Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: AYAH


Senior Member

Status: Offline
Posts: 303
Date:
AYAH


Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya- bergilir-gilir menjenguknya.



Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur .


 


"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2 anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya. Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya.


 


Suatu hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke Kuala Lumpur . Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka. Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka. "Tak apalah kalau kamu sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke kampung sendirian.


 


"Tak usahlah..." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk ke bilik bersama cucu-cucunya. Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin kereta.


Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri saya memujuk. "Buat apa kasar sangat dengan ayah ? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!" Saya terus membisu.


 


Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah," katanya ringkas. Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan.

Pukul 11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap. "Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak kerenah bersiap.


 


Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan bersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan.


 


Hari tu ayah tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu. Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak terganggu.

Setelah saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh. Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah saya terhenti.

Berdesup fikiran teringatkan ayah kerana dia cukup suka makan kek itu. Pernah 2-3 kali kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari itu ayah tidak minta apa-apa.

Saya terus memandu pulang. Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila isteri meminta saya menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya, isteri bertanya lagi sudahkah saya hubungi ayah. "Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab saya meninggikan suara. Dinihari itu, saya menerima panggilan telefondari Hospital Teluk Intan.

"Pak Long dah tak ada..." kata sepupu saya di hujung talian.
"Dia meninggal
5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam." Terlalu sebak dia hendak meneruskan kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri datang menerpa. "Kenapa bang?" Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama baru mampu memberitahu "Ayah dah tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang paling hiba sekali. Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak dan adik-adik saya. Barulah saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli tiket silih berganti menyerbu fikiran. Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering bersimpati dan ayah yang cukup mengerti perasaan seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya.


 


(Kawan2..hargailah ibu & ayah kita selagi mereka masih hidup)



__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:



ermmm....tul2 rndu lak kt abah kt umh...dh la tk blik ry thun ni aduiiiii

__________________
an


Senior Member

Status: Offline
Posts: 118
Date:

cedih gak...an lupe salam abah lepas abah antar an kat kolej ari tu...huhukk..eiseh...camneh bleh lupe..bile abh dah kuar simpang kolej tu br an teringat ade sumthing yg an lupe buat..

__________________
study = no fail ---(1)
no study = fail ---(2)

(1)+(2)
study+no study = no fail + fail

factorise
study(1 + no) = fail(1 + no),

hence, study = fail ..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

untung korang ada ayah..hargailah ayah korang..cam aku sekali pun x penah panggil ayah..bila tgk kengkwn balik ayah diaorg amik, aku sedey sgt..napa ayh aku x de n x nak amik aku..aku slalu marah gan diri sendiri..bayangkan mulut ni x pernah panggil ayah.tp lama2 baru aku sedar n terima suma..bg yg ada ayah hargailah mereka kerana korang x dpt bygkan cam ne rasa idup tanpa seorg ayah,so bg yg dpt nikmat 2,jgn sia2 kan mereka..mereka dah tua n cukup sensitif lgpun kita ni manusia bila2 je ajal kita or mereka akan dtg..so hargailah mereka slagi mereka masih ada

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:


knaper lailatul.....
kamu x der ayah ker...?
kamu anak yatim piatu ker...?


__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

hantu je yg x de ayah..ayah aku meninggal masa umur aku 6 bulan lg..umur 6 bulan x de lg yg boleh panggil ayah..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

Semua itu adalah Kehendak-Nya

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

aku tau n aku paham, mmg mula2 susah nak terima tp bila dah matang aku baru pintu ati aku terbuka n fikiran aku waras n aku terima suma qada n qadar NYA..

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

...windunya kat arwah ayah...



__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

tu la kan lucky kan... windu kan...

mari.....

(ajak rie masuk ke dalam kamar mandi)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Mister Rie wrote:


tu la kan lucky kan... windu kan...

mari.....

(ajak rie masuk ke dalam kamar mandi)



Elly tanpa membuang ms mereport kejadian tersebut kpd jabatan agama. (kepoh la katakan) didapati en rie sedang bersungguh-sungguh meyakinkn lucky bahwa mangkuk tandas baru miliknyer adalah made in Afrika dan bukan d curik dr umah eloka sepertimana yg d gemba gemburkn dlm metro smlm.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

si ellyza misbun ni la Mak Cik Wok paling kepoh yang penah aku jumpa... aku nak mengajak si Lucky Strike ni belek2 mangkuk tandas aku pun beliau sibuk nak mereport kat JAIS... kan dah malu sendiri... tok... tangkap ellyza ni tok... memandai je buat laporan palsu...

Lalu mereka semua pun pulang ke rumah masing-masing..



(setelah kesemuanya pulang... rie dan lucky terus masuk ke bilik tidur)

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Sbnrnyer Jais x blk lg.


Jais : Tlg Bukak pintu ni. kami nk buat peperiksaan.


Rie : Kami da abis belajar r tok. mn ad nk amek pekse pun.


Jais : Oit! degil eaa.. nnti kami robohkn bilik kamu ni.


Rie : Jap! jap! nk pakai suar ni.


tatkala pintu d buka, tersembullah rie dgn spender pokedotnyer. Jais yg melihat terus koma segera d kejarkn ke klinik bidan, x jd nk memberkas diorg ni.


 



__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

ni pehal kecoh2 ni...aku nak berwirid pon tak senang...dah tu tak pasal2 nama aku naik dlm sumbang mohram ni...


jom abg rie...masuk bilik...kita sambung niat kita yg terbantut tadi...



__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

o0it lucky..kenape mesti si Rie yang masuk bilik k0...
kan malam ni giliran aku.ishk2..dia dah janji ngan aku lah...

k0 malam 2008 lah yerk....j0m Rie..main Chest!!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 850
Date:

hmmmmmmm berebut2 plak si aweks ngan si lucky nih..bertambah kurus le tulang si Rie tu.. sian dia...(mcm pernah dgr lak ayat nih!!)

__________________
PaStiKan KiSah SeMalam berLalu tanPa kESan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard