Yoooo,yaaaaaaa aaa auuu , lama tak jumpa korang dalam ruangan spykedai ni,kali ini uncle nak cerita satu kisah misteri yang sedang melanda negara jiran terdekat kita di malaysia timur iaitu Brunei,Uncle pun baru balik dari sana beberapa hari lepas dan sempat juga berjumpa dengan seorang kenalan di sana
Cerita ini pun di khabarkan oleh kenalan kepada uncle semasa kat Brunei,Al-Kisah bermula di sebuah sekolah bernama STPRI atau di kenali sebagai Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri,Sekolah ini menempatkan hanya pelajar-pelajar perempuan sahaja dan kira-kira dua bulan lepas terdapat segolongan pelajar-pelajar dari sekolah ini yang bermain 'spirit games' atau memanggil roh menggunakan duit syiling,uncle percaya ramai yang tahu mengenai games ini kan ?
(gambar hiasan)
'Games' ini menjadi sebagai satu trend di sekolah ini di mana di kebanyakan kelas ada membuat permainan ini sehinggalah ada satu kumpulan yang menggunakan darah kotor (darah haid) dalam permainan ini.Mengikut ceritanya diorang ini hendak bertanyakan 'spirit' tentang soalan exam form 3 dan ada yang menyatakan nak tanya pasal lelaki,ada dua versi kat sini tetapi apapun ketika games ini berjalan tetiba syiling yang di gunakan itu bergerak sendiri dan kemudian terdengar satu suara meminta darah,so apa lagi lalu di buang syiling tu dan semua berterabur lari ketakutan,maklumlah perempuan.
(gambar hiasan)
Bermula dari sinilah episod angker ini berlaku,'spirit' yang di panggil tadi khabarnya begitu marah kerana tidak di beri makan dan kemudian tidak di hantar balik kembali ke dunia dia lalu dari situ berlakulah peristiwa kerasukan pelajar-pelajar sekolah itu malahan guru-guru juga terlibat sehingga merebak ke sekolah-sekolah lain di seluruh brunei.Mengikut kenalan uncle yang juga seorang guru, sekolah tempat dia mengajar juga turut terlibat dan ada pelajar-pelajar yang kerasukan malah guru-guru sendiri pun takut hendak ke tandas walaupun hari siang.
(gambar hiasan)
Mengikut ceritanya lagi,bagi mereka yang ada 'sixth sense' mereka nampak satu kapal besar terapung di STPRI dan katanya jika permintaan 'spirit' ini tidak tertunai (nak darah) mereka akan menyerang dengan kekuatan bala tentera mereka seramai 28 000 pada 18th (tidak di nyatakan 18 bulan berapa samaada masihi atau hijrah),Dari peristiwa ini juga banyak SMS di hantar di kalangan warga brunei dengan pelbagai cerita dan pada 18 ogos lepas satu SMS berbunyi :
" 4ward dis msg to everyone u noe k. Kami dpt informasi, krg jgn keluar umah lps pkl 12 tgh mlm coz guris d skulah men. STPRI kana buka." ,
Katanya mengikut kenalan uncle lagi pada 18 ogos lepas kebanyakan orang berkurung di dalam rumah kerana takut berlaku apa-apa musibah yang tidak di ingini dan tidak kurang ramai juga mereka-mereka yang pergi ke STPRI pada jam 12 malam untuk melihat sendiri apa yang bakal berlaku,pihak polis di kerahkan untuk berjaga-jaga pada malam tersebut tetapi tiada apa yang berlaku,mungkin hari ke 18 pada bulan lain yang di maksudkan.Terdapat pelbagai rumor lagi yang di sebarkan sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk.Khabarnya juga 2 pelajar yang bertanggungjawab dengan 'games spirit' menggunakan darah itu telah di hantar ke oversea oleh keluarga masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak di ingini.
(gambar di capture dari video)
Mengikut cerita terbaru,pelajar-pelajar di STPRI sekarang yang berada di dalam form 3 dan 5 terpaksa di tangguhkan 'oral test' mereka sedangkan sekolah-sekolah lain sudah menjalankan test tersebut untuk pelajar masing-masing dan baru-baru ini sekolah ini memberi cuti mengejut kepada pelajar mereka akibat daripada peristiwa ini.Uncle juga sempat di tunjukkan satu rakaman video seorang pelajar yang kerasukan yang mana rakaman tersebut telah uncle serah kepada pihak TKO untuk di letakkan di portal ini,tidak salah uncle video itu korang boleh download di ruangan download.Baru-baru ini juga Sultan Brunei telah mengadakan lawatan mengejut di sekolah-sekolah terlibat yang mana kebetulan Baginda ada di satu sekolah tu tiba-tiba ada pelajar kerasukan dan khabarnya Baginda sendiri bercakap-cakap dengan pelajar yang di rasuk tadi dan permintaan yang sama masih lagi di nyatakan 'darah kamu'.Korang boleh tengok gambar kat bawah ni.
(lawatan mengejut sultan brunei)
Ok lah, cukup setakat ini dulu uncle bebel dalam ruangan yang tak seberapa ini yang mana kali ini kita menyusuri dunia mistik,dunia makluk yang bukan sebangsa dengan kita,ada orang yang tidak percaya dengan hal-hal sedemikian dan ada yang percaya, malah di dalam rukun iman sendiri ada di sebut salah satu rukun ialah 'percaya kepada benda2 ghaib' , malaikat , jin , iblis , syurga ,neraka dan sebagainya itu termasud dalam kategori ini dan kewujudan jin serta iblis adalah utk menyesatkan anak adam, yang penting jangan percaya meraka ada kuasa untuk memusnahkan atau merosakkan kita,yang berkuasa hanya Allah dan mereka itu adalah sebagai alat propaganda bagi tuhan menguji keimanan kita masing-masing serta jangan main permainan yang boleh merosakkan akidah kita.
UUUUUUUUU INI BRNG SYA UDAH TGK NI ARI TU TAHUN LEPES UU VIDEO KLIP BAH GANAS TUL SORE POWAN BLEH JD SORE CAM BANDI . KLU IKUT BATTLE BAND ROCK GERENTEE MAWI PUN LETAK JAWATAN AJK KAMPUNG KULAI
Lucky,memang cerita ni cerita betul..kami yg duk di sarawak memang dah lama tau benda ni..berlaku tahun lepas..budak2 sekolah di brunei main coin spirit lepas tu setan yg dengan dorang main tu ngamuk ( tak tau la setan ke apa )..cerita ni memang heboh dulu,tapi tak disiarkan di media..kami yg duk Miri memang hampir semua tau,sebab kedudukan kami yg dekat dengan Brunei..
Asya tahu detail pasal benda ni sebab dia dengan kawan dia berada di Brunei waktu kejadian ni berlaku & kebetulan plak salah sorang mangsa adalah adik kepada kawan abg ipar kawan asya (berbelit plak)..Aku pernah tengok video dorang nih,siap ada Sultan Brunei lawat sekolah tu (aku tengok video jer,asya kat tempat kejadian)..memang seram jugak..yg masuk dlm badan pompuan tu mengaku nama dia Idrus n jin kafir..semua org yg dia rasuk,mati..tapi last2 dia masuk islam setelah dipujuk oleh seorang ustaz..
ish..mcm reporter plak aku..
__________________
FRIENDSHIP isn't a big thing...Its millions little things...
yg dia suruh jin tu masuk islam lam video ke-2..dah arr muka dak yg kena rasuk tuh macam mayat.. tapi aku tatau la plak yg dorang sumer mati..iskk!!isk!!iskk!!
ini adalah pengajaran untuk sumer budak² yg gatal nak main coin spirit nih..aku ada gak baca benda cm nih pnah jadi kat klang..seluruh sekolah kena!!isk..isk..isk..
Aik...aku ingatkan dah habis org bercerita tentang org kena rasuk di brunei nih..masih hangat lagi rupanya.Memang sengal tul la citer nih,aku dengan asya yg kat brunei masa tu mcm nak terkencing je tgk..tak sanggup aku ingat balik......eeeeeeeeeeeeeeeeee...
p/s : hai bang jis...sibuk cuci motor kat luar umah tu ek......seksi la u..hihi
eerrkkk..kenapa la ada posting psl nih..?? aku dah tercirit ketakutan nih..ye2,ni memang btul nih..dah lama tapi masih segar di ingatan ku akan kejadian itu...eee,esoklah cerita (kata asya sambil membuat aksi takut)
aku pon ade tgk...btul..tp tgk vc nye jelah..hehehe..mmg seram giler..1st and last la aku tgk vc tu..xmo aku tgk lg..adik sepupu aku yg umo 5 thn tu tetgk vc tu trs nangis2 jerit2..sib baik la xde pape..huisshhh seram seh..!! hoh xmo cte lg..dah2..tutup kes..
kes nie sampai kene perintah bkurung eh.. semua org takleh kuar mlm eh.. kene dok umah diam2.. hoh.. kalo dh jadi kes mcm tue, mmg myeramkan.. pobianye..
EH BARU TERGERAK ATIE AKU NK KLIK POST NIEH MLM NIEH... GILA BHAI... TU LA BDAK2 LA..MNDA YG XLEY WAT YG TU GAK NK WAT.. ERMM BIASA LA DARAH MUDAA... SUMA OWG PENAH LALUI FASA TUE.. TP JGN LA PANGGEY HANTU WEY... WALAWEY... MERENG R.. PANGGEY LA CHRISTIANO RONALDO MUNCUL DLM MMPI AKU TAPA LA GAK..
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
haa wt lg benda yg xde faedah...byk lg bnda y leh wat dr men spirit yg terang2 berdosa..so hindarilah dri dr wat perkara yg bukan2 lbh2 lg yg ditegah oleah agama
actually citer asal berlaku kat kuala baram, miri swk... tp ntah camner boleh merebak sampai kat brunei tu aku tak tau la pulak... yang panggil spirit tu bukan pelajar Islam tp non muslim... waktu tu aku keja kat miri... aku tau la..
-- Edited by ucop_vm on Thursday 6th of May 2010 02:03:25 PM
aku penah men spirit of the coin.. ms skul dlu...kt hostel.. mmg real..mmg jd... ape y ditanye sume dijwab ngn btol.. men ms senje... tgh mlm...ms zohor pn jadi. gilek ah...pastu xmen da... kne sound ngn abah.lol lgpn mnde ni syirik....
aweks... mnde tu mmg btol2 bgerak sndri... d smping tgn trase mcm ade org pgg n ddorong utk gerak ke satu2 huruf.. ms men tu xtgk pon coin tu taon brape.. sbb ms tu tataw pon mnde tu depends pd taon coin tu... but still.. jadi.. tiap kali seru, die dtg.. tp bbeze2 roh...
hehe..alhmdulilah..xjd ape pn.. xd mmpi...xd ngigau..xd nmpk, xd kne usik... tp pas dari ktrg men tu, ttbe ade kes histeria.. kerap lak tu.. sblm ni mne ade kes histeria pn kt hostel tu...