Jika kamu memancing ikan.. setalah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja... kerana dia akan terluka olah kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..
Jika kamu manadah air biarlah berpada,jgn terlalu mengharap pada takunganyan dan jnglah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak...tentu sukar utk kamu menampalnya semulanya....akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... jgnlah kamu terlalu mengaguminya dan jgnlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu utk menerimanya...akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi....yang kamu pasti baik utk dirimu.mengenyangkan. berkhasiat.megapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..terlalu ingin mengejar kelazatan kelak,nasi itu akan basi dan kamu tidak dapat memakannya.kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dgn seseorang insan....yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu,menyayangi,mengasihimu, mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dgn yang lain. terlalu mengejar kesempurnaan.kelak,kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.
"ya Allah, perbaikilah untuk ku agamaku, yang menjadi pemelihara bagi urusan,dan perbaikilah bagi ku duniaku yang di dalamnya berlaku kehidupanku,dan perbaikilah untuk akhiratku yang kepadanya tempat kembali ku.Jadikanlah kehidupan ku merupakan tambahan bagi ku terhadap segala kebajikan dan jadikanlah kematianku waktu berehat dari segala kejahatan"
cukup mendalam...cukup bermakna...memang kita patut menilai diri kita sendiri...cuba bersyukur dengan apa yg ada...dan cuba utk perbaiki utk majukan diri....andai org lain berjaya....simpan rasa dengki sbg penguat semangat utk turut sama berjaya...bukan dijadikan bahan kutukan atau cemuhan...muhasabah diri andai rasa ada kekurangan....andai kita gagal dalam sesuatu perkara...andai kita melalui ujian dan saat yg sukar...slamat pd sume kwn2 gc....moga bersihlah hati dengan segala sifat terpuji...
contoh la kalau pasal jodoh..selalulah berdoa agar si dia yg kita sayangi tu menjadi jodoh kita.....
kalau dia memang jodohku, jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku, Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku... Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali... Kalau dia jodoh orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ...