Kedengaran bunyi cengkerik di waktu malam.Fauzi masih belum tidur. Dia berasa musykil akan cerita yang diceritakan oleh neneknya pada petang tadi. Dia berfikir, “Betulkah telaga gergasi yang diceritakan oleh neneknya itu wujud?Kalau betullah cerita nenek itu tadi siapakah yang menggalai harta itu?”Fauzi berfikir dan berfikir, lama-kelamaan dia tertidur diatas katilnya sambil duduk. Pada keesokan harinya Fauzi tidak ke sekolah kerana hari itu adalah hari cuti hujung minggu. Dia memastikan semua kerja sekolahnya yang diberi oleh gurunya telah siap dibuat. Di waktu pagi begini dia selalu terkenangkan ibu bapanya yang telah meninngal dunia akibat kemalangan jalan raya. Tanpa disedarinya air matanya keluar berlingan dari matanya.“Tok! Tok! Tok!” Pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Lalu Fauzi pergi membuka pintu sambil mengelap air matanya.
“Jemputlah turun ke bawah sarapan pagi dengan datuk kamu dan nenek sekali.”
“Baiklah nek.” Jawab Fauzi sambil tersengih-sengih.Selepas mereka sarapan pagi Fauzi memeinta izin neneknya untuk pergi berjumpa dengan rakan-rakannya di taman permainan. Dia dan rakan-rakannya berpakat untuk membongkarkan misteri telaga gergasi itu. Mereka mencmpur wang mereka dan selepas mereka mengira beberapa kali mengira jumlahnya ialah RM200.05. Mereka membeli alat-alat keselamatan dan alatan lain untuk digunakan semasa ingin masuk kedalam Telaga Gergasi itu.Selepas mendapat wang baki sebanyak RM60.00, mereka membahagikan wang itu sama rata dan setiao seorang mendapat wang sebanyak RM20.00.
Mereka merancang akan pergi ke telaga gergasi itu untuk membongkarkan misteri telaga gergasi itu pada minggu hadapan. Fauzi dan kedua-dua rakan kembarnya tidak sabar-sabar lagi hendak menunggu minggu yang akan datang.
Seminggu telah berlalu Fauzi, Reeza dan Reezal pergi ke telaga gergasi itu. Mereka mengikatkan tali pada tiang telaga tersebut dan memakai alat-alat keselamatan untuk masuk ke dalam telaga gergasi. Seorang demi seorang masuk ke dalam telaga gergasi itu. “Rupa-rupanya telaga gergasi ini dalam juga.”kata Fauzi sambil berpegang ketat pada tali yang diikatnya itu.
“Eh, awak nampak tak apa yang kami nampak?” Kata Reeza dan Reezal serentak.
“Tak.” Jawab Fauzi dengan muka sepuluh sen.
“Cuba tengok ke bawah.”Reeza membalas jawapan daripada Fauzi.
Rupa-rupanya telaga itu dipenuhi dengan kemas dan bukannya telaga yang tiada penghujungnya. Hajat mereka untuk memberitahu semua penduduk kampung tidak kesampaian keran mereka taku penduduk kampung akan mencuri semua emas emas itu.
Rahsia itu hanya dikietahui oleh Nenek Fauzi,Datuk Fauzi, Fauzi dan dua pasangan kembar itu. Pada keesokan harinya dia pergi ke telaga itu dengan hasrat untuk mengambil semua emas itu tanpa berkongsi.
Dia pergi ke telaga itu lalu terjun dengan selamba tanpa disedarinya dia telah terjun ke dalam telaga gergasi itu dan emas-emasw yang dilihatnya semalam hanyalah khayalannya.
kalo kematian tak diketahui sesiapa??? macam mane ko taw fauzi tu dah mati??? macam mane ko taw die g telaga tu sorang-sorang?? macam mane ko taw die terjun dalam telaga bukan turun pakai tali??? macam mane ko taw emas tu khayalan ko turun same ker???
pelikkan??? nampak sangat cite nie khayalan penulis...