Hamid,Rahim dan Fauzi adalah tiga org sahabat karib.Mereka nih suka memancing.Kalau cuti hujung minggu je mereka pasti tak lepaskan peluang memancing.Satu hari tuh mereka mereka bertiga nih pergi ke sebuah tasik.Nama tasik tuh Tasik Air Merah.Tasik Air Merah nih sebenarnya merupakan sebuah tasik yang aneh.Apabila pagi airnya jernih seperti biasa dan apabila petang airnya bertukar menjadi merah dan ia memang terkenal dengan cerita-cerita misteri.Kisah lembaga berjalan atas air la,kisah gadis mandi-manda waktu malam la,kisah ikan keli sebesar perahu la dan macam-macam lagi.Tapi takde saper pun yang dapat membuktikan kebenaran cerita-cerita tersebut.tasik nih memang banyak ikan kalau waktu petang.Walaupun macam-macam cerita mengenai tasik nih di hebohkan oleh penduduk kawasan berdekatan,ia sedikitpun tak dapat menakutkan orang dan menahan mereka dari memancing.Nak pendekkan citer,mereka bertiga pun memulakan aktiviti memancing.Mereka memancing kat lain-lain kawasan.Jarak mereka antara seorang kira-kira 10 meter.Punya la kusyuk memancing dah tak sedar yang waktu dah dekat nak masuk Maghrib.Hamid yang sedar nih pun pergi la ajak la Fauzi untuk balik memandangkan hari dah maghrib.Tiba kat tempat fauzi mancing tu,Majid tgk Fauzi dah siap kemas-kemas untuk balik.Pastuh diorang pun pergi la kat Rahim.Jalan punya jalan sampai la kat kawasan Rahim memancing.Dari jauh merka tengok Rahim tengah kusyuk dok sembang sorang-sorang,sambil gelak-gelak.Mereka pun pegi la dekat.Fauzi dengan hairan pun tanya la Rahim "Rahim,ko cakap ngan saper??"
Rahim pun toleh la..."Ehh..macam maner korang bleh ader kat situ...???"dia tanya kat Fauzi ngan Hamid.Rahim ni pun dengan hairan toleh la balik tengok kat sebelah dia dah takder org.Apalagi seram sejuk la si Rahim nih..Dia tanya balik kat diaorang tu"korang ader datang sini tak tadi..??"Hamid jawab "takder kami memancing kat sane la.."Apalagi dengan pantas rahim bangun capai joran dia cepat-cepat ajak Hamid ngan Fauzi blah dari situ.Dalam perjalanan Rahim nih pun cter la kat mamat dua orang nih yang dia bersembang-sembang dengan makhluk yang disangkakan Hamid ngan Fauzi kat tasik tadi.Perghhh..seram giler ler mereka dua orang tuh.Lepas kejadian tuh mereka dah serik nak mancing-mancing lagi dah.
Tasik Air Merah terus misteri dan sering di kunjungi.Selagi ader manusia yang pergi memancing kat tasik tuh,selagi itulah cerita misterinya bertambah.
*kisah benar nih di ubahsuai bagi memantapkan jalan ceritanya.Segala yang baik datang dari ALLAH SWT,dan yang buruk dari kita sendiri...
asya ....uiiii..terrer betoi kucing asya senam robik yerr..pasnih suruh dia ketuk tampi bleh ak..hihihi..tp jgn record dia tgh ketuk tampi tuh tau..hhihihihi...
takut nye aku..emm..pas nie aku tak nk tasik titiwangse dh..takut plak aku ngn bile tdengar owg sebut pkataan tasik nie....ter ter ke..ke..tar...aku di buatnye...