Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ada lagi..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 111
Date:
ada lagi..


jelaskan maksuk PERCINTAAN yang sebenarnya????

__________________
powersial


Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

Saidina Ali berkata, “Tiada PERCINTAAN dengan sifat yang berpura-pura.”

Makna CINTA itu luas, amat luas. Dan andainya CINTA itu ingin dibataskan pada PERCINTAAN antara lelaki dengan perempuan, bersungguh-sungguhlah dalam melakukannya. Usah berpura-pura kerana sifat kepura-puraan bukan sikap orang yang berani.

Jika anda berani untuk bercinta anda berani untuk berlaku jujur. Anda berani untuk berkata benar. Anda berani untuk menjaga hati orang yang anda cintai itu sebaik-baiknya. Setiap perlakuan yang sebaliknya adalah lambang sifat penakut yang sebenar-benar takut.

Orang yang benar-benar mencintai ALLAH tidak takut untuk mempamerkan keislamannya. Dia berani melakukan solat di tengah orang yang lalai. Dia berani meninggalkan majlis untuk menunaikan kewajipannya itu. Dia berani berkata benar bahawa dia ingin keluar untuk solat.

Tatkala anda menyintai seseorang anda seharusnya tidak takut untuk memperkatakannya kepada orang lain. Anda juga tidak seharusnya takut untuk menyatakannya kepada orang yang anda cintai itu. Anda tidak takut untuk berkata benar meskipun anda sendiri ragu-ragu apakah penerimaannya. Anda berani kerana anda jujur pada diri anda sendiri. Anda tidak berpura-pura lantaran itu anda tidak takut untuk mengatakannya pada diri sendiri, mengakuinya dan berpegang teguh padanya.

Anda juga tidak takut untuk memadamkannya apabila nyata cinta anda tidak bersahut. Anda berani untuk berundur lantaran anda seorang yang jujur. Anda tidak takut untuk menangis lantaran sekiranya anda patut menangis. Tiada anehnya. Seorang yang dilanda kekecewaan dan kegagalan patut menangis, agar dengan itu dia bangkit dengan semangat yang lebih waja dengan azam bahawa aku akan menang.

CINTA itu sentiasa perlu diperlihara. Kalau perlu dibaja maka bajailah ia, kalau perlu disiram dengan air mawar, maka siramilah ia; kalau perlu disejukkan dengan hembusan angin salju maka datangkanlah angin salju itu.

1. Bersihkan fikiran anda
2. Semangat anda usah luntur.
3. Jadikan cinta itu mekansime menuju kejayaan dan kecemerlangan.
4. Bersungguh-sungguh dan berniat untuk sampai ke penghujung atas nama perkahwinan.
5. Berkorban sekiranya pengorbanan itu dituntut.


CINTA diturunkan bersama lahirnya manusia untuk menyempurnakan kehendak nalurinya. Usah bazirkan cinta kerana cinta yang terbiar ibarat mutiara berharga di pinggir jalan dan tiada sesiapa mempedulikannya.



__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard