Nun di kejauhan sana..sayuuuupp terdengar laungan anjing. Ditengah malam yg sunyi. Hujanpun baru sahaja berhenti. Di kaki bukit itu tinggal Mak Limah tua bersama anak lelakinya yg cacat. Suaminya telah lama meninggal dunia..
Malam itu entah mengapa mata Mak Limah tak mahu pejam. Puas dicuba tapi tak mahu lelap. Tiba2 Mak Limah terdengar bunyi seperti orang berjalan di luar rumah. Tak lama lepas itu terdengar pula seperti dinding rumah dicakar. Ketakutan menyelubungi hati tua itu. Ditambah lagi dengan lolongan anjing yg masih terdengar. Teringat Mak Limah cerita yg didengar siang tadi. Kisah seorang anak muda yg mati bunuh diri dan ditanam di kuburan yg tak jauh dari rumah Mak Limah. Mengenang itu hati tua itu bertambah kecut. Hendak digerak anak lelakinya suruh memeriksa, rasa tak sampai hati. Maklumlah anaknya cacat. Mak Limah menarik selimut mencuba tidur tapi tak boleh kerana terasa hendak buang air pula. Apalah nasib Mak Limah malam ni. Setelah lama menunggu dan tidak kedengaran lagi bunyi diluar rumah, terpaksa juga dia menggagahi untuk ke bilik air. Kriuuuuuuuutttttttt bunyi pintu usang dibuka. Berderau darah tua Mak Limah bila seekor kucing hitam melompat dan landing betul-betul di depannya. Nasib baik tak terkencing..ditinjau anak lelakinya yang tidur di tepi tiang..tidur..tidak bergerak. Perlahan-lahan mak limah berjalan ke bilik air. Tiba-tiba bahunya dipegang orang dari belakang..aarrgg…”nak ke mana tu ibu…” la anak lelaki mak limah rupanya..dasar anak mereng…
bersambung...................
wulan
__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?