Hujan turun dengan lebatnya pada suatu malam Jumaat. Sudah pukul 10.30 malam, Kassim menjeling-jeling isterinya dengan senyum penuh makna. Dua tiga kali dia berdehem sambil angkat kening. “Malam ni kita tidur awal sikit ya, Yang,”bisiknya. Isterinya, Saodah jawab, “Tak boleh bang, anak-anak kita belum tidur lagi. Tengok tu mata diorang, terkebil-kebil. Nantilah saya tidurkan diorang dulu.” Setengah jam berlalu, si anak masih terkebil-kebil biji matanya. “Dah tidur budak-budak tu, Yang?”Tanya Kassim, gelisah. “Belum, bang,” jawab Saodah. Kassim garu kepala. Mengiring salah, meniarap salah. Hujan makin lebat, malam kian larut. Kedinginannya menyebakan Kassim tambah gelisah. “Tak apalah, Yang,”kata Kassim. “Awak uruskan budak-budak, saya pergi bilik sebelah, baca Al-Quran’.” Saodah mengangguk. Kassim pun pergi ke bilik air, ambil wuduk, pakai kopiah dan membuka Al-Quran. “Bismillah hirrahman nirrahiiiiiimmmm..”suaranya beralun merdu. Baru hendak menyambung bacaan, pintu biliknya tiba-tiba dibuka. “Bang,” Saodah memanggil dengan senyum melirik, “anak-anak dah tidur!” “SADAAQALLAH HULAZIM…” lalu Kassim menutup Al-Qurannya!Hmmm…begitulah hebatnya penangan malam Jumaat…pada orang-orang seperti Kassim.