Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: mungkinkah terjadi???


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
mungkinkah terjadi???


Aku merupakan seorang pelajar di sebuah institut pengajian tinggi. Aku seringkali membandingkan diriku dengan gadis-gadis yang terdapat di sini.

Setiap kali membuat perbandingan, seringkali aku mendapati bahawa diriku terdapat terlalu banyak kekurangan.

Walau bagaimanapun, aku sentiasa bersyukur kerana ALLAH sudi meminjamkan aku kehidupan di alam yang fana ini walaupun hanya untuk seketika.


Aku ni sebenarnya merupakan seorang yang ceria dan peramah tapi hanya pada mereka yang aku kenali. Kalau ada yang sudi memberi senyuman mereka, aku tidak teragak-agak untuk membalasnya.

Jika tidak, aku membiarkan wajahku tanpa sedikit senyuman pun. Takut nanti ada yang kata aku ni gila pula. tersenyum je sentiasa.

Ada juga di kalangan teman-temanku menegur agar sentiasa tersenyum kerana kata mereka rupaku seperi singa betina apabila serius.

Disebabkan wajahku yang sentiasa serius inilah menyebabkan ramai junior yang takut melihat rupaku. Tidak kurang juga yang mengatakan aku ni sombong, minah kerek, bajet, dan banyak lagilah.

Malas aku nak ambil peduli. Kalau mulut tempayan bolehlah aku nak tutup malang sekali mulut orang tak kuasa aku nak tutup. Susah.

Di sini aku mempunyai seorang abang tapi takde langsung pertalian darah. Abang angkatlah tu. Namanya Isyraf. Aku anggap dia macam abang kandung aku sendiri.

Maklumlah sejak keluarga aku ditimpa kemalangan beberapa tahun lalu aku telah menjadi lone ranger. Mula-mula tu memang sedih tapi nak buat macam mana. Takdir yang menetukan segala-galanya.

Bila masuk kat sini aku dua tahun lalu aku telah terjumpa dengan abang Isyraf. Sebenarnya abang Isyraf merupakan ketua fasilitator semasa orientasi dulu. Abang Isyaf memang suka megenakan aku.

Aku buat salah sikit pun dah kena denda. Ada tu yang datang lambat gila abang Isyraf buat tak tau je. Aku ni datang lambat seminit dah kena teruk. Nasib baik aku ni jenis yang sabar dan tabah. Dapat juga aku melalui minggu orientasi tu.

Nak tau macam mana aku boleh jadi rapat dengan abang Isyraf? Nak dijadikan cerita ada satu hari ni aku nak pergi melepak sambil mentelaah kat port aku kat atas bukit.

Sampai-sampai je aku nampak ada manusia yang tengah duduk kat tempat aku. Bengang tak payah nak ceritalah. Tapi bila aku tengok muka mamat tu tiba-tiba perasaan simpati menyerbu hatiku.

Aku ni tak boleh tengok orang sedih. Aku ikut emosional sekali.

Lagi satu aku ni penyibuk juga orangnya. Mulut ni pun gatal nak Tanya apa masalah mamat tu. Sekali kena marah pulak dengan dia.

Aku pun terus angkat kaki nak pergi. Aku tau lelaki ni ego dia sikit punya tinggi kalah KLCC. At last mamat tu panggil juga aku. Dia kata dia perlukan teman untuk bercakap. Aku pun menawarkanlah khidmat pakar kaunseling aku.

Katanya, ibubapa dia accident kat oversea. Tapi dia tak dapat nak pegi jenguk sebab masa tu dia ada exam. Dia anak tunggal, tu yang frust sangat bila tak dapat jenguk ibubapa dia.

Sejak hari tu, aku dengan abang Isyraf jadi rapat. Aku rasa mesti sebab dia percaya kat aku kot. Sebabnya aku tak pernah nak cerita apa yang dia cerita ada aku kat orang lain.

Lagipun aku bukannya ada kawan-kawan yang rapat dengan aku. Semuanya setakat kenal-kenal macam tu aje. Sebelum jumpa abang Isyraf, aku lebih selesa memendam segala masalah aku.

Aku bukannya tak mahu cari kawan perempuan yang rapat. Sebenarnya aku dah serik nak berkawan dengan perempuan ni. Setiap persahabatan aku dengan perempuan akan berakhir dengan kesudahan yang tidak begitu menyenangkan.

Sebelum ni aku mudah sangat nak percaya kat orang. Apabila sudah terkena sekali aku jadi serik. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sesungguhnya peristiwa lama telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam sepanjang kehidupanku.

Akibatnya, sekarang ni aku hanya percaya kat abang Isyraf seorang je. Harap-harap kali ini aku meletakkan kepercayaanku pada tempat yang betul.

Hendak dipanjangkan cerita, pada suatu hari aku ajaklah abang Isyraf pergi makan kat kafe tapi malangnya aku tak dapat nak berbual panjang dengan abang Isyraf.

Aku tak habis makan lagi dia dah blah. Tapi nak buat macam mana kan? Aku faham sebagai student final year dia mesti busy. Terpaksalah aku habiskan makan sorang-sorang.

Apabila aku tinggal sorang-sorang ada aje mata yang memandang. Selera aku pun dah terbantut. Nasi ayam yang aku telan mula-mula tadi sedap terus rasa semacam. Cepat-cepat aku bangun dari tempat duduk untuk pergi dari situ.

Dalam kekalutan aku nak pergi dari situ, badanku dilanggar oleh seorang lelaki. Habis baju aku dibasahi lebihan sup. Malu bukan kepalang aku bila jatuh terduduk kat lantai. Bengang sungguh aku.

Apa lagi mulut aku pun laju aje memaki hamun lelaki tu. Terkulat-kulat dia kena sembur dengan aku. Ucapan maaf lelaki tu langsung aku tak peduli.

Dah puas aku mengamuk dengan dia aku pun cepat-cepat balik ke bilik. Sampai-sampai aje kat bilik aku terus menangis. Macam tu la caranya aku nak melepaskan perasaan.

Bukan aku tak nak beritahu abang Isyraf, api aku tak nak menganggu kosentrasinya dalam pelajaran. lagipun aku bukannya budak manja nak mengadu-ngadu ni.

Tidak lama kemudian, Syida, teman sebilikku pulang. Dia yang tolong menenangkan perasaanku. Nasib baik ada Syida.

Keesokan harinya aku mentelaah pelajaran di perpustakaan kerana peperiksan akan diadakan tidak lama lagi. Namun, fikiranku asyik terkenangkan peristiwa yang baru berlaku semalam.

Untuk beberapa hari aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaranku.
Selepas beberapa hari peristiwa yang memalukan itu berlaku, lelaki yang telah melanggarku datang berjumpa denganku semasa aku mentelaah di perpustakaan.

Tiba-tiba aje lelaki iu duduk di kerusi kosong berhadapan denganku. Hampir gugur jantungku melihatkan lelaki itu. Tak serik lagi ke budak ni?.

Sebaik saja lelaki itu menegurku, seorang pustakawan menegurnya dan menunjukkan tanda senyap. Melihatkan keadaan itu, aku menghulurkan kertas dan pen. Nasib baik dia memahami apa yang aku suruh buat.

Tangannya pantas mencoretkan sesuatu di atas kertas yang kuberikan tadi.

[Me] hai. sorry saya kacau kejap.
[Saya] erm.. takpe, ada apehal awak duk sini?
[Me] saya nak mintak maaf pasal hari tu.
[Saya] owh takpe saya tak kisah pun.
[Me] saya tau awak mesti malukan? Saya betul-betul mintak maaf.
[Saya] takpe actually saya salah jugak. Kelam-kabut je. Sorry too.
[Me] boleh tapi dengan satu syarat.
[Saya] syarat? Saya tak bagi syarat pun tadi tau?!
[Me] tu awak. Ni saya. Awak jadi kawan saya. Boleh?
[Saya] mmm. Ok.
[Me] thanks, Hanna.
[Saya] awak tau nama saya? It’s not fair. What is your name?
[Me] ingatkan tak nak tau tadi. Izzat Hakimi.

Sejak peristiwa yang belaku di perpustakaan itu, aku dan Hakimi mula berkawan. Semakin hari aku dapat merasakan bahawa hubungan kami semakin rapat.

Setiap pagi pasti ada mesej dari Hakimi mengejutkan aku supaya solat Subuh. Nampaknya aku sudah tidak memerlukan jam loceng lagi.

Setiap kali aku ingin melelapkan mata., pasti ada mesej dari Hakimi juga mengucapkan selamat malam.

Terasa diriku pada saat itu amat bahagia. Sebelum ini belum pernah lagi ada orang yang begitu mengambil berat terhadap diriku sebegini rupa. Abang Isyraf pun tak macam Hakimi.

Setiap minggu kami pasti akan bejumpa. Paling kurang pun sekali dalam seminggu. Jika tidak dalam seminggu tu aku rasa resah semacam je.

Kadang-kadang aku pun pelik. Perasaan apa agaknya? Cinta ke? Aku pun tak dapat nak bagitau. Maklumlah sebelum ni aku belum pernah lagi bercinta. Jahil lagi pasal cinta-cinta ni.

Selama beberapa bulan hubungan aku dengan Hakimi sebagai sahabat berjalan lancar. Kami sering mentelaah bersama memandangkan

Hakimi merupakan pelajar yang pintar, maka, tak elok rasanya aku mensia-siakan peluang yang ada. Sejak belajar dengan Hakimi tahap pelajaranku semakin meningkat.

Sehinggalah pada suatu pagi aku tidak dikejutkan oleh mesej daripada Hakimi. Puas aku menanti tetapi penantianku sia-sia.

Hakimi langsung tidak menghubungiku sepanjang hari. Hatiku mula bimbang. Janganlah sesuatu yang buruk berlaku padanya.

Puas aku bertanya kepada kawan-kawan yang sering bersama dengan Hakimi, namun tiada seorang pun yang tahu di mana Hakimi berada. Kata mereka, Hakimi seorang yang suka berahsia dan tidak suka memberitahu hal peribadinya kepada sesiapa.

Sudah menjadi prinsipku untuk tidak menghantar mesej atau menelefon sesorang sebelum seseorang itu menghubungiku. Tetapi disebabkan hatiku yang tidak keruan aku memaksa diriku untuk menelefon Hakimi.

Malangya, panggilanku dibiarkan tidak dijawab. Semasa latihan silat juga aku tidak melihat kelibat Hakimi langsung.

Pada masa aku tidak dapat menghubungi Hakimi, aku yakin pada masa itu, aku telah jatuh cinta buat kali pertamanya dengan Hakimi. Perasaan rinduku terhadap Hakimi membuak-buak. Hakimi, mana awak pergi?.

Dalam keresahanku tidak dapat menghubungi Hakimi, aku dikejutkan dengan surat layang berwarna merah, warna kegemaranku.

Siapalah yang tahu warna yang aku suka ni? Di dalam surat tersebut tertulis ‘IT’S TIME FOR REVENGE’. Pelik sungguh. Bila pulak aku bermusuh dengan sesiapa? Dan tak pernah terlintas pun aku nak bermusuh.

Tiba-tiba aku terkenangkan Hakimi. Entah-entah dia tak? Manalah tau dia still tak puas hati aku maki hamun dia kat kafe dulu?. Tapi tak mungkin. Lepas kejadian tu kitorang jadi rapat. Tapi entahlah. Malas aku nak fikir.

Seminggu selepas Hakimi ‘menghilangkan’ diri, Hakimi menghadiri kelas seperti biasa. Tetapi wajahnya sudah tidak ceria seperti sebelumnya. Hakimi sentiasa kelihatan muram.

Hakimi seakan mahu mengelak daripadaku. Apabila kami bertembung, dia akan mengalihkan pandangannya daripadaku. Tiada lagi senyuman.

Hatiku menjadi sebal. Kenapa di saat aku mula mencintai Hakimi, dia mahu menjauhkan diri daripadaku? Adakah aku bersalah terhadapnya? Rasa-rasanya aku tidak pernah melukakan hatinya.

Melihatkan perlakuan dingin Hakimi terhadapku, aku cuba untuk menukarkan persaan kasih dan sayangku kepada perasaan benci. Aku terpaksa mengenepikan perasaan itu agar aku tidak terluka dengan lebih teruk lagi.

Semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin kuat memori-memori indahku bersama Hakimi bermain di benakku. Arghhh!!!

Semasa aku masih berkawan rapat dengan Hakimi, jarang sekali aku pergi ke ‘port’ aku. Tiba-tiba aku terasa untuk pergi ke sana.

Udara yang nyaman di situ membuatkan aku leka buat seketika sehingga tidak menyedari yang aku telah berada di situ selama satu jam.

Dalam perjalanan pulang, aku ditahan oleh beberapa orang lelaki. Hatiku mula kecut. Mana tidaknya, pada masa tu aku seorang aje yang ada kat situ. Orang lain dah lama balik. Aku aje yang terlajak duduk kat situ. Mampuslah aku macam ne.

Dengan pantas aku menyeluk poketku dan menekan nombor satu untuk beberapa saat untuk menelefon abang Isyraf. Memang aku telah sediakan sejak dulu lagi untuk kecemasan seperti ini.

Sengaja aku bersoal jawab dengan lelaki-lelaki itu dengan menjerit-jerit.Aku harap abang Isyraf dapat dengar apa yang sedang berlaku padaku ketika itu dan dapat mengetahui di mana aku berada.

Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil oleh satu suara yang amat aku rindui. Hakimi dataang bersama kawan serumahnya, Haziq. Hakimi dan Haziq meluru ke arahku yang dikelilingi oleh beberapa orang lelaki yang tidak aku kenali.

Dalam ketakutan, aku tidak dapat menangkap butir bicara yang sedang diperkatakan antara Hakimi dengan salah seorang daripada lelaki-lelaki asing itu.

Yang aku dengar, Hakimi menyuruhku pegi dari situ. Apabila aku hendak melepaskan diri daripada merka, lenganku disambar oleh lelaki yang berbicara dengan Hakimi tadi.

Hakimi dengan pantas menumbuk lelaki yang memegangku di mukanya. Nasib baik aku agak rendah berbanding dengan lelaki yang dikenali sebagai Man itu. Di kesempatan itulah aku melarikan diri daripada pergelutan itu.

Mujurlah aku terserempak dengan abang Isyraf. Abang Isyraf menyuruh salah seorang rakannya menghantarku pulang. Manakala abang Isyraf bersama empat orang lagi rakannya pergi ke tempat pergaduhan itu. Aku hanya mampu berdoa agar semuaya selamat.

Malamnya, aku menelefon abang Isyraf untuk mengetahui keadaannya. Mujurlah abang Isyraf tidak cedera teruk. Sekadar lebam dan luka di mukanya.

Apabila aku bertanya pada abang Isyraf tentang keadaan Hakimi, dia sekadar mendiamkan diri. Hatiku mula diamuk resah.

Mujurlah keesokan harinya adalah hari Ahad. Tiada kuliah pada hari Ahad. Aku mengambil kesempatan yang ada untuk melihat sendiri keadaan Hakimi.

Sesampainya aku dihadapan rumah sewa Hakimi, hatiku hampa. Rumah Hakimi berkunci.

Aku berkira-kira untuk pulang ke hostelku. Tiba-tiba kelihatan sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan rumah sewa Hakimi.

Hancur luluh hatiku apabila melihatkan Hakimi dengan tangan berbalut sedang dipapah oleh seorang gadis yang jauh berbeza dengan diriku. Wajah gadis itu amat ayu. Kalau aku lelaki mungkin aku juga akan terpikat dengan keayuan wajahnya.

Aku menyeru nama Hakimi dengan perlahan. Aku tidak pasti sama ada dia dengar atau tidak. Tiba-tiba Hakimi berpaling dan memandangku. Air mata yang hampir gugur kuseka agar kesedihanku tdak dapat dilihat oleh Hakimi.

Tanpa sepatah kata Hakimi berlalu meninggalkan aku dengan gadis tersebut. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Isha. Tapi tak pula dia menerangkan hubungannya dengan Hakimi.

Isha menyuruhku agar tidak mengganggu hidup Hakimi lagi. Menurut Isha lagi aku telah banyak menyebabkan Hakimi menderita. Aku tak sanggup lagi untuk menerima kata-kata Isha. Tanganku hampir sahaja mengenai wajah Isha tetapi jeritan Hakimi menyebabkan aku membatalkan niatku.

Tahulah aku kini bahawa Hakimi tak pernah ada walau sedikitpun perasaan terhadapku. Hanya aku yang bertepuk sebelah tangan. Hari ini telah terbukti siapa yang lebih penting dalam hidup Hakimi.

Sebelum aku meninggalkan rumah Hakimi sempat aku meluahkan segala yang terbuku dihatiku. Biarlah Hakimi nak kata apa. Yang pasti aku tak nak lagi menyimpan perasaanku walaupun aku tahu aku tak setanding dengan Isha.

Aku tidak terus pulang ke hostel sebaliknya aku pergi ke ‘port’ aku untuk menenangkan perasaan walaupun peristiwa yang baru sahaja berlaku sering terlayar di benakku.

Lamunanku dikejutkan oleh deringan telefon bimbitku. Mesti abang Isyraf yang call. Siapa lagi yang nak telefon aku. Tanpa melihat pada nama pemanggil aku terus menekan butang answer.

Mungkinkah akan terjadi,
Dirimu aku miliki,
Berilah tanda kepastianmu,
Namun jika tak tercapai harapanku,
Selamanya dirimu akan ku sanjungi.

Sekali lagi air mataku mermbes keluar. Kedngaran suara Hakimi menuturkan sesuatu di hujung talian.

Katanya, dia juga telah lama mencintai aku. Tapi dia tak nak cakap takut something bad berlaku pada aku.

Rupa-rupanya suatu masa dulu Hakimi memang kaki pukul. Dah ramai orang yang dia belasah termasuklah Man, salah seorang lelaki yang menahanku hari tu.

Sekarang ni Man nak balas dendam. Dia memang takkan biarkan Hakimi hidup senang dan gembira.

Tentang surat yang aku dapat tu pulak Hakimi kata Syida yang letak surat tu untuk aku. Rupa-rupanya Syida tu awek Man.

Syida jugalah yang beritahu Hakimi tentang rancangan Man. Syida tak sanggup lagi untuk bersubahat dengan Man semata-mata kerana cintanya kepada Man.

Rupa-rupanya Isha tu adik Hakimi. Hakimi jugak yang suruh Isha berdrama sikit tadi di hadapan aku.

Selama ni aku memang tau yang dia ada adik tapi masa kekalutan hari tu memang aku lupa semuanya. Malunya aku hanya Tuhan yang tau.

Hakimi baru bawa Isha dari kampung kerana risaukan keselamatan Isha sendirian di kampung selepas kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ni.

Hakimi tak nak beritahuku kerana tidak mahu menyusahkan aku. Tak pasal-pasal kena marah dengan aku. Padan muka dia. Siapa suruh tak bagitau.

Sekarang ni Hakimi bebas untuk menyukai atau menyayangi sesiapa sahaja keran Man telah pun ditangkap di atas kesalahan-kesalahan lain dan Hakimi tak perlu risau tentang orang kesayangannya.

Walaupun Hakimi tidak menepati ciri-ciri Mr. Perfect yang aku idam-idamkan tetapi aku amat bersyukur. Harapanku biarlah percintaan ini menjadi yang pertama dan terakhir dalam hidupku. Mungkinkah terjadi?... insyaALLAH.

-tamat-


p/s:nak nanges pon ada gak..ermm..apsal aku neh??



__________________
"nama saya Rain~"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard