Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ..senaman..
mad


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 25
Date:
..senaman..


Adakah engkau cepat berasa letih? Jika ya! Ini bermakna engkau perlu meneliti semula rutin harian engkau. Engkau perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Ini bermakna walau sesibuk mana pun jadual harian engkau, engkau tidak seharusnya lupa untuk bersenam. Tidak bersenam bukan sahaja akan membuatkan kesihatan engkau terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit engkau, sekaligus nampak tidak bermaya. Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam.
Kajian menunjukkan kurang senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman dapat menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, mengelak kegemukan dan memberi keceriaan dalam kehidupan. Jangan mulakan senaman yang berat jika engkau tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan serangan jantung. Apabila mengambil bahagian dalam sebarang program senaman jangan tergesa-gesa untuk meningkatkan aktiviti fizikal engkau. Amalan yang baik patut dicontohi, misalnya janganlah menaiki kereta jika engkau boleh berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Ambillah bahagian di dalam sebarang aktiviti sukan yang anda gemari.

MANFAAT BERJALAN KAKI
Berjalan kaki adalah latihan yang baik untuk memulakan senaman dan dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. Untuk memaksimumkan latihan engkau, cubalah berjalan kaki sekurang-kurangnya satu jam di pagi hari. Untuk hasil yang lebih baik, awasi degup jantung engkau pada 70% dari degup jantung maksimum engkau (degup jantung maksimum sama dengan 90 degupan). Jalan kaki juga akan menguatkan semua otot di kaki dan dari satu jam engkau berjalan dengan keadaan yang cepat akan dapat membakar sekitar 300 kalori.

UTK SENAMAN YG EFEKTIF
Senaman meningkatkan daya tahan tubuh sehingga 80%. Tetapi jika engkau tidak sihat, engkau tidak digalakkan melakukan senaman. Untuk senaman yang efektif, jadualkan kekerapan bersenam antara 3 hingga 5 kali seminggu. Anggarkan masa untuk bersenam, minimum antara 10 hingga 20 minit setiap sesi. Tetapi sebelum bersenam, pastikan
engkau mulakan dengan teknik memanaskan badan (warm up). Ketika bersenam, berikan tumpuan kepada aktiviti yang melibatkan seluruh tubuh badan seperti berlari, berjalan kaki, berbasikal, senaman aerobik, memanjat anak tangga dan berenang. Selepas tamat melakukan senaman, akhiri aktiviti engkau dengan menyejukkan badan (cool down). Antara senaman ringkas yang boleh anda amalkan ialah :

MENAIKI TANGGA
Hampir setiap pejabat mempunyai tangga. Jadi, apa kata jika engkau menggunakan tangga berkenaan ketika bergerak kemana-mana kerana ini secara tidak lansung membantu engkau menegangkan otot paha dan betis. Bagaimanapun, pastikan engkau tidak memakai kasut yang bertumit tinggi kerana ia akan mendedahkan engkau kepada risiko kecederaan ataupun tergelincir. Justeru, pastikan kasut yang engkau pakai sesuai dan selesa dipakai selain tidak menyakitkan kaki. Selamat mencuba !

‘SKIPPING ‘‘Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh engkau lakukan pada bila-bila masa sahaja. Engkau hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jogging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan engkau.

PEREGANGAN @ STRETCHING
Peregangan adalah antara perkara yang perlu anda berikan keutamaan sebelum melakukan sebarang senaman atau kerja-kerja lain. Peregangan penting untuk melegakan otot-otot engkau dan bersedia untuk peringkat seterusnya. Peregangan juga dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan dan dapat memperbaiki ‘postur’ tubuh. Jadi luangkan antara 5 hingga 10 minit untuk melakukan regangan.

Apa Yang Perlu Ada Dalam Sebuah Senaman?
•Sentiasa memulakan program senaman dengan melakukan latihan pemanasan selama 5 hingga 10 minit.
•Lakukan regangan untuk memperbaiki keadaan tubuh engkau agar lebih fleksibel.
•Lakukan sedikit latihan aerobik bagi memperbaiki fungsi kardiovaskular.
•Pilihlah senaman yang mampu menggerakkan otot dan tulang engkau.
•Diakhiri dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit sambil menyedut nafas dalam-dalam.



__________________
..military cadet officer..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 303
Date:

sambil2 bersenam tu jgn lupa solat..ha dalam solat tu ada baaaaaaaanyak perkara2 yg baik dari segi kesihatan dan mental. cuba murid2 rujuk balik posting kelebihan bersujud..(cewah, jadi ustazah plak wulan ari nih)

__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

senaman itu penting tapi solat lagi penting!!

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

senaman dan solat adalah 2 perkara yg amat penting utk ptumbuhan kita malah mampu mbawak kita ke jalan yg benar..

maceh..

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

but without solat hidup x sempurna n kebahagiaan sukar dikecapi

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard