Masa tu aku jd nurse bekerja kt klinik pakar kanak2 j.jya,nk dapat cuti susah sket sebab budak tgh musim HFM.patient ramai.Atuk dah beberapa bulan sakit, Makcik aku yg kt Muar jaga,adik-beradik ayah slalu turun tengok atuk kecuali aku&nd bro.Aku tak tengok tak bermakna aku tak syg atuk,keadaan tak mengizinkan.Manusia tak lepas dgn dugaan hidup.Aku sentiasa berdoa&baca yassin selepas solat utk atuk dari jauh..
Mama ada cite,atuk tak mau bukak mata klo adik-beradik ayah/cucu atuk panggil atuk..bila mama sampai & sapa,atuk buka matanya.Walaupun aku dgn pendirian aku,aku masih boleh hormat org yg patut aku hormat. Atuk tgh sakit,mereka yg sakit je akan tahu niat hati seseorang tu pd mereka.Aku faham..
1 hari sebelum raya, aku&keluarga aku ke sana tengok atuk,sampai kt Muar,aku terus jumpa atuk "atuk..ina dtg..".Atuk buka mata & anggukkan kpalanya tanda menyambut kedatangan aku.Semua yg ada terkejut bila atuk buka mata tengok cucu dia yg pertama kali ada kt sisi nya.Aku tak berganjak di sisi atuk.Mak su dtg "mak,edah nk lapkn bdn mak"..atuk mengeraskn diri.Beberapa kali Mak su cuba pujuk pn, atuk tetap mengeraskn diri.Akhirnya, aku bersuara pujuk atuk "atuk..meh ina lapkn atuk eh..Mak uda pn ada skali",atuk tak mampu menggerakkan bdn nya sendiri kecuali mesti dua orang yg mengendalikan, aku buka kn baju atuk,atuk melembutkn bdn nya ketika aku& Mak uda melakukan tu semua.Segala daki yg ada kt bdn atuk aku settle kn.Aku membelek kuku atuk yg panjang.Kuku tangan&kaki atuk aku sepit.Aku lentokkn kepala aku kt atuk..syg atuk..naluri sebenar aku.Sepanjang masa tu..aku tak lekang dgn atuk.Dokter yg handle atuk dtg rumah nk check..time atuk di beri ubat..skali lg atuk mengeraskn diri bila cucu yg lain nk beri ubat."Atuk mkn ubat ya..ina masukkan kt tube.." aku memujuk,atuk buka mulut.Dokter suruh atuk berehat.
5.00 ptg..Aku mandi tinggalkn atuk sendirian sekejap.Mak Uda&separuh yg lain ke dapur masak utk berbuka puasa.Keluarga aku&separuh lg yg lain duduk di luar.Jalan nak ke dapur melalui tempat katil atuk baring,lepas mandi masa aku nak berjalan ke dapur aku tengok kaki atuk dah luar dari kaki katil,mata atuk terbuka,bdn nya seperti ada yg digerak2kn.."ya Allah!Mak uda,Mak uda!atuk!".Aku menerpa ke arah atuk,"tuk..mengucap tuk..'lailah haillallah..'"aku cuba menarik semula atuk ke kepala katil,mata atuk tertutup kembali.Mulutku menjerit memanggil Mak uda.Mak uda terkejut& segera dtg membantu aku.Mak uda menangis & menjerit "ya Allah!bangg makk bangg!" Aku terasa sesuatu.Semua yg ada meluru ke atuk,dokter dtg menggerakkan bdn atuk yg takde respon..aku terkedu."Innalillahiwainnailaihira'jiun..." dokter mengucap. "Atukk" isk..isk.. Rupa-rupanya aku sedang mengadap malaikat dtg mengambil nyawa nya,atuk nazak td..21 tahun aku hidup..ni lah kali pertama "Dia" tunjukkan kejadian macam ni pd aku.Atuk meninggal bulan ramadhan 1 hari sebelum raya,org ramai dtg menunggu jenazah atuk."Ayah,jom kita balik rumah, kita tunggu arwah atuk kt kota..".Malam tu aku ajak ayah&mama balik.Ramai org kampung melawat atuk perempuan aku.Org klau dah jumpa beramai-ramai..mulut takkan tutup punya,bercerita."Orang lain yg selalu tengok,cucu yg pertama kali dtg tengok ni mengadap dia sampai habis..".Start kejadian tu,mata aku terbuka luas utk segala-galanya.."Dia" bg petunjuk&buka pintu hidayah aku..Semua yg tersirat,aku dapat huraian "dari-Nya".Sekarang..keluarga aku& cucu dia ni lah yg jaga/tinggal di tanah rumahnya..Hikmah sebalik hati aku menghadapi dugaan-Nya.
*Jun2006..malam selepas aku keluar drpd wad..antara sedar atau tidak,arwah atuk dtg memegang tgn cucu nya yg sakit duduk tepi katil di sisi aku. dan malam tu juga aku tersedar aku baring bersebelahan tingkap bilik. Aku merasainya walaupun atuk duduk mengereng tak tunjukkan muka/tak berkata apa2,bentuk badan atuk& gayanya..itu ialah atuk.