleh!" Tiba-tiba mulutku lancar bersuara. Aku sendiri sedikit terkejut
dengan tindakanku. Wajah Faizal yang berkerut, tunak memandangku.

"Er... maksud aku... telefon rumah aku tu..... emm.. dah tukar number..."Ah... alasan bodoh apa yang aku guna ni? Aku mengeluh dalam hati.

"Oh..."Faizal ketawa." Kau bagi ler number tu pada aku..."

Aku menggeleng. Cuba mencari alasan yang lebih masuk akal. Hai..macamana aku nak kelentong mamat sorang ni. Banyak betul songehnya

"Tak... aku takkan bagi. Kalau kau nak, kau tanya Ain sendiri. Nak tackle awek kenalah usaha sendiri. Takkan nak harapkan orang lain." Aku senyum nipis.

"Alah.... Qel... dia kan sepupu kau... aku ni kawan kau... apa salahnya tolong kawan..."Faizal mendengus.

Aku pura-pura ketawa.

"Ohh... dalam hal ni aku tak mahu masuk campur."Aku tersengih dalam hati.Aku rasa kali ini aku dapat menghalangnya. Tentu sukar bagi Faizal untuk mendapatkannya dari Ain.

"Kau mintak sendiri dari Ain. Aku tak nak pandai2 bagi. Nanti dia mengamuk kat
aku siapa nak jawab?"Aku menjengilkan mata.

"Emm.... okey takper. Kau macam cabar aku je.... aku akan cuba dapatkan...." Dia menganguk-angguk sambil mengertap bibir.

" Tapi bunga tu kau tolong sampaikan pada dia ya" Faizal bangun dari kerusi.

"Bila kau nak bawa dia datang interview?" Faizal kembali memandangku. "Aku teringin berjumpanya."

Aku angkat bahu."Terpulang pada Ain. Kalau dia nak datang.....kalau tak aku tak paksa.."Mataku mengekori langkah Faizal.

"Aku mesti dapatkan dia!"Faizal bersuara sebaik pintu dibuka.

Aku tersengih dalam hati. Percayalah, sebentar lagi jambangan bunga itu akan kulemparkankan ke bakul sampah. Di situ tempatmu!


~~
copy je..ooo ada peminat citer nih ekk??nanti sambung sampek abis ekk!!


-peace-



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 8


Saat aku letakkan jambangan bunga di hadapan Ain yang khusyuk menonton siaran
tv, gadis itu terkejut sedikit. Dipandangnya bunga-bunga tersebut agak lama
sebelum mendongak ke arahku. Seakan tahu apa yang dia fikirkan, aku terus
membuka mulut.

"Dari seseorang untuk Ain"

"Siapa?"Aku tidak terus menjawab. Membiarkan dia memandangku dengan penuh
perhatian.
"Siapa Qel?"Sekali lagi dia bertanya. Aku tersenyum, tapi rasa macam sumbing
je senyuman aku tu.

"Emm... Faizal."

"Hah?"Dahi Ain berkerut. Dia memandang aku seperti tidak percaya.

"Faizal?"Kembali direnungnya bunga itu. "Kenapa dia bagi bunga ni?"

"Ntah!"Aku angkat bahu. Mengangkat kembali briefcase aku. "Kalau nak tahu
apa sebab, Ain tanyalah sendiri empunya badan. Qel tolong sampaikan saja."

"Betul dari Faizal?"

"Kenapa?"

"Bukan dari Haiqel?"

Aku kerut dahi. Wajah Ain kurenung tunak. Bunga dari aku? Untuk Ain? “Maksud Ain?"

"Err..... kalau betul dari Faizal, tak apalah...."Dia mengalihkan pandangan.

"Kalau dari Qel?"Ain mendongak. Pandangan kami bersabung.

"Emm.... Ain cuma nak tahu saja...."

"Kalau dari Qel?"Sekali lagi aku bertanya. Ain kulihat serba salah. Dia melarikan pandangan.

"Kalau dari Qel....... pun Ain tak kisah...."Dia bersuara lambat-lambat." Tapi... rasanya itu tak mungkin....

"Tak mungkin untuk Ain terima?"Dia menggeleng. Memandang aku dengan pandangan
mengharap agar tidak ada lagi soalan-soalan lanjutan seperti itu.

"Tak mungkin..... tak mungkin untuk Qel berbuat demikian..." Aku tersengih.
Akhirnya dia cuba untuk membalikkan persoalan itu kepadaku semula. Aku sudah
dapat mengagaknya.

"Kenapa Ain begitu pasti?"

"Kenapa Qel tanya soalan-soalan macam ni?"Dia semakin rimas. Mungkin jengkel
mendengar soalan-soalanku yang lebih bersifat memerangkap.

"Qel cuma ingin tahu, adakah Ain akan terima sekiranya bunga itu dari Qel..." Ain bangun, berdiri bertentangan denganku. Bunga ditangan digenggam erat.

"Tak ada sebab untuk Qel beri bunga atau apa-apa pada Ain.."

"Tak perlu ada sebab...."Aku tersenyum.".sebab yg paling mutlak.... Ain isteri
Qel!"Ain sedikit terkejut.

"Oh ya?"Dia tersenyum."Isteri kontrak?"Aku terdiam.

"Tapi itu janji kita bukan?"Aku bersuara.

"Memang. Kerana kita terikat dengan janji. Jadi tak perlu Qel tanya
soalan-
soalan seperti ini."

"Tapi Qel berhak bukan?"Aku senyum kepadanya.

"Qel memang berhak. Tapi jangan katakan yang soalan-soalan seperti ini kerana
Qel cemburu.."

"Cemburu?"Aku ketawa. Ternyata dia tidak senang dengan nada suaraku.

"Siapa kata Qel cemburu?" Aku mendekatkan wajahku. Ain semakin tidak selesa.
Dikuaknya rambutnya berkali-kali.

"Tidak ada sebab untuk Qel cemburu....." Bisikku perlahan ke telinganya. Wajah
Ain memerah. Langsung tidak dipandangnya aku. "Dan istilah itu tidak pernah
wujud dalam hidup Qel."

Ain mendongak, menatap wajahku lama. Bagai mencari sesuatu, mungkin. Dia
mengeluh tiba-tiba.

"Bagus!" Dia bersuara. "Dan Ain harap ia takkan wujud langsung sampai bila-
bila..."Ain berpaling dariku. Dengan jambangan bunga erat di dada, dia melangkah meninggalkanku. Naik ke atas tanpa menoleh lagi.

Aku tersenyum nipis. Puas rasa hatiku bila melihat reaksinya begitu.Biar dia
tahu hati aku. Tapi.... hati aku yang bagaimana. Benarkah perasaan cemburu
itu tidak pernah tumbuh walau sekelumit pun? Atau aku telah berbohong.
Berbohong pada Ain dan diriku sendiri. Cemburu? Adakah benar aku tidak cemburu
langsung? Kalau benar, maka perasaan apa yang sedang bermain-main dalam diriku
ini?


*******************************

Selesai menyiapkan lukisan illustratorku, aku masuk ke pantry sebentar untuk
membancuh minuman. Hari ini agak dingin sedikit. Sedingin perasaan aku pagi
itu. Mengenangkan emak yang masih belum pulang dari kampung, juga Ain yang
aku temani pagi tadi.. Aku ingat lagi bila aku bawa Ain masuk ke pejabat
tadi. Faizal orang pertama yang menyeringai gembira. Berubah air muka nya,
terus jadi ceria. Malas aku nak mengadap lelaki itu, lalu aku bawa Ain menemui
Dato' Rustam di biliknya Sebenarnya aku tidak berapa gemar dengan situasi
tersebut. Tidak sepenuhnya ikhlas hati aku untuk membenarkan Ain bekerja di situ. Banyak kalutnya nanti.

Biarlah Ain kerja jauh dari sini. Walau perlu aku menghantar dan mengambilnya
pulang setiap hari pun aku rela, daripada harus aku mengadap dia hari-hari
di sini. Tapi aku tahu, keadaan ini sedikit sukar untuk dielak. Mak awal-awal
lagi sudah mengingatkan aku agar membawa Ain ke temuduga tersebut. Mana mak
tahu agaknya. Mungkin Ain yang bercerita. Malam tadi bila aku telefon mak pun,
dia mengingatkan sekali lagi. Tak sempat lagi aku tanya pasal lembu-lembu Pak
Long, mak dah sibuk menanyakan Ain.

Dan pagi itu pun aku sudah kalut. Bagaimana kalau Ain tidak mampu mempertahankan rahsia antara kami berdua. Berdepan dengan dia di rumah aku
masih mampu ....... tapi di tempat kerja yang sama? Dengan situasi keadaan
yang berbeza, dengan manusia-manusianya? Kalau boleh biarlah Ain gagal dalam temuduganya nanti. Biarlah. Aku tidak akan marah pada Dato' Rustam. Aku takkan kecil hati. Aku tak mahu dia diterima hanya kerana aku. Aku menghirup Nescafe panas, yang menjadi satu kemestianku setiap pagi.Aromanya sedikit menyegarkan. Selepas habis meneguk Nescafe, aku keluar semula menghampiri rakan-rakan sekerjaku yang lain. Farid yang berkaca mata, lulusan Universiti Teknologi Mara yang baru 3-4 bulan berkhidmat di situ, Mustaqim lelaki yang agak pendiam tetapi kerjanya memang bagus. Dan Faizal Arifin, bersebelahan dengan Mustaqim tetapi, tidak kelihatan di tempat duduknya. Aku panjangkan leher, menjengok ke arah Suzy yang tancap menghadap komputer.

"Suzy, you nampak Faizal tak? Dia ke mana? " Aku berdiri di sebelah partition.
Suzy menoleh ke arahku sambil tersenyum

"I nampak dia ke bawah tadi.... jumpa Dato' kut.... you tak nampak ke staff
baru yang gantikan Aileen nanti?"

"Dah confirm dapat ker?"Tanyaku

"Dapat rasanya.... itu pun Faizal yang bagitahu.. you tahu muka dia macam
siapa?" Suzy angkat kening.

"Macam siapa?"

"Emmm.... macam Eja... dalam Roda Impian tu...."Dia tersengih.

"Patutlah I rasa macam familiar sangat.."

"You cakaplah siapa-siapa... I bukannya kenal sangat..."Aku angkat bahu.

"Tapi.... macam muka you pun ada..."Aku tersenyum nipis, menggeleng kepala.

"Iyer ke.... you tahu dia tu siapa?"

"Siapa?" Suzy terdongak.

"Dia sepupu I" balasku perlahan. Suzy membeliakkan biji mata. Agak terkejut.
Gelihati aku melihat reaksinya.

"No wonder la...."Dia berbisik."Dato tahu ke dia sepupu you?"

Aku mengangguk tanpa memandang Suzy sebaliknya mataku liar melihat arah pintu,
kalau-kalau kelibat Dato kelihatan.

"I turun bawah kejap..." Aku mula melangkah meninggalkan Suzy. Jam ditangan
kulirik sekilas. Setengah jam berlalu, aku rasa urusan temuduga itu telah
selesai. Mungkin Ain ada di bawah, di bahagian receptionist. Aku menemukan
Tipah, penyambut tetamu yang sudah lanjut usia itu. Dia tersenyum memandangku.

"Hai.. Qel... you cari cousin you tu ker?"Tipah menjeling. Aku pandang wajahnya yang agak tebal dengan make-up itu.

"You ada nampak?" Balasku.

"Emm... dengan Dato tadi.... kat akaun dept. Dato' nak kenal2kan dengan staff
sana.. agaknya"

Aku pandang bahagian akaun yang dipisahkan dengan pintu cermin. Ah... biarlah.
Sekejap lagi pasti Dato akan bawa Ain ke atas untuk diperkenalkan dengan semua
staff. Dan mungkin dia akan masuk ke bilikku. Aku kembali ke tingkat atas yang
menempatkan bahagian engineering dan pengkomputeran. Masing-masing sedang menumpukan perhatian pada skrin monitor. Kelibat Faizal masih belum kelihatan.
Aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilikku semula.

Sambil menumpukan perhatian pada skrin monitor, sesekali mataku melirik ke
luar. Dari celah bingkai kaca di sebelah pintu, aku masih dapat melihat gerak-
geri staff diluar. Dan kalau ada siapa-siapa yang melintas atau menghampiri
billikku juga dapat dikenal pasti. Interkom tiba-tiba berbunyi, dah suara Tipah kedengaran, serak-serak basah.

"Haiqel, bos panggil you turun.."

"Emm... ok " Aku bergegas bangun. Lima minit kemudian aku telah berada di bawah. Ain kelihatan duduk di bangku yang disediakan disitu. Dia tersenyum
padaku dan tanpa kusedar senyumannya kubalas

"Ain nak balik" Dia bangun, merapatiku.

"Sekarang?" Dia mengangguk. Aku toleh sebentar ke pintu bila Dato’ kelihatan
beriringan dengan Faizal.

"Ha, Qel.... cousin you boleh start kerja next week. Since Aileen will be
here until this Friday so saya fikir it's better if she come on Monday" Dato
berdiri di sebelahku.

"Dato confirm ke?"Aku bersuara perlahan.

"Apa yang tak confirm?"

"Saya tak kisah kalau Dato reject pun... saya tak nak Dato' terima disebabkan
saya.."Dato Rustam ketawa.

"Kenapa cakap macam tu. Ain is ok. She's qualified. She has 3 years experience
in this field. So saya ambil dia base on her qualification."Dato tepuk bahuku. "Tapi satu saja yang you tak inform saya."

Mataku membesar. Terkejut.

"She's not a fresh graduate, right?" Dato berbisik ke telingaku. Zupp! aku
rasa rona merah meruap naik ke muka serta merta.

"She is STP holder, but it was 4 years ago. Kenapa you sembunyikan?"

"Emm.. actually Ain baru datang dari.. kampung Dato. And now she is staying
with me.. err. I means.. with me and my mum." Aku perlahankan suaraku agar
tidak didengar.

"Emm..... dia belum kahwin bukan?" Sekali lagi aku terkejut. Dadaku mula berdegup kencang. Adakah Dato sudah tahu status Ain? Sekaligus status aku?
Tanpaku sedar kepalaku mengangguk.

"OK, Isnin ni boleh start kerja. She will be under Mr. Wai." Dato berpaling
kepada Faizal. Aku menarik nafas lega.

"So Ain nak balik sekarang ke?" Faizal bersuara tiba-tiba.

"You nak hantar Ain ke Qel? Atau Ain boleh pulang sendiri."Dato pandang Ain. "Pukul 10.30 nanti kita ada meeting, you jangan lupa. " Aku kerling jam di
tangan.

"Err... saya rasa biar saya hantar saja, Dato. Saya pun nak keluar ke Maju
Tech ni... boleh saya drop by Ain kat PJ nanti..." Faizal mencelah. sambil
tersengih. Aku rasa mamat ni dah lebih-lebih. Belum apa-apa dia dah potong
jalan.

"You macamana Haiqel? You nak hantar Ain pun tak sempat ni. Kalau you tak kisah Faizal boleh tumpangkan. Saya suruh dia jumpa En Lokman dari Maju Tech
tu." Dato pandang aku. Aku gigit bibir sampai terasa sakit. Wajah Faizal aku
renung. Ah.. lelaki ini bukan boleh dipercaya sangat. Sambil menyelam minum
air ni. Aku tahu benar.

"So?" Aku sedikit tergegau. Wajah Ain ku pandang sekilas. Dia juga sedikit
gelisah.

"Emm... oklah...."Aku sedikit mengeluh lalu merapati Ain. "Ain balik dengan
Faizal ye. "Kunci rumah ku serahkan. Gadis itu menunduk. Mengucapkan terima
kasih kepada Dato sebelum membuka pintu cermin. Faizal di belakang menuruti.
Aku tahu hati lelaki itu. Pasti dia teruja dengan perkembangan ini.Nampaknya
dia sungguh-sungguh hendak menakluki Ain.

Kenapa dia tiba-tiba bertindak drastik begitu. Tidak cukupkah gadis-gadis di
bandar ini yang boleh dia miliki. Kenapa mesti Ain juga yang dihimpit. Bukankah Ain umpama bunga terlarang. Bukan saja terlarang kerana dia bunga desa yang belum pernah terdedah dengan udara kota, tetapi juga terlarang kerana dia..... isteriku!

***********************************
Dua minggu sudah Ain bekerja satu tempat denganku. Dia dibahagian akaun di
tingkat bawah manakala aku pula di tingkat atas. Amat jarang sekali aku terserempak dengannya ketika waktu bekerja. Kerana aku tidak ada keperluan
untuk ke bahagiannya manakala dia pula memang tidak pernah menjengah ke bilikku. Cuma waktu pagi, aku datang bersamanya, dan petang juga pulang bersama. Kadang-kadang kalau aku perlu outing, aku akan minta Suzy tumpangkan
Ain kerana kebetulan jalan yang dilalui adalah sama. Pernah juga Ain bercadang
untuk menaiki bas awam, kerana tidak mahu selalu menyusahkan Suzy tetapi tidak
aku benarkan sama sekali. Sesekali tidak! Aku tahu Ain tidak berapa mahir dengan jalan-jalan di KL ini. Aku tidak mahu tanggung risiko apa-apa kemungkinan.

Mak sudah pulang dari kampung. Mengkhabarkan kesihatan Pak Long yang sudah
beransur pulih. Sudah boleh tengok lembu-lembunya di kebun kelapa sawit.
Sudah boleh berkebun dan meracun rumput. Ain orang paling ceria mendengar
Khabar itu. Malam itu bila mak balik, Ain sengaja masak banyak-banyak. Gembira
betul orang tua itu dilayan menantu. Tak putus-putus dipujinya masakan yang aku akui memang menepati seleraku. Tetapi aku diamkan saja. Pujian hanya dalam hati, tak terluah dengan kata-kata.

Satu lagi yang benar-benar menggembirakan mak, Ain sudah mula bekerja. Satu
tempat kerja dengan aku pula tu. Tentulah lega hati orang tua itu. Suami isteri berkerja di satu tempat. Ah.. kelako... Aku tidak pernah membayangkan
semua ini. Kalau betul-betul aku terima dia sebagai isteri pun, tak semestinya dia harus berkerja sama tempat denganku. Janggal. Janggal kerana aku harus mengadapnya setiap hari, dan juga harus berinteraksi dengannya dengan nada berbeza. Tapi dalam hal ini aku masih bernasib baik kerana hingga ke hari ini
aku masih belum pernah keluar berdua-dua dengan Ain. Belum pernah makan bersama. Kalau bukan atas nama suami isteri pun, sebagai seorang sepupu pun belum pernah. Malah hingga saat ini comfoter lusuh itulah penemanku setiap
hari. Untuk malam hangat atau dingin.

Tapi entah kenapa hari ini tiba-tiba aku teringin untuk makan bersama Ain.
Mungkin tidak menjadi apa-apa kalau kami keluar berdua pun. Bukankah masih
sepupu? Atau tidak layak lagi disebut sepupu setelah ikatan bertukar menjadi
suami isteri?

"Tipah, kalau you nampak Ain.... suruh dia tunggu I kejap.."Aku bersuara melalui interkom. Suara Tipah yang serak-serak basah itu kedengaran perlahan.

"Tak silap I Ain dah keluar la Qel.."

"Cepatnya? Dia dengan Suzy ke?"

"Emm.... tak... Suzy keluar dengan tunang dia tadi.."Tipah terhenti."I
nampak dia dengan Faizal. Maybe dia keluar dengan Faizal...

"Apa?"Aku tersentak. Jantung serta merta berdegup pantas. "Dah lama ker?"

"Emm.... dalam 15 minit tadi. Kenapa Qel? Kalau ada hal penting you call la
Faizal.."

"Err... takperlah.... saya ingat Ain makan dengan Suzy. Ok lah... thanks..."

Aku bergegas bangun. Mencapai telefon bimbit lalu mematikan skrin komputer.
Aku kerling sekilas organizer atas meja, mempastikan petang ini kalau-kalau
aku ada appointment dengan mana-mana syarikat. Tak ada. Aku menarik nafas lega. Masuk lambat pun tak apa. Dato Rustam pun sudah 2 hari ke Singapore. Esok baru balik agaknya. Ahh... tak balik ofis terus petang ni pun tak apa! Aku capai kunci kereta. Pejabat yang lengang itu ku tinggalkan. Masing-masing mungkin sedang mengisi perut. Sampai di bawah, Tipah pun tidak kelihatan. Aku tahu biasanya tengahari macam ni anak dara tua itu selalu lepak di bilik solat. Tidur.

Memang benar kereta Faizal tidak kelihatan di tempat biasa. Biasanya dia akan
makan di restoran di seberang sana. Kalau berjalan kaki tak sampai lima
minit. Kalau teringin nak makan yang sedap-sedap barulah keluar ke bandar.
Tapi hari ini awal-awal lagi dia sudah keluar. Kemana dia? Makan di mana? Dengan siapa? Takkan dengan Ain? Sudikah Ain? Tiap-tiap digoda Faizal, cairkah hati gadis itu. Tersentuhkah jiwa perempuannya. Aku tahu. Tahu amat. Bukan sekali dua aku lihat Faizal menghampiri Ain. Bukan sekali dua juga dia kenen-kenen dengan aku untuk menumpangkan Ain . Tapi aku menggeleng. Sesekali aku takkan benarkan. Aku sanggup ambil dan hantar Ain setiap hari. Kalau out-station, awal-awal aku sudah ingatkan Suzy supaya tumpangkan Ain. Walau berkali-kali gadis itu menolak huluran duitku, tapi aku paksa juga. Boleh cover duit minyak... pujukku. Dan Suzy tidak mampu menolak. Aku takkan benarkan Faizal mengambil kesempatan. Aku tahu lelaki itu. Langkah panjang. Kemana-mana agaknya nanti dibawanya Ain. Biasalah lelaki. Nak mengayat.

Aku menghidupkan enjin lalu mengundurkan kereta. Melihat sekilas cermin
Pandang belakang. Ada sebuah kereta di belakang sana. Faizal! Hatiku berdetak.
Aku keluar semula dari kereta. Faizal tersenyum bila terlihatku.

"Kau nak kemana, nak pergi makan ker?"Tanya Faizal sebaik cermin tingkap diturunkan. Aku menjeling ke sebelah. Tiada pula kelibat Ain.

"Kau ke mana?"Tanyaku pantas. "Ain mana?"

"Aku pergi bank kejap tadi. Ni nak pergi makan pulak. Kau nak ikut sekali
tak?"Wajah Faizal berkerut.

"Kau sorang?"Aku masih tidak berpuas hati.

"Aku sorang la... abis Ain jual mahal.."Dia tersengih. Anak matanya tidak
terlihat dek ray-ban yang dipakainya.

"Aku ingat kau keluar dengan Ain...."Suaraku mengendur. Kalau dengan Suzy
bukan, dengan Faizal pun bukan.... kemana Ain?

"Aku keluar awal tadi. Masuk duit untuk mak aku. Kau nak ikut aku tak?"

"Emm.... tak payahlah. Aku tapau kat kedai je ..." Balasku. Hati aku betul-
betul tidak sedap. Punah hasrat nak makan dengan Ain. Ahh.... makan kat rumah
je la malam ni.

Faizal berlalu meninggalkanku. Aku bercadang untuk ke restoran seberang saja
untuk tapau nasi. Makan saja di pantry. Minuman boleh buat sendiri. Jimat
sikit duit aku nanti. Tiba di restoran, aku terlihat Mustaqim dan Farid.
Mereka hampir selesai makan. Aku memberi isyarat untuk masuk ke ofis dulu
Sementara mereka sedang berasap.( merokok ). Sampai di ofis, Tipah masih belum
kelihatan. Membuta lagi ker? Mentang-mentang bos tak ada. Masing-masing buat peel. Ofis kena rompak pun tak siapa peduli.

Aku masuk ke pantry untuk memanaskan air dalam heater. Sementara menunggu, aku
kembali semula ke bilikku. Menarik laci lalu mengeluarkan sesuatu. Photo Serina! Sampai sekarang aku belum lagi menerima panggilan darinya. Sudah tiga
minggu. Sampai hati Serina. Lupa teruskah dia padaku? Sebelum bertolak dulu, mati-mati dia berjanji akan menelefonku. Tapi hingga kini, jangankan telefon,
SMS pun belum pernah. Hinggakan rasanya aku hampir terlupa pada wajahnya. Setiap hari pandang Ain, wajah itu pula yang selalu terbayang-bayang di ruang
mata.

Aku letakkan kembali photo Serina atas meja. Kerana Ain sudah pasti tidak akan
menjengah ke bilik ini, biarlah photo itu terus kekal di situ. Sekurang-kurangnya dengan memandang wajah itu, akan melegakan sedikit perasaan aku setiap kali memikirkan Ain. Entahlah, sejak akhir-akhir ini kerap benar aku
terfikirkannya.

Aku berdiri di tepi tingkap, melihat ke bawah sebentar, ke deretan kereta-kereta. Sebuah kereta berhenti di situ. Kereta Wira warna silver.Bukan kereta Faizal, aku yakin. Kelibat seorang wanita keluar. Baju kurung sutera merah jambu... tudung juga merah jambu.... Aku tergegau. Ain? Pintu pemandu pula dibuka. Seorang lelaki, berkemeja, bertali leher keluar dalam keadaan tergesa- gesa. Dari atas, wajahnya tidak jelas kelihatan. Tapi aku yakin, lelaki itu tidak pernah aku kenali. Siapa? Aku kuak penghadang cahaya luas-luas. Aku lihat lelaki itu menghampiri Ain. Bercakap sesuatu sebelum Ain perlahan-lahan beredar. Aku rasa macam nak terjun saja dari tingkap dan dengar apa yang mereka bualkan.

Aku berpaling. Dada mula berdegup kencang. Siapa? Siapa lelaki itu? Kawan Ain?
Ain ada kawan lelaki, tetapi siapa? Ain tak pernah bagitahu pun. Ahh... takkan
dia nak bagitahu aku. Nanti dia kata aku busybody pula. Bukankah kami sama-sama telah berjanji. Jangan masuk campur hal masing-masing. Tapi yang ini...... takkan aku nak diamkan. Ain keluar dengan lelaki lain. Gila! takkkan
aku nak tengok saja. Suami apa aku ini?..... Tapi, pernahkah Ain menganggap aku ini suaminya. Bukankah aku suami kontrak. Dan dia juga isteri kontrak.
Kalau aku boleh keluar dengan Serena, kenapa dia tidak boleh keluar dengan lelaki lain.

Tapi.... dia isteriku...... ahhhhh.... kenapa macam ni? Kenapa aku tiba-tiba
jadi cemburu.

Ain Fathihah..... aku cemburu!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 9


Memang aku resah. Resah sepanjang hari itu. Entah kenapa. Bila membayangkan saat Ain keluar dari kereta Wira tersebut, dan aku lihat bibirnya mengukir senyum. Dan saat lelaki tidak kukenali itu berbual mesra dengan Ain, aku tidak sanggup jadi penontonnya! Aku terus hilang mood. Nasi yang ku tapau terbiar sejuk. Akhirnya tong sampah yang menjadi habuan.

Bila kereta tersebut berlalu tadi, aku terasa seperti ingin turun ke bawah mendapatkan Ain. Ingin ku tanya satu persatu. Pergi kemana, dengan siapa, untuk apa.... tapi bolehkah? Beranikah aku? Nanti apa pula anggapan Ain padaku. Menyibuk, busybody.... tak tahu malu. Buat apa nak ambil tahu hal orang. Mungkin itu yang akan dituturkannya. Tapi aku suaminya. Walau
suami kontrak, tapi dayus jugak aku kalau dengan senang hati membiarkannya
perkara tersebut berlaku depan mata. Bodohlah aku....

Memang aku tidak sepenuh hati meneruskan kerja petang itu. Nasib baik Dato' Rustam tidak ada. Bolehlah aku melayan perasaan sekejap. Perasaan yang entah apa-apa ni.

"Tipah, sambungkan saya ke extension Ain Fathihah" Aku bersuara perlahan selepas menekan interkom. Beberapa saat kemudian nada deringan kedengaran di hujung talian. Hatiku tiba-tiba berdebar-debar. Apa aku nak cakap ni....

"Hello, Ain bercakap.."Suara lembut kedengaran. Aku jadi gugup.

"Hello, siapa tu?..."

"Err.... Ain, Qel ni..."Aku telan liur sambil menarik nafas. Hujung talian senyap tiba-tiba.

"Ain... Ain.. naik atas sekejap." Ya Allah.... apa benda aku melalut suruh dia naik atas pulak. Alamak....

"Naik bilik Qel?"Sedikit terkejut.

"Er... aha.... Ain banyak kerja ke?" Hati kata tak nak tapi mulut aku ni laju je cakapnya.

"Sekarang ni?... emmm boleh le tahan. Ada hal penting ker?'

"Emm.... taklah penting sangat... kalau free naik la atas.. kalau busy...."

"Ok, Ain naik sekarang.."Aku terdiam. Alamak... betul-betul dia nak naik...

Aku mematikan talian. Membetul-betulkan kemejaku. Hai... macam nak berdating je... Aku menanti. 10 minit berlalu tapi dia tidak muncul juga. Aku jadi resah. Resah kerana aku sendiri tidak tahu apa yang hendak aku perkatakan dengannya nanti. Tidak ada perkara yang penting pun. Mulut aku saja yang gatal-gatal.

Ketukan di pintu mengalih pandangan. Sejurus, Ain terjengol dengan mengepit fail-fail. Apahal dia bawa fail banyak-banyak pula ni. Emm... mungkin nak coverline kot.... hati aku berbisik. Dia menarik kerusi lalu duduk di hadapanku. Aku merenung wajahnya yang tenang itu. Aku sedari sejak mula bekerja, Ain sudah pandai bergaya. Solekannya pun semakin ketara.

"Ain dah makan?" Wajahnya berkerut. Mungkin pelik dengan pertanyaanku. Iyalah... sudah sejam waktu lunch berlalu baru sekarang nak tanya dah makan ke belum.

"Sudah" Pendek jawapannya. Aku menunggu kalau-kalau dia akan menyambung kata. Bercerita tentang ke mana dia pergi tengahari tadi, siapa yang menjemput dan menghantarnya pulang tadi. Tapi ternyata hanya itu jawapannya. Aku hampa. Niat di hati ingin bertanya tentang lelaki yang menghantarnya tadi, tapi lidah aku terasa berat. Nanti Ain fikir aku cemburu pula walaupun hakikatnya memang aku cemburu.

"Emmm.... petang ni Ain nak terus balik rumah ke?" Aku sudah dapat idea.

"Balik ke rumah la, abis nak kemana? " Dia menentang mataku.

"Petang ni, Qel nak singgah satu tempat. Mungkin kita sampai rumah lambat sikit. "

"Kemana?"

"Qel nak beli barang untuk... emm.. untuk Suzy. Dia kan nak kahwin.."Aku merepek lagi. Entah betul ke tak apa yang aku cakap ni. Yang aku tahu Suzy memang telah bertunang, tetapi tidak tahu pula bila makan besarnya.

"Bukan ke Suzy kawin bulan 9 ni?" Dia sedikit terkejut.

"Eh.. iya ker..." Alamak, malunya aku. Itulah.. cakap sembarangan je.
"Takde, hari tu Qel ada nampak satu barang cantik. Qel rasa sesuai kalau jadikan hadiah untuk dia. So, Qel ingat nak beli dulu, takut nanti tak ada
rezeki" Aku tersenyum, menutup malu.

Ain turut senyum

"Dah bagitahu mak?"

"Emm.. tak payahlah bagitahu mak. Balik lambat sikit pun dia tak kisah. Bukankah kita......"Lidahku kelu tiba-tiba. Sekali lagi aku rasa janggal untuk menyebut perkataan 'suami isteri' itu.

"Kita apa?" Ain memandangku penuh perhatian.

"Emm.... kita selalu balik sama-sama...."Wajah Ain mengendur.

Seperti tidak menjangka kata-kataku tadi. Dia menarik nafas lama.

"Qel tak ot ker hari ni?"

"Tak. Qel ingat nak balik awal. Dato pun tak ada, tak kisahlah.."Aku senyum nipis.

"Emm... kalau Ain lambat, Qel tunggu la. "Ain mengepit fail-failnya ke dada.

"Kadang-kadang Mr. Wai tu minta Ain stay kejap. Emm.. ada apa-apa lagi ke?"Dia bersedia untuk bangun.

"Err...." Sebenarnya hatiku terdesak untuk bertanya tentang lelaki yang bersamanya tengahari tadi. Tapi lidahku kelu. "Tak ada apa-apa.... apa-apa hal nanti Qel interkom saja....."

Ain segera bangun. Dengan langkah pantas dia menuju ke pintu, dan seketika hilang dari pandangan.. Tampak seolah dia buru-buru untuk meninggalkanku. Entahlah. Aku tidak pantas meneka hatinya saat itu.

*****************************

"Apa yang Qel nak beli sebenarnya ni? "Ain berhenti melangkah, sebaliknya berdiri memandangku. Aku tahu dia sudah penat berlegar-legar di ruang Mid valley yang luas itu. Orang pula berpusu-pusu bagai mengejar sesuatu. Naik rimas dibuatnya walau petang itu agak dingin.

"Entah le... Qel pun tak tahu..." Aku mengeluh sambil mata meliar ke kiri dan kanan. Dah setengah jam berlalu tapi aku tak pasti apa yang aku nak beli.

"Kata tadi nak beli barang?"Ain semakin muncung. Dipandangnya jam berkali-kali. Alah.... belum pun pukul lapan, risau sangat aku bawa dia lari.

"Qel nak beli... tapi barang tu dah tak ada la..."Aku berbohong lagi. Kalau aku tak bohong, mesti susah aku nak bawa dia berjalan-jalan macam ni.

"Emm.... abis tu, nak cari lain?... atau nak balik aje?"

"Kita pergi minum dulu..."Aku senyum nipis. Mengharap agar Ain setuju dengan cadanganku.

"Boleh..... tapi Ain nak solat dulu.."Dia kertap bibir.

"Ok. ok... kita cari bilik solat dulu...."Aku kerling jam di tangan. Sudah masuk waktu Mahgrib rupanya.

Selesai solat, aku bawa Ain makan kek di Secret Recipe. Tempat yang paling aku suka dan tak pernah lupa untuk singgah bila ke sini. Sebenarnya aku jarang-jarang juga ke sini. Kalau tak Serina yang selalu beriya-iya mengajak, aku tak akan pergi sorang-sorang. Bukan hobi aku untuk berjalan-jalan di celah-celah orang ramai yang tak pernah lengang ini. Tapi yang aku pelik, tempat macam inilah yang Serina suka benar. Kalau sehari suntuk menghabiskan masa di sini pun tak apa.

"Macamana kerja Ain sekarang?"Aku memulakan bicara sebaik sama-sama melabuhkan punggung di kerusi.

"Emmm.... biasa saja. Kadang-kadang rasa seronok, kadang-kadang bosan juga..." Dia mengeluh kecil. Cebisan kek di suakan ke mulut.

"Bosan kenapa pula?"Aku cuba memancing.

"Bosan bila banyak kerja yang perlu disiapkan, tetapi tak berapa faham nak buat. "Ain merenungku polos. "Kadang-kadang rasa give up jugak, tapi bila fikirkan Qel...."

"Fikirkan Qel ?"Aku memintas.

"Fikirkan Qel yang rekomenkan Ain kerja di situ.... Ain tahu, Ain tak boleh give up..."Dia tersenyum nipis.

"Emm... Ain janganlah fikir macam tu. Qel tak rekomenkan apa-apa..... Ain memang berkelayakan. Dato sendiri cakap..."

"Faizal pun cakap macam tu..."Ah... lelaki itu! Namanya tak pernah ketinggalan dalam setiap perbualan.

"Faizal cakap apa?"Malas aku nak dengar apa-apa tentang Faizal.

"Emm.. dia support Ain. Bagi semangat pada Ain agar terus kerja di situ. Jangan mudah give up.." Iyer la tuh! Gerutu hatiku.
"Dia tak ada cerita apa-apa tentang Qel?" Hati aku kurang senang. Kalaulah Faizal kepoh kat Ain tentang Serina, sudah pasti Ain tahu keadaan aku sekarang ini.

"Ada juga. Tapi tak banyak. Dia cuma kata Qel bernasib baik, walaupun baru berapa tahun bekerja di sini, sudah dinaikkan pangkat jadi senior executive."

"Emm...."Aku mengeluh."Itu saja..?"

Ain senyum nipis.

"Dan betul kata Faizal, gadis dalam photo atas meja Qel tu memang cantik!"

Aku tergegau. Wajah Ain aku pandang tanpa berkelip. Ain tahu. Ya, Ain nampak photo itu. Photo yang aku letak atas meja pagi tadi. Macamana aku boleh tak perasan. Ah... kantol.....

"Kenapa Qel tak cakap dengan mak?"

"Ain, makanlah cepat kek tu..." Aku menghirup Cappucino panas. Takut untuk mendengar kata-kata yang akan lahir dari bibir mongel itu.

"Qel, kenapa terburu-buru?" Ain menarik tanganku. Aku lihat jemarinya yang putih itu sudah tersangkut di lenganku.

"Kita ingin menjadi diri masing-masing bukan. Kenapa Qel cuba lari dari semua ini?"

"Qel tak lari dari apa-apa..."Aku membalas.

"Kenapa Qel tak cuba berterus terang?"Ain renung wajahku sungguh-sungguh.

"Berterus terang apa?"

"Berterus terang tentang Qel dan gadis itu...."

"Jujur bagi sebelah pihak? Ain nak Qel berterus terang tentang dia pada Ain, tapi bagaimana dengan Ain. Pernah Ain cuba berterus terang?"

"Tentang apa?"Ain sedikit terkejut.

"Tentang apa-apa. Tentang diri Ain mungkin. Atau.... mungkin tentang lelaki yang menjemput Ain makan tadi !"Kali ini aku lihat wajah Ain pula merubah. Jadi merah. Mungkin dia tidak sangka aku akan menyentuh perkara itu. Atau mungkin dia tidak pernah menyangka bahawa aku melihat segala-galanya yang terjadi tadi.

Ain terdiam, menundukkan kepala sambil menarik nafas. Tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya buat seketika. Aku jadi puas hati sedikit. Dia ingin aku bersikap jujur dengannya. Mungkin dia ingin aku bercerita tentang Serina. Tapi bagaimana dengan dia. Bolehkah dia jujur menceritakan tentang lelaki tadi. Sanggupkah dia?

"Ok, Ain minta maaf kalau Ain bersifat ingin tahu. Ain cuma fikir kalau Qel berterus terang sejak awal dulu, mungkin nasib kita tak begini. Mungkin perkahwinan ini masih dapat dielakkan."Ain bersuara lambat-lambat.

Aku senyum nipis mendengar kata-katanya itu.

"Ain,..... Ain lupa ke macamana keadaan Qel masa tu? Keadaan Mak Long dan Pak Long, keadaan Ain sendiri. Ain fikir dengan berterus terang macam tu, semuanya akan kembali normal? Perkahwinan tersebut akan berjalan lancar? Mungkin Ain sanggup bersanding sorang-sorang atas pelamin, tapi bagaimana perasaan orang tua Ain? Maruah mereka?"Suaraku kembali tenang.

Wajah Ain ku renung dalam-dalam. Seketika aku lihat manik-manik jernih bertakung di bibir matanya. Menunggu masa untuk lerai ke pipi.

"Qel tak kata Qel terpaksa, cuma semuanya tidak disangka. Susah nak percaya. Qel tidak tahu kisah hidup Ain dulu. Siapa yang Ain cinta. Siapa yang Qel cinta. Adakah itu menjadi persoalannya sekarang?"

"Kita ingin menjadi diri masing-masing. Ok. Sekarang kita hidup dalam haluan sendiri. Kita cuma ada 6 bulan lagi untuk hidup bersama. Selepas itu terpulang pada diri masing-masing. Qel tak mahu sekat kebebasan Ain walaupun Ain isteri Qel. Dan Ain pun tak pernah sekat kebebasan Qel. Tapi itu tak bermakna Qel tak berhak tahu apa-apa. Qel tak akan tanya kisah Ain dulu. Tapi apa yang berlaku sekarang, depan mata Qel. Qel ada perasaan untuk mengetahuinya."

"Qel nak Ain berterus terang dengan Qel, bagaimana dengan Qel? Bagaimana dengan Serina? "Aku amati wajah Ain lagi. Cemburukah dia? Nada suaranya membayangkan begitu.

"Kenapa Ain ingin tahu tentang Serina?"

"Dan kenapa Qel ingin tahu tentang lelaki itu?"

Aku mengeluh. Terasa payah berbicara kali ini. Semakin berbelit. Aku kalau boleh tak mahu bercerita tentang Serina. Mungkin Ain juga berfikir begitu. Tidak perlu dia menceritakan tentang lelaki itu. Tapi hati masing-masing... Hati aku sendiri. Aku memang ingin tahu, siapa lelaki itu dalam hidup Ain Fathihah. Mustahil 2 minggu bekerja Ain sudah bertemu orang baru. Mustahil. Aku yakin lelaki itu sudah lama wujud dalam hidupnya. Seperti Serina hadir dalam hidupku dulu.

"Ok, biar Qel berterus terang. Serina adalah kekasih Qel" Aku bersuara lambat-lambat, cuba mencari reaksi Ain. Ternyata wajah Ain benar-benar berubah. Jadi kelat. Aku tidak tahu kenapa dia berubah begitu.. Bukankah dia sudah mengetahui , dan dapat mengagak siapa Serina dalam hidupku. Ternyata penerimaannya saat itu berlainan sekali. Aku dapat lihat garis-garis kekecewaan pada wajahnya. Benarkah?

Dia mengangguk perlahan. Pandangannya dibuang ke luar. Seperti tidak sanggup menentang wajah aku lagi. Apa yang dia fikirkan? Benci, marah, atau gembira dengan pengakuanku? Bukankah dia sendiri yang ingin mengetahuinya. Kenapa sekarang dia bungkam begitu?

"Ain?"Aku bersuara. Ain menoleh kepadaku. Bibirnya membuah senyum. Senyuman paksa-mungkin.

"Sejak bila Qel.... berkawan dengannya?" Dia teragak-agak.

"Em.... dua tahun.. sejak Qel balik ke sini...."

"Ehmm...."Ain mengangguk. Sepi lagi.

"Ok, Qel dah berterus terang pada Ain. So, sekarang Ain bagitahu Qel, siapa lelaki tadi?" Dadaku kembali berdebar-debar. Aku harap lelaki itu hanyalah manusia yang ditemui Ain sewaktu makan tengahari tadi, yang kemudiannya menumpangkan Ain pulang. Hanya itu!

"Emm... baiklah... Dia Iskandar.."Dia terhenti.

"Iskandar?"

"Iskandar..... bekas tunang Ain!"

Dumm!! aku rasa bagai bom meledak di hujung telinga. Aku tahu! Aku dah agak ! Aku dah dapat rasakan! Benar, benar apa yang aku takutkan selama ini. Dia bekas tunang Ain. Si lelaki tak guna itu! Lelaki yang telah melempar tahi ke padaku. Aduuhh.... aku rasa panas meruap naik ke muka. Tapi cuba ku kawal riak wajahku. Aku tak mahu Ain sedari perubahanku. Aku tak mahu dia dapat membaca air mukaku. Aku tak mahu dia tahu aku cemburu!

Aduuh.... mak.... Kalaulah mak tahu anaknya ini sedang berperang dengan perasan sendiri. Sedang bermain perasaan dengan isteri sendiri.Isteri yang tidak pernah aku miliki. Dayuskah aku? Dayuskah aku membiarkan Ain bersikap begini. Keluar dengan bekas tunang? Ah... gila! Suami mana yang boleh duduk diam. Aku pun dah panas punggung dah ni. Cappucino pun tiba-tiba dah bertambah pahit pula. Aku telan liur berkali-kali.

"Dan dia juga yang menghantar Ain dari kampung tempohari?"Ain mengangguk. Hati aku jadi makin hancur.

"Ain masih menjalin hubungan dengannya?"

"Cukuplah Qel.... itu saja yang dapat Ain katakan. Selebihnya.... biarlah masa yang menentukan..."Ain mengeluh.

"Qel tak faham...."

"Ain sendiri tidak faham dengan situasi kita sekarang ni. Ain Cuma perlu tunggu dan tunggu..... sehingga hujung tahun ini mungkin."

"Ain ingin kembali kepadanya?"

"Cukuplah Qel.... Ain tak mahu cerita lagi..."Dia menggeleng. Aku tidak jadi meneruskan kata-kata. Wajah Ain yang berkerut itu membantutkan hasratku untuk bertanya lebih lanjut. Banyak yang ingin aku korek sebenarnya tetapi aku tahu ia agak sukar. Sukar untuk mengetahui rahsia hati gadis ini. Perjalanan pulang menjadi sepi. Tiada kata-kata yang lahir dari mulut masing-masing. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Hatiku berkata-kata. Adakah ini satu permainan yang adil? Aku miliki Serina dan dia miliki Iskandar. Dan perkahwinan ini hanya atas satu nama? Tidak menerima atau memberi apa-apa?

*****************************************

Mak merenungku lama. Aneh benar pandangannya. Aku tahu mesti ada sesuatu yang bermain dibenak mak. Pulang petang tadi, Ain terus naik ke atas. Sampai sekarang tidak turun-turun lagi. Aku yang sakit hati, kenapa dia pula yang mengurung diri. Pelik. Dia pun sakit hati macam aku juga ke?


Nasi yang ku kepal-kepal rasa payah benar untuk ditelan. Sedikit-sedikit aku kunyah. Walaupun perut lapar sejak petang tadi kerana sebiji nasi pun tidak masuk ke perutku. Tetapi malam itu seleraku terbantut. Ain langsung tidak menunjukkan muka. Waktu aku keluar dari bilik mandi tadi aku lihat dia hanya berbaring membelakangkanku. Pakaian pun belum berganti. Cepat-cepat aku sarung baju lalu keluar dari bilik. Aku tak berani nak tegur dia. Biarlah. Mungkin angin 'kewanitaan'nya tengah pasang.

Mak mencedok sambal udang ke dalam pingganku. Yang tadi pun belum terluak, sudah ditambah lagi.

"Ain tak makan sekali Qel?" Mak memecah sepi. Aku berhenti menyuap.

"Ada kat atas...."Balasku lambat-lambat.

"Kenapa tak ajak makan sama?"

"Dia tidur agaknya...."

"Pergi panggil Ain.."Mak renung aku.

"Dia tak nak makan agaknya mak. Kalau tak mesti dia dah turun...."

"Pergilah Qel ajak...."Mak mendengus. Ah.. mak ni...

Aku basuh tangan. Dengan langkah lambat-lambat aku menapak ke atas. Pintu ku kuak perlahan. Ain masih berbaring. Matanya terpejam rapat. Aku menghampirinya lalu duduk di birai katil. Perlahan-lahan Ain membuka matanya. Renungannya yang lembut menusuk ke mataku... terus ke hati. Seketika dadaku menjadi sedikit debar. Seketika kami hanya berpandangan, tiada kata-kata yang terlontar. Hanya degup nafas kedengaran dan dari ekor mata aku lihat dada Ain berombak laju. Adakah saatnya telah tiba? Entah macamana jemariku sudah melingkar di atas lengannya. Lengan yang terdedah. Dan aku seakan lupa seketika bila Ain pun seperti merelakan. Dan seperti mendambakan. Ah... hati aku semakin berdegup kencang. Setelah tiga bulan bersama, adakah ini saat-saat untuk memulakan?

Ain menggerakkan tubuhnya, seakan ingin rapat denganku. Dan aku juga seperti terdesak. Lengannya ku pegang erat, mendorong tubuhnya agar lebih dekat denganku. Seketika aku menjadi seperti lelaki yang kurang sopan. Ahh... Tetapi dia isteriku! Aku berhak. Dan setelah 3 bulan hidup dalam kepuraan aku rasa ni satu-satunya perkara yang wajib aku buat dulu-dulu lagi. Tapi..... dia tidak mencintaiku! Aku tahu.... Bukan aku lelaki yang dia dambakan. Bukan! Pautan di lengan mula menjadi longgar. Ain membuka matanya luas-luas. Tidak percaya dengan tindakanku-mungkin.

"Maafkan Qel...."Aku sedikit mengeluh. Wajah Ain berubah serta merta. Dia menjauhkan wajahnya yang sudah hampir benar dengan wajahku.

Seakan tersedar, cepat-cepat dia menjauhkan dirinya dariku. Aku bingkas bangun. Aku tidak tahu adakah aku telah merosakkan suasana tadi? Aku lihat rona merah pada raut wajahnya.

"Err... Ain tak nak makan ke? Mak dah tunggu kat bawah tu..." Ain menggeleng sambil menarik nafas.

"Qel makanlah.... Ain tak lapar..."Dia bersuara perlahan. Dia kembali merebahkan badan, membelakangiku.

"Ain nak Qel hantarkan nasi ke atas?"

Menggeleng lagi.

"Qel keluarlah... Ain nak tidur..."

Aku mengeluh. Aku dah salah laku ke? Adakah dia marah dengan perbuatanku tadi. Aku hanya pegang lengannya. Aku hanya mendorong dia, tapi belum sempat apa-apa. Tapi dia sendiri seperti merelakan. Adakah dia mengharapkan lebih dari itu?

*************************************

Panggilan telefon dari Dato Rustam pagi tadi membuatkan aku bungkam.

"Tipah, you tolong bookingkan flight ticket ke Johor petang ni..."

"Hari nie?"

"Ya, I nak ke Johor Bahru petang ni jugak."Balasku lagi.

"You nak flight pukul berapa, Haiqel?"

"Pukul 6 atau 6.30... I tak sure, tapi mesti sebelum pukul 7.."

"Okey, after lunch I confirm"


Aku mengeluh lega. Menyandarkan badan seketika sambil menarik nafas. Wajah Ain tertera di ruang mata. Pagi tadi gadis itu murung. Bisu sepanjang perjalanan. Dan aku lelaki yang tak romantik ini memang tidak tahu bagaimana untuk memulihkan suasana beku itu. Kalau Serina lainlah cerita. Bila muncung, boleh aku elus-elus rambutnya, tarik hidung mancungnya. Tak pun aku cucuk pinggangnya. Gadis itu akan terjerit-jerit kecil. Tak padan dengan anak Mat saleh, melatah juga. Tapi Ain, gila lah kalau aku nak bergurau-gurau begitu. Walau dia isteriku. Ah.... janggalnya kalau aku hendak bermesra-mesra begitu. Aku tak nak ia pura-pura. Dan aku tak nak Ain menerimanya juga secara pura-pura. Ain tidak mencintaiku. Aku tahu. Tapi..... benarkah? Bagaimana dengan malam tadi. Dia seperti mengharapkan sesuatu. Apa? Adakah sesuatu yang hangat? Aku tersenyum kecil. Adakah aku seorang suami yang berdosa, kerana hingga saat ini aku tidak pernah menyentuhnya lebih dari apa yang sepatutnya. Adakah Ain
juga memikirkan hal sebegini?

Aku menekan butang interkom, meminta Tipah menyambungkan talian ke department Ain.

"Assalamualaikum..."Aku memberi salam.

"Waalaikumussalam, Haiqel ker?"Emm.... cam pulak suara aku.

"Ain ok ker?"

"Sekarang baru nak tanya?" Aik, macam mesra pula.
"Ehmm.... Qel nak bagitahu, petang ni Ain balik sama Suzy ye.."

‘Kenapa? Qel balik lambat?"

"Tak... Qel kena pergi Johor petang ni. Lepas lunch ni, Qel balik rumah sekejap untuk pack baju.." Senyap di hujung talian.

"Ain?"

"Er... berapa hari Qel kat sana?"

"Tak tahu lagi Ain. Mungkin 2-3 hari, mungkin seminggu."Aku terdengar Ain mengeluh kecil.

"Kenapa Ain?"

"Emm ... tak ada apa-apa. Dah beritahu mak?"

"Belum, nanti balik Qel beritahu. Lagi satu, Qel akan minta Suzy ambil Ain pergi kerja nanti."

"Menyusahkan dia saja la Qel. Biar Ain naik bas sajalah..."

"Ain jangan sesekali naik bas. Suzy akan ambil Ain nanti. Ain tunggu kat pondok telefon tepi jalan tu,. okey!"

Senyap seketika.

"Qel......"

"Ya?"

"Emm.... tak ada apa-apa la."Dia terhenti. "Jaga diri baik-baik ya.."

Aku senyum lebar. Jaga diri baik-baik? Dia risaukan aku ker.... Risau tandanya sayang.... ahh... hatiku jadi berbunga-bunga.

"Ain pun.... take care.." Balasku penuh yakin. Yakin dengan perasaanku saat ini. Mungkin segala-galanya akan bermula selepas ini. Siapa tahu!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 10


Pantai Lido pada malam hari memang menarik. Walaupun hari bekerja, orang ramai tetap mengunjunginya untuk bersantai. Meluangkan masa, mungkin dengan keluarga, kawan-kawan, atau kekasih hati. Lampu neon di sekeliling laluan pejalan kaki menambahkan hangat malam itu. Di celah celah pokok, di atas kerusi batu, pasangan-pasangan kekasih bergelak ketawa penuh ceria. Bagai lupa keadaan sekeliling. Lupa pada mata-mata yang menjeling. Ah.... mereka masih terlalu muda untuk kelihatan begitu mesra. Kenapa tidak ada batas-batasnya?

Adakah aku cemburu? Cemburu melihat perlakuan muda-mudi itu. Yang pasti tidak pernah aku rasai dulu-dulu. Zaman remajaku bukan untuk itu. Bukan untuk mengulit kekasih hati dengan tanpa batasan. Bukan untuk bercengkarama di hadapan mata orang. Zaman remajaku lebih kepada melihat gelagat orang. Menimba pengalaman melalui pengamatan terhadap jiwa-jiwa yang aku temui. Itu semua sudah cukup untuk menggambarkan kepadaku betapa hebat dan indahnya kuasa cinta. Cinta yang tidak pernah aku rasai dulu-dulu sehinggalah aku ketemui gadis Tionghua berdarah Jerman itu. Serina yang membuka pintu rasa.

Tapi kini , Serina juga telah jauh dari pandangan. Dari hati?

Pintu rasaku mungkin telah diketuk sekali lagi. Tapi kali ini bukan oleh Serina. Kerana aku sendiri dapat rasakan kelainan getarnya. Yang amat halus. Tetapi begitu ngilu, menusuk ke sudut hati. Dan saat-saat ini perasaan itu begitu kuat mencengkam. Ainkah yang telah mengetuk pintu hatiku? Ia tidak terlalu pantas, tetapi begitu mendalam. Kerana aku sangat merasakan perubahannya. Perubahan perasaanku dari hari ke hari. Dari tidak mempeduli, hinggalah sekarang jadi ternanti-nanti. Aku ternanti-nanti untuk berhadapan dengannya. Ternanti-nanti untuk berbicara dengannya. Kalau tidak pun cukuplah dengan hanya memandangnya. Itu sudah cukup untuk menyuburkan getar-getar yang tumbuh dalam jiwaku kini. Ahh.... kenapalah aku jadi seromantik ini? Afizi
Haiqel... apa yang telah merubahmu?

"Ala.... Haiqel si ulat buku tu. Tak nak aku!" Masih terngiang-ngiang
jerit pekit itu di telingaku.

"Tapi dia hensem tau Arin..." Sahut yang lain.

"Hensem pun tapi takde perasaan buat apa... macam bercinta dengan kayu!" Ketawa gempita mereka pun berderai. Meninggalkan dengung yang menyakitkan di hujung telingaku. Aku ingat gadis itu. Marina anak pegawai daerah yang sama sekolah denganku. Dengan perangainya yang begitu, aku tidak tahu macamana dia boleh tercampak ke sekolah berasrama tersebut. Walau cantik, lakunya keterlaluan. Pakaiannya pun... aduuhhh... juling mata lelaki-lelaki yang memandang. Yang ditegah, yang itulah paling dibuat. Tapi yang pelik, dalam ramai-ramai pelajar lelaki yang cuba menaklukinya, aku si ulat buku ini jugak yang diperhatikan. Yang cuba ditawan. Banyak kali juga aku menerima bingkisan. Tapi banyak kali juga aku tidak mengendahkan. Akhirnya gadis cantik bertahi lalat di tepi bibir itu sendiri yang berpatah arang berkerat rotan denganku bilamana salam dan sapaan nya tidak pernah aku layan. Waktu itu hati aku masih keras. Tidak pernah sepicing pun perasaanku terusik dengan sapaan-sapaan nakal itu. Dan sejak itu Marina seakan berdendam denganku. Setiap kali terserempak, kata-kata sindirian yang akan keluar dari bibir mongelnya. Pelik. Bukan tidak ada lelaki lain yang inginkannya. Kenapa aku, anak yatim kampung ini jugak yang ditunggu.

Entah. Kenapa hati aku begitu keras ketika itu. Aku sendiri tidak tahu. Malah sewaktu di Nottingham pun tidak pernah aku terlintas untuk berdampingan dengan mana-mana perempuan. Agaknya betullah apa yang mereka kata. Haiqel si ulat buku. Kalau tak takkan Julia Hanim juga kecewa denganku. Aku suka nama itu. Kerana nama itulah aku dipertemukan dengannya. Dia junior ku sewaktu tahun ke dua. Cantik dan lincah. Walau berlainan kursus, Julia tetap ingin ke mana-mana denganku. Ke perpustakaan denganku, buat kertas kerja pun dengan aku. Naik rimas aku dibuatnya. Berhari-hari juga aku cuba elak diri darinya. Sampai akhirnya, dia menangis-nangis bila bertemuku, menuduh aku mempermainkan dia. Lagi aku pelik. Berkasih pun tak, tiba-tiba dia tuduh aku putuskan perhubungan. Aku lelaki yang harus tegas. Terus terang aku katakan yang aku tidak pernah anggap dia apa-apa. Cukup sekadar teman yang aku hormati. Merembes air matanya dan selepas itu dia tidak pernah lagi mengunjungiku. Paling akhir, sebulan sebelum aku pulang ke tanah air Radhi teman serumahku mengkhabarkan yang dia akan mengikat pertunangan dengan Julia sekembali ke tanah air nanti. Sesuatu yang tidak aku jangka. Sungguh! Tetapi, biarlah.....

Adakah aku ini lelaki dungu yang tidak pernah tahu hati perempuan?

Pandangan ku lemparkan ke seberang sana, ke bandar temasik yang bermandikan cahaya. Dulu-dulu waktu kecil selalu juga aku menyeberang ke sana, mengikut arwah Ayah ke rumah kaum keluarganya. Selepas Ayah meninggal, memang tidak pernah lagi aku berkunjung ke sana. Sanak saudara ayah pun sudah tidak jumpa-jumpa lagi. Kalau jumpa sekarang pun, pasti aku tidak kenal lagi. Iyalah... waktu itu aku masih kecil, tidak kenal manusia-manusia yang kutemui.

Paling akhir aku ke sini sebelum masuk ke asrama, itupun selepas puas
merengek dengan Mak untuk ikut Pak Long ke bandar. Pak Long tidak kisah. Tapi Mak yang melarang benar. Dia takut aku minta yang bukan-bukan dari Pak Long. Bukan Mak tidak tahu, anaknya ini tidak pernah diajar untuk meminta-minta. Aku tahu sifat aku yang satu itu. Aku ingat lagi waktu itu Ain juga masih kecil. Masih comot, walau sudah menginjak ke tahun 6. Puas dia merayu untuk ikut sama. Ah.. anak gadis itu memang pantang tengok aku ke mana-mana. Kalau boleh dia tak mahu aku lepas dari pandangannya. Tapi kerana dia seorang perempuan, yang mana seorang perempuan tempatnya lebih utama di rumah, seperti yang selalu Mak Long bisingkan. Maka hari itu sekali lagi Ain berputih mata. Berputih mata dan bertambah muncung bila pulang petangnya aku dapat sepasang selipar baru. Aku tidak kisah, walau mulut emak puas berbunyi. Meleteri aku. Bukan emak tidak tahu, selipar itu Pak Long yang belikan. Bukan aku yang minta-minta.

Mungkin kali ini aku boleh belikan sesuatu untuk Ain. Rasanya sejak akad nikah dulu, tidak pernah aku membelikan dia apa-apa walau sepasang selipar sekalipun. Ah.... suami apa aku ini? Langsung tak berjiwa romantik. Mungkin esok, selepas tamat seminar untuk hari yang kedua, aku masih sempat singgah ke mana-mana. Ke Eden Garden mungkin, atau ke City Square saja. Rasanya tidak susah untuk membelikan sesuatu untuk seorang wanita. Lebih-lebih lagi untuk seorang isteri.

Derai ketawa halus kedengaran lagi. Aku menoleh sekilas. Jejaka yang sama, gadis yang sama. Masih berdua, masih mengulit mesra. Aku menggeleng. Ahh..... Kenapa hari ini mata ini terlalu mudah untuk melihat adegan-adegan seperti itu. Bagai ada di mana-mana. Aku di Nottinghamkah?

Sebelum menambah dosa, rasanya baik aku beredar saja. Malam yang indah itu hanya dicemari dengan pemandangan sebegitu. Aku bangun, mengibas-ngibas punggung. Petang tadi sampai di Lapangan Terbang Senai, aku ambil teksi ke Cristal Crown, dimana Dato Rustam sudah menunggu di lobi. Nampak santai orang tua itu dengan kemeja pendek batik dan bermuda. Topi di kepala menutup rambut yang tinggal sehelai dua.

Dia mengatakan yang aku akan menginap di situ mungkin untuk jangka masa 3-4 hari kerana satu seminar akan diadakan pada minggu itu, dan Dato' meminta aku untuk menyertainya. Itulah Dato Rustam. Selalu ambil keputusan tanpa perancangan. Dan selalunya akulah yang jadi mangsa. Tidak mustahil kalau malam ini aku di Johor pagi esok mungkin ke Pulau Pinang atau ke mana-mana saja. Sebab itu dia agak keberatan kalau aku ingin mengambil cuti. Kalau tidak, tentu sekarang aku sedang bersama Serina. Menyusuri bandar Paris yang indah. Ah... rasa-rasanya sudah agak lama aku tidak menghabiskan cuti dengannya. Paling akhir di Phuket setahun yang lepas. Dan selepas itu tidak pernah lagi.

Serina yang manis. Serina yang manja. Dan Serina juga yang telah sepi kini. Tiada khabar berita. Ingin berpisahkah dia? Ingin jauhkah dia? Atau mungkinkah ini rahmat Tuhan, menjauhkan aku dengan Serina agar jarak masa ini dapat digunakan untuk menyuburkan getar-getar halus dalam dadaku ini? Getar-getar yang tidak keruan, malah kadangkala menyakitkan. Dan aku dapat rasakannya saat ini.

Rindukah aku pada Ain? Dan rindukah Ain padaku? Andai dalam hati ini masih ada ruang untuk dia memiliki, adakah Ain juga akan memberi ruang yang sama untukku bertakhta di hatinya. Andai getar-getar halus itu telah tumbuh dalam hati kecil ini, adakah Ain turut merasakannya?

Atau dia tidak pernah ingin mencintai aku. Dan cinta itu tidak pernah ada. Di hatinya atau di mana-mana. Dan andai cinta itu ada, tetapi bukan untukku.... bagaimana? Kecewakah aku? Kecewakah aku bila saat getar-getar dalam dada ini semakin memgembang, maka aku harus pula melupakan. Memaksa diri menerima kenyataan yang cinta Ain bukan untukku.

Ahh.... kalaulah kutemui Ain dulu. Atau kalaulah cinta itu pernah hadir dulu!

**************************************************

Seminar yang berlangsung di Hotel Cristal Crown itu di sampaikan oleh seorang tokoh korporat dari Singapura yang banyak melabur perniagaan di Malaysia terutama di Johor Bahru. 'Process Innovation & Improvement' dalam era IT menjadi topik utama pada hari kedua. Aku duduk terkebelakang, sambil menahan mata setelah beberapa kali menguap. Mujurlah cuaca tidak terlalu panas diluar. Selepas 2 jam berlalu peserta dibenarkan rehat. Masa yang aku nanti-nantikan sejak tadi.

Hidangan yang disediakan agak ringan tetapi cukuplah untuk mengalas perut sehingga tengahari. Aku mengambil 3 keping sandwich ayam dan secawan teh, lalu mengambil sudut untuk duduk. Bersebelahan, seorang lelaki India sedang berbual dengan beberapa peserta yang lain. Aku tidak menghiraukan. Yang penting perutku perlu di isi.

Sambil mengunyah, mataku meliar ke sana sini. Melihat gelagat peserta-peserta yang rata-rata sebaya denganku juga. Tampak masih muda dan bersemangat. Salah seorang dari mereka, memakai kemeja coklat cerah, kelihatan agak menonjol dari yang lain. Ada sesuatu padanya yang tampak jelas. Karismanya menyerlah. Aku melihatnya dari jauh. Lama, sehingga aku rasakan wajah itu seolah pernah aku lihat sebelum ini. Siapa?

Tidak sempat aku bertegur sapa dengannya, para peserta telah dipanggil semula masuk ke conference room. Aku hanya memerhatikan lelaki itu, duduk di depan berselang dua baris denganku. Rambutnya berombak, keperangan. Mungkin kesan berjemur di bawah matahari. Baru balik dari pantai mungkin, bisik hatiku. Dari sisi, aku seperti terkesan dengan raut wajah itu. Ya! hatiku tersentak. Berdebar secara tiba-tiba. Lelaki itu..... lelaki itu yang aku lihat kelmarin. Dari celah tingkap, mungkin. Lelaki yang memberhentikan keretanya, lalu keluar lah seorang gadis dari kereta itu dan lelaki itu terus menghampiri. Berbisik
sesuatu kepada gadis itu sambil tersenyum dan .... Ahhhh!!.....

"Yes sir?" Satu suara menerjah pendengaranku tiba-tiba. Aku tergegau. Berpasang-pasang mata terarah kepadaku.

"Any questions?" Tanyanya lagi. Aku terkebil-kebil memandang fasilitator berbangsa Cina itu menunjuk ke arahku. Apa yang aku dah buat? Apa yang aku dah cakap.?

"Do you have any problems?"

"Err.... no.. no sir..."Aku rasa darah merah naik ke mukaku. Apa aku melalut ni.

"If you dont understand, just ask me ok... then we proceed....." Fasilitator Cina itu kembali ke mejanya. Lega aku. Aku terkhayalkah tadi? Kuat sangatkah aku mengeluh tadi?

Tetapi aku sempat menangkap ekor mata lelaki berkemeja coklat itu ketika dia menoleh ke arahku. Aku pasti. Aku takkan lupa. Pada alis matanya, pada ikal rambutnya, pada hidung mancungnya. Ya, aku pasti dialah lelaki itu. Lelaki yang telah melempar tahi ke mukaku!

*******************************


Hari ini hari terakhir seminar. Selepas ini aku bercadang untuk ke Eden Garden untuk membelikan sesuatu untuk Ain. Mungkin minyak wangi atau apa-apa saja yang digemari wanita. Atau mungkin sesuatu yang boleh menggamit perasaannya. Seperti...... baju tidur? Aku senyum nipis. Buat apa aku beli baju tidur. Bukan aku boleh bersama dengan dia pun. Kau boleh Haiqel, kalau kau mahu. Tapi aku takkan paksa dia. Aku tak mahu dia menerima aku secara paksa. Biarlah lambat asal ikhlas dan rela hati. Aku yakin masa masih ada. Dan aku ada kesempatan itu. Harap-harap!

Selepas merakam gambar dan menerima sijil, masing-masing mula bersurai. Tetapi masih ada yang berlegar-legar di situ sambil berborak, mungkin mengambil nombor telefon masing-masing. Aku mencari-cari kelibat lelaki berambut perang itu. Tak silap aku hari ini dia berkemeja biru. kerana waktu makan tengahari tadi dia sempat melempar senyum padaku. Aku tidak sedar samada aku membalasnya atau tidak. Tapi satu yang aku akui. Lelaki itu memang tampan. Sebagai lelaki, aku sendiri tidak menafikan kelebihannya yang satu itu. Alis matanya tebal dan hidung bagaikan terletak. Mungkin ada darah arab yang mengalir di tubuhnya. Mungkin dia keturunan Pak Sheikh dari negara pengeluar minyak sana. Siapa tahu?

Aku masuk ke dalam lif yang masih terbuka. Dua-tiga orang yang aku kenali turut sama masuk. Jamaludin dari Melaka dan Norhakim dari Johor. Masing-masing berbalas senyum. Belum sempat pintu lif tertutup, seorang lagi masuk dengan tergesa-gesa. Lelaki berkemeja biru.! Jantungku serta merta berdegup kencang. Lelaki itu berdiri betul-betul di sebelahku. Dan aku dapat menghidu aroma wangianya, CK contradiction mungkin. Kekar tubuhnya jelas terlihat walau berkemeja panjang. Ternyata dia benar-benar lelaki yang menarik perhatian. Dan kalaulah ini lelaki yang ku lihat bersama Ain dulu, aku tidak perlu menyakitkan kepala untuk memikirkan sebab kenapa Ain tidak pernah memandang aku. Kalau pandang pun mungkin sebelah mata. Ahh..... terasa kerdilnya aku saat itu. Inikah lelaki yang telah mencuri hati Ain Fathihah?


~~
9 episode to go!!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 11


Gumpalan awan kelabu terlihat di luar sana. Hujan rintik-rintik masih merembes. Bagai hujan di hatiku. Perjalanan singkat dari Johor ke Kuala Lumpur hanya memakan masa 45 minit. Sebentar lagi kapalterbang akan mendarat di KLIA. Sebentar lagi juga akan kutemui dia. Akan kutatap wajahnya sungguh-sungguh. Biarlah, walau hanya sekadar menatap saja. Mungkin hanya itu yang layak untukku.

Kotak kecil berbalut kemas dengan reben merah cantik melekat di bucunya, tetap terletak rapi di dalam beg kertas di sebelahku. Dua tiga kali aku melihatnya. Sejak malam tadi, hatiku berbelah bagi samada ingin kuserahkan hadiah kecil itu atau kusimpan saja untuk suatu jangka masa yang aku sendiri tidak tahu sampai bila. Mungkin bila suatu masa nanti, saat aku harus melepaskan Ain. Dan bunga-bunga yang berkembang di hatiku pun layu.

Aku cuba pejamkan mata. Mencari-cari wajah Ain. Tapi wajah itu hilang, diganti pula dengan seraut wajah lain. Wajah lelaki. Ya, lelaki itu. Bagai terlihat lelaki itu di sisi Ain, berjalan bergandingan penuh mesra. Lalu jemari mereka tergenggam erat. Sama-sama mengukir senyum sambil melangkah, meninggalkan aku terkulat-kulat memandang. Dan mereka tidak menoleh kepadaku lagi.

Ahh... sampai hatikah Ain melakukan aku begitu. Tiada sedikitkah rasa kasih dalam hatinya untuk aku. Sampai saat ini pun, adakah hatinya masih untuk lelaki itu. Ahhh... Syed Iskandar!

"Dia tu Iskandar bukan?"Aku cuba tanya pada Norhakim sewaktu di dalam lif semalam.

"Yang baru keluar tadi tu?" Aku angguk. "Yup, Syed Iskandar dari
Sendana Engineering.. kalau tak silap.."

"Oo.."Aku buat-buat tersenyum.

Memang tepat telahanku. Dialah Iskandar, lelaki yang bersama Ain tempohari. Lelaki yang telah meninggalkan malah mengecewakan Ain suatu ketika dulu. Dan tiba-tiba dia muncul semula. Dan Ain pula, adakah dia lupa pada apa yang telah lelaki itu lakukan terhadapnya. Kalau bukan terhadap dirinya pun, terhadap keluarganya. Keluarga Pak Long dan Mak Long. Lupakah Ain pada kepahitan itu sehingga dia masih sanggup bersama lelaki tersebut. Masih sanggup melayaninya. Sebesar mana cinta Ain pada dia?

Aku membuka mata bila terasa gegaran yang agak kuat. Pandangan ku lempar keluar seketika. Tiada apa-apa. Hanya pemandangan kosong. Aku membetulkan duduk, apabila suara halus kedengaran memaklumkan pendaratan yang akan dilakukan. Saat-saat seperti ini aku terkenangkan suatu ketika dulu, sewaktu penerbangan pulang dari luar negeri. Saat-saat awal aku kenal Serina, gadis yang duduk di sebelahku. Dari duduk sebelah, akhirnya dia benar-benar menjadi temanku. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku boleh terpikat dengannya . Yang sebetulnya, aku tidak benar-benar terpikat ketika itu. Tapi sikap Serina yang
menghiburkan, malah hari-hari dia berusaha mendampingi aku, akhirnya tanpa sedar aku menerima dia menjadi sebahagian daripada hidupku.

Andainya Ain tidak pernah menginginkan aku, kenapa aku mesti gusar. Bukankah aku masih punya Serina?

*****************************
Sampai di Lapangan Terbang KLIA, jam menunjukkan hampir ke pukul 7.00 petang, Aku mengambil keputusan untuk menaiki teksi terus ke rumah. Tidak perlu singgah ke pejabat kerana sudah pasti rata-rata mereka telah beransur pulang. Dan yang pasti Ain juga sudah pulang. Lainlah kalau dia tersangkut dalam trafik jam petang-petang begini.

Hampir setengah jam kemudian teksi yang aku naiki membelok ke Taman Gasing Indah yang waktu-waktu begini , tidak banyak kenderaan yang kelihatan. Kerana taman itu terletak di kawasan agak tinggi, dan di bawah sana terdapatnya perhentian Komuter yang sampai sekarang tidak pernah aku naiki.

Kereta kecil Mak, tersadai depan rumah, bersebelahan dengan Satriaku. Cahaya berbalam-balam dari arah dapur, membayang tubuh seseorang. Selepas membayar wang teksi, aku menekan loceng pintu. Lama, sebelum pintu terbuka. Dan seraut wajah yang aku kenang-kenang selalu muncul sejurus itu. Dia terpaku.

"Ain?" Tegurku perlahan. Tanganku telah berpaut dilengannya, secara spontan. Tiba-tiba aku rasa seperti ingin memeluk dirinya saat itu. Terasa sungguh rindu.

"Bila Qel sampai... Qel naik apa tadi?" Wajah Ain ceria. Aku tersenyum
sama sambil melangkah masuk.

"Qel naik teksi dari airport tadi, mak mana?"Aku melabuhkan punggung ke sofa sedang Ain berdiri betul-betul di hadapanku. Sungguh indah dia saat itu. Dengan baju tidur satin warna putih berbunga merah. Rambutnya yang ikal dibiar lepas.

"Mak kat atas tengah sembahyang..."Dia duduk di sebelahku.

"Ain dah solat?" Ain mengangguk perlahan. Merenung ke arahku dengan pandangan yang.... sukar untuk dimengerti. Ada sesuatu pada pandangannya itu.
"Macamana dengan kursus Qel kat sana?"

"Emm... Ok jugak" Balasku lambat-lambat. Pertanyaan Ain mengembalikan ingatanku kepada lelaki itu. Ringan saja mulutku untuk mengatakan kepada Ain kisah pertemuanku dengan Iskandar. Tentang betapa aku sangat memerhatikan lelaki itu. Betapa lelaki itu amat secocok dengan dia. Dan betapa wajarnya Ain kecewa kerana terpaksa mengahwiniku, lelaki yang jauh berbeza dengan pilihan hatinya.

"Qel nak makan sekarang ke atau nak mandi dulu?"Ain pandang aku lagi. Aku menggeleng. Baru sebentar tadi hatiku melonjak-lonjak bila bertemunya kerana aku merasa sedikit getar-getar halus dalam hatiku ini menjadi resa dan lapang bila memandangnya. Tetapi bila wajah Iskandar menerpa, diikuti wajah Ain, dan aku rasakan betapa berpadannya mereka berdua, hati aku jadi layu tiba-tiba.

"Kalau Qel nak makan, Ain boleh siapkan dulu...." Aku dapat rasakan suara Ain begitu mesra saat itu, seperti hubungan ini baru terjalin tapi aku tak dapat membohongi diri sendiri. Setiap kali wajah itu kupandang, aku membayangkan betapa sebelum ini wajah itu yang menjadi milik Iskandar. Bukankah mereka bercinta dulu. Bertunang dan hampir melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan aku percaya, Ain benar-benar mencintai lelaki itu. Sampai saat ini pun.

"Qel?"

Aku bingkas bangun. Ain terpinga-pinga memandangku. Mungkin dia menyedari perubahan wajahku . Aku sudah mula merasakan bibit-bibit kemesraan sebentar tadi, tapi wajah Iskandar....... menyapu segalanya.Aku mencapai beg sandang yang berisi pakaian kotor. Menoleh ke arah Ain sekilas.

"Qel naik atas mandi dulu. Nanti kita makan sekali dengan mak.."Hampa kelihatan wajah Ain. Biarlah. Kenapa mesti dia hampa. Bukankah dia tidak ikhlas dalam melayaniku. Kalau dia benar-benar menerimaku, kenapa mesti dia bertemu lagi dengan lelaki itu. Secara sulit tanpa pengetahuanku. Kenapa mesti saling berhubungan lagi?


***********************************

Selepas makan malam, aku mengambil keputusan untuk menonton tv di ruang tamu sambil berasap sebatang dua. Satu kebiasaan selepas makan yang sukar untuk dikikiskan. Rasanya sudah lama aku tidak menonton siri kegemaranku 'Era @ria' di saluran Astro. Sebenarnya aku suka melihat pengacaranya yang persis Serina. Comel dan manis.

Sambil menghembus asap rokok, aku menyandar badan ke sofa dan melunjur kaki. Penuh rasanya perutku malam itu penangan nasi ayam Mak. Bunyi pinggan mangkuk berlaga masih kedengaran di dapur. Mungkin Ain masih belum usai mencuci pinggan. Mak selepas makan tadi terus saja meneruskan kerjanya, menjahit baju di dalam bilik kecil sebelah dapur. Banyak tempahan, katanya. Semestinya tempahan dari butik Puan Aisyah. Ah... lama aku tidak menjenguk ke butik wanita separuh umur itu.

Aku mengerling ke dapur, tetapi tidak terlihat kelibat Ain. Ah.. terasa
tekak ingin minum Neslo kegemaranku pula. Aku bangkit menuju ke dapur. Ain tidak memandangku langsung sebaik aku masuk ke dapur. Mungkin dia terasa dengan sikapku senja tadi. Waktu makan tadi pun dia tidak banyak cakap. Cuma sesekali menyampuk cakap Mak, kerana orang tua itu sibuk bercerita tentang tempahan bajunya dan tidak pernah menyedari kebisuan antara aku dan Ain.

Aku melihat dia buru-buru ingin beredar dari situ. Selepas meletak pinggan ke dalam cabinet, dia bergegas untuk keluar dari situ. Aku segera memalingkan tubuhku dan langkahnya terhenti di depanku. Wajahnya berubah.

"Ain nak ke mana?"

"Naik atas..."

"Tolong bawakan air ni ke depan..."Aku menghulurkan mug yg masih berasap. Ain mengerling. Tiada riak di wajahnya, tetapi tangannya pantas meraih mug di tanganku. Terus berlalu meninggalkanku. Ah..... marah benar dia agaknya dengan sikapku yang tiba-tiba berubah petang tadi. Mungkin dia kecil hati dengan perangaiku yang sekejap mesra sekejap dingin. Tapi sungguh! Perasaan itu bukan dibuat-buat. Aku tidak sanggup untuk memesrainya sedang wajah Iskandar ada di mana-mana.

Aku kembali ke ruang tamu dengan menatang piring berisi kerepek pisang. Biasanya waktu-waktu begini, menikmati makanan ringan sambil menonton tv dan melayan borak dengan Mak adalah perkara yang amat menyenangkan. Tapi malam ini Mak pun agak sibuk dengan tempahan baju-bajunya. Pasti dia agak kepenatan dan tiada masa untuk bersembang denganku. Hendak berbual dengan Ain, rasanya tidak banyak topik untuk diperkatakan selain dari perasaan-perasaan aneh yang sering aku rasakan tiap kali berhadapan dengannya.

Mug Neslo ku sudah berada di atas meja, tapi kelibat Ain sudah tidak kelihatan. Mungkin dia sudah naik ke atas. Mungkin baginya malam-malam seperti ini tiada yang lebih indah selain mengurung diri pada setiap kali selepas pertemuan-pertemuan wajib di rumah ini seperti makan malam, sarapan atau ke tempat kerja. Selain itu, tiada pertemuan, tiada bicara. Aku tidak tahu bagaimana hari-hari seperti ini telah berlalu hampir 4 bulan lamanya. Dan aku masih mampu bertahan. Menanti 6 bulan lagi jangkamasa yang diperlukan, dan selepas itu masing-masing akan mengikut haluan sendiri.

Aku melihat seseorang di luar rumah. Ain kelihatan seorang diri, merenung kegelapan malam, sambil diperhatikan lampu-lampu di tepi jalan. Aku segera bangun, menapak ke muka pintu. Aku terfikir, saat-saat seperti ini, apakah yang diinginkan oleh seorang isteri? Seorang isteri mungkin berasa amat bahagia, tatkala dia bersendirian begitu, si suami lalu dengan amat perlahan datang dari arah belakang, lalu memeluk tubuh itu dalam-dalam. Lalu dikucupnya kening si isteri tanda sayang. Lalu kasih si isteri menjadi semakin mendalam, Adakah Ain juga inginkan sesuatu seperti itu? Atau dia pernah membayangkan semua itu?

"Ain....."Ain menoleh sekilas bila mendengar suaraku. Senyuman nipis kelihatan.

"Kenapa duduk kat luar... kan sejuk ni..."Aku bersuara perlahan. Ain mengeluh tiba-tiba.

"Kat dalam pun sejuk juga..."Balasnya tanpa memandangku.

Aku terdiam. Memikirkan kata-kata tadi yang lain benar pada pendengaranku. Apa maksud dia? Adakah dia menyindirku kerana menjadi suami yang tidak berfungsi.?

"Ain tak nak temankan Qel tengok tv?"Aku cuba memancing hatinya. Ain berpaling kepadaku.

"Tak apalah, Ain naik atas dulu..."Emm.... aku dah pelawa, tak nak pula!

"Er... Ain..."Langkah Ain terhenti. Dia kembali memandangku.

"Esok Qel tak datang kerja." Aku telan liur sebentar. "Qel ingat nak ambil cuti. So Ain pergi kerja dengan Suzy ye?" Wajah Ain sedikit berubah.

"Kenapa tak datang? Qel tak sihat ke?"Risau jugak dia padaku.

"Qel ingat nak rehat sehari. Ni pun tak habis penat lagi. Qel dah telefon Suzy tadi so esok dia datang ambil Ain macam biasa...."

"Emmm..... suka hati Qel la..."Ain menjawab malas sambil berlalu meninggalkanku. Aku termangu-mangu. Ah.... aku dah mula nak berbaik-baik, dia pula yang dingin nampaknya. Jual mahal!

*************************

Dari celah tingkap, aku memandang ke bawah. Langkah Ain teratur, satu persatu gerakannya menuju ke pintu pagar. Di situ dia berdiri sebentar, melihat jam di tangan. Seketika membetul-betulkan tudung yang tersingkap. Dari atas, wajahnya tidak kelihatan, tetapi aku tahu pasti dia kelihatan manis pagi itu. Seperti hari-hari yang lalu.

Kereta Kancil putih muncul dari arah simpang. Berhenti betul-betul di depan Ain. Suzy menurunkan cermin tingkap dan berkata sesuatu kepada Ain. Gelak ketawa mereka mula kedengaran. Nampaknya mereka sudah menjadi akrab. Dan ini satu perkembangan yang bagus untuk Ain. Sekurang-kurangnya dia punya teman lain yang boleh mengisi kesunyian. Atau kebosanan?

Sejurus, kereta kancil hilang dari pandangan. Dan aku kembali ke dunia sepiku. Di pagi-pagi hening seperti ini, tiada apa yang boleh dilakukan selain menyambung mimpi. Ah... kali ini aku ingin tidur di atas katilku, yang sudah lama ditinggalkan. Rindunya! Sudah terlalu lama rasanya aku tidak beradu di atasnya.

Aku merebahkan tubuh ke atas katil yang sudah siap dikemas oleh Ain tadi. Terasa enaknya. 10 kali lebih enak dari tidur di atas comforter dalam bilik komputer. Aku melihat jam di dinding. Belum pun pukul 8. Hari ini aku ingin habiskan masa dengan tidur sepanjang hari. Alang-alang bercuti, biar aku rehat sepuas-puasnya. Tidak perlu pening-pening kepala menghadap pelan-pelan yang selalu tertunda. Tidak perlu sakitkan mata melihat cerucuk-cerucuk yang terbengkalai di tapak projek. Tidak perlu mengerah idea atau apa saja. Yang penting aku harus tidur dan tidur.

Kepada Mak, kuingatkan supaya tidak mengejutkanku sehingga jam melewati pukul 10 nanti. Cuma pagi tadi saja, selepas selesai Subuh, aku tergerak hati untuk melihat Ain bersiap-siap ke tempat kerja. Dua tiga kali aku pura-pura keluar masuk ke bilik air. Dua tiga kali juga Ain terhenti berdandan, dan tersipu-sipu memandangku. Bila dia keluar dari bilik, cepat-cepat aku berlari ke tingkap untuk melihatnya. Lama, barulah kelihatan bayang tubuhnya bergerak ke pagar rumah. Itupun setelah lenguh kakiku berdiri di tepi tingkap.

Ah... Ain! andainya saat ini dia berada disampingku alangkah bagusnya. Melayani aku dengan mesra persis seorang suami yang paling diingini. Aku janji aku tidak akan menghampakan dia. Aku akan bahagiakan dia sepertimana Iskandar membahagiakannya. Iskandar! Wajah lelaki keturunan arab itu menerpa depan mata. Aku ingat lagi gaya dan lagaknya semasa seminar tempohari. Menonjol dan berkarisma. Bagaimana Ain boleh bertemu dengannya? Seterusnya bercinta. Bukankah Ain gadis kampung, yang hidupnya hanya di situ-disitu juga. Kalau setakat bandar Muar, apalah sangat untuk dia boleh bertemu dengan lelaki itu. Bagaimana lelaki sehebat itu boleh berkenan dan mencintai gadis kampung seperti Ain. Amat tidak wajar. Bukankah ramai gadis-gadis kota yang lebih
menarik, berpenampilan dan berkarier, yang pastinya amat sesuai untuk
lelaki seperti Iskandar itu. Kenapa mesti Ain juga?

Aku bingkas bangun bila sesuatu tiba-tiba bermain dalam fikiranku. Sesuatu yang tidak pernah aku terfikirkan sebelum ini. Aku menghampiri almari pakaian lalu membukanya. Pakaian yang tergantung, kebanyakannya baju kurung dan kebaya, kuselak satu persatu. Laci yang tidak berkunci di sebelah kiri almari ku tarik perlahan. Sedikit debar kerana aku pasti di dalamnya adalah barang-barang kepunyaan Ain. Aku yakin, kalau Ain masih mengingati lelaki itu, pasti segala surat dan barang yang pernah diterima daripada lelaki itu disimpan di sini. Paling tidak, sebagai tanda ingatan kasih mereka. Dan sudah pasti Ain
masih menyimpan gambar-gambar mereka berdua. Siapa tahu. Atau, setiap malam, saat aku telah lena beradu, gambar-gambar itu yang menjadi pengubat rindunya.. Ah..... geramnya aku. Kalaulah aku jumpa, memang aku bakar-bakar.

Memang tepat jangkaanku. Dan dadaku bagai ingin meledak tatkala melihat ada 2-3 album yang diselit dicelah-celah baju yang berlipat. Di sini rupanya dia simpan.... bisik hatiku. Aku memejamkan mata, kerana aku tidak sanggup membayangkan Ain di dalam pelukan orang lain. Tapi aku harus bertindak cepat, sebelum keadaan menjadi semakin rumit. Biarlah apa yang akan kulihat nanti menjadi alasan kukuh untuk aku hapuskan segala perasaan-perasaan aneh yang telah tumbuh di hatiku kini. Biarlah ia menjadi titik noktah untuk aku menidakkan Ain dalam hidupku. Dan sampai saatnya nanti aku dapat melepaskan Ain dengan relahati.

Ketiga-tiga album itu kukeluarkan dan kubawa ke atas katil. Perlahan-lahan aku selak album yang pertama, yang kelihatan lebih kecil dari yang dua lagi. Saat aku terpandang wajah-wajah di dalam gambar itu, aku tersentak. Ya Allah! Aku rasa bagai nak pitam sekali lagi.

~~
uhuk..uhuk..



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 12


Melihat gambar yang terpampang didepanku itu, hatiku tiba-tiba menjadi sayu. Dari debar yang menggila, akhirnya ia beransur menjadi rasa ngilu yang amat. Kerana senyuman gadis itu masih membayang walau pancaran matanya begitu redup. Seperti tersimpan perasaan mendalam yang sukar untuk ditafsirkan. Adakah gembira, adakah duka.

Genggaman di jari, lelaki disampingnya. Walau tiada secalit senyuman, tetapi terlihat pancaran kasih dari sinar matanya. Dan aku bagai tidak percaya. Melihat wajah lelaki yang tersenyum itu. Sesungguhnya lelaki itu adalah aku!

Gambar yang satu ini waktu usai pernikahan dan selepas cincin ku sarungkan ke jari manis Ain. Aku ingat lagi jurufoto hari itu. Si Azhar yang becok dan tak habis-habis meminta aku bergaya yang bukan-bukan. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Nasib baik tak disuruhnya aku menelentang. Ada satu pose yang aku ingat. Aku bersila di atas katil dengan Ain bersimpuh di sisi. Waktu itu aku rasa bagai nak pengsan. Aku pasti kalau ada gambarnya di sini, pasti mukaku kelihatan merah padam. Mesti buruk dah tak handsome langsung.

Aku menyelak lembaran yang kedua. Lalu terlihat jelas setiap adegan pernikahan gila yang terpaksa dilangsungkan jua. Waktu ini aku sedang duduk di hadapan lelaki tua berkopiah itu. Aku ingat lagi. Aku ingat pada muka-muka dan mata-mata yang memandang. Bagai ingin ditelan aku hidup-hidup waktu itu. Ah.... kelakarnya. Mukaku merah padam. Berpeluh-peluh.... He. he. he.. aku bagai ingin ketawa sekuat hati. Muka tak siap macam ni pun nak diambil gambar ke?

Yang ini pula waktu berjabat tangan dah melafaz akad. Bagai tak percaya aku boleh melakukannya dengan sekali lafaz saja. Satu kebanggaan untuk aku. Mana tidaknya, sudahlah dikahwin paksa, dan dalam sekejap waktu aku harus menghafalnya pula. Naik terbelit-belit lidahku waktu itu. Tapi sungguh, mungkin perkara yang mulia sebegini menjadi keredhaan Allah. Maka dipermudahkan segala urusan.

Gambar Ain berdiri di tepi katil dengan aku disisi, memeluk pinggangnya. Dan apa yang membingungkanku...... Ain tersenyum! Senyumannya indah, terpancar di seluruh wajah. Kenapa Ain kelihatan gembira? Kenapa dia tersenyum? Adakah dia tidak kisah dengan perkahwinan ini? Adakah dia tidak berasa kecewa? Lagaknya seolah aku dan dia memang selayaknya disandingkan berdua. Adakah dia gembira
dengan perkahwinan ini.

Yang ini Ain sedang tersenyum, yang itu pun Ain sedang tersenyum. Waktu atas pelamin juga tersenyum. Tidak langsung terlihat garis-garis kesedihan di wajahnya. Hanya aku yang kelihatan canggung. Saat menatap gambar-gambar ini baru aku perasan baju songket yang ku pakai itu rupanya berwarna biru muda. Sumpah! Aku tidak pernah sedar dengan apa saja yang berada didepanku saat itu. Aku cuma ingat kelipan cahaya dari kamera Azhar yang tidak putus-putus sepanjang masa. Yang menyilaukan mata.

Selesai yang pertama, aku buka pula album yang kedua. Sama juga, hanya gambar-gambar perkahwinanku yang tidak pernah terlintas di hatiku untuk melihatnya. Kalaulah bukan kerana niat jahatku pagi ini sudah pasti aku tidak akan pernah melihat gambar-gambar ini. Tapi aku benar-benar terasa kelainannya. Ain tidak seperti yang aku sangka. Dia langsung tidak menunjukkan wajah duka. Malah ada satu gambar yang memperlihatkan dia ketawa. Dia bahagia?

Sebaliknya, wajahku pula yang nampak aneh. Antara senyum dan paksa. Kaku dan tidak mesra. Mungkin, hanya satu yang mampu menyelamatkan keindahan gambar-gambar ini. Kerana wajah yang seiras antara aku dan Ain menjadikan rakaman-rakaman tersebut kelihatan cantik dipandang.

Kulit Ain putih, tidak jauh beza dengan kulitku. Hidungnya terletak, sama juga seperti hidungku. Kalau siapa-siapa yang tidak tahu kami sepupu, pasti mereka menganggap aku dan Ain pasangan yang paling secocok bagai pinang dibelah dua.

Tapi, kalau Iskandar yang menggantikan tempatku, tentu ianya menjadi lebih secocok lagi. Mereka memang dilahirkan untuk bersama mungkin. Sama cantik sama padan. Tapi sayang, Iskandar tidak datang. Tidak jenguk muka, mahupun sampai khabar berita. Iskandar pengantin malang, yang telah mensiakan-siakan peluangnya untuk hidup bersama Ain. Gadis secantik ini ditinggalkan, dalam keadaan yang tragis dan memalukan. Ia adalah sesuatu yang merugikan.

Aku simpan kembali album-album itu di bawah lipatan baju setelah selesai membelek semuanya, dan setelah puas hati kerana tidak ada sekeping pun gambar Ain bersama Iskandar. Dan lebih bagusnya, gambar-gambar Iskandar juga langsung tidak ada. Ternyata Ain tidak menyimpannya. Semua laci-laci aku geledah dengan cara yang paling sopan-agar tidak meninggalkan apa-apa kesan yang mencurigakan. Di dalam laci meja solek juga tidak ada. Malah di mana-mana. Puas aku cari tapi tidak terjumpa.

Entah-entah memang dia tidak pernah menyimpannya langsung. Atau tidak pernah ingin menyimpannya lagi sejak perkahwinan ini. Mana tahu. Masakan bercinta sekeping gambar pun tidak ada. Paling tidak pun sebagai pengubat rindu. Sedang aku yang belum bertunang, hanya boleh dikatakan berkawan baik dengan Serina pun sudah penuh satu album gambar-gambarku dengannya. Paling banyak photo-photo ketika melancung. Dan kerana gadis itu satu kegemarannya adalah memotret photo walau dimana-mana saja maka aku akhirnya terikut-ikut juga. Tapi mujurlah gambar-gambar itu tidak pernah ada denganku. Semuanya ada dalam
simpanan Serina. Walaupun gambar-gambar tersebut bukanlah apa-apa sangat, tapi kalau dilihat Mak, teruk juga rasanya aku di'basuh'nya. Apalagi kalau dilihatnya, minah salleh pula yang menjadi temanku. Pasti panjang bebelannya.

Aku merebahkan badan ke katil sambil memandang syiling. Andai Ain tidak lagi menyimpan apa-apa khazanah pemberian Iskandar, adakah ini bermakna Ain sudah melupakan lelaki itu. Sudah tidak mengharap apa-apa lagi. Mungkin Ain sudah dapat menerima hakikat perkahwinan ini. Perkahwinan tanpa cinta bukan semuanya punah belaka. Mak dah ayah juga tidak pernah bercinta muda-muda dulu. Perkahwinan semuanya diatur keluarga. Tapi akhirnya lahir juga aku seorang anaknya. Kalau arwah ayah masih ada sekarang, tentu aku tidak keseorangan. Tentu aku punya adik-adik yang ramai yang dapat berkongsi kasih denganku. Tapi aku hanyalah seorang anak tunggal. Tidak punya apa-apa. Cuma seorang ibu
tua, dan seorang isteri yang amat payah untuk kutakluki hatinya. Untuk
kukongsi kasih sayangnya.

Mungkin benar Ain sudah melupakan Iskandar. Mungkin pertemuan hari itu adalah satu kebetulan. Atau satu kecelakaan yang tidak disengajakan, kalau itu boleh dikatakan suatu kecelakaan. Atau sesuatu yang aku tidak tahu apa perlu dinamakan, tetapi sesuatu ketidaksengajaan yang boleh dimaafkan. Dan seharusnya aku tidak perlu terlalu memikirkan sangat tentang kejadian itu. Anggaplah saja ia satu mimpi ngeri siang hari dan seharusnya perlu dilupakan.

Mungkin Ain sudah dapat menerima diriku. Buktinya, gambar-gambar perkahwinan itu. Kelihatan Ain terlalu menjaganya, dan amat menghargainya. Kalau tidak masakan dia menyimpannya. Kalau dia benar-benar tidak dapat menerima aku, seharusnya gambar-gambar itu ditinggalkan saja di kampung, atau dimana-mana asal saja tidak terlihat olehnya. Tetapi tidak! Ain tetap menyimpannya, malah aku lihat riak2 pada wajahnya. Indah dengan senyuman yang tidak membayang kedukaan. Dia kelihatan bahagia!

Mungkin selama ini aku saja yang tersalah sangka. Apa salahnya kalau aku mulakan semula. Cuba menambat hatinya sebaik mungkin. Biar perlahan, tetapi berkesan. Mungkin lama kelamaan dia akan dapat menerimaku seperti diriku sendiri yang terasa semakin ingin dekat dengannya. Mungkin lama kelamaan cintanya akan hadir. Siapa tahu?

Aku bingkas bangun dari katil. Mencapai tuala yang tersangkut di tepi pintu. Hasrat untuk menyambung tidur terus terpadam. Aku rasa ada yang lebih bermakna untuk dilakukan pada hari ini. Sesuatu yang mungkin merubah perjalanan hidupku. Mungkin. Aku berendam di dalam tub agak lama. Selepas mandi, cepat-cepat kusarung kemeja lengan pendek, dipadankan dengan jeans hitamku. Nampak biasa-biasa saja tetapi tetap menepati citarasa. Muka ku tapukkan dengan sedikit bedak agar tidaklah nampak terlalu pucat pagi-pagi begini.

Setelah selesai, aku turun ke bawah mendapatkan Mak yang sedang menyiang ikan. Terkejut mak memandangku.

"Kata nak tidur. Belum pukul 10 dah bangun?"Tegur mak. Aku tersengih.

"Nak keluar kejap la mak. Mak nak masak ke? Qel nak makan kat luar nie....."

"Hai.... sesekali bercuti pun nak makan kat luar ker.... kata tak keja... takkan nak jumpa orang jugak...."Mak merungut-rungut.

"Qel.... nak pegi ofis sekejap. Ingat nak makan dengan Ain....."Balasku
lambat-lambat. Mak kembali memandangku sambil tersenyum.

"Nak makan dengan Ain? Emm... baguslah tu. Kenapa tak suruh Ain cuti sekali... boleh dia temankan Qel.".

"Alah mak...... Qel ni pun cuti emergency.... tak sempat nak mintak dengan bos..." Balasku sambil sempat memasukkan goreng pisang ke mulut.

"Tak payah masak lebih la mak, Qel dah nak keluar nie..."Aku mencapai kunci yang tersangkut di dinding. Suara sahutan mak tidak kedengaran lagi. Cepat-cepat aku menyarung kasut. Memanaskan enjin sebentar, sambil sempat menyalakan sebatang rokok.

************************************

Dalam perjalanan aku memikirkan apa yang patut aku lakukan hari itu. Sebelum keluar rumah tadi, aku seakan pasti tetapi saat ini hatiku menjadi tidak keruan pula. Apa anggapan Ain nanti. Terkejutkah dia? Mungkin dia akan menggeleng kepala, atau ketawa berdekah-dekah melihat gelagatku yang secara tiba-tiba ini. Atau mungkin dia akan tersenyum indah lantas memelukku. Ah.... rasanya itu tidak mungkin. Itu terlalu teruja.

Aku akan katakan kepadanya, saat ini aku telah mula mengasihinya. Telah mula menginginkannya. Sungguh! Menginginkan bukan sekadar keinginan seorang suami terhadap isteri, tetapi lebih dari itu. Aku ingin memulakan segalanya. Mengenalinya, mengasihinya dan seterusnya hidup dengannya. Menjalani perkongsian bersama. Bukankah itu sesuatu yang tidak mustahil. Aku ingin meminta maaf padanya kerana telah mengabaikan dirinya selama ini. "Bolehkah kita mulakan semula?" Dan Ain pasti akan tersenyum mendengar pertanyaan itu.

Aku membelok ke kiri, berhenti di deretan kedai yang agak lengang.

Setelah mematikan enjin, aku melangkah ke kedai, yang aku pernah lihat dulu. Kedai bunga 'Jasmeen Florist'. Jambangan bunga beraneka warna, tersusun cantik di setiap penjuru. Menarik perhatian setiap mata.

"Boleh saya tolong Encik..?"Seorang wanita berbangsa Singh, yang kukira pemilik kedai ini menegurku sebaik aku masuk ke dalam.

"Tolong bungkuskan saya..... er.... I mean tolong gubahkan bunga untuk seorang wanita...."Balasku pantas.

"You nak combination macamana. Ros merah, putih atau....."

"Apa-apa saja, yang penting nampak cantik...... eemm.. kalau warna merah ok jugak.. you buat untuk 1 dozen yea...."

Wanita itu tersenyum sebelum berlalu. Aku tersengih sama. Aku bukan tahu sangat pasal bunga ni. Apa jenis, apa warna itu semua tak penting. Yang penting cantik dan menarik hati Ain. Bukankan wanita sinonim dengan bunga. Aku pasti Ain akan suka.

10 minit berlalu, wanita itu kembali semula dengan jambangan bunga yang agak besar dan aduh.... cantiknya. Aku yang lelaki ini pun boleh geram dibuatnya. Aku membelek-beleknya sebentar, nyata berpuas hati.

"Berapa?"

"RM65.00" Mak oi, mahal jugak tu.

"Tak ada diskaun?"Wanita Singh itu tersengih.

"Valentine's day, or during celebration, kita ada bagi diskaun...."Balasnya tersenyum lagi.

Valentine's day buat apa! Aku bukannya sambut pun.... bisik hatiku. Selepas membuat pembayaran, aku segera kembali ke kereta. Semangat semakin berkobar-kobar. Aku rasa inilah salah satu kerja gila yang pernah aku buat selain jadi bidan terjun ketika bernikah dulu. Aku harap Ain akan faham tindakanku ini. Aku tidak sanggup lagi hidup berpura-pura. Berpura-pura tidak mengendahkannya sedang dirinya hampir setiap saat berada dalam khayalanku.

Kedai bunga yang ku singgah tadi tidaklah terlalu jauh dari pejabatku.
Beberapa minit memandu sudah kelihatan bangunan warna kuning yang tersergam diantara deretan bangunan lain. Melihatnya hatiku menjadi semakin berdegup tidak tentu arah. Aku kerling sekilas jam di dashboard. Aku tahu waktu-waktu begini sebentar lagi semua akan keluar menikmati makan tengahari. Ain juga akan keluar-aku percaya.

Aku berhentikan keretaku agak jauh. Sengaja. Supaya nanti aku akan dapat melihat Ain. Bila dia melangkah keluar untuk ke seberang, aku akan mendapatkannya. Menyerahkan jambangan bunga..,, dan oh ya! Bungkusan hadiah yang ku beli di Johor tempohari masih ada dalam simpanan. Aku terfikir untuk menyerahkannya sewaktu makan nanti. Pasti Ain suka dengan jam tangan yang ku pilih itu. Jam tangan bertali halus warna emas, yang rasanya begitu sesuai dengannya.

Aku menyandarkan badanku sambil mata tidak lepas-lepas memandang ke arah pintu kaca. Sebentar tadi aku melihat Farid dan Mustakim berlalu keluar. Diorang pasal makan memang selalu on time! Aku menunggu-nunggu lagi, kalau-kalau kelibat Suzy kelihatan. Kalau ada Suzy pasti ada Ain. Sebentar kemudian pintu kaca terbuka lagi. Suzy muncul agak tergesa-gesa. Hatiku menjadi berdebar-debar. Kelihatannya dia berlari-lari anak menuju ke kereta. Apa hal minah ni? Mana Ain?

Ishh...... apsal lambat sangat....

Tak lama kemudian... Yesss! hatiku melonjak girang. Ain keluar dan berjalan agak perlahan. Aku sudah sedia untuk membuka pintu bila tiba-tiba kelihatan seorang lelaki muncul secara tiba-tiba dari belakang. Aku termangu. Melihat mereka agak lama. Iskandar?.. Bukan! Lelaki itu bukan Iskandar. Mereka berbual sesuatu dan kedengaran derai ketawa. Ya Allah! Bunga di tangan terasa seperti panas membakar setiap urat, terus naik ke kepala.

Mereka berjalanan beriringan menuju ke kereta. Aku terasa seperti seketul batu menghempap ke mukaku. Terasa sakit.... sakit amat. Aku tidak dapat bergerak. Kaku. Debar dadaku yang menggila kini tiba-tiba menjadi sayu. Ngilu. Aku rasa seperti ingin ketawa, menangis dan entah apa-apa lagi. Bodohnya aku....... kenapa bodoh sangat. Kenapa membodohkan diri pada sesuatu yang tak pasti. Bukankah kau tahu Ain tidak sukakan kau. Kenapa kau nak teruskan juga...... Sekarang kau yang kecewa. Kau yang merana. Kau tak mampu berbuat apa! Ahh.... Bodohnya Afizi Haiqel!

Bayang mereka telah hilang dari pandangan menuju entah ke mana. Biarlah. Biarlah mereka hilang terus. Aku tak mahu lihat lagi. Aku tak sanggup merasa kesakitkan ini. Beginikah rasanya putus cinta? Sungguh! aku tidak pernah merasakannya. Sakitnya.... terasa disegenap ruang hatiku. Kalau beginilah rasanya kecewa, aku lebih rela tidak punya siapa-siapa. Aku lebih rela tidak punya cinta.

Ain.... kalau lah kau tahu hati aku... yang telah mula mengasihimu!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 13


Aku tidak pernah gagal. Benar. Waktu kecil-kecil dulu aku tidak pernah merasa sebenar-benarnya erti kegagalan. Aku tidak pernah kecewa walau himpitan kehidupan keluarga begitu mendesak. Walaupun setiap hari harus menjamah makanan yang sama, tapi aku tidak pernah merasakan itu satu kegagalan dalam menikmati kemewahan. Seingatku, sekejap waktu saja aku dapat merasa sedikit mewah. Waktu arwah ayah masih ada. Tapi itu pun terlalu singkat rasanya. Banyak perkara yang tidak lagi aku ingat sekarang ini. Yang aku ingat aku masih terlalu kecil waktu itu. Hanya 10 tahun sewaktu ayah kembali ke rahmatullah. Kalau ada pun kekecewaan waktu itu ialah disaat kematian ayah, aku tidak dapat melihat jenazahnya buat kali terakhir.
Tidak dapat mengucup dahinya. Tidak dapat mengusap rambutnya. Walaupun masih terlalu kecil waktu itu, tapi aku sudah mula dapat berfikir. Sudah dapat membayangkan apa itu kematian. Sudah dapat mengerti perasaan terkilan. Terkilan kerana tidak dapat mendakap jenazah arwah ayah. Kerana atuk melarang keras aku menghampiri apalagi menyaksikan jenazah ayah. Aku selalu terfikir, kenapa mak langsung tidak berkata-kata denganku. Aku lihat mak hanya duduk diam-diam di sisi nenek. Matanya sudah bengkak kemerahan dan dia lupa untuk mengusap-ngusap kepalaku seperti selalu. Ternyata mak terlalu sedih waktu itu. 2-3 hari dia tidak makan, sampai aku naik bingung kerana kerap ditegur nenek kerana asyik
merengek minta dielus mak.

Akhirnya aku sendiri faham. Ayah pergi tinggalkan mak buat selama-lamanya. Bukan sedikit kesedihan yang ditanggung mak sehinggakan mak terlupa sebentar pada anak tunggalnya ini. Tapi aku sedikitpun tidak terkilan kerana aku sudah mulai memahami. Erti kasih sayang sekaligus keperihan ditinggal orang tersayang. Emak terlalu muda untuk menghadapi semua itu.

Mungkin ada yang berbekas dalam hatiku sejak peristiwa itu. Membuatkanku
sedikit terkilan. Aku tidak melihat wajah akhir arwah ayah. Aku hanya melihat jenazah ayah setelah siap dikafankan. Itu pun dari jauh saja. Sempat juga aku mendengar perbualan orang-orang yang ada disitu. Kata mereka kematian ayah amat menyedihkan. Kemalangan itu terlalu tragis. Tubuh ayah remuk. Kepalanya hampir pecah. Aku lihat kain yang membalut jenazah ayah juga berwarna merah. Darah ayah tidak henti-henti keluar. Kerana itu atuk melarang keras aku melihatnya. Mak yang terjelepuk pun tidak dibenarkan menjenguk, apalagi aku.

Aku rasa itulah satu-satunya kekecewaan yang pernah aku rasa. Selepas itu
tidak pernah lagi. Aku tidak pernah gagal pada hari-hari mendatangku selepas itu. Pelajaranku amat cemerlang. Selepas UPSR, aku ke Johor Bahru menetap di asrama penuh. Walaupun permulaannya mak agak keberatan melepaskanku pergi. Apa lagi yang menyedihkan seorang ibu tunggal yang kehilangan suami dan harus pula berjauhan dengan anaknya yang seorang ini?


Selepas SPM aku cemerlang lagi. Dan atas pertolongan atuk, Pak Long dan wang KWSP arwah ayah, aku terbang ke Nottingham. 4 tahun di sana, aku tidak pernah gagal walau sekali. Segalanya berjalan dengan lancar. Segalanya berjalan seperti yang diinginkan. Segulung ijazah kepujian dan satu jawatan yang membanggakan. Perjalanan hidup berjalan lancar. Amat lancar.
Sehinggalah....... sehinggalah ke hari ini. Hari kegagalanku yang pertama.
Setelah segalanya seperti berada dalam genggaman. Setelah semuanya seperti
telah dimiliki. Tetapi akhirnya... aku gagal. Gagal dalam perkara yang langsung tidak pernah aku terfikirkan. Gagal dalam merebut sekeping hati
mungkin. Ah.. lucu! Kenapalah aku mesti gagal dalam perkara seremeh ini.
Bukankah ini perkara yang tidak sepatutnya aku beratkan dalam fikiran.

Mungkin begini rasanya kegagalan. Kekecewaan. Kehilangan. Mungkin ini yang
dirasakan mak sewaktu pemergian ayah dulu. Marina setelah kad-kadnya tidak
pernah aku endahkan. Atau Julia Hanim setelah cintanya ku tolak bulat-bulat. Mungkin kesedihan dan sakit hati begini yang mereka rasa. Kecewa setelah apa yang diingini tidak tercapai. Dikecewakan, ditinggalkan. Dan kini aku sedang merasakan bagaimana perasaan-perasaan itu. Kesakitan-kesakitan itu. Sungguh! ia amat menyakitkan. Berbekas dalam hati seolah tidak mampu di buang lagi.

Saat melihat Ain bergandingan pagi tadi, aku tahu segala yang aku angan-angankan sebelum ini tidak menjadi. Apa yang aku harapkan dan apa yang aku rasakan sebenarnya tidak wujud dalam diri Ain. Mungkin hanya aku seorang yang merasa getar-getar halus itu. Merasakan keindahan perasaan itu. Tetapi tidak pada Ain.


**************************************************

"Cepat balik Qel, kata nak pergi makan dengan Ain?" Aku sangka mak tak akan tanya bila melihat aku pulang tengahari itu.

"Emm... tak sempat mak..."Balasku lambat-lambat tanpa memandang mak. Cepat-cepat tubuh kurebahkan ke atas sofa sambil memejam mata. Mata kupejamkan dengan harapan mak tidak akan terus-terusan bertanya.

"Apa yang tak sempatnya.... habis rehat pukul berapa?" Mak melabuhkan punggung di sofa bertentangan denganku.

"Qel sampai diorang dan masuk ofis semula. Lagipun Qel tak bagitahu Ain pun Qel nak makan dengan dia. Tak apalah......"Malas rasanya hendak mengingati peristiwa tadi.

"Habis tu, Qel dah makan belum?"

"Dah mak....."Sekali lagi aku berbohong. Aku tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Untuk menceritakan perkara sebenar rasanya tidak mungkin.

"Mak tak menjahit ke?" Mak tersenyum.

"Sekejap lagi Qel. Mak nak solat dulu.." Mak bangkit dari sofa. Mungkin dia faham kekeruhan pada wajahku. Aku sedikit lega.

Aku merenung ke syiling. Melihat gerakan kipas yang berpusing. Agak laju tetapi tetap tidak dapat meredakan kepanasan hatiku. Rasanya akulah manusia paling bodoh sebentar tadi. Paling lurus atau paling mengikut kata hati. Aku terburu-buru? Atau sudah terlewat? Apa yang Ain Fathihah inginkan sebenarnya? Perkahwinan atau kebebasan. Kalau sebuah perkahwinan, dia sudah punya itu. Kalau sebuah kebebasan, dia juga akan punyai itu. Aku akan berikan kebebasan kalau benar itu yang dia inginkan. Tapi bukan begini caranya.


Aku lebih rela menyerahkan dia kepada Iskandar kalau itu yang sebaiknya. Biarlah sekali ini aku merasa kegagalan dan kekecewaan. Iskandar pernah memiliki dia dulu dan aku tidak ralat andai menyerahkan semula miliknya itu. Biarlah aku beralah. Tetapi kenapa Ain tidak telus. Dia bukan saja tidak jujur denganku, malah dengan Iskandar juga. Aku bukannya buta lagi. Aku lihat jelas gandingan mereka berdua tadi. Dan aku tidak sangka, Faizal telah memulai langkahnya. Ketiadaanku telah dijadikan satu kesempatan. Kesempatan untuk menakluki hati Ain.

Kenapa Faizal? Aku tidak sanggup melihat Ain menjadi milik Faizal. Faizal
bukanlah lelaki yang sesuai untuk Ain. Walaupun mungkin ditakdirkan jodohku tiada dengan Ain, aku masih rela melepaskan dia, tetapi bukan untuk Faizal. Sesekali tidak.

****************************************

"Haiqel, ada someone nak jumpa you kat bawah ni. You turun ya.."Suara Tipah kedengaran melalu interkom.

"Siapa, Tipah? I tak ada appointment hari ni.."Aku menjawab dengan malas. Aku menarik laci meja. Melihat kotak berbalut cantik dengan reben merah di tepi. Aku rasa macam nak campak saja bungkusan itu ke luar.

"Someone yang nak sangat jumpa you. You nak turun atau nak dia naik atas?"

"Emm.. ok, ok lah... I turun!"Aku sedikit mendengus. Pagi-pagi dah kena kacau. Siapa pula yang rajin benar nak jumpa aku ni? Setahu aku hari ini aku tidak ada temujanji dengan mana-mana syarikat. Kalau Faizal, aku tak tahu pula. Dia pagi-pagi lagi sudah keluar entah kemana. Aku tak mahu tahu kemana lelaki itu pergi. Bukan urusan aku.


Aku turun ke bawah dengan perasaan yang berbaur. Hari ini aku agak kurang bersemangat untuk bekerja. Pelan-pelan yang perlu disiapkan untuk projek
bulan depan juga terbengkalai begitu saja. Biasanya kalau tidak sempat sangat aku akan serahkan kepada Faizal untuk prosiding seterusnya tetapi sejak peristiwa tempohari rasa-rasanya aku tak mahu melihat wajah lelaki itu lagi. Hendak bercakap pun rasanya tidak sepenuh ikhlas.

"Tipah! " Aku bergerak ke arah Tipah. Seorang gadis yang sedang membelakangku segera berpaling.

"Surprise!!!!" Dia terjerit halus lalu menerpa ke arahku. Aku tergamam. Tidak sempat berbuat apa-apa bila terasa leherku telah dipagut oleh tangannya. Tipah yang melihat tersipu-sipu, sedikit terkejut.

"Haiqel! " Pelukan terlerai. Aku masih terkejut. Wajah gadis di hadapanku itu kutatap.

"Serina?" Bagai mahu luruh jantungku. Terkejut dengan kemunculannya secara tiba-tiba. Terkejut dengan tindakannya yang tanpa segan silu memelukku.

"Haiqel, I'm sure you mesti terkejut kan....'Dia ketawa penuh ceria. Jemariku digenggam erat.

"Serina,... behave yourself please.... inikan ofis.."Aku berbisik perlahan sambil menahan debar di dada.
"Sorry Qel... but I'm really excited to see you right now..."Dia tersenyum lebar. Nampak perbezaan pada wajah itu. Sebulan dia meninggalkanku, rasanya terlalu banyak yang berubah.

"Bila you balik ?" Aku tarik tangan Serina menuju ke sofa. Tipah tersenyum melihat gelagatku.

"Malam tadi..."Serina menguak rambutnya yang tampak lebih keperangan. Seingat aku rambutnya dahulu agak gelap sedikit berbanding yang kulihat sekarang ini. Serina seakan mengerti.

"Qel, I tak dye rambut I ni tau... I banyak berjemur. That's why jadi perang macam ni..."Aku mendengus.

"Betul! " Serina mengangkat tangannya seperti bersumpah. "Last 2 week I pergi Florida. Beach kat sana cantik tapi panas sikit. You tengok kulit I pun dah nampak tan sekarang..." Aku memerhatikan Serina seketika. Kulitnya agak kemerahan. Aku melihat rambutnya kembali.

"Ok, nanti I hitamkan semula, ok!" Dia melurut-lurut rambutnya.

"Qel, you sihat tak? " Tangannya menyentuh pipiku. Aku menarik kembali tangannya, tak mahu dilihat Tipah, kerana aku tahu ia agak kurang manis.

"Serina, kenapa tak call I. Balik pun senyap-senyap je.. kenapa?" Aku menarik nafas. "You buat I terkejut aje..."

"I saja nak kejutkan you..."Aku menggeleng kepala. Melihat betisnya yang terdedah. Skirtnya terlalu pendek pada pandanganku. Sekali lagi Serina menyedari ekor mataku.

"Emm... I dari rumah mama tadi.... terus ke sini. so I tak sempat nak tukar baju..."

"Kat sana pun you seksi-seksi macam ni?"

"Eh.... tak.... I tak seksi... kalau Qel tak percaya, nanti I tunjuk gambar-gambar I kat sana. Banyak sangat..."Dia senyum lagi. " I ganggu you ke?"

"Emm.... tak jugak. Tapi lain kali call lah dulu.."

"Kan I dah cakap... I saja nak surprisekan you..."Aku tersengih.

"Sebulan you tak call I langsung. I ingatkan you dah kawin dengan mat saleh kat sana..."Serina mencebik.

"You ni memang nak sangat I kawin dengan mat saleh kat sana agaknya?"Mulutnya memuncung. "You kan tahu I sayang you sungguh-sungguh....."Aku pura-pura mencebik. Serina tarik muka.

"You tak percaya ke... you tak rindukan I langsung?" Aku renung wajah Serina dalam-dalam. Segaris senyuman terukir di bibirku. Mungkin, perasaan rindu itu masih ada dalam hatiku. Belum terhakis sepenuhnya.

"Kita lunch sama-sama ya. I nak makan dengan you.... dah lama rasanya tak makan sama kan?"

"Serina, you tengok sekarang baru pukul berapa.."

"That's why lah I datang awal-awal. I nak booking you dulu. You tu kalau tak book awal-awal... sure sibuk aje dengan kerja you tu..."

"So you nak tunggu I?"

"Gila! satu jam lagi. You nak I jadi batu kat sini?... I nak keluar dulu cuci gambar dulu. Pukul 12.00 nanti I datang semula..."Serina merenungku sungguh-sungguh. Dan matanya masih cantik seperti dulu-dulu.

Bila Serina beredar, aku termenung seketika. Bagai tak percaya. Saat hati aku sedang gundah gulana, gadis itu menghadirkan dirinya. Adakah dia akan menyelamatkan keadaaan ini. Membaik pulih hatiku seperti dulu-dulu.

**********************************

Pukul 12.30, aku sudah berdiri di depan pintu kaca. Aku keluar 5 minit lebih awal kerana tidak mahu bertembung dengan sesiapa. Baik Faizal, mahupun Ain. atau sesiapa saja. Aku dapat rasakan perasaanku sedikit lega dengan kemunculan Serina pagi itu.

Tak lama. Dari jauh aku lihat kereta Serina membelok ke arah bangunan lalu
berhenti betul-betul di depanku. Cermin kereta diturunkan.

"Naik kereta I sajalah...."Serina menggamitku. Aku segera masuk ke dalam kereta. Selesa dan dingin. Sempat melempar pandangan ke pintu kaca.Belum ada sesiapa yang keluar makan.

"Nak makan kat mana?"Serina bersuara sambil membetulkan kaca mata hitamnya. Dia benar-benar tampak berkeyakinan. Rambutnya yang perang menyerlahkan lagi gaya kebaratannya. Seketika aku bagai tidak percaya punya seorang gadis sepertinya. Patutlah Faizal sering mencemburuiku.

"Makan kat area-area sini sajalah. You tahu kan waktu lunch I bukannya panjang sangat.."

"Bos you tak ada ke?"

"Tak..."

"So.... boleh masuk lambat sikit...."

"Tak boleh sayang...."Balasku mendatar. "Malam ni kalau you nak, I boleh spend time untuk you.. tapi hari ni I kena masuk ofis on time, ok..."

"Malam ni tak boleh la Qel..... I nak kemas rumah dulu. Emm.. ni I keluar pun mama dah bising.... I bawa balik banyak barang. Tak sempat nak kemas.."Matanya tancap memandang ke depan. "Barang you pun I tak sempat nak bawa. Weekend ni you free, kita jumpa ya..."

"Emm... tengok la nanti.... I tak janji...."Serina menoleh ke arahku.

"You ni lain la Qel.... kenapa dengan you ni? Sakit ker?" Aku tersenyum, menggeleng.

" I ok . Sihat.."
"Tak... I rasa you dah lain sikit.... you macam tak happy..."

"Kita makan kat sini je la..."Aku memotong cakapnya. Bukan untuk mengelak, tetapi kebetulan selekoh untuk masuk ke kafe yang dimaksudkan sudah dekat benar. Segera Serena memperlahankan kelajuan.

Masuk saja ke dalam kafe aku terus memesan makanan. Kebetulan tidak begitu ramai pelanggan pada waktu itu. Maka makanan yang dipesan siap dalam tempoh yang singkat. Untuk beberapa minit yang pertama, masing-masing tidak bersuara. Hanya menikmati makanan dengan penuh selera. Aku, memang kebetulan waktu itu perutku terasa lapar benar. Serina, aku tidak pasti adakah dia juga berselera kerana lapar atau terlalu gembira berjumpa denganku.

"I ada inform daddy pasal kita..."Aku terhenti mengunyah. Wajah Serina aku pandang seketika.

"You cerita apa.?"

"I cakap tentang you..... apa kerja you... macamana kita boleh kenal..... itu saja.."

"Daddy you?"

"He wish me luck!"Serina ketawa. "Daddy tak kisah lah Qel.... dia memang sporting... bila I bagitahu dia you're Muslim, dia terdiam sekejap."

"Dia marah?"

"Dia tak marah..... cuma terkejut. Dia tanya, how can his daughter in love with a Muslim guy... but I said, that's a normal matter... cinta tak kenal siapa bukan?"Serina senyum penuh makna. Aku hanya mengangguk-angguk. Tak tahu apa yang harus dikatakan. Persoalan cinta melibatkan agama?... ah... kalut! aku tak mahu terfikir sebegitu jauh. Persoalan aku dengan Ain pun belum selesai lagi. Yang ini lagi berat nampaknya!

'Eh.. you tengok siapa tu?"Mata Serena membulat bagai melihat sesuatu. Aku segera berpaling.

"Itu Faizal, bukan?" Lehernya dipanjangkan. Aku menoleh sama. Terlihat kelibat Faizal sedang berjalan masuk ke dalam kafe dengan seorang gadis di sisi. Darahku menyirap. Serina melambaikan tangannya menggamit Faizal.

"Biarkanlah mereka..."Aku mendengus tapi nampaknya Faizal telah terlihat lambaian Serina. Dia mengubah haluan, menuju ke arah kami. Saat itu aku rasakan darah panasku naik ke muka. Membuak-buak bagai ingin pecah dada.

"Hai Serena.... bila you balik?" Faizal menyambut huluran tangan Serena. Aku menjeling lelaki itu. Bila pula dia pulang ke ofis. Waktu aku keluar tadi tak ada pula.

"Malam tadi, you apa khabar?"

"Sihat.... wah... malam tadi you sampai... pagi ni dah jumpa buah hati?"Serina ketawa. Manis gelaknya, tetapi tidak mampu meredakan perasaanku. Aku sedari ada ekor mata yang sejak tadi tertumpu ke arahku. Tidak mampu aku balas renungan itu.

"You all nak lunch ker... jom lah join us.."Aku tidak mampu menghalang Serina dari terus bersuara.

"It's okay, I makan dengan kawan...."

"Siapa ni? Girlfriend baru you ya?" Serina menguntum senyum. Hatiku semakin panas. Kalau ikutkan angin gila aku ni mahu terbalik kerusi meja ni nanti.

"Eh, tak lah. Ini officemate I. Ain Fathihah. Eh, Qel tak ada bagitahu you ke? Inilah sepupu Qel...."

"Cousin?"Serena agak terkejut. Dia mengalih pandangan ke arahku.

"Hai Qel.... kau tak cerita kat Serena ker? "Faizal memandangku.

"Belum lagi...."Aku menjawab malas. "Masa Ain start kerja dulu kan Serina dah ke Paris...."Faizal ketawa kecil.

"Ain, inilah Serena yang I cerita dulu. Haiqel punya mata air..."

Ain senyum, sambil menghulurkan tangannya. Serena pantas menyambut. Nyata
dia gembira dengan perkenalan itu. Aku pula yang macam cacing kepanasan.

"Okeylah... we all nak order makan dulu.. see you ..."Faizal menarik tangan Ain. Ya Allah!..... sakitnya hati aku melihatnya. Mamat ni dah terlebih benar... sejak bila pegang-pegang tangan pulak. Si Ain pun satu. Macam orang bodoh. Biarkan saja jantan tu sentuh dia. Tak ingatkan suami dia ke?

"You tak pernah cerita pun tentang cousin you tu."Serina mengalih pandangan kepadaku. Sesekali dia menoleh ke arah Faizal dan Ain yang duduk tidak jauh dari meja kami.

"Nak cerita apa. Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan.."Balasku perlahan. "She is working at my office since 3 week ago... I yang introduce dia to my boss. That's all "

"She is beautiful, right? Do you notice it?"

"I pun handsome, kan. No wonder lah dia pun cantik. We all kan sepupu." Serina ketawa.

"Sudahlah you Qel. Tak boleh puji sikit. Mulalah nak lebih...." Tapi aku sudah tak mendengar kata-kata Serina lagi. Kerana mataku, otakku dan semua pancainderaku telah beralih ke sana. Ke pasangan yang sedang leka menikmati makanan tanpa memikirkan perasaanku. Pasangan yang tidak padan langsung pada pandanganku. Ah.... perasan aku menjadi semakin tidak tentu arah. Sekejap-sekejap mataku meliar ke sana. Kenapa mereka selalu nak menyakitkan hati aku. Sengaja bermesra-mesra didepanku. Ain Fathihah, kau tak terfikirkah perasaan suamimu ini. Kenapa kau sengaja sakitkan hati aku. Tidak cukupkah ketidakpedulian kau terhadapku selama ini dan kini kau bersama pula dengan lelaki yang kurang aku gemari. Sengajakah engkau? Atau memang kau benar-benar menginginkannya.

Aku pandang Ain dari jauh. Sejauh hatiku. Entah bagaimana Ain tiba-tiba menoleh kepadaku dan mataku terus kaku.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 14


Ketukan dipintu, kedengaran. Memang aku nantikan. Faizal tersenyum memandangku, seolah tidak terkesan dengan air mukaku yang aku rasa dah kelat semacam. Aku cuba kawal perasaanku, kerana aku tahu aku tak boleh marah lelaki ini seperti budak-budak. Aku harus profesional. Harus bertindak sebagai lelaki yang matang.

"Kau tak keluar ari ni Qel?"Masih tidak menyedari 'mood'ku. Aku senyap. Memerhatikan Faizal yang sedang membetulkan duduknya.
"Hai... tadi macam ada hal penting... senyap pulak kenapa. Anyway... Serina sekarang makin mengancam aku tengok... kalau aku jadi kau...."

"Dah lama makan dia?" Potongku. Faizal ketawa besar.

"Kau ingat aku jenis macam tu, pantang nampak perempuan terus nak baham. Sori, itu bukan sikap aku ok!"Aku mencebik.

"Aku tahu.... kau tak macam tu.... hai.. kau ni macam nak marah aje...... aku gurau la...."Dia tersengih memanjang.

"Aku tak kisah kau nak makan sapa pun.... itu hak kau... tapi aku nak ingatkan... jangan buat yang bukan-bukan pada Ain. Aku serius." Aku renung wajah lelaki
itu sungguh-sungguh.

Giliran Faizal terdiam.

"Kau fikir aku sejahat itu?"

"Aku cuma nak ingatkan.."Balasku lagi."Ain gadis kampung yang tak tahu apa-apa. Dia tak kenal kau "

"Itu sebab aku nak lebih rapat dengan dia. Aku nak dia kenal aku betul-betul."

"Untuk apa?" Faizal angkat kening. Agak sangsi dengan soalan aku mungkin.

"Qel..... aku nak terus terang dengan kau.... aku memang sukakan Ain tu.

Aku rasa tak salah kalau aku approach dia..."

"Aku tak benarkan....."Aku mendengus.

"Kenapa?

"Dia sepupu aku.."

"Sepupu kau.. then, apa masalahnya. Semata-mata dia sepupu kau, kau keberatan kalau aku approch?"Wajah Faizal berubah. Aku tarik nafas panjang. Kalau boleh
aku tak mahu bertekak dengan lelaki ini hanya kerana seorang perempuan. Sesuatu yang aku tak suka sejak dulu.

"Aku cuma nak bagitahu , Ain tak sesuai untuk kau..."

"Atau aku yang tak sesuai untuk Ain?"Matanya membesar. Aku menggeleng.

"Hubungan ini takkan berjaya Jai..."Balasku perlahan.

"Nampaknya kau begitu yakin..."Dia tersengih.

"Aku tak nak kau terlalu mengharap...'

"Haiqel, "Dia menegakkan badan. "Aku hormat kau sebagai kawan aku,dan sebagai sepupu Ain. Tapi dalam soal perasaan, aku harus ikut hati aku.Kalau kau fikir aku ni tak berapa bagus untuk Ain, aku sanggup ubah.Aku tahu kau anggap aku seperti seorang playboy yang punya perempuan keliling pinggang,
bukan?"Sedikit tersinggung mungkin, dia mengeluh.

"Bukan sebab tu..... aku tak pandang rendah pada kau...."

"Wait.. wait,... atas sebab ni ker kau panggil aku?"Aku diam.

"Kau marah aku keluar makan dengan Ain tadi?" Aku diam lagi.

"Kau ni macam budak-budak la Haiqel...."Dia ketawa nipis. Darahku panas tiba-tiba.

"Tak kiralah budak-budak ke, bapak budak ke... aku nak bagitahu...... Ain is belonged to someone!"Suaraku meninggi. Aku lihat wajah Faizal berubah. Dia
pandang aku lama.

"Maksud kau?"

"Ok, frankly aku cakap, Ain dah .... bertunang.. maksud aku... dia akan berkahwin tak lama lagi. "Otak aku dah tak boleh nak bagi alasan yang logik lagi. Aku

rasa alasan yang sebegini saja yang dapat menghalang lelaki ini.

"Bertunang? Ain tak pernah cakap pun!"Sedikit terkejut.

"Itu hak dia nak bagitahu atau tak. Tapi sebagai sepupu, aku ada tanggungjawab untuk jaga dia. Since dia sekarang pun tinggal dengan aku. So, it's up to you

nak percaya atau tidak."Faizal termenung seketika. Dia menarik nafas panjang.

"Ok lah.... whatever! Tapi, selagi dia belum berkahwin, aku rasa aku masih ada peluang. Isn't true?"Dia tersengih. Kurang ajar! Mamat ni memang tak makan
saman.

Faizal bangun dari kerusi. Bersedia untuk beredar. Sambil membetulkan tali lehernya dia memandangku.

"Thanks for your advice, Qel. Kau sepupu yang bertanggungjawab. Aku respect. Tapi, as you know, prinsip aku.. best man win !"Dia ketawa sebelum berpaling.

Aku ketawa sama, sekadar menyedapkan hati. Dalam hati aku menyumpah seranah. Lelaki ini memang tak boleh dibagi muka.Dengan kawan sendiri pun dia nak berkeras. Mahu saja aku katakan yang Ain itu isteriku. Mahu terlopong mulut dia nanti. Tapi aku tak mahu hebohkan dulu. Aku tak mahu semua orang tahu selagi Serina tidak tahu. Aku tahu ia akan menjadi lebih sukar nanti. Aku tak sanggup hadapi.

****************************************
Sudah hampir satu jam berlalu. Aku masih di atas kerusi. Sambil menghadap skrin komputer. Sesekali jam di dinding ku kerling sekilas. Tersenyum seketika. Biarlah. Biarlah dia menunggu. Aku tahu dia masih ada di bawah. Mungkin sudah jenuh menantiku. Kalau dia sudah bosan menunggu, pasti dia akan naik ke bilikku. Lalu meminta aku segera pulang. Dan aku takkan mengendahkan. Biar dia marah. Biar dia tahu bagaimana sakitnya hati dipermainkan. Sakitnya hati tidak diendahkan.

Aku tahu, dalam hal ini aku perlu berbuat sesuatu untuk menyedarkan. Kalau dengan Faizal tak jalan. Dengan Ain juga aku perlu berpendirian.Aku tak mahu dia
terus-terusan dipermainkan. Kalau bukan Faizal yang mempermainkan Ain, mungkin aku yang dipermain Ain. Perjanjian dulu rasanya tidak relevan lagi. Jangan
masuk campur hal masing-masing. Ah..... persetan dengan semua itu!

Aku melihat jam sekali lagi. Rasanya sudah cukup masanya. Aku menutup komputer. Mematikan suis aircond. Di luar, semua staff sudah tidak kelihatan. Lampu juga sudah dipadamkan. Hari ini hari Jumaat, patutlah tak ada sesiapa yang OT. Masing-masing pulang awal kerana esok hari Sabtu. Aku buru-buru keluar. Sampai di reception, suasana sudah suram. Tipah juga sudah pulang. Aku membuka pintu. Oleh kerana aku orang terakhir, jadi akulah yang mengunci pintu. Dato Rustam sudah 2 hari ke Penang. Mungkin esok baru pulang. Aku menuju ke keretaku. Mencari-cari kelibat Ain. Aku sengaja biarkan dia menungguku, tapi kelibatnya tidak kelihatan. Kemana dia pergi. Tak tunggu akukah?

Aku nak lihat dia marah. Aku nak tengok dia tarik muka. Aku akan buat-buat bodoh, dah aku pasti dia akan sakit hati dengan pelakuanku. Biar dia tahu
bagaimana perasaanku tengahari tadi. Aku nak sakit hatiku ini terbalas.Aku masuk ke dalam kereta tetapi menyedari ada sesuatu yang terselit di celah wiper. Sekeping kertas putih. Aku keluar kembali dan mengambil cebisan kertas tersebut. "Qel ot? Ain tak dapat tunggu. Ain balik dulu." Ah.... geramnya aku! Balik-balik aku yang sakit hati!

*************************
"Kenapa tak tunggu Qel tadi?"Tanyaku sebaik masuk ke dalam rumah.

Ain sedang bersandar di sofa. Sepertinya sedang keletihan juga. Nampaknya dia juga baru sampai ke rumah. Ain tidak segera menjawab. Dan dia tidak memandangku langsung. Hanya dadanya yang kelihatan turun naik laju, seperti orang yang benar-benar kepenatan.

"Kenapa tak tunggu Qel?"Sekali lagi aku bertanya. Kali ini agak kuat.

Ain berpaling padaku.

"Qel ot bukan?"Tanyanya perlahan.

"Hari ni ari Jumaat, siapa yang nak ot!"Balasku tegas. Ain terdiam seketika.

"Ain ingat Qel ot....."

"Kenapa tak tanya dulu?"Ain mendongak, menatap wajahku.

"Ain tunggu..... tapi lama sangat.... Ain terus balik..."

"Kenapa tak tanya dulu?"

"Ain minta maaf......"Lirihnya. Dia kembali menunduk, memainkan jemarinya. Aku campak briefcase aku atas sofa. Melonggarkan tali leher lantas menghempaskan
badan ke sofa, betul-betul di hadapan Ain.

"Ain ingat nak tumpang Suzy.... tapi Suzy dah balik dulu...."

"Habis tu, Ain tumpang siapa, Faizal?"Ain sedikit terkejut. Dipandangnya aku tanpa berkelip.

"Atau Iskandar?"

"Qel!" Ain terjerit kecil. Wajahnya mencemik, dan aku lihat rona merah pada wajah itu.

"Ain tumpang siapa?" Ain menggeleng. Dia berusaha untuk bangun. Kelihatan susah benar.

"Ain naik atas dulu...."Dia mencapai tas tangannya. Cepat-cepat aku tarik tangannya, dan dia sedikit terkejut.

"Qel.... jangan buat macam ni...."

"Kenapa? Ain tak suka Qel pegang tangan Ain macam ni. Kalau Faizal pegang tak apa?"

"Ya Allah Qel...."Ain tersedu. Air mata sudah merembes. Di kesatnya dengan hujung tudung.

"Kenapa Qel cakap macam ni?"Dia pandang aku.

"Qel tak boleh cakap macam ni kah?... Qel suami Ain, Qel berhak untuk ambik tahu..."Genggaman semakin kejap. Aku lihat dia seperti mengeliat. Mungkin
kesakitan.

"Ain tahu..... Qel berhak buat apa saja. Tapi bukan di sini, Ain tak mahu mak nampak..."Dia pandang ke arah dapur. Aku tahu mak ada didapur. Aku dengar bunyi pinggan berlaga di sana.

"Ain tak mahu rahsia Ain bocor?"

"Rahsia apa?"Dia kaget memandangku.

"Rahsia Ain ada hubungan dengan lelaki lain......"

"Haiqel!" Dia terjerit halus. Direntapnya tangannya pantas. Terlepas genggamanku.

"Kenapa Qel tuduh Ain macam ni?"

"Qel tak tuduh, Qel nampak depan mata..."Aku tersengih tawar.

"Qel tuduh Ain ada hubungan dengan lelaki lain, tapi bagaimana dengan Haiqel... apa hubungan Qel dengan Serina, bukan pasangan kekasih?"Dia menentang mataku.

"Hubungan Qel dan Serina, dah lama berlaku. Sebelum kita kahwin lagi. Tapi Ain dengan Faizal...."

"Jadi itu adil namanya?" Aku tarik lengan Ain supaya menghadapku. Terdorong dia sedikit ke depan.

"Jadi Ain fikir dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain, itu baru adil? Macam tu?" Ain menggeleng. Dia menghela nafas.

"Ain tak ada hubungan dengan sesiapa. Baik Faizal mahupun Iskandar. Tak ada!"

"Bohong!"

"Qel..... Ain tak sangka Qel macam ni!"Ain berpaling, terus melangkah meninggalkan, separuh berlari. Aku mencapai briefcase, dan sama menaiki tangga. Masuk ke bilik aku lihat Ain sudah sudah terbaring atas katil, bertelangkup atas bantal. Menyedari aku berdiri di belakangnya, segera dia bangun, sambil menyeka
pipi.

"Kalau Qel sangsi dengan hubungan Ain dan Faizal, kenapa Qel tak berterus terang saja dengan mereka semua tentang hubungan kita. Biar mereka tahu, jadi tak ada sesiapa pun yang akan menggangu Ain..."Ain merenungku sungguh-sungguh. Aku menarik nafas dalam-dalam. Sesuatu yangsukar untuk aku jawab.

"Kalau Qel tak nak, biar Ain saja yang beritahu...."

"Jangan!"Aku melangkah ke arahnya.

"Kenapa Qel tak nak? Qel takut Serina tahu, bukan?"Aku diam.

Kata-katanya itu mengena batang hidungku.

"Qel tak nak dia tinggalkan Qel, begitu?"

"Ain!"Suaraku meninggi.

"Jangan kaitkan Serina dalam hal ni..."Ain bangun, berdiri betul-betul di hadapanku.

"Habis, kalau bukan sebab dia, kenapa Qel tak mahu berterus terang. Qel malu nak mengaku yang Ain ini isteri Qel? Sebab Ain cuma gadis kampung, belajar pun
tak tinggi.... bukan anak mat saleh.."

"Cukup Ain, cukup!" Tanganku sudah naik separas bahu. Ain sedikit terkejut. Dipandangnya aku dengan riak tidak percaya.

"Qel nak tampar Ain?"Dia mendorongkan wajahnya.

"Kalau itu yang boleh membayar kesilapan Ain tadi, Qel tamparlah!"Dia pejamkan matanya seolah bersedia menerima apa-apa kemungkinan.

Aku tarik nafasku dalam-dalam. Perasaanku kembali menurun. Wajah bersih itu, mana mungkin aku daratkan tangan kasar ini di wajah itu. Wajah itu bukan untuk
dikasari. Bukan. Aku gigit bibir sampai sakit. Perlahan-lahan tangan diturunkan. Aku menunduk. Tak tahu kenapa perasaan aku mudah benar menjadi panas tadi.
Aku tak suka dia membalas kata-kata aku tadi, yang sedikit sebanyak mendedahkan keadaan terdesakku yang sebenar. Aku mengeluh saat Ain membuka matanya. Dadanya berombak laju dan terdengar helaan nafasnya.

Aku segera berpaling. Masuk ke dalam bilik air lalu membasuh mukaku dengan air sejuk. Menatap wajahku dicermin seketika. Bagaimana wajahku tadi? Nampak
garangkah? atau tak berperasaankah? Kejamkah aku bertanya soalan-soalan seperti itu. Adakah aku sengaja menuduh dia. Aku hanya menegakkan kenyataan, yang aku lihat dengan mata aku sendiri. Jadi salahkah aku bersifat ingin tahu sebegitu?Aku keluar kembali, dan kulihat Ain masih di situ, tercatuk dibirai katil. Wajahnya muram dan dia tidak memandangku.

"Mulai hari ini, Qel tak nak tengok Ain keluar dengan Faizal lagi. Even pergi makan sekalipun. Ramai lagi kawan perempuan kat ofis tu yang
boleh diajak teman. Jangan layan jantan tuh!" Ain diam tak bersuara.

Aku puashati. Sejurus aku segera keluar, turun ke dapur mendapatkan mak. Orang tua itu sedang menyiang ikan di sinki. Dia menoleh sebentar kepadaku.

"Kenapa balik lambat Qel? Biarkan Ain balik naik bas sorang-sorang. Nasib baik sampai tadi....."Mak berhenti menyiang ikan.

"Ain naik bas tadi?"Aku mendekati mak. Sedikit terkejut.

"Dia kata kau ot..... jadi dia balik dulu..... nasib baik tak sesat.

"Aku pandang mak tanpa berkelip. Fikiranku tiba-tiba kosong.

bersambung...


Karya : BabyFace





Sedutan Episod Seterusnya :

"Qel.... you kena buat keputusan dalam minggu ni jugak .Next week I akan bertolak semula ke Paris."

"I macam tak confident."Jawabku teragak-agak.

"Apa yang you tak confident. I bukan nak ajak you kahwin kat sana. I nak bawa you jumpa daddy dan relatives kat sana. "

"And then?"

"And then...... it's up to you!"

"Kita nikah?"Meluncur perkataan itu dari mulutku. Serina terdiam.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 15


Aku melihat jam di tangan sekilas. 15 minit berlalu masa yang dijanjikan. Mungkin Serena sudah muncung. Aku mempercepatkan langkah menuju ke Western Food restoran. Malam ini tidak ramai yang mengunjungi, mungkin kerana bukan malam minggu. Esok hari bekerja. Tetapi oleh kerana Serina berkeras untuk menemuiku malam ini juga, aku terpaksa turutkan saja. Walaupun sebelum keluar tadi, puas mak bersungut kerana aku tidak mahu makan di rumah sedang lauk sudah banyak yang dimasak.

"Qel nak kemana ni?"Suara mak menerjah pendengaran waktu aku sampai di muka pintu tadi.
"Emm..... Qel nak keluar kejap mak...." Balasku lambat-lambat sambil menyarung stoking.

"Tiap-tiap malam keluar ni, kenapa?" Mak menghampiriku.

"Boring la duduk rumah...."Aku kuatkan suaraku. Mungkin ada orang lain yang mendengarnya-aku harap. Mak menggeleng kepala. Mungkin pelik dengan sikapku.

"Apa yang tak kena ni Haiqel...."Mak seperti mengeluh. Dilabuhkan punggungnya ke atas sofa, memandang tunak ke arahku.

"Tak ada apa-apalah Mak. Qel cuma keluar kejap je. Dah janji dengan kawan."Aku bingkas bangun sambil membetul-betulkan pakaianku. Mak memerhati cuma. Kunci atas meja ku capai pantas. Tanpa menoleh ke dapur, yang aku pasti Ain sedang berdiri di situ, aku terus membuka pintu. Segera enjin kereta kuhidupkan. 20 minit perjalanan, restoran tempat yang selalu aku dan Serina kunjungi sudah kelihatan. Aku segera terpandangkan Serina yang sedang menongkat dagu sambil mengacau minuman. Aku menepuk bahunya lembut dan dia terus berpaling. Senyuman terindah terukir dibibirnya yang merah bercahaya.

"Kenapa lambat sangat...?"Muncung.

"Sorilah.... kena tahan dengan mak tadi..."Aku menarik kerusi.

"Laa.... kenapa.. mak you tak kasi keluar ke?" Aku ketawa.

"Dia bising la... sebab I selalu keluar. Bukannya nak makan kat rumah. Penat dia masak.."Balasku sambil membelek-belek menu.
"Kenapa nak bising..... cousin you kan ada.... siapa nama dia tue..... Fathihah..."Berderau dadaku.
"Boleh la dia temankan mak you makan.."Serina tersenyum nipis. Aku hanya mengangguk. Setiap kali nama itu kudengar, terasa denyut nafasku menjadi laju.

"So, you nak makan tak ni?"Serina sentuh jemariku.

"Nak, I lapar."Aku tersengih. Serina mengangkat tangan kepada pelayan di situ. Seketika lelaki berpakaian kemas itu datang menghampiri.

"Emm... I nak sirlon steak.."

"Wow.... good taste.."

"Dah lama tak makan....."Serina ketawa.

"I nak try this one.... "Pelayan itu menulis sesuatu di atas bukunya.

"Itu saja?"

"Yup!" Serina kembali memandangku. Matanya bersinar-sinar, meruntun hati setiap yang melihat. Rambutnya masih perang, terurai kemas dibahu. Nasib baik dia tidak bermata biru. Sambil menanti makanan yang dipesan sampai, dia memainkan hujung jemarinya di jemariku. Jari-jari yang halus kalau dibandingkan dengan jemariku yang kasar dan kekar. Aku tak dapat bayangkan andainya jari-jari kasar ini jatuh ke pipi Ain tempohari, pasti seumur hidup dia tidak akan menghampiriku. Kerana seumur hidupku juga, tidak pernah aku
berkasar dengan mana-mana wanita. Walau sebingit mana, sesakit mana pun telinga aku mendengar kata-kata sindiran terutama ketika di sekolah dulu, tidak pernah terlintas di hatiku rasa dendam, sakit hati atau dengki terhadap mereka. Jadi, kenapa aku harus memulakannya terhadap Ain. Bagi aku, mereka adalah golongan istimewa walaupun aku bukan pemuja mereka. Bukan pemburu
mereka.

"Qel......"Aku angkat muka. Renungan Serina tepat ke wajahku. Adakalanya aku kalah pada renungan itu. Renungan yang adakalanya membawa aku ke satu situasi yang menguatkan hati bahawa Serina adalah pilihanku yang tepat! Tapi entahlah.... seringkali dorongan hati tak seiring dengan tingkah laku. Hati selalu berkata-kata tetapi gerak laku tidak menggambarkannya.

"Qel, kenapa you senyap?"Jariku dicuit. Aku senyum nipis.

"I terkedu sekejap, tengok you cantik sangat malam ni..."Serina tersenyum lebar.
"I memang cantik, sejak baby lagi..."Dia ketawa. Aku tahu, memang itu
jawapan yang sering dia berikan tiap kali aku memujinya.

"Macamana dengan plan you nak start keja tu?"Aku mengalih topik.

"Oh itu! Qel..... I tak nak citer pasal kerja. I just nak inform, I dapat offer dari satu agency kawan I. You ingat lagi Elisa.?" Aku angguk.
Elisa amoi berkaca mata itu. Dulu waktu mula-mula aku kawan dengan Serina, Elisa kerapkali pandang serong pada aku. Bercinta dengan lelaki Melayu. Sesuatu yang janggal pada dia, mungkin. Tapi lama-kelamaan dia dapat menerima aku. Bercinta dengan lain bangsa bukan bermakna dia perlu menjadi bangsa tersebut. Biarkan ia lahir dan terbina dengan sendirinya. Sampai saat ini pun aku tidak pernah meminta Serina menjadi seorang Melayu. Memakai baju kurung, makan menggunakan tangan atau membatasi pergaulan. Terpulanglah pada dia untuk menjadi dirinya yang sebenar. Cuma Serina lama kelamaan sendiri tahu, sikap aku yang tidak gemarkan pakaian yang terlalu terdedah, atau kemanjaan yang
berlebihan. Selebihnya, terpulang pada dia. Malah, aku tidak pernah memaksa dia untuk mempelajari tentang Islam. Aku tahu sampai sekarang Serina 'kosong' tentang agamaku itu.

"Habis tu, you terima ke offer dia? Sampai bila you nak free macam ni?"

"It's depends to you, Haiqel"

"Maksud you?"

"Depends on your decision."Serina menguntum senyum. "Macamana, you dah decide?" Aku tarik nafas dalam-dalam. Kata-kata Serina semasa di kafe tempohari masih jelas dalam ingatanku. Rancangannya benar-benar mengejutkan. Sesuatu yang mustahil.

"Qel.... you kena buat keputusan dalam minggu ni jugak .Next week I akan bertolak semula ke Paris."

"I macam tak confident."Jawabku teragak-agak.

"Apa yang you tak confident. I bukan nak ajak you kahwin kat sana. I nak bawa you jumpa daddy dan relatives kat sana."

"And then?"

"And then...... it's up to you!"

"Kita nikah?" Meluncur perkataan itu dari mulutku. Serina terdiam.

"Are you serious, Qel?"Aku mengangguk. Serina tersenyum lebar.

"You kena jumpa daddy dulu. Lepas tu kalau kita nak nikah, I tak kisah..." Genggaman semakin erat.

"You sedia jadi isteri I?"Serina mengangguk.
”Sedia masuk agama I?"Dia terdiam seketika. Sejurus kemudian baru dia
mengangguk.

"You tak menyesal nanti?"Geleng. Helaan nafasnya kedengaran.

"I sayangkan you, Qel. I tak kisah kena tukar agama atau whatever, as long as I dapat dengan you. Parents I pun tak halang. I rasa, I dah sedia...."Dia bersuara perlahan sambil matanya tunak memandangku.

'Once you tukar agama, you kena tukar semuanya. Life you akan berubah..... I tak nak you masuk Islam semata-mata untuk kahwin dengan I. It's more than that. You dah fikir habis?"

Serina diam.

"I tak nak paksa you...."

"I buat semua ni bukan kerana terpaksa. I dah lama fikirkan. I sedia..." Terhenti sebentar kerana makanan yang dipesan telah tiba. Agak lama menanti pelayan itu menghidangkannya satu persatu. Penuh tertib. Aku segera menyedut minuman kerana sudah terlalu haus sejak tadi.
"Tapi, you akan ikut I kan?"Serina bersuara.

"Ke Paris?" Dia mengangguk. Aku tarik nafas dalam-dalam. Kalau aku turutkan permintaan Serina, bermakna aku harus lupakan semua yang aku alami sekarang ini. Bersetuju bermakna separuh dari hatiku adalah untuk Serina. Bermakna aku harus tidak menaruh apa-apa harapan pada Ain lagi. Dan bermakna aku akan mengambil satu tindakan yang akan memberi kesan yang panjang pada masa depan aku. Lupakan Ain dan langsaikan segala perjanjian bodoh itu hujung tahun ini?

"Ok, you ikut I. Just untuk jumpa daddy. Itu saja. No nikah, no kahwin. I pun tak nak paksa you. Yang penting you mesti jumpa daddy dulu.... you nak kawin sekarang atau in future, itu terpulang. I tetap akan tunggu"

Aku mengamati wajah Serina lama. Gadis itu jujur, aku tahu. Dia tak jemu-jemu berusaha untuk memilikiku. Dia selalu mengharapkanku. Entah. Tidak adakah lelaki lain yang dapat mencuit hatinya. Di luar sana, masih ramai lagi. Tapi dia tetap setia pada aku. Kalau aku kawin dengan dia pun, aku takkan rugi apa-apa. Aku masih boleh bahagia. Cuma, mungkin sebahagian dari cara hidupku akan berubah, kerana perbezaan taraf dan budaya. Mungkin awal-awalnya akan wujud sedikit kesulitan tetapi ia masih boleh diatasi. Aku sendiri pernah melihat golongan ini.
Di Nottingham dulu, teman sekolejku, Huzair sendiri jatuh cinta dengan warga sana. Malah sempat menikah lagi. Aku tengok bahagia saja. Tapi sekarang memang aku tidak pernah tahu lagi tentang mereka. Masih bersama ker.... atau sebaliknya. Aku tahu cinta mengatasi segalanya. Bila tiada rasa cinta, semuanya akan porak peranda. Dan aku tahu, masih ada cinta untuk Serina, kalau itu yang dinamakan cinta. Dan masih ada peluang untuk aku hidup bahagia dengannya.

"Serena...."Aku bersuara perlahan. Serina membalas renunganku.

"I tak janji untuk ikut you, tapi I akan fikirkan. I kena settlekan hal office dulu, kemudian baru kita plan sama-sama ok?"Serena tersenyum lebar. Digenggamnya jemariku erat.

"I'll call you tommorrow?" Dia mengangguk pantas.

****************************************

"Haiqel!"Aku toleh belakang. Faizal menggamit aku kepadanya. Aku buka pintu kereta dan memasukkan fail-failku di kerusi sebelah pemandu.

"Aku ada hal nak cakap dengan kau"Dia sudah hampir kepadaku.

"Hal apa? aku kena pergi Maju tech ni"

"Pasal Maju tech la ni aku jumpa kau"Mukanya berkerut, menahan panahan
matahari pagi. Aku berdiri berpeluk tubuh, bersedia menanti kata-kata yang akan keluar dari mulut lelaki itu. Sejak pertemuanku dengannya tempohari,
aku akui sudah jarang benar aku berbual-bual dengan lelaki ini.

"Kenapa kau ke Maju Tech?"

"Maksud kau?"

"Aku yang handle projek ni, kenapa tiba-tiba Dato' suruh kau pergi?"

"Aku tak tahu!"Aku angkat bahu.

"Kau jangan nak kelentong Qel. Kau sengaja ambil alih projek ni, kan?"Wajah Faizal mencuka.

"Dato tak suruh pun aku ambil alih projek ni. Dia tak ada mention apa-apa. Dia cuma minta aku follow up. So pagi ni aku kena pergi.."Balasku.

"Samalah tuh!"Faizal mendengus. "Dia suruh kau follow up, maknanya dia suruh kau ambil alih. Dia kan tahu aku yang incharge projek ni. Kenapa tak suruh aku follow up, kenapa suruh kau?"Suaranya meninggi.

Aku menggeleng sambil menarik nafas panjang. Aku sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba Dato minta aku ke Maju Tech. Memang selama ini Faizal yang menguruskannya.

"Aku rasa tak salah kalau aku tolong handle. Ini projek usahasama kan... semua orang terlibat..."

"Ya... aku tahu. Tapi kau sepatutnya uruskan projek kat Sarawak tu. Takkan dua-dua sekali kau nak jaga?"

Aku menggeleng lagi.

"Aku ikut arah Dato', itu saja. Kalau kau nak tahu kenapa, lebih baik kau tanya Dato sendiri.."

"Kau memang sengaja pintas aku. Semua projek kau nak kaut. Kawan apa kau ni Haiqel?" Hati aku jadi panas tiba-tiba.

"Kalau kau tak suka aku secara personal. It's ok. Aku boleh terima. Tapi kalau sampai kau nak sabotaj aku...."

"Jai!.... kau cakap apa ni. Kau ingat aku nak sabotaj kau. Kau jangan nak tuduh sembarangan. Kalau kau betul-betul tak puas hati, kita boleh jumpa Dato sama-sama.."

"Ah.... blah lah!" Faizal mengangkat tangannya. Matanya merenung tajam ke arahku. Aku jadi bingung dengan lelaki ini. Marahnya kelihatan benar.
"Faizal, aku tak nak kau campur aduk hal personal dengan kerja. Kau marah aku pasal Ain?"

"Kau pun sama Haiqel. Kau tak suka aku kawan dengan Ain, sampai hal kerja pun kau nak halang aku?"

"Jai... kau dah salah sangka...."

"Whatever lah! Aku memang betul-betul frust dengan kau Qel... kau bukan kawan yang jujur!"Dia bersedia untuk berpaling.

"Jai.. kau tak boleh tuduh aku macam tu...."

"Pi jahanamlah...."Faizal berpaling untuk melangkah. Aku termangu. Benar-benar tidak sangka dengan anggapan dia terhadapku. Rasa macam tak nak pergi ke Maju Tech itu. Ahh..... Dato... kenapa tiba-tiba suruh aku pulak.... tak pasal-pasal aku kena tuduh bukan-bukan..

****************************

Ain berdiri di tepi katil. Melihat aku yang sedang memasukkan pakaian ke dalam beg. Serba salah aku dibuatnya. Waktu aku turun tadi aku lihat dia masih bersama mak, mengemas dapur. Aku naik ke atas semula untuk menyusun pakaian. Tiba-tiba dia muncul di depanku. Cepat-cepat aku letak kembali beg ke dalam almari.

"Qel nak pergi mana, berkemas ni?"Wajah Ain berkerut memandangku.

"Er..... tak ke mana-mana. Berkemas.... mungkin Qel akan pergi kursus tak lama lagi..."Balasku acuh tak acuh.

"Bila, hujung minggu ni?"Aku menggeleng. Tidak ku pandang wajahnya. Takut dia dapat melihat air mukaku.

"Tak tahu lagi. Kemungkinan besar..."

"Minggu ni Qel ada masa lapang tak?"Aku pandang sekilas.

"Kenapa?"

"Ain ingat nak balik kampung..... ayah tak berapa sihat..."Ain bersuara perlahan. Aku tarik nafas panjang. Hujung minggu ini rancangan aku untuk bersama Serina. Aku sudah buat keputusan. Baru dua hari yang lepas aku telefon Serina untuk mengesahkan persetujuanku. Dan malam ini aku sudah mula berkemas.

"Ayah telefon ke tadi?" Ain angguk.

"Ayah suruh balik?"

"Mak yang call. Ayah tak suruh balik... tapi Ain ingat nak tengok ayah.... lama rasanya tak balik..."Dia mengeluh. Aku menghampiri Ain. Teringat pertelingkahan tempohari. Aku sedar sejak hari itu Ain seperti cuba menjauhkan diri. Waktu makan diam, waktu pergi kerja pun diam. Cuma hari ini saja tiba-tiba dia bersuara. Mungkin dia ingin aku menemani dia pulang ke kampung. Aku tahu, sudah lama aku tak jengok Pak Long dan nenek di kampung. Sejak majlis kahwin hari itu, aku tidak terfikir untuk pulang ke kampung.

"Ain nak balik minggu ni?"Tanyaku lagi. Ain angguk.

"Qel tak boleh ke?" Aku renung wajah Ain sungguh-sungguh. Takkan aku nak suruh dia balik kampung seorang. Naik bas pula. Apa kata Pak Long nanti. Dulu, bila Ain berkeras hendak balik kampung naik bas, aku terpaksa izinkan walau puas Mak berleterkan aku. Bukan aku tak nak hantar. Tapi Ain yang tak mahu tunggu aku. Hujung minggu ini pun sudah pasti aku tak dapat pulang sama. Aku sudah suruh Tipah bookingkan flight tiket ke Paris.

"Nanti Qel fikirkan samada nak balik atau tidak... hujung minggu ni Qel memang ada hal......"Ain tampak kecewa.

"Kalau macam tu Ain naik bas sajalah......"Dia tersenyum tawar. Aduh....... kalau naik bas gerenti mak akan bising kat aku. Dulu pun setengah hari dia berleterkan aku. Kali ini, pasti lebih teruk lagi.
"Nantilah Qel bagitahu kemudian..."Ain berpaling ke pintu. Menoleh ke arahku sekilas.

"Emm... kalau Qel sibuk, tak apalah. Kita boleh balik minggu depan. Nanti Ain telefon mak.."Ain buka pintu. Sejurus dia berlalu.

*******************************

Aku dah agak, mak akan marah aku. Pagi-pagi lagi, sewaktu sarapan tadi dia dah jeling aku. Bila Ain naik ke atas sekejap, dia terus tarik tangan aku.

"Qel nak kemana minggu ni?"Suara mak keras.

"Kenapa, mak?"

"Kenapa tak balik kampung sekali dengan Ain?" Aku menggeleng.

"Qel ada hal minggu ni.... tak boleh balik. Ain kata dia nak balik minggu epan aja....."Balasku.

"Pak Long kau tu tak berapa sihat. Qel pun dah lama tak balik kampung, kan?" Aku berjalan ke arah pintu."Mak ingat nak balik kampung sabtu ni, kita balik sama-sama ya...."

"Tak boleh mak, Qel ada hal...."Aku mendengus."Hal company.... mak balik dengan Ain sajalah...."

"Kau ni Qel..... ingatkan lepas kawin, berubah. Pun liat jugak nak balik kampung...."

Aku memerhatikan anak tangga. Menanti Ain yang belum turun-turun. Cuaca hari ini agak mendung. Mungkin hujan akan turun. Segera aku masukkan payung ke dalam kereta. Hari ini aku harus ke Maju Tech lagi. Semalam, bila Faizal marah-marah, aku fikir aku tak akan ke sana lagi. Tapi pulang dari Maju Tech Dato sudah mengingatkan aku agar bersiap sedia dengan maklumat-maklumat untuk mesyuarat pagi ini. Apa lagi yang hendak dimesyuaratkan ntah! Aku pun tak tahu. Aku masuk semula ke rumah, dah lihat Ain sudah berdiri di sebelah mak. Dia bersalam dengan mak sebelum masuk ke dalam kereta.

"Ain minta mak balik kampung hari ini"Ain bersuara sebaik masuk ke dalam kereta. Aku sedikit terkejut.

"Kenapa?"Ain tersenyum

"Tolong tengokkan ayah. Ain tak sedap hati. Biarlah mak balik dulu. Kita balik minggu depan je..."Aku mengeluh dalam hati. Nak marah pun tak boleh juga. Hati seorang anak. Tentunya dia risau dengan keadaan ayahnya. Lainlah aku. Ayah sudah lama meninggal, tinggal mak saja yang perlu aku risaukan. Itu pun mak tinggal bersamaku. Mungkin lain keadaan yang dirasakan Ain. Aku mendiamkan diri, kerana tahu aku tidak boleh marah-marah Ain sesuka hati. Aku yang tak mahu balik kampung. Jadi aku tidak boleh marah dengan tindakan yang dia ambil. Terpulanglah. Yang penting, rancangan aku dah Serina berjalan lancar.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 16


Aku tarik nafas dalam-dalam. Semakin pintu bilik itu ku hampiri, semakin berdebar perasaanku. Sambil mengepit fail-fail yang aku bawa ke Maju Tech tadi, aku mencongak-congak ayat yang akan ku lontarkan nanti. Aku tahu, aku tidak begitu bersedia, tapi aku harus lakukan juga. Tinggal hari ini saja. Aku mesti lakukannya. Surat yang aku selitkan bersama-sama fail tadi aku pastikan tidak tercicir di mana-mana. Surat itu telah kusiapkan sehari sebelumnya, dan hari ini adalah hari yang sesuai untuk kuberikan surat tersebut. Pintu ku ketuk beberapa kali, dan tanpa menunggu suara dari dalam,aku terus membukanya. Dato Rustam kelihatan sedang berbual di talian. Dia mengangkat tangan menyuruh aku duduk. 5 minit menanti perbualan berakhir, sempat juga aku mengatur ayat yang sesuai dan logik. Aku rasa tentu Dato Rustam tidak keberatan kerana sudah agak lama juga aku tidak mohon bercuti. Cuti tahunanku masih banyak lagi. Sebaik Dato Rustam meletak gagang, aku terus bersuara.

"Encik Fathil dari Maju Tech kirim salam pada Dato.." Dato tersenyum sambil mengangguk.

"Encik Fathil tu anak sedara saya...." Aku sedikit terkejut,"Macamana dengan meeting pagi tadi?"Tangannya mencapai fail yang aku letakkan atas meja.
"So far, semua berjalan dengan baik Dato. Tak ada penangguhan bekalan seperti yang kita dengar sebelum ini. Mereka dah confirmkan perkara ini." Dato mengangguk.

"Inventory untuk bulan lepas juga kita dah selesaikan. Kita boleh claim material yang tak sampai lagi tu.."

"Bagus,....rasanya awak proceed saja projek ni...."Dato Rustam pandang aku. Aku tarik nafas dalam-dalam.Cuba untuk memulakan kata.

"Err...Dato...saya rasa saya tak dapat nak proceed projek ni buat masa sekarang....." Cepat-cepat surat yang ku kepil tadi ku letakkan di depannya. Berkerut muka orang tua itu.

"Surat apa ni?"

"Err....borang...borang cuti saya. Saya mohon untuk bercuti selama seminggu." Balasku perlahan.

Dato Rustam buka surat itu dan membacanya seketika. Berkerut-kerut wajahnya.

"Cuti seminggu? Start Isnin ni?"Aku mengangguk.

"Awak nak kemana?"Aku telan liur. Takkan aku nak cakap aku ke luar negara nak jumpa bakal bapa mentua. Tergelak besar mungkin orang tua itu
"Er...personal matter Dato..saya nak ambil cuti untuk selesaikan beberapa perkara..."Aku harap Dato tak akan tanya lebih lanjut. Tak reti aku nak kelentong lebih-lebih.

"Tapi projek usahama dengan pemaju Sarawak tu belum habis fasa pertama. Awak incharge sepenuhnya fasa pertama nie...."

"Saya tahu Dato, tapi saya betul-betul perlukan masa untuk selesaikan perkara ini..."

"Emmm....pasal Pak Long kamu? "Hah?...kenapa tiba-tiba dia sebut pasal Pak Long aku?

"Saya baru saja luluskan cuti untuk Ain Fathihah, sepupu kamu tu." Dato
pandang aku tanpa berkelip.

"Ain cuti? bila?" Aku terkejut.

"Pagi tadi dia jumpa saya. Dia minta cuti sampai minggu depan. Pasal hal yang sama ker kamu berdua minta cuti ni?"Aku terdiam. Ain tak pernah pula bagitahu aku dia hendak bercuti, sampai seminggu pula tu. Adakah kebetulan?

"Ayah Ain sakit di kampung, betul?"Aku kembali pandang Dato. Tanpa disedari kepalaku mengangguk.

"Pak Long memang sakit,....sakit berulang, payah nak sembuh. Err...sebab tu saya perlu uruskan beberapa hal keluarga. Ain tak ada bagitahu ker?"Aku sudah sedikit yakin.

"Emmm...."Dato menarik nafas panjang. Seketika dia memandangku.

"Kamu cuti, bermakna saya serahkan projek ni pada Faizal?" Aku senyum.

"Saya tak kisah Dato, yang penting, projek ni berjalan lancar."Balasku. Aku lihat Dato seperti tidak ceria.

"Saya lebih yakin pada awak Haiqel, sebab itu saya mahu awak yang uruskan. Awak tengok apa dah jadi pada Maju Tech. Dah 2 kali tertunda. Saya tahu Faizal memang buat kerja, tapi dia tak secekap awak. "Dato mengeluh. Aku tersenyum dalam hati. Rasa bangga juga bila diberi kepercayaan sebegitu.

'Faizal boleh buat Dato, cuma dia lambat sikit. Untuk sementara biarlah dia incharge untuk kedua-dua projek ini. Mustaqim dan Farid pun boleh support. Nak mereka lebih cekap, kenalah dedahkan pada pengalaman..."Ceh, pandai pula aku mereka ayat.Aku lihat Dato termenung seketika. Aku tahu dia berat nak lepaskan aku.

"Saya berat nak biarkan awak pergi. Tapi saya tak boleh nak paksa awak juga. Emm....macam ni lah.....saya luluskan cuti awak seminggu, tapi balik nanti awak kena mulakan fasa kedua projek Sarawak tu." Aku mengangguk. Aku rasa ia bukanlah masalah besar. Selesai urusanku di Paris nanti, aku akan segera kembali ke Malaysia.

Sebaik keluar dari bilik Dato, aku tersenyum lebar. Selesai masalah aku yang pertama. Selepas ini aku boleh pulang ke rumah, berkemas-kemas untuk esok. Aku tak mahu fikir perkara lain lagi. Tentang aku dan Ain, tentang aku dan Faizal atau tentang aku dah Iskandar.Ah...lantak lah! Malas aku nak fikirkan hal diorang lagi. Cuma satu je yang aku tak berapa puas hati. Dalam diam-diam, Ain telah mengambil cuti. Aku tahu dia hendak pulang ke kampung. Tetapi kenapa
sampai cuti seminggu. Memang dia tidak pernah beritahu aku tentang hasratnya itu. Yang paling aku sakit hati, bila aku tanyakan Tipah tadi, gadis itu memberitahu Ain sudah ambil cuti setengah hari. Dan dia ada tinggalkan pesanan atas mejaku. Dia ambil teksi untuk pulang ke rumah tadi. Sampai macam tu sekali? Benci sangat ke dia padaku?

Masuk ke bilik, aku terus kemas barang-barang aku. Fail-fail dan dokumen-dokumen yang akan aku serahkan pada Faizal nanti aku kumpulkan dalam satu kotak. Rasa macam nak berhenti kerja pula. Aku memaklumkan pada Suzy tentang cutiku ini. Aku tak mahu mereka tercari-cari aku nanti. Sementara Faizal pula, tidak kelihatan. Aku tahu dia keluar tadi dan mungkin pulang selepas lunch.. Aku perlu tunggu dia kerana ada perkara yang aku ingin selesaikan dengannya. Hari ini aku rasa fikiranku benar-benar lapang. Tidak ada lagi bebanan kerja yang harus difikirkan. Hanya satu yang masih belum selesai. Ain Fathihah.

10 minit sebelum waktu habis kerja, aku turun ke bawah. Melihat Tipah yang sedang mengadap cermin kecilnya. Tersipu-sipu dia bila menyedari kedatangan aku.

"Err...you cari Faizal kan Qel. Tuuu...dia ada kat luar tu...."Mulutnya memuncung. Aku segera beredar ke luar. Memang benar. Kelihatan Faizal baru memberhentikan keretanya. Aku menunggu lelaki itu betul-betul di depan keretanya. Faizal tiada reaksi bila melihatku. Nyata sakit hatinya masih berbekas lagi-mungkin.

"Kau ke mana?"

"Kenapa kau nak ambil tahu?" Jawabnya acuh tak acuh.

Aku senyum tawar.

"Aku memang tunggu kau...." Wajah lelaki itu berkerut."Ada hal sikit nak cakap dengan kau...'

"Kalau pasal Maju Tech, baik kau discuss dengan Dato saja. "Dia sudah berdiri di hadapanku. Wajahnya memerah.

"Pasal Maju Tech pun betul jugak...."Dia menjuih. Tidak pandang wajahku langsung

"Cepatlah aku nak naik atas ni..."

"Nanti dulu Jai....perkara ni mustahak. Aku nak kau dengar. "Aku telan liur. "Pasal Maju Tech, kau bertanggungjawab...."

"Nak bertanggungjawab apa lagi....Dato dah suruh kau uruskan, bukan?

Aku dah tak terlibat apa-apa lagi. No concern!" "Bukan aku. Kau yang uruskan nanti. Termasuk projek Sarawak tu. Ni .....kau tolong tengokkan dokumen-dokumen ni. Simpan semasa ketiadaan aku." Aku letakkan kotak atas bonet depan keretanya.

"Kau ni cakap apa?"

"Aku cakap........kau incharge untuk kedua-dua projek tu. Aku surrender. Aku dah ambil cuti 2 minggu. "Suaraku mendatar." Naik nanti kau jumpa Dato. Ada banyak perkara dia nak bincang dengan kau"Faizal termangu. Tampak bingung

"Aku tak jaga lagi projek ni. Aku serahkan pada kau. Bukan kerana aku nak ambik hati kau ke apa....tapi aku memang dah lama rancang. Aku tak tahu nak balik sini semula atau tak...."Aku pandang wajah lelaki itu. Sedikit kegusaran terlihat pada riaknya.

"Kau resign?" Aku senyum.

"Aku ambil cuti jer..tak lama. Sementara tu kau tolong jaga projek-projek ni. Dato harapkan kau!" Sepi seketika. Aku bersiap sedia untuk beredar. Tetapi ada sesuatu yang berlegar dalam fikiranku. Aku berpaling kembali pada Faizal.
"Dan lagi satu, aku nak kau tahu. Aku tak kisah kalau kau menyayangi

Ain. Tapi kau takkan memiliki dia. Sori, Faizal."Wajah Faizal berubah.

"Aku takkan halang kau kalau benar Ain masih sendiri. Tapi Ain sudah
dimiliki. Kalau kau masih sanggup tunggu, terpulang...."

"Apa maksud kau...."Teriak Faizal bila melihat aku sudah mula melangkah.

"Cukup kalau kau tahu....Ain itu isteriku!" Aku berpaling dan terus melangkah. Faizal memanggil-manggil namaku, tapi ku biarkan saja. Biarlah. Biarlah dia terpinga-pinga begitu. Biarlah dia bingung atau apa saja. Yang penting dia sudah tahu kenapa aku tidak pernah setuju dengan hasratnya itu.

**********************
Waktu memasuki Taman Gasing Indah, jam tanganku baru melewati pukul 6. Agak cepat hari ini kerana aku keluar awal tadi. Selepas bertemu Faizal, aku langsung memandu pulang. Aku masih dapat melihat wajah bingung Faizal waktu dia memandangku. Mungkin dia terkejut dengan peneranganku tadi. Tapi.... biarlah. Yang nyata Ain masih lagi isteriku, dan dia tiada hak langsung untuk mengubah keadaan itu. Lainlah kalau perjanjianku dan Ain berakhir hujung tahun ini.

Kanak-kanak yang bermain bola di padang, kelihatan riang sekali. Aku tersenyum sama. Selalu aku melihat pemandangan begitu. Dan di sebelah kanan pula, gerai-gerai kecil dipenuhi anak-anak muda. Menikmati goreng pisang panas atau nasi lemak bungkus. Lama rasanya aku tidak singgah di gerai-gerai itu. Dulu-dulu selalu juga aku singgah pekena goreng pisang atau roti canai waktu malam. Tetapi sejak akhir-akhir ini, jarang sekali.

Aku memperlahankan kereta kerana sudah memasuki lorong ke rumahku. Ada sebuah kereta tersadai di depan pagar sana. Seperti pernah kulihat kereta Wira warna perak itu. Aku berhentikan keretaku di belakangnya. Segera keluar dengan perasaan yang serba tak kena. Pagar ku tarik pantas. Terlihat seorang lelaki sedang mundar mandir di depan rumah. Iskandar! Darahku serta merta naik ke muka. Jantan ni buat apa kat sini? Tak habis-habis kacau bini orang. Patutlah Ain ambil cuti seminggu. Dan hari ini pula sanggup naik teksi balik ke rumah tanpa pengetahuanku. Rupa-rupanya dan berjanji dengan lelaki keparat ini.
Sialan!!. Aku mempercepatkan langkahku.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 17


"Buat apa kau ke sini?" Lantang suaraku sebaik sampai di depan Iskandar. Iskandar betul-betul terkejut. Dia berundur ke belakang.

"Saya....ada hal dengan Ain..."Suaranya teragak-agak.

"Kau nak jumpa dia, kenapa tak mintak izin aku. Dia kan isteri aku!"

"Saya tahu.....saya......"

"Kau ni kurang ajar!"Aku menerpa ke arah Iskandar. Dia cuba mengelak tetapi tidak sempat. Tubuhnya memang lebih besar dari aku, tapi peduli apa!


"Haiqel!" Kedengaran suara menjerit. Ain muncul dari pintu. Iskandar sempat menoleh dan disaat itu penumbuk aku sudah pun melayang ke mukanya.

"Aduh!" Lelaki itu terhuyung hayang. Cuba mengimbangi tubuhnya. Aku mahu menerpa lagi tetapi Ain dengan pantas menarik lenganku.

"Qel....sudahlah...."Dia memelukku sambil menangis. Bahunya terhinggut-hinggut.

"Ain ke sana!" Aku cuba melepaskan tanganku. Sekali hayun Ain terdorong ke depan. Satu jeritan kecil keluar dari mulutnya.

"Haiqel......"Lirihnya perlahan sambil menggeleng kepala. Aku pandang kembali Iskandar yang masih menekup mulutnya. Aku pasti bibirnya pecah dek penumbuk sulungku itu. Aku rasa agak kuat jugak kerana jemariku sendiri terasa sengal-sengal dan kebas. Tapi Iskandar tidak bergerak. Tidak ada tanda-tanda ingin menyerang balas. Dia mengonyoh-gonyoh bibirnya beberapa kali. Ada cairan merah di situ. Aku menarik nafas, sedikit puas. Sekurang-kurangnya terbalas rasa sakit hatiku selama ini.

"Baik kau pergi dari sini....sebelum aku naik antu lagi...."Suaraku mereda seketika. Iskandar menggeleng.

"Biar aku terangkan dulu....."

"Tak payah!" Pintasku. "Buang masa aku aje. Baik ko blah cepat....sebelum aku terajang!"

"Haiqel!"Ain bersuara tiba-tiba.

"Kau pun diam! "Herdikku kuat. Ain terkejut. Terkebil-kebil matanya memandangku bagai tidak percaya. "Kau pun satu. Semua jantan kau layan. Tak
cukup dengan Faizal, mamat tak tahu malu ni pun kau nak layan jugak....kau
ni perempuan apa!"Ain terpaku. Peduli apa aku. Selama ini aku berdiam, makin
naik lemak dia rupanya.

"Haiqel...tolong jangan cakap Ain macam tu...."

"Habis, aku nak cakap apa lagi....kau buat aku macam ni...aku nak diam ajer?"

"Haiqel, jangan salahkan Ain dalam perkara ni.."Iskandar menyampuk dengan suara sengau-sengau kerana mulut pecah.

"Kau jangan nak masuk campur. Kerana kau lah kitaorang jadi macam ni. Kenapa kau ni buzybody sangat. Dulu kau tinggalkan Ain terkontang kanting...sampai aku jadi pak sanggup. Lepas tu kau datang balik nak tuntut dia? Kau ni manusia apa...tak ada perasaan ker? Tak ada malu ke?" Aku mencekak pinggang.

"Aku datang bukan nak tuntut Ain, Bukan!"Iskandar cuba mendekatiku.

"Sudahlah....tak payah lah kau nak berpura-pura. Bukan sekali aku nampak kau bersama Ain. Kalau kau betul-betul jujur, kau tak akan jumpa sembunyi-sembunyi macam ni kan?"

"Aku hanya turut permintaan Ain...." Aku tersengih.

"Oh....jadi Ainlah yang masih inginkan kau. Ain yang ingin kembali dengan kau?"

"Tak Haiqel....Ain tak bermaksud begitu...Ain tak pernah....."Ain menarik tanganku. Disembamkan mukanya ke dadaku. Aku jadi panas. Segera aku lepaskan diriku darinya. Air matanya Ain laju menuruni pipi.

"Ain tak pernah fikir macam tu. Ain tak mahu berpisah Haiqel....

"Kenapa tak mahu berpisah. Bukankah itu yang Ain tunggu selama ni. Kalau benar Ain nakkan si Iskandar ni, Qel sanggup lepaskan"

"Qel!"Ain terjerit halus. Air mata semakin banyak membasahi pipi. Dia menggeleng-geleng.

"Bagaimana Ain ingin kembali pada orang yang tidak Ain cinta......"Aku tersenyum.

"Uh, tunang sendiri pun tak cinta? Pelik!"Aku menjuihkan bibir. "Habis, kalau bukan Iskandar, siapa? Faizal?"Aku renung Ain tajam. Ain menggeleng lagi.

"Ain tak cinta pada siapa-siapa..." Dia tersedu-sedu. Diseka airmata yang berjuraian.

"Emm..bagus! Bercinta dengan orang lain tunang dengan orang lain, kawin dengan orang lain. Apa yang Ain nak sebenarnya ni?"

"Ain cuma inginkan cinta Ain yang sebenarnya....."Aku menggeleng.Pening aku layan perempuan ni.

"Sudahlah Ain......Qel dah tak sanggup nak hadapi semua ini. Qel surrender. Kalau Ain nak tinggalkan rumah ni, nak cari cinta lama Ain tu, Ain pergilah. Qel tak halang!" Aku berpaling. Iskandar terkaku di pintu pagar.

"Qel....Ain takkan kemana-mana. Cinta Ain bukan diluar sana. Cinta Ain ada di sini, dirumah ini...."Ain mengesat air mata. Semakin dikesat,semakin berjuraian ia. "Kenapa Qel tak pernah tahu...hati Ain..." Aku kembali berpaling kepadanya.

"15 tahun Ain simpan cinta ini...dan Ain tahu ia takkan kesampaian.....jadi kemana saja harus Ain pergi. Sedang cinta untuk Ain tidak pernah ada......Ain tak mampu untuk milikinya......"

"Ain cuba untuk memilikinya....tapi Ain tahu ia mustahil. Dia tak pernah tahu...

Aku mendekati Ain. Ada sesuatu yang menarik dari kata-katanya itu.

"Apa maksud Ain 15 tahun?"

"15 tahun....jarak perpisahan kita....sudah cukup untuk Ain tersiksa menanggung perasaan ini....."

"Maksud Ain.?" Hatiku menjadi semakin debar. Siapa yang Ain cinta? 15 tahun, lamanya!


Ain terdiam. Dia seakan baru tersedar. Perlahan dia mengundur langkah, ingin berpaling dariku. Cepat-cepat aku tarik tangannya.

"Apa maksud Ain sebenarnya...Apa?"Aku semakin tidak sabar. Ain menggeleng. Dengan teragak-agak dia bersuara.

"Ain tahu, perasaan ini tak sepatutnya wujud dalam diri Ain. Kita sepupu. Ain tahu itu.. mustahil untuk Qel balas cinta Ain. Tapi Ain tak mampu untuk menghilangkannya. Maafkan Ain...." Dia cuba melarikan diri tapi genggaman tanganku masih kejap.

"Maksud Ain?"

"Apa lagi yang Qel tak faham?" Ain mendongak, menentang mataku. "Perlukah Ain katakan betapa Ain mencintai Qel? Dan betapa Ain rasa bodoh, kerana mencintai Qel diam-diam, yang Ain tahu ia adalah mustahil untuk Qel menerimanya. Perkahwinan ini amat bermakna bagi Ain.....kerana ...."Ain menarik nafas seketika sambil menyeka air mata."...kerana Ain sangkakan Qel akan menerima Ain...tapi...Ain hanya bertepuk sebelah tangan....hanya Ain yang gembira dengan perkahwinan ini tetapi tidak bagi Qel.......Qel..sudahlah, Ain tak nak ungkit lagi hal nie..."Dia menarik tangannya pantas, berpaling untuk masuk ke rumah.

"Ain!" Langkahnya terhenti. Aku menghampirinya. Berdiri betul-betul dibelakangnya.

"Kenapa.....kenapa Ain tidak pernah memberitahu perasaan Ain pada Qel?"Aku sedikit sebak. Ain berpaling kembali kepadaku. Matanya yang berkaca memandang tepat ke wajahku.

“Siapa Ain di sisi Qel? Terlalu jauh beza antara kita. Ain hanya gadis kampung yang hanya memandang Qel dari jauh. Itu saja yang mampu Ain lakukan. Kasih ini telah lahir sejak kita kecil lagi Qel. Ain tak mampu membendungnya. Ain tahu Qel milik orang. Perkahwinan ini mungkin satu kesilapan. Ain tak kisah kalau Qel melepaskan Ain kerana Qel tidak pernah mencintai Ain. Tapi Ain nak Qel tahu, Ain tak pernah ada hubungan cinta dengan Iskandar mahupun Faizal.....itu semua satu kepuraan!"

Aku terkebil-kebil memandang Ain. Penjelasan yang sungguh tidak disangka.

"Saban hari Ain terpaksa menahan perasaan. Mengharapkan belaian. Ain bersabar. Cinta tak boleh dipaksa. Setiap hari Ain berdepan dengan orang yang Ain cintai,tapi......sayangnya...Ain tak mampu memilikinya. "Ain tersedu. Cepat-cepat dia mengesat air mata. "Ain saja berbaik dengan Faizal, Ain ingin duga hati Qel. Kerana Ain ingin tahu perasaan Qel sebenarnya. Tapi........"

"Tapi?"

"Tapi....bila Serina hadir, Ain tak mampu nak teruskan lagi. Ain tahu Ain telah tewas. Dia terlalu sempurna untuk Qel...."

"Ain!" Hatiku bagai luruh ke bumi. Sungguh, aku tak sangka semua ini.

"Ain tak mahu teruskan kepuraan ini. Ain rela Qel bersama Serina kerana Qel memang miliknya. Tapi bagilah peluang untuk Ain bersihkan nama. Ain tak pernah buat jahat dengan sesiapa, Baik Faizal mahupun Iskandar. Ain nak Qel tahu tu" Dia menarik nafas dalam-dalam, sudah berjaya mengawal sebaknya.

"Tapi Faizal menyukai Ain...."

"Ain tahu.....mungkin Ain silap di situ. Ain tahu perasaan dia, tapi Ain tidak mengelakkannya. Ain sengaja jadikan dia sebab untuk buat Qel cemburu, tapi ternyata....Ain yang cemburu. Ain cemburu melihat Qel dan Serena!"Ain pantas berpaling. Berlari meninggalkanku. Aku terkedu.


***************************************

Beg besar yang kaku di tepi katil aku pandang lesu. Sejak malam tadi aku biarkan ia di situ. Kerana sejak 2-3 hari yang lepas aku sudah mula berkemas sedikit demi sedikit. Aku tidak tahu samada ingin meneruskannya atau menangguhkan. Atau membatalkan. Seketika aku termenung memikirkan keputusan yang telah aku ambil ini.


"Tuk, tuk, tuk.."Terdengar pintu diketuk. Perlahan tapi cukup untuk menerjah ke pendengaranku. Aku berjalan ke arah pintu. Sebaik pintu dikuak, tersembul wajah Ain, yang sedikit pucat, dengan mata kemerahan.

Dia sudah siap bertudung dan cantik berbaju kurung.


"Ain nak ke mana?"Tanyaku gusar.

"Ain nak balik kampung..."Jawabnya perlahan. Wajahnya dipaling ke arah lain, seakan tidak mahu bertentangan denganku.

"Balik kampung?"Dia mengangguk.

"Ain nak minta izin Qel untuk pulang ke kampung. Ain dah telefon mak. Mak suruh minta izin Qel dulu."

Aku menarik nafas dalam-dalam. Merenung wajah Ain yang tampak tidak bermaya.

"Ain...."Aku menyentuh jemarinya. Dingin. Cepat-cepat dia tarik kembali tangannya.

"Kenapa Ain?" Aku merapatinya.

"Anggaplah Qel tidak pernah mendengar apa yang Ain katakan semalam."Dia bersuara perlahan."Lupakan saja..."

"Adakah Ain benar-benar mencintai Qel?" Ain mengangkat mukanya, tiada reaksi. "Bukan satu kepuraan?"

Dia tersenyum tawar.

"Ain tidak perlu berpura tentang perasaan Ain, Haiqel. 15 tahun Ain berpura tidak mengendahkannya, itu sudah cukup bagi Ain. Ain tak sanggup nak berpura lagi."Dia berpaling untuk beredar, tetapi terhenti seketika."Qel tak perlu fikirkannya. Ia tidak bermakna bagi Qel bukan? Ain katakan ini semua bukan untuk meraih simpati. Ain tak harapkan apa-apa. Cuma Ain rasa Ain dah lepaskan semua bebanan perasaan yang Ain pendam selama ini. Jangan anggap ia satu paksaan. Kembalilah pada orang yang memiliki Qel selama ini..."

Ain berlalu meninggalkanku. Tidak tergamak untuk aku mengejarnya. Walaupun hatiku meronta-ronta untuk menyatakan padanya bahawa aku turut mengasihinya, tapi aku tahu pasti ia sukar untuk diterima Ain. Aku tak mahu dia menganggap itu semua simpati semata-mata. Hatinya sudah terluka, aku tahu. Sukar untuk aku pujuk lagi mungkin. Atau aku sendiri yang masih belum pasti keputusan akhirku ini.

Aku kembali ke bilik, merapati tingkap yang terbuka lalu memandang ke bawah. Kelibat Ain sudah hilang dari pandangan. Aku memandang sayu teksi yang meluncur laju itu. Hatiku seperti ingin menangis kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Untuk menghalangnya, aku tak mampu. Aku tahu Ain takkan menerimanya. Mana mungkin tiba-tiba aku katakan tentang perasaan sayangku padanya. Tentang cinta dan pengharapanku. Pasti Ain sukar untuk menerimanya. Pasti dia anggap aku hanya berpura-pura. Hanya simpati semata-mata. Adakah aku seorang yang kejam. Membiarkan isteriku pergi begitu saja?

Segala-galanya sudah terlambat. Aku sudah pun buat keputusan. Rasanya sukar untuk aku berpatah arah. Serina sudah pasti sedang bersiap-siap sekarang. Malam tadi puas dia mengingatkan aku agar bangun awal pagi ini. Flight ke Paris berlepas sebelah tengahari. Pakaian dan barang-barang keperluan untuk seminggu di sana sudah di masukkan ke dalam beg besar awal-awal lagi. Pagi ini aku hanya perlu mandi dan bersiap seadanya. Enjin kereta juga sedang dipanaskan.

Aku menelefon mak dikampung. Memberitahu tentang urusan kerjaku yang memakan masa seminggu. Terpaksa aku membohongi mak buat kali pertama. Aku hanya katakan aku harus ke luar negara untuk mengendalikan satu projek syarikatku bekerja. Aku tidak tahu samada mak mempercayainya atau tidak. Yang nyatanya, rumah ini akan kosong untuk seminggu ini. Melainkan kalau mak ingin pulang semula. Aku rasa tidak, Mak kata dia akan lama di kampung bagi menemani Pak Long, yang menurut mak kesihatannya kembali buruk sejak seminggu dua ini.

Aku tahu aku bertindak kejam. Dalam keadaan macam ni pun aku masih pentingkan diri sendiri. Tetapi keputusan telah pun diambil. Borang cuti telah dihantar dan diluluskan. Semua kerja di pejabat yang belum diselesaikan telah kuserahkan kepada Faizal. Aku ingat lagi wajah lelaki itu waktu aku tinggalkan dia terpinga-pinga tempohari. Ah....balik cuti nanti akan kujelaskan semuanya. Agar kekeruhan antara aku dengan dia kembali jernih seperti sedia kala. Aku tak sanggup nak bermasam muka dengannya sepanjang masa.Tambahan, sudah jelas Ain tidak mencintainya.

Aku mengangkat beg besar, menuruni tangga. Agak berat kerana hampir separuh pakaian dalam almari aku sumbatkan ke dalamnya. Tak lupa sepasang baju melayu untuk hari pernikahan nanti. Itu pun kalau jadi. Menurut Serina, dalam masa seminggu nanti dia ingin aku lebih berdampingan dengan ahli keluarganya. Lebih-lebih lagi daddynya. Penting untuk mendapat restunya. Secara kasarnya orang tua itu tidak menghalang hasrat anak gadisnya untuk menjadi isteri seorang Melayu, tetapi Serina ingin memperkenalkan aku dengan lebih dekat lagi. Entah macamana aku sendiri setuju. Dan di KLIA nanti Serina akan ditemani mamanya, yang juga belum pernah aku temui.

Aku mempastikan untuk kali terakhir, segala tingkap dan pintu telah dikunci. Setelah memasukkan beg ke dalam kereta, aku mula memandu. Dari jauh, aku lihat sekali lagi rumah yang telah sepi itu. Segala-galanya tampak suram. Sesuram hatiku.


~~
episod sedih..sediakan tisu didepan komputer..



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 18(PRE-FINALE)


Sampai di perhentian lampu isyarat selepas Taman Gasing, telefon bimbitku berbunyi. Gesa-gesa aku mencarinya di dalam beg sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

"You kat mana Qel?"Suara Serina kedengaran nyaring. Tak sempat bagi salam, terus dia menerjah.

"Emm.....I baru keluar rumah dalam 5 minit. I ingat lagi setengah jam I sampai..."

"Jangan lambat tau....tapi takper...I pun on the way ni....flight ticket you jangan lupa bawa..."

"Dah...dah...I dah simpan dlm beg. Ok lah Serina...I tak guna handfree ni.... jumpa kat sana je la nanti.."Aku memasukkan gear.

"Ok honey...I tunggu...bye...."kedengaran ceria.

Aku kembali menumpukan perhatian pada pemanduan. Pagi itu kenderaan sudah kelihatan banyak bergerak di jalan walau jam masih awal lagi. Mungkin kerana minggu ini minggu ke tiga, ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar ke mana-mana. Aku tidak terlalu risau dengan kesesakan kerana masih ada 2 jam lagi sebelum penerbangan. Masuk ke lebuhraya KLIA nanti pasti tidak ada masalah.

Sambil memandu, mataku meliar ke kiri kanan, mencari deretan kedai-kedai. Sejak dua tiga hari ini aku makin kerap merokok. Dunhill 20 pun boleh habis tak sampai satu hari. Bila otakku berserabut, mulalah tanganku pantas mencari rokok. Nikmat seketika, kemudian berserabut semula. Sampai bila pun tak reda. Aku menyalakan signal ke kiri. Di depan sana ada sebuat restoran mamak bersebelah pasar mini kecil. Pekena teh tarik dan roti canai sekeping dua bagus juga. Baru aku sedar perutku belum berisi sejak pagi tadi. Bila melihat mamak penebar roti itu, serta merta perutku menjadi lapar gila. Aku berhentikan keretaku di depan pasar mini yang masih lengang.

"Macha!..Dunhill 20 satu!" Mamak bermisai tebal agak terkejut mendengar teguranku. Tanpa bersuara dia membuka cermin rak di belakangnya. Sambil itu aku berkira-kira untuk duduk dulu menikmati roti canai. Aku menarik kerusi di bahagian luar kedai. Sebaik duduk pandanganku tertancap pada sepasang lelaki perempuan, aku kira pasangan suami isteri kerana perempuan itu sedang mengendong bayi disisinya. Aku memerhatikan dengan penuh minat. Tetapi lama kelamaan dadaku menjadi berdebar-debar kerana lagak dan gaya lelaki itu benar-benar terkesan di mataku. Bibirnya yang bengkak dan merah itu jelas kelihatan. Iskandar?

Kelihatan Iskandar beriringan dengan wanita tersebut dan sesekali tangannya menyentuh bayi yang dikendong. Mereka tertawa. Aku benar-benar terpana. Betulkah apa yang aku lihat ini? Benar itu Iskandar, tapi siapa wanita tersebut. Adakah isterinya? Iskandar sudah beristeri? Aku bangun serta merta untuk mengejar pasangan tersebut. Entah kenapa hilang segala rasa marah dan benciku selama ini. Ada sesuatu yang aku perlukan dari dia.

"Iskandar!" Dia seperti tidak mendengar. "Syed Iskandar!!" Lelaki itu menoleh. Terpempam seketika, dan benar dia sememangnya Iskandar. Berkerut-kerut dia memandangku.

"Iskandar, nanti dulu!"Aku berteriak lagi bila melihat dia seperti ingin meneruskan langkah. Seperti tidak mahu mengendahkanku. Wanita di sisinya itu turut pelik melihatku.

"Iskandar....."Tercungap-cungap aku di depannya."Boleh aku jumpa kau kejap...."

Iskandar renungku tunak. Ada kesangsian.

"Aku nak bercakap sekejap dengan kau. Itu pun kalau kau........ok...."Aku senyum tawar.

Iskandar berbisik sesuatu kepada wanita disebelahnya itu. Wanita itu mengangguk-angguk sebelum meneruskan langkah. Iskandar berpaling kembali kepadaku.

"Kau nak apa?"Mendatar suaranya. "Aku tak boleh lama..."

"Aku tahu....."Aku telan liur. "Aku cuma...nak minta maaf...atas kejadian tempohari. Aku minta maaf!"Iskandar tersengih sambil menggeleng.

"Itu saja?"

"Aku tahu aku tak patut bertindak macam tu. Aku dah tak boleh kawal diri aku masa tu....."Aku memerhatikan bibirnya yang membengkak kebiruan.

Iskandar mengeluh sambil melempar pandangan ke jalan raya. Dia menarik nafas panjang.

"Aku faham....dia isteri kau. Memang patut seorang suami bertindak begitu bila isterinya diganggu. Tapi aku nak kau tahu......aku bukan mengganggu isterimu. Aku pun salah dalam hal ni..tidak berterus terang dari awal. Tapi aku perlu turutkan permintaan Ain..."

"Maksud kau?

"Ain yang minta aku berjumpanya secara sembunyi..."

"Kenapa dia mesti buat begitu.....aku tak faham....apa hubungan kau dan dia...

"Dia bekas tunangku....."

"Tapi kau tinggalkan dia...."

"Aku terpaksa....."

"Kerana kau sudah beristeri?" Iskandar ketawa kecil.

"Kau memang bijak meneka..."

"Kenapa kau buat macam ni pada Ain. Kau mempermainkan dia...."

"Aku tak berniat pada mulanya. Aku benar-benar mencintai dia..."

"Huh!" Aku tersengih. "Sekarang kau mengaku mencintai dia pula....."

"Benar. Dia gadis pertama yang aku cinta.."

"Dan isterimu?"
Iskandar terdiam seketika. Menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan kata.

"Ain cinta pertama aku. Tentu kau pelik bukan. Banyak perkara yang kau tak tahu sebenarnya. "

"Kalau kau sanggup menghabiskan segelas teh bersamaku?.."Aku mengharap Iskandar bersedia untuk menceritakan segalanya.

"Ada baiknya kau bertanya dengan Ain sendiri..."Iskandar menggeleng.

"Dia lebih tahu segalanya..."

Giliran aku pula menggeleng. "Ain sudah balik ke kampung. Aku tidak tahu bila akan bertemu dengannya. Sebetulnya.....aku tidak tahu bagaimana untuk memujuk hatinya.."

Iskandar menepuk bahuku. Nyata, dia bukanlah terlalu ego seperti yang ku sangka selama ini. Banyak perkara yang menyimpang dari apa yang aku bayangkan sebelum ini.

"Jom, kita minum dulu....byk perkara yang aku hendak beritahu kau....'

Kami masuk semula ke dalam restoran mamak dan memesan minuman. Aku minum teh tarik saja kerana hilang seleraku untuk menikmati roti canai.

"Isteri kau tak kisah?"

"Isteri aku?...emm....Nadia. Sharifah Nadiatulshima. Sedap bukan?"Aku mengangguk. Bukan sekadar sedap namanya didengar, tetapi pemiliknya juga seorang yang cantik. putih melepak , tinggi persis model. Isteri secantik itu, kenapa Iskandar masih mencari yang lain?

"Orang fikir aku masih bujang bukan?"Iskandar ketawa. Benar, dia seorang lelaki yang tampan. Rona mukanya setiap kali tertawa begitu menyerlah. Kalau tidak kerana aku terserempak dengannya pagi ini, pasti sampai bila-bila aku sangka dia masih bujang.

"Aku kawin masa umur ku 22 tahun. Sudah 6 tahun. Tapi sampai sekarang masih belum punya anak."Dia bersuara bersahaja.

"Yang tadi tu?"

"Itu anak angkat kami.."Balasnya perlahan, seperti merenung jauh.

"Nadia keguguran pada tahun pertama, terus tidak boleh mengandung lagi. Aku masih muda sangat waktu itu. Lantas kebosanan cepat terasa. Tambahan lagi, Nadia bukanlah gadis pilihanku. Ibuku yang memilih dia. Dia tak mahu aku kawin dengan orang kebanyakan. Kami kan golongan bangsawan..."Dia ketawa lagi, seolah menyesali. "Keturunan syed mana boleh kawin dengan gadis biasa. Mesti cari yang keturunan syed juga. Betul tak?"

Aku termangu. Tidak tahu samada mahu mengiyakan atau membiarkan saja pertanyaan itu. Lelaki itu bagai ingin meluah gelodakan hatinya yang terpendam selama ini.

"Aku kawin dengan Nadia atas desakan ibuku. Tapi cinta tak boleh dipaksa. Mulanya aku sukar menerimanya. Kemudian aku bertemu Ain buat kali pertama. Aku tahu hatiku memang untuknya....."

Aku sedikit cemburu mendengar kata-katanya itu. Tapi aku tahankan saja perasaanku itu. Aku harus mendengarnya hingga ke akhir. Biarlah bagaimana pedas dan sakit hati pun mendengar penjelasan seperti ini.

"Bagaimana kau boleh bertemu Ain?"Tanyaku tanpa menunggu lama. Teh tarik yang belum terusik aku pandang sekilas.

"Aku ke Johor dua tahun yang lalu. Kebetulan projek syarikat aku di kawasan kampung tersebut. Dari situ aku kenal ayah Ain kerana kawasan perternakan lembunya itu berada di atas pelan kami. Aku pernah berbuka puasa di rumahnya. Dari situ aku kenal Ain....."Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Ain benar-benar membuka hatiku....sampai satu masa aku sanggup lupakan isteri aku..semata-mata untuk memiliki dia. Aku tak pernah rasa perasaan begini. Aku sayangkan dia Haiqel!" Dadaku semakin meluap. Takkan sampai sekarang pun masih sayang? Kalau sayang kenapa ditinggalkan?

"Aku hantar pinangan....waktu itu aku sudah semakin akrab dengan ayah Ain. Tapi aku tidak pernah beritahu tentang status aku. Aku fikir aku mampu merahsiakannya. Dan orang tua itu terlalu baik hati.....atau mungkin dia memikirkan budi yang telah dimakan....maka dia menerima pinanganku..."

"Apa maksud kau ......makan budi?"

"Kandang lembu ayah Ain terletak di atas pelan kami. Seharusnya dia perlu robohkan kandangnya itu. Tapi atas usahaku, sementara menunggu projek itu bermula, kami benarkan ia di situ sementara waktu...."Iskandar meneguk minuman seketika. Dia memandang ke arah deretan kedai-kedai di sebelah.

"Kau cari isterimu?"Tanyaku, sama melihat ke arah deretan kedai.

"Biarlah dulu. Dia ada appointment dengan doktor peribadi kami. Sekejap lagi aku masuk...."Dia kembali memandangku sambil tersenyum.

"Aku bertunang dengan Ain .....lama juga..sebenarnya kalau ikutkan hati aku, aku tak mahu bertunang.....aku mahu nikah terus. Tapi ayah Ain berkeras minta bertunang dulu. Kerana aku tak mahu statusku diketahui, maka aku terpaksa setuju..."

Aku menggeleng. Hidup-hidup Pak Longku ditipu. Kalaulah tak kerana aku sudah minta maaf tadi, rasanya melayang juga penumbukku sebiji lagi.

"Tapi aku tahu......Ain tidak mencintai aku...."Sedikit mengeluh,dia terhenti sebentar.

"Maksud kau?"Hatiku berdetak.

"Dia mencintai orang lain. Dia mencintai kau Haiqel"Iskandar tancap merenungku. Aku terdiam sebentar. Sekali lagi. Sekali lagi Ain mencintaiku. Kenapa aku tidak pernah tahu.

"Aku lihat gambar kau dalam simpanannya. Gambar kau masa kecil. Aku masih cam lagi muka kau masa tu. Bila aku jumpa kau masa seminar dulu, aku tahu kau lah orangnya."

"Kau kenal aku masa tu?"Sedikit terkejut.

"Aku kenal wajah kau. Ain simpan banyak gambar kau. Aku jumpa secara tak sengaja di rumahnya. Sejak itu aku tahu hatinya bukan untukku. Hatinya milik orang lain."Dia mengeluh lagi. "Bila aku dengar dia kawin dengan kau, aku fikir Ain akan bahagia.....tapi aku pelik dengan rumah tangga korang berdua.... Ain tak bahagia. Kau juga bukan?"

Aku diam.

"Dia menghabiskan usianya menunggu kau, setelah dapat, begini jadinya. Cintanya tak berbalas. Sama seperti aku. Tapi aku rasa menyesal....kerana mengecewakan dia di saat akhir. Aku memang ingin mengahwini dia. Aku tak peduli siapa yang dia cinta. Tapi malangnya, keluargaku dapat tahu entah dari siapa. Mereka halang aku. Aku betul-betul berdosa dengan Pak Hamim sekeluarga lebih-lebih lagi Ain."

Dia meraba-raba bibirnya yang bengkak. Mungkin sedikit ngilu kerana banyak berkata-kata.

"Dua minggu selepas kau berdua berkahwin, aku jumpa Pak Hamim untuk minta ampun. Mujur dia maafkan aku. Orang tua itu memang baik hati. Aku halalkan semua hutang piutangnya selama ini. Tapi Ain berkeras.

Dia kata dia akan bayar semuanya...."

"Pak Long berhutang?"

"Sewa tanah kandang lembunya itu.......company aku minta bayaran. Aku tak boleh nak buat apa. Jadi aku dahulukan duitku....hari itu aku jumpa Ain di rumah kau....kerana Ain ingin membayar segala hutang ayahnya.....dia tak mahu kau tahu. Dia malu....kerana itu dia jumpa aku secara senyap-senyap."

Ya Allah!...kejamnya aku memarahi dia begitu...Aku tekup mukaku dengan kedua tapak tangan. Hati aku pilu. Kenapa Ain terlalu merahsiakan? Jauh sangatkah aku dari sisinya sehingga dia tidak mahu berkongsi semuanya?

"Dia benar-benar sayangkan kau Haiqel. Kenapa kau mensia-siakan dia?"Iskandar geleng kepala. "Aku tak tahu samada kau sudah ada pilihan sendiri atau tak, tapi melepaskan gadis sebaik dia....."

"Aku benar-benar tak tahu apa nak buat...."

"Jangan lepaskan dia. Kalau kau benar-benar sayangkan dia, pergilah jumpa dia. Sebagai lelaki, aku memang cemburu pada kau kerana berjaya memiliki dia. "Iskandar menghabiskan baki minuman. Mengeluarkan not dua ringgit dan meletakkannya atas meja.

"Aku tahu aku tak boleh paksa Ain menerimaku. Dan aku tahu aku harus setia pada isteriku. Anak angkat kami lelaki, Syed Ikhmal Aaz bin Syed Mutazir. Dia anak salah seorang sepupu kami yang kematian isteri. Kau tahu....untuk ambil anak angkat pun ibuku minta cari yang keturunan Syed. Pelik kan?"Iskandar bangun dari kerusi. Tanpa bersuara lagi, dia melangkah pergi. Masuk ke sebuah klinik di hujung bangunan. Syed Omar Clinik & Surgery!

***************************************************
Kata-kata Iskandar melekat terus di kepalaku. Segala yang dinyatakan tadi bagai sukar dipercayai. Benarkah Ain mendambakanku selama ini. Bertahun-tahun dia menunggu, memanjat doa siang malam dan akhirnya doanya diperkenan. Jodohnya memang denganku. Cuma aku saja yang tak menghargai. Buta mata.Buta hati. Emas di depan mata pun tak nampak kilauannya. Ah....sudah terlalu lama dia merahsiakan. Kenapa baru sekarang semuanya terbongkar. Setelah keputusan gila yang kuambil ini. Bagaimana aku ingin berpatah arah.

Hujan renyai-renyai mula turun. Pelik. Tadi cuaca kelihatannya terang benderang. Belum masuk ke tol KLIA, hujan sudah mula lebat. Aku memperlahankan kelajuan. Kenderaan bersimpang siur di kiri kanan. Lampu kereta kupasang, dan radio ku perlahankan. Deruan hujan di luar semakin lebat, membataskan pemandangan.

Kalau Ain benar-benar mencintai aku, kenapa aku mesti lari. Kenapa aku mesti takut untuk berterus terang dengannya. Bukankah ini yang kutunggu selama ini. Sekarang ini ternyata, aku tidak sendiri dalam melayan perasaanku. Getar-getar dalam dadaku tidak wujud sendirian. Ada sekeping hati di sana yang menantikan. Aku tidak bertepuk sebelah tangan! Sungguh tidak adil bagiku untuk membiarkan Ain terus menunggu.Setelah bertahun-tahun menahan perasaan, kemudian memperolehinya, tetapi kemudian terpaksa melepaskan kembali. Kenapa aku harus bertindak sebegini. Alangkah baiknya kalau aku dapat balik ke kampung. Dapat dakap Ain erat-erat sebagai isteriku, dan menyatakan tentang kasih sayangku. Tapi...itu mustahil. Aku sekarang bersama Serina. Serina sedang menungguku. Bukankah aku telah berjanji untuk mengikutnya ke Paris. Bertemu dengan daddy dan keluarga belah sana. Dan dalam waktu terdekat ini, mungkin aku akan mengahwininya. Kerana aku tidak ada alasan lagi untuk meninggalkannya. Kerana gadis itu pun sudah separuh mati mengharapkanku. Alasan apa yang hendak aku beri.

Aku menekan brek agak tergesa. Bunyi hon kedengaran di belakang sana. Cepat-cepat aku bagi signal kecemasan dan memandu keretaku ke tepi. Ya Allah...apa yang harus aku lakukan. Teruskan perjalanan, atau kembali kepada yang memerlukan? Aku pandang cermin yang kabur. Silau dengan cahaya lampu dari arah bertentangan. Kalau aku teruskan perjalanan, aku akan menjadi milik Serina. Aku akan masuk ke dunia yang baru. Dunia dua bangsa. Walaupun Serina mengatakan dia bersedia menjadi Islam, tapi aku sendiri tidak pasti adakah wajar mengahwininya. Aku rasa aku pun sama dua kali lima seperti Iskandar. Bersembunyi di balik kebenaran. Merahsiakan statusku semata-mata menurut ego seorang lelaki. Kenapa aku tidak berterus terang saja pada Serina tentang diriku yang telah menjadi suami orang. Kenapa aku takut menghadapi realiti. Kalau aku boleh berkorban menerima Ain, kenapa Serina tidak boleh berkorban melepaskanku? Bukankah aku lelaki, yang mesti tegas mengikut kehendak hati. Bukan ini yang aku kehendaki. Aku tahu ada satu gesaan dalam hatiku untuk tidak meneruskan perjalanan ini. Aku beristigfar berkali-kali. Kenapa aku tidak kembali kepada yang azali? Tuhan itu memerhati. Bukankah dia yang lebih mengkehendaki. Dia yang menggerakkan hatiku. Ya Allah!

Aku mencapai telefon bimbit. Menanti suara Serina dihujung sana.

"Hello honey.....you kat mana?"Sayup-sayup suaranya ditelan deru hujan.

"Serina.....I'....on the way..."Hatiku berdebar-debar.

"Kenapa lambat sangat. I dah lama sampai. You tahu kat sini hujan lebat"

"I tahu.....kat sini pun hujan..."

"Lama lagi ke you nak sampai.....flight lagi satu jam tau...."

"I tahu......I tak boleh drive laju...emm..."

"Tak per.....you drive carefully...I tunggu...."

"Serina!"Talian putus-putus."Serina...I..I rasa I tak dapat jumpa
you..."

"Haiqel...I tak dengar..."Suaranya seperti menjerit. Sakit telinga
aku.

"I tak dapat jumpa you..."

"Kalau you lambat sangat...I postpone flight..I tunggu you sampai datang ok!"

"Serina...nanti dulu..I minta maaf..I tak dapat jumpa you......sampai bila-bila...."

Senyap seketika.
"Serina, you dengar tak?.....I tak dapat jumpa you. I kensel pergi Paris. I nak break off.." Ya Allah...terasa kejamnya aku.

"You jangan nak buat joke, Haiqel. I tunggu you ni. You datang ya" Suaranya masih ceria.

"Serina....please..dengar cakap I...I serius ni....I kensel plan kita. I tak boleh kawin dengan you. I...suami orang, I dah kawin!"Aku tinggikan suaraku sambil memerhati kenderaan yang bertali arus. Signal kecemasan masih terpasang.

"You, what?"Kedengaran tawa dihujung talian."You ni cakap apa? Dah kawin... bila you kawin... you jangan nak mainkan I..." Aku menarik nafas. Kalau inilah yang dikatakan 'mempermainkan'...aku harus melakukannya!

"I dah kawin. You ingat Ain Fathihah? Dia wife I....I'm so sorry.... I bukan nak mainkan you....Serina...alamak!" Aku pandang telefon bimbit sebentar, bateri tinggal satu bar. "Serina....bateri I nak abis....I minta maaf banyak-banyak....

"Haiqel!...you...you..damn!" Esak tangis kedengaran. "Sampai hati you...."

"Serina......"Hati aku sebak." I'm sorry.....ish....****!" Talian putus. Bateri kong! Aku mendengus. Aku campak telefon bimbit ke belakang. Hidupkan signal kanan, dan terus masuk semula ke jalan besar. Hujan masih lebat. Aku mencari-cari papan tanda U. Aku harus berpatah balik. Cari susur ke Johor Bahru. Sekali sekali aku pandang cermin belakang. Sinaran lampu kelihatan di sana sini. Aku berusaha untuk masuk ke sebelah kanan kerana tak silap aku di depan sana ada pusingan U. Lebih kurang dalam 50 meter. Aku menambah kelajuan. Hujan tidak selebat tadi tapi nampaknya tidak ada tanda-tanda untuk berhenti.

Serina, maafkan aku....aku sayangkan kau....tapi sayang tidak bermakna harus memiliki. Tiada jalan yang terbaik selain perpisahan ini. Aku tahu kau terluka, tapi apa lagi yang mampu aku lakukan. Salah satu hati harus aku korbankan. Dan aku tahu kau lebih tabah menghadapinya. Aku tak mahu melukai Ain lagi. Cukuplah bebanan perasaan yang dia tanggung selama ini. Dia berhak memiliki aku. Kerana dia mencintai aku. Dan yang lebih penting kerana aku juga mencintai dia.

Ya, aku pasti dengan perasaan aku kali ini. Aku yakin. Aku tidak perlu berdolak dalih lagi. Ain memang ditakdirkan untukku. Kerana Allah telah mewujudkan perasaan ini, kenapa aku harus menidakkan. Bukankah Dia lebih mengetahui. Ain, tunggu aku! Aku datang untuk mendapatkanmu. Akan ku kucup keningmu, seperti yang kuharap selalu. Akan ku mohon kemaafan kerana menyiksa zahir dan batinmu. Akan kudakap tubuhmu erat-erat. Biarlah semua orang memandang. Aku tidak peduli lagi.

Sampai di pusingan U, aku memperlahankan kereta. Panjang deretannya. Ehmm..... hujan-hujan begini semua jadi lambat belaka. Tapi bukankah itu satu rahmat juga. Mengajar manusia menjadi berhati-hati. Kenapa tak ramai berfikiran begitu. Aku menggeleng sambil tersengih. Lampu di depanku semakin terang. Apsal kereta depan ni?.....tiba-tiba slow sangat. Aku cuba menukar gear tapi Ya Allah....kenapa kereta ku laju. Sinaran lampu dari arah depan semakin membesar. Ish! berenti kat tengah jalan, giler apa! Aku tak sempat hendak memperlahankan kereta, terus masuk signal kiri dan membelok.

Nyaringan hon dari arah belakang kedengaran begitu kuat. Aku pandang cermin. Ya Allah....lampu besar sudah terlalu hampir. Aku tak tahu nak bawa keretaku ke mana, kiri kanan penuh dengan kenderaan. Aku rasa lori itu sudah terlalu hampir denganku.

"Dummm!!!!"Belakang keretaku bergegar. Melambung rasanya sekejap. Stering berpusing laju. Ya Allah, terasa kereta terbuai-buai ke sana ke mari. Apa dah jadi ni. Aku sempat menekan brek, tapi saat aku pandang ke cermin kanan, sebuah kereta sedang meluncur laju ke arahku.

*************************************

Sebentar tadi, aku rasa seperti kaku. Seluruh tubuh menjadi beku. Aku hanya mampu memandang kereta laju itu merodok pintu kananku. Dentumannya terlalu kuat. Terasa berpinar telinga dan pandanganku. Keretaku terdorong ke bahu jalan. Terperosok di tepi tidak bergerak lagi.

Kepalaku seperti dihentak dengan pemukul besi. Cairan hangat terasa mengalir laju di dahiku. Masuk ke mata, hidung dan mulut. Bahuku terasa longlai. Ya Allah.... sakitnya..... deru hujan masih kedengaran di luar sana. Aku masih mendengarnya jelas. Tapi kesakitan ini tak mampu aku tanggung. Mataku terlalu sakit. Seperti ada jarum-jarum tajam mencucuk di seluruh mukaku.

"Eh....cepat-cepat...bukak pintu ni"Suara menjerit kuat.

"Tak boleh! dah kemek sangat....tolong ni.."Satu suara lain menyampuk

"Call ambulans .....budak ni dah teruk sangat....pintu tak boleh bukak! " Aku terasa gegaran di sebelahku. Aku cuba buka mata. Sakitnya......Ya Allah... terasa panas mukaku. Berdenyut-denyut. Ada cairan hangat yang keluar laju dari seluruh tubuhku. Seram sejuk. Dingin. Sakit, amat sakit.

Kepalaku seperti tidak boleh bergerak. Setiap kali aku cuba angkat kepala, cairan yang mengalir semakin laju menuruni seluruh muka. Sudah patah ke leherku? Remukkah kepalaku..aduh...sakitnya Ya Allah....suara-suara diluar tidak kedengaran lagi. Deru hujan pun sudah lama mati. Aku tak dengar apa-apa.

Ada cahaya putih di sana. Pelik, aku dapat melihatnya, sedang mataku sudah tidak boleh dibuka. Cahaya itu semakin membesar, lama-lama ia menyerlah, membentuk sekujur tubuh. Tubuh itu seperti terawang-awang tidak cecah bumi. Putihnya sungguh tidak pernah ku lihat. Wajahnya menghampiri. Aku seperti kenal wajah itu. Wajah yang pernah mengucupku dulu-dulu. Bukankah tangannya yang selalu mengusapku? Dan wajah itu yang pergi dulu. Meninggalkan aku dan tidak pulang-pulang lagi.

Air mataku mengalir. Terasa sakitnya tiap kali ia keluar dari mataku. Aku menangis teresak-esak. Wajah Ayah yang sangat aku rindu. Ingin jemput aku kah ayah? Sudah masanyakah untuk aku menurut jejakmu. Menemanimu. Aku terlalu rindu padamu ayah....tapi sungguh....aku belum mampu menemanimu. Masih ada manusia-manusia yang perlu aku temui. Jangan panggil aku dulu ayah....izinkan aku temui mereka dulu. Ya Allah....jangan tarik nyawaku lagi. Aku ingin jumpa Ain. Aku ingin kucup keningnya. Aku ingin mohon maaf darinya. Izinkan aku jumpa dia dulu.

"Haiqel....jangan tinggalkan Ain!!!" Aku pandang ke belakang. Budak perempuan comot itu melambai padaku. Aku merengus.

"Jangan ikut, duduk situ diam-diam"

"Qel.....Ain nak ikut...."

"Degil betullah....orang cakap jangan ikut....kau tu pompuan...budak pompuan pi main pondok-pondok. Buat apa ikut kitaorang..."Aku terus meredah arus sungai. Pancing buluh aku angkat tinggi-tinggi supaya tak kena air.

“Qel...jangan tinggal Ain...Qel..."Budak perempuan itu terjerit-jerit. Aku tak pandang lagi. Terus aku melangkah ke depan. Tiba-tiba di depanku ada mangkuk yang masih bertutup, berasap. Aku cepat-cepat buka. Ah....semerbak baunya.

"Itu orang punya lah....."Budak perempuan itu muncul lagi.

"Sibuklah kau..."Aku tolak dia.

"Kan Qel dah makan banyak tadi...."Dia merengek-rengek. Aku terus duduk di depan mangkuk. Ada nasi juga. Ah...sedapnya ketam masak lemak cili padi.

"Ain punya sebelah jer.....dua ekor ni orang punya.!"

"Alah...tipu..tipu..Qel tipu....orang dapat sikit jer..dia dapat banyak...tak aci...."Dia menghentak-hentak kaki. Peduli apa aku! Aku terus melahap ketam-ketam tersebut. Ain terkebil-kebil memandang. Air mata laju menuruni pipi.

"15 tahun Ain simpan perasaan ini. Ain tak mampu pendam lagi. Ain cintakan Qel!!!" Wajah Ain semakin hilang. Aku cuba cari lagi. Budak perempuan comot itu juga sudah hilang. Pancing dan ketam pun sudah tiada.

Ain.......maafkan aku. Mak....maafkan Haiqel. Sakitnya sudah tak tertanggung lagi. Haiqel dah tak mampu bertahan. Tinggallah ya....biarlah....biarlah Qel temankan Ayah saja di sana. Mak akan menyusul juga nanti kan.. Tubuhku semakin dingin. Darah sudah tidak mengalir. Mungkin sudah membeku. Kebas tidak terasa apa-apa lagi. Cahaya itu datang lagi. Semakin mendekat.

Ya Allah...ampuni dosaku....Bisikkan ke hati Ainku, bahawa aku juga mencintainya.


~~
nak abeh la woii!!aaaa!!!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

KU MILIKIMU 19(AKHIRR!!!)


Tanah merah itu masih basah. Air berwarna merah mengalir dicelah-celah tanah yang merekah. Sebahagiannya bertakung, menjadi becak . Daun-daun puding yang kaku, hanya menadah titis-titis hujan yang turun. Seakan tidak mahu berhenti. Mengiringi kesedihan hati-hati yang sedang bertafakur. Waktu talkin dibacakan tadi, hujan turun agak lebat. Masing-masing berhimpit-himpit sambil berkongsi payung. Lama-kelamaan menjadi sedikit reda. Beberapa orang, yang sama-sama
bertafakur sebentar tadi, sudah mula beransur. Kerana hari pun sudah semakin kelam. Hanya tinggal gadis itu. Masih kaku berdiri di situ, tidak berganjak walau sedikit. Kain batik yang di pakai sudah memerah di percik becak. Tidak dihiraukan. Baju kurung juga sudah hampir lencun, juga tidak dikisahkan. Matanya tancap, merenung butir-butir tanah merah yang basah. Air mata sudah kering, bercampur dengan air hujan yang menimpa pipi si gadis. Dia hampir-hampir terjelepuk.

"Fathihah........"Tidak menoleh.

"Fathihah.....mari balik nak...."Lembut suara yang menerjah telinganya. Seraya tangan berkedut itu memaut lengan si gadis.

"Sudahlah tu, mari balik sayang, hari dah petang..."Si gadis menoleh sekilas.

"Tak baik berhujan lama-lama...nanti boleh demam..."Wanita tua itu memimpin tangan si gadis. Si gadis mula bergerak. Tapi langkahnya amat perlahan. Satu-satu bagai dipaksa saja sekujur tubuh itu bergerak.

"Tak baik menangisi orang yang dah pergi. Biarlah.....kita yang masih hidup ni hanya boleh berdoa semoga rohnya aman di sana.."Gadis itu mengesat pelupuk matanya. Hatinya masih sebak. Banyak perkara yang menyedihkannya akhir-akhir ini. Dan dia hanya mampu menerimanya. Tak dapat mengubah apa-apa.

Mereka berjalan lambat-lambat. Melintasi celah-celah pokok puding yang merimbun, dan batu-batu putih yang kaku. Ain Fathihah hanya melihat. Dia tidak gentar lagi dengan batu-batu putih itu. Esok dia akan datang lagi. Dan juga hari-hari seterusnya. Batu-batu putih akan menjadi teman dia nanti.

*************************

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Ain Fathihah terus masuk ke bilik.

Badannya letih benar. Ditambah dengan bebanan kesedihan yang ditanggung. Terasa sakit dadanya menahan sebak dan pilu sejak semalam. Dia biarkan ibunya di dapur, melayan bual dengan jiran dan juga emak mentuanya, ibu Haiqel. Kenduri arwah yang berlangsung sebentar tadi dikunjungi ramai jiran-jiran. Masing-masing menghulur tangan. Terasa ringan sedikit beban.

Baru dua hari lepas dia sampai di kampung. Dan hari ini dia berasa sepi sekali. Dia teringatkan Haiqel. Baru 2 hari yang lepas mereka bertengkar. Dan hari ini dia berasa rindu sekali. Dia teringatkan wajah Haiqel. Wajah gembira lelaki itu, wajah marah, atau apa saja yang terlihat, dia tetap suka wajah itu. Dia amat mengkagumi wajah itu. Dan dia terlalu ingin memiliki wajah itu. Ain Fathihah menghela nafas panjang. Air matanya luruh ke pipi. Diseka sekali lagi. Mudah benar air mata ini mengalir. Sejak semalam lagi.

Dia mencapai sesuatu di bawah bantal. Keratan akhbar semalam. Gambar kereta yang remuk itu dilihat sekali lagi. Dahsyat sungguh. Bagaimana keadaan Haiqel waktu itu. Menurut akhbar itu pemandunya sedang dalam perjalanan ke Johor Bahru. Benarkah itu? Air matanya semakin laju. Pandangannya menjadi kabur. Baru 2 hari lepas dia berada di dalam kereta itu. Duduk di sebelah lelaki itu, amat dia senangi walaupun masing-masing hanya berdiam diri. Walaupun Haiqel tak akan senyum padanya lagi. Walaupun hatinya sentiasa mengharapkan. Kalaulah dia ada bersamanya waktu itu.....

Malam terlalu panjang rasanya. Dia tidak sabar menunggu siang hari. Pagi-pagi esok dia akan ke kubur lagi. Dia sudah petik bunga petang tadi. Esok dia akan tabur bunga atas tanah merah. Dia harap esok tidak hujan lagi.

*******************************************
"Ain dari kubur ker?...."Ain mengangguk. Jag kosong yang berisi air Yassin tadi di letak atas meja. Kain tudung ditanggalkan.

"Nak ikut mak pergi kedai?"Ain menggeleng.

"Ain nak masak bubur dulu la mak. Dah tengahari ni..."Balasnya perlahan. "Mak belikan ikan masin jeruk sekali ye, mak...." Dia melangkah masuk ke dapur. Adik-adiknya semua sudah ke sekolah. Rasa lapang sedikit rumahnya. Cuma pinggan mangkuk yang digunakan malam tadi saja masih bertangkup di atas simen dapur beralas surat khabar. Ain menjenguk ke luar. Tidak terlihat kelibat emak mentuanya. Dia ke belakang pula. Mungkin emak mentuanya sedang mengopek kelapa.

"Mak nak buat bubur kacang ke, mak?"Tegurnya. Orang tua itu menoleh sambil tersenyum.

"Buat sikit, takut kempunan pulak dia nanti..."Ain tersenyum."Ain dah jerang nasi?"

"Belum lagi mak. Kejap lagi. "Balasnya. "Ikan masin jeruk, Ain suruh mak beli tadi..."Dia tahu Haiqel memang gemar makan ikan masin jeruk. Kalau makan dengan bubur nasi, memang dia boleh bertambah 2-3 kali. Lagi-lagi kalau ada kangkung belacan dan ikan bilis goreng. Hati Ain tersentuh. Sudah lama dia tidak makan bubur dengan Haiqel macam dulu-dulu.

"Haiqel memang suka makan bubur campur macam tu. Kalau musim hujan, memang dia selalu suruh mak masakkan bubur. Sekarang ni...tak tahulah dia boleh makan ker tak...."Tersedu orang tua itu. Ain tarik nafas panjang.

"Takpelah mak....Ain masuk dulu...."Ain Fathihah cepat-cepat masuk kembali ke rumah. Hatinya sebak. Dia tak mahu airmatanya jatuh di depan orang tua itu. Sudah acapkali benar. Dia menjerang nasi. Menyiang ikan bilis untuk digoreng. Sayur kangkung di patah-patah lalu di bersihkan. Cebisan belacan di bakar atas periuk nasi. Baunya semerbak. Esok pagi dia akan ke kubur lagi. Petang nanti
boleh petik bunga banyak-banyak. Sementara dia masih bercuti ni, biarlah dia mengunjungi pusara itu hampir saban hari. Selepas ini dia akan kembali ke Kuala Lumpur. Dia akan ke tempat kerja seorang diri. Tidak tahulah sampai bila. Rasanya semua teman sepejabat sudah mengetahui nahas yang menimpa Haiqel. Dato' sendiri ada menelefonnya bertanyakan tentang Haiqel. Apa yang boleh dia katakan. Dia hanya mampu menangis!

"Ain....."Dia sedikit tersentak. Disekanya air mata.

"Kenapa Ain bersedih lagi....."Rambut ikalnya diusap. "Sudahlah tu...janganlah menangis lagi...biar mak masak ...Ain pergilah bersiap..."Ain tidak berganjak.

"Takpelah mak, biar Ain saja yang siapkan semua ni. Bukannya susah sangat. Mak kata nak buat bubur kacang tadi?"Ain cepat-cepat kupas bawang.

"Mak nak perah santan dulu. Ain pergilah mandi. "Akhirnya dia mengalah. Dibiarkan emak mentuanya yang menyiapkan semuanya. Dia tahu orang tua itu lebih pantas darinya. Ain duduk di anak tangga dapur memerhatikan cuma.

"Ain....apa yang termenung lagi tu. Pergilah siap cepat. Nanti waktu mmelawat habis pula."Ain senyum nipis.
"Ain ingat nak petik bunga dulu banyak-banyak. Tak payah beli nanti...."

"Bagus jugak tu Ain, boleh jimat sikit nanti. Lagipun, Ain beli mahal-mahal pun, bukannya dia boleh nampak bunga tu. Esok lusa, nak kena tukar lagi"Ain mula senyum. Dia sudah bersiap-siap untuk turun ke laman yang penuh dengan bunga-bunga. Dia ingin petik bunga banyak-banyak setiap hari. Sebahagian, dia akan tabur di pusara dan sebahagian lagi dia akan gubah menjadi jambangan bunga indah. Walaupun Haiqel tidak dapat melihatnya, dia tidak kisah.

Ain Fathihah menarik nafas panjang. Dia masih sedih , dia tahu, tapi dia harus menghadapi hari yang baru ini. Hari yang amat berbeza. Dia tidak kisah walau hari-hari harus mengunjungi pusara ayahnya, dan hari-hari harus memasak bubur dan memetik bunga untuk suaminya. Yang penting dia pasti, Haiqel tahu kehadirannya. Dia tahu Haiqel menyukainya. Dia mahu Haiqel cepat sembuh, dan jadi seperti sediakala. Dia tidak kisah walau bagaimana rupa Haiqel nanti. Dia tahu cintanya pada lelaki itu tetap utuh. Dia segera memetik bunga-bunga. Dia mahu cepat sampai. Dia mahu jadi orang pertama di sisi Haiqel bila waktu
melawat tiba nanti.

Ain Fathihah melihat kuntuman bunga yang mekar indah. Dia tersenyum indah.

TAMAT


~~
akhirnya!!tamat jugak crite nih yek!!suspen  jgakkan???hmm..komen!!komen!!

Bila
Waktuku tersisa
Untuk s'lalu di sisi
Menjaga hatimu

Aku
'Kan s'lalu mencoba
Berikan yang terbaik
Untuk kau miliki

Tapi maafkanlah aku
Waktuku hanya sesaat

Aku tak bisa memiliki
Menjaga cintamu
Walau sesungguhnya hatiku mencintaimu, memilikimu
Aku tak ingin kau terluka
Mencintai aku
Hapuslah air matamu dan lupakan aku

Sendiri
Di batas asaku
Hanya ingin kau bahagia
Jalani hidupmu
Aku kan slalu mencoba
Berikan yang terbaik untuk kau miliki
Tapi maafkanlah aku
Waktuku hanya sesaat

~Tak Bisa Memilikimu-Dygta~
(mcm x kena aje lirik ni dengan citer nih..)



__________________
"nama saya Rain~"


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

How sad i'm..

__________________
[Z][z] - Good Things Never Turn Bad - [Z][z]


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:

sad ending...hukkkkkkuhkkkkukkkk!



__________________
farahsalleh


Super Member

Status: Offline
Posts: 1439
Date:

citer nie panjang lebar  tapi sad ending ko ubah r ckit supaya haiqel tu hidup dengan gembira dan mempunyai anak ramai..

__________________

saya takde facebook nak FACE TO FACE je..



Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

hmmm... x bes la sad ending... qel, i lap u qel.. qel, balik la qel.. huhuhu :(

__________________
siapa yg kiut? ya.. itu aku!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

lor.......sad ending lor plak.....aku ingatkan dier dah insaf n just kemalagan kecil jer..alih2 dah padam... adui la hai...sian jd janda muda si AIN tu... AINNNNNNN...will u marry me????

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 233
Date:

ble buat filem phia....
ko nak ke bekeje-same dengan si yusop haslam???
ala2 citer byk episod...
huwahaha

__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard