Masuk tahun 2006 dah 30 tahun kakteh berkahwin dengan suami kakteh. memang banyak badai dan taufan yang dilalui, tapi kasih sayang tetap utuh. Bila membaca posting adik2 tentang masaalah rumah tangga, ingin pulak kakteh berkongsi cerita kakteh sebelum dan selepas berkahwin sehingga hari ini, untuk renungan kita bersama... 1. Kami berbincang tentang household budget, who should pay for what. Kakteh memang strong believer in financial independence, so joint income memang kakteh tak berapa setuju. Kami bersetuju suami bayar ansuran rumah, bil, yuran sekolah anak2, kereta dan petrol. Berapa dia nak bagi mak dia kakteh tak kisah, janji dia jgn lupakan mak dia dan jangan berahsia dengan kakteh.
2.Kakteh tolong duit belanja pasar dan duit keperluan dapur. Suami pun tak kisah berapa kakteh bagi mak dan bapak serta adik2, janji maklumkan saja pada dia. Duit susu anak dan pengasuh pun kakteh yang tanggung. Kami buka a/c bank utk anak2 (masa dulu tak berapa peka tentang insurans pendidikan ni) untuk pelajaran diaorg dan sama2 contribute.
3. Bila anak2 dah besar dan budget pun dah bertambah, kakteh banyak bantu dia, maklum anak2 boleh dikatakan berjaya jugak. 4. Kakteh tak pernah demand benda2 yang dia tak mampu nak belikan. Kekadang kalau dia ada duit lebih dia belikan kakteh baju, tapi kalau kakteh nak barang kemas misalnya kakteh beli sendiri kalau ada duit.
5. Kami tak pernah ada kredit kad (sori, bukan nak kondem org yg pakai kredit kad, sekadar bercerita). Kami berbelanja within our budget, tak suka beli barang secara berhutang dan beli barang yang perlu ajer. Kakteh tak kisah rumah tak banyak perabut macam anjung seri atau baju tak up-to-date. Kakteh bangun pukul 5 pagi untuk masak bekalan anak2 kesekolah dan bekalan kepejabat.
6.Suami pun bukan perfect, kakteh pun camtu. Tapi kalau ada pertengkaran cepat2 diselesaikan, especially sebelum masuk tidur. Kakteh pegang cakap emak kakteh ' tempat tidur adalah tempat bermusyuwarah yang paling baik bagi suami isteri" Banyak perangai suami yang kakteh tak suka, masa muda2 dulu angin gak, tapi bila berfikir secara rasional, lantaklah... .aku bising pun camtu gak, tak leh nak ubah perangai, jadi terima jer ler.......perangai aku pun tentu ada yang dia tak suka....kita dilahirkan berlainan emak, berbeza cara dibesarkan, camna nak sama....tapi as time goes by, keserasian tu datang sendiri (cewah....cam lagu ajai ngan nurul pulak)...jgn terlalu demanding dan banyak bertolak ansur terutama isteri kerana org lelaki ni egonya tinggi....
7. Bila dah lama kahwin dan ekonomi mantap sikit, kekalkan kesederhanaan yang telah dibina dari dulu, jangan mudah terpengaruh dengan duniawi....
8. InsyaAllah.. ..kakteh masih boleh berjalan perpegangan tangan tanpa malu dengan sesiapa....after all he is my husband!
alahai chikun...ko siap tanya mak teh tu ddk mana ek? berminat nampak..!!
best r pengalaman mak teh tu..boleh ke aku jadi camtu? isk isk..ssh gak ni..harap2 biar le dapat cik abang yang benar2 menyayangi, benar2 mengerti, benar2 boleh berkongsi ketika bahagia dan duka, wang ringgit dan tenaga dalam hidup berumah tangga nanti. apa2pun aku kena amik kursus jati diri untuk kawal rasa marah, tensen, ego..lepas tu bleh le amik kursus rumah tangga plak ek..hmmmmmmm
(chikun, ko nak ikut aku gi kursus tak??)
__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?