Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rahsia Satu Kehormatan


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:
Rahsia Satu Kehormatan


"Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan,

memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya

datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya,

datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih

padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda

yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".


Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia

menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan

lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda

tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."




Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari

kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti.

Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia

tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku

tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini

dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan

oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya

menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.

Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu

menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang

mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk

menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari

dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik,ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap

saja ini sedekah dari saya buat adik."


Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu

memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang

meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana

anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang

lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"


Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah

berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu,

bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah

bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak

suka saya menjadi pengemis".

Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil

penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak

yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah

kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di

hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil

menjajakan kuih. Dan,adalah pantangan bagi sang ibu bila

anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah

dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan

senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik

dan menghasilkan wang.

Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan

anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi

kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah

kehormatan".
Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.

Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti

pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana wang sehingga

melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan

sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.

__________________
al0ne no M0re


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

.:: memang best jalan cerita ye! ::.

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard