Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sedih la plak....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 271
Date:
sedih la plak....


nie ada satu citer...xtau la korang dah baca ke blom tp aku xkire nak cite gak..ada org bg email kat aku...rase nk kongsi gak, kalu x suke @ dah bace xyah komen ape2 ek...sori kalu aku wat nyemak post je...hehe :p

Ezza menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan
masak
kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu
berada
diPenang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang
rakannya.. malam ini Pezal suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Ezza mengambil cuti kerja setengah hari.. hari ini anak anaknya
Ziana dan Padil siang siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu
buat
persiapan yang sebaik mungkin untuk Pezal.. lelaki yang sudah menjadi
suaminya hampir tujuh tahun itu.. malah tiga hari lagi genaplah tujuh
tahun
usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah.. walaupun perkahwinannya dengan Pezal mendapat tentangan
hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Ezza tidak salah pilih. Ini
semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat
bahawa
Ezza anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Pezal
yang
pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah
menengah.
Ezza faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu
bimbang
Pezal tidak akan dapat membahagiakan Ezza anaknya yang cuma seorang
itu..
dengan gaji Pezal sebagai kerani. Tetapi Ezza sudah nekad. Dia tahu
PezaL
bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang
tinggi.

Buktinya Pezal sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma.
Dan
yang paling penting..Pezal menyintainya sepenuh hati. Perlahan Ezza
mula
memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan
restu
orang tuanya, Ezza diijab kabulkan dengan Pezal dalam majlis yang penuh
ceria.

"Assalamualaikum......" kedengaran suara memberi salam. Ezza tersentak.
"Abang! Walaikumsalam..." senyumnya melebar melihat Pezal
dibelakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah
ciuman singgah di dahi Ezza. "Terperanjat Za!Bila abang masuk? Za tak
dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Za!" Pezal
membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Ezza.
Rasanya
baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Pezal.
Mungkin
Pezal beli "perfume" yang baru dari Penang , fikir Ezza.

"Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah
sampai
JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Pezal. "Habis kereta
abang?". "Pada Mofazha..." jawab Pezal. "Oh patutlah.." Ezza hanya
menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mofazha.. salah seorang rakan kongsi suaminya.
Masa
bertolak kelmarin pun.. Mofazha menumpang kereta Pezal. Sementara Jatt
rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Abdul Samad
rakan
kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jatt tak ikut abang balik ke?.
Selalunya
kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...." tanya
Ezza.
Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jatt, rakan baik suaminya
itu
yang masih membujang. "Nanti dia datang......." ujar Pezal. "Mana budak
budak Za...?" tanya Pezal. " Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah
tu....main
basikal satu hari." "Basikal?" tanya Pezal.

"Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.."
jawab
Ezza sambil meletakkan milo ais kegemaran Pezal di depannya. "Abang
laparlah..belum makan. Za masak apa?". "Ah.... Za masak lauk favourite
abanglah..." senyuman Ezza melerek. "Kari kapitan?" teka Pezal. " Apa
lagi......" "Bagus jugak tu... Za siapkan makan. Abang nak tengok budak
budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang....". "Habis
dengan
mamanya tak rindu ke?" usik Ezza. "Tersangatlah rindu....." jawab Pezal
lalu mengucup dahi isterinya lagi. Ezza tersenyum melihat Pezal
berlalu.
Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar.
Beruntung rasanya bersuamikan Pezal yang penyayang.

Pezal terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik
tetapi
pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat
ini
mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel.
Pezal
merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi
mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan
jadi
pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu
Pezal
fikirkan. Dia tahu.. Ezza seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun
rintangan pasti Ezza dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai
seorang
suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah
persoalan yang sedemikian. Ezza masuk ke bilik anak anaknya perlahan
lahan.
Sempat dia melihat Pezal menyeka airmata. Ezza hairan. Tidak pernah
selama
ini dia melihat Pezal menangis selain selepas waktu mereka sudah siap
diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga
kerana berjaya juga menikahi Ezza walaupun mendapat tentangan hebat
dari
ayah Ezza. "Bang... kenapa ni...?" Pezal mengangkat muka memandang
Ezza.

"Za...kalau apa apa jadi pada abang.. Za jagalah anak anak kita baik
baik.
Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya..." ujar Pezal
lembut. "Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Za dah
siapkan
tue". Za janji dengan abang dulu...." rayu Pezal. Ezza merenung wajah
suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Pezal hari ini. Tidak pernah
seingatnya Pezal berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Za janji.."
akhirnya Ezza bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi.
"Za...abang ada belikan Za sesuatu...." ujar Pezal sambil menyeluk
pokek
seluarnya.

"Eh......gelang zamrud...." senyum Ezza tatkala melihat seutas gelang
tangan zamrud yang berkilauan. "Za ingat tak gelang nie?". Gembira
benar
hati Pezal melihat keriangan di wajah Ezza. "Ingat!!!!!" Ezza
mengerutkan
dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat
langsung
pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai
mas
di Komtar? Za suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada
duit
nak belikan Za. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan
belikan juga gelang tu untuk Za. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan
Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli...". Terpegun
Ezza
mendengar cerita Pezal. Sungguh tidak disangka setelah sekian lama..
Pezal
masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah
mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih
sayang
Pezal selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Ezza
memeluk
suaminya.

"Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Pezal ke
telinga
Ezza. "I love you too.." balas Ezza. Air jernih mula tergenang di anak
matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang.
"Jatt
agaknya tu...." bisik Pezal. "Tak pa. Biar Za yang buka pintu..." Ezza
bangun melepaskan pelukannya. "Za...."Pezal menyambar tangan Ezza. "I
love
you...very very much....." Pezal mengucup tangan Ezza.. penuh kasih.
"Me
too.." jawab Ezza pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka..
terpacullah wajah Jatt dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jatt. Apa
kena
dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik
Ezza. Jatt hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan
melabuhkan
punggungnya di sofa. "Zaa...can you please sit down..", pinta Jatt.
Ezza
mengerut dahi. Apa kena dengan si Jatt ni agaknya? detik hatinya.
"Please...I have something very important to tell you..." pinta Jatt
lagi.
Ezza semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta.
Jatt
tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Za...apa pun yang
Jatt
nak sampaikan ni.. Jatt nak Za sabar dan bertawakal. Terimalah dengan
hati
yang tenang..." perlahan ayat yang keluar dari mulut Jatt. "Apa yang
you
merepek ni Jatt?". Teka teki terus bermain di benak Ezza.
"Za.......Pezal....Pezal kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Za..."
tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jatt. Ezza tertawa kecil.
Sandiwara apa pulak yang Jatt lakonkan nie..mengarut betul? Pezal kan
ada
di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jatt...kalau nak bergurau pun
biarlah bertempat..." balas Ezza. "I'm serious Za.....Jatt yang
saksikan
sendiri.. "Ezza terpegun. Mana mungkin Jatt berkata benar sedangkan
suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak anaknya,
gurauan
apakah ini..gumamnya sendiri... "Jatt.....apa yang Jatt repekkan
ni...Pezal
kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia" ..."Apa? Pezal
dah
balik?" terbeliak mata Jatt. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri
yang
memangku kepala Pezal di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas
yang
terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Pezal dirempuh lori tanah
ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan
setelah jenazah Pezal dibawa ke hospital dengan diikuti Mofazha dan
Abdul
Samad, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Pezal. Dia
mahu
menyampaikan berita buruk ini pada Ezza sendiri. Dia tahu betapa wanita
ini
menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah
menelefon
Mofazha untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Pezal pulang
berjalan dengan lancar. Mana mungkin Pezal pulang ke rumah?

"Jatt...you dengar tak apa Za cakap? Pezal dah balik..." Ezza
mengejutkan
Jatt dari lamunannya. "Za...Jatt tak tahu apa nak kata apa. Tapi
percayalah, Jatt sendiri yang melihat kejadian itu. Pezal meninggal di
pangkuan Jatt... "Bohong...Pezal dah balik...Nanti biar Za panggil
dia...."
Ezza semakin binggung. Apa tujuan Jatt ..bercerita yang bukan bukan
padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Pezal tiada di
situ.
Ah! Tentu Pezal di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil
memanggil nama Pezal. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana
tahu
PezaL mungkin ke sana . Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Ezza terduduk di ruang makan.
Disamping
makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan
kanannya.
Apakah benar yang Jatt sampaikan? Mimpikah dia? Jatt hanya memerhati
gerak
geri Ezza. Pilu hatinya melihat Ezza berlari ke sana sini mencari Pezal
yang dikatakan sudah pulang. "Za...arwahnya mengamanatkan sesuatu..."
Jatt
menghulurkan kotak berwarna merah. Ezza hanya mampu memandang tanpa
suara.
Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang
subang
zamrud. Terlopong mulut Ezza. "Rasanya ada barang yang hilang dari
kotak
tu. Kelmarin masa arwah beli,Jatt pasti benar ada seutas gelang zamrud
bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je suara
yang keluar dari mulut Jatt. Ezza memandang Jatt. Terkedu. Air jernih
sudah
deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Pezal.
Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya
perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Pezal
membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Pezal menyatakan
kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Ezza. Tapi macam mana
pula
benda itu boleh berada pada tangan Ezza?.

Apakah benar keterangan Ezza bahawa Pezal sendiri yang pulang
menghadiahkan
gelang itu kepada Ezza? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi
Allah
ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Ezza hanya mampu menangis. Dia
memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum
terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya,
terbiar
begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.
Kalau
benar Pezal sudah tiada....sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang
datang
menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?

Sungguh sukar untuk Ezza menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang
rumahnya
di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Ezza masih mengharap akan
kepulangan
Pezal.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk
memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Pezal tiba di rumah.. barulah
Ezza yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal
kini
hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.



__________________
http://prepaid4u.net/?id=qamel


Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

uhuuu..sob..sob..isk..isk.. sedey nyer... huwaaa apsal cte ni sedey sgt .. mcm aku plk yg jd ezza dlm cte ni..sob..sob..

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

dah pernah baca citer nih..memang sedeyh giler!!huargh!!

__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 157
Date:



__________________
dont give up.. always be happy..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 157
Date:

tak ble di nafikan lag lah..


crita nie sangat sedih..


tapi ini cerita pengalaman ko ker??




__________________
dont give up.. always be happy..


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

yer yer..cite ni aweks pernah baca~!! tapi~!

uuuuuuwwwaaaa~!!! aweks sedih ....ishk2.......cite nie..
mengharukan........

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

great story!!

memang sedey..tp,puas ati gak dpt jmpe 'suami' die...dgr ucpan terakhir 2..isk..sob..sob..
n i really likes abarai renji in bleach!!

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

mmg sedih la citer ni........tapi leh tahu - best ke? citer bleach tu? ghosthunter

__________________

Patah hati tiada pengganti, patah tulang mustahil disambung, patah gigi hilang ke'macho'an...

gigiku itulah daku



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 39
Date:

sdey tol....satu tong air mate aku klu di tadah....isi...isk....

__________________
KeJArLAh CiTa2...BR KeJaR CiNtA..
tok penghulyu aku ckp...



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

mak oi panjang nye


__________________
[/img]'kudaku lari gagah berani'


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

panjang lagi ekor kuda ko 2 andrew..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

sedihnyee..
msti suaminya org beriman..dpt 'peluang' jmpa wife..


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 464
Date:

sedihnyer....
aku plak yg emo bc cite nih....

__________________
aku kembali...setelah lama menghilang....kemunculanku pasti di nanti2....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 75
Date:

waaa sedihnye....

__________________
WaKTu e2 keHIDuPan....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 75
Date:

em memang sedih.aku ni sensitif ckt...mula la nk nangis ni

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 492
Date:

aDuhhh....sadnye cite nie...meh r kite nangis same2...
sob..sob..!

__________________


aKu maHu jAd! owG LaeN...........



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

aku lagi sedih melihat GC jadi tempat meluahkan cerita sedih.... dulu kalau aku masuk GC, aku selalu layan lagu metallica atau pun tengok cerita gothic2.... tapi kini setelah aku memosting dalam GC, bila balik umah je aku layan Spa Q atau Iris pada pukul 10.30 malam.... nampak sangat sifat jiwang mula menular dalam diri aku... ni semua disebabkan GC terlalu jiwang la ni...


"Bang Rie, bang rie.... ni adik boboy nak pulangkan buku doraemon yang adik pinjam dari abang semalam" kata seorang budak berumur 10 tahun.

"Ishh adik ni, kok yer pun nak pulangkan buku dorraemon ni, tak perlu la pulang depan pembaca2 GC sekalian, jatuh la maruah abang sebagai rockers terulung lagi ganas, bak sini buku tu, jom kita main batu seremban, awwww"

"Jom"

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 75
Date:

ko nak nangis ek sisie,,,jap ek aku nk ambk baldi tengok banyak mana air mata ko kuar...hehheheeee

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 492
Date:

uisss...! aku klu nangis, bule banjir bdr kL nie tau.
yeLa..bkn takat air mata jer kuar, sgala air hidung, air mulut, air tlinga kuar skali tau...
mmg dasyat aku nie...huhu

__________________


aKu maHu jAd! owG LaeN...........



MODEST

Status: Offline
Posts: 1987
Date:

sob...sob....sob....sreeeeeeeet (kuarkan ingus)

tu la rie ko kata lagi GC ni geng cintan... kan dah semua posting cintan cintun....sedih2 la pulak tuh.... teringat aku citer Seputeh Qaseh Ramadan........ sedih beb citer tuuu.....

(mak aih.... aku ni kan mama rock buat apa nangis2 nih... ish.. ish... ni la pengaruh korang semua.....)

__________________

aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah



Senior Member

Status: Offline
Posts: 464
Date:

aku pn sdh gk ni...
da la tiap2 mlm tmn abg rie tgk SPa Q n Iris...
huh...
xterlyan kejiwangn abg rie...
biggrin

__________________
aku kembali...setelah lama menghilang....kemunculanku pasti di nanti2....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1738
Date:

apa la korg ni sket2 nak sedih...sket2 nk sedih....
lain kali ikut cam aku berjiwa kental...dgn lain perkataan aku ni heavy metal slow dangdut kategori irama malaysia...........

patut pun aku tgk cam ada makhluk asing yg sgt hodoh ngan perut boroi,mata besar,pipi cengkung,kaki capek duk main batu seremban ngan bdk2...rupanya ko RIEPAN....sggh x ku sangka begitu hodoh paras rupamu.........

__________________

Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard