Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: dah penat ke, dah tau ?


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:
dah penat ke, dah tau ?


Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang remaja melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Barulah sejuk sedikit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan baju putihnya yang basah dengan peluh.

"Wah ramainya orang kali ini." kata yang seorang lagi.

"Mestilah. Inikan minggu peperiksaan. Semuanya hendak belajar saat-saat akhir. Tentulah sesak. Tak apalah. Kita pergi ke tingkat atas sekali. Di situ tidak ramai orang." kata pemuda pertama tadi.

Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar.

Masa terus berlalu. Beberapa jam kemudian.....

"Ahhh! Aku dah penatlah. Aku balik dahululah." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "Popular Science" dan "National Geographic" yang bersepah di atas meja yang diduduki mereka.

"Allah! engkau ni. Awal lagi ini. Baru pukul tujuh."

"Aku ada temujanji malam ini." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih.

"Wah! padanlah." sahut kawannya.

"Engkau masih belum mahu balik lagike?" tanyanya.

"Aku hendak mengulangkaji sedikit lagi. Tak apalah, engkau baliklah dahulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum.

Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku. Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah kerajaan Sung - China. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji.

Tiba-tiba dia berbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu.

"Hai! Buat apa tu." tegurnya.

Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis. "Boleh saya menumpang duduk di sini. Di sini sunyi, tidak ada orang, jadi saya duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut.

Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati.

Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak. Mereka berdua mula bersembang panjang.

"Boleh saya pinjam pen awak sekejab?" tanya gadis itu.

"Boleh-boleh" dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu.

"Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ini." suara lembut gadis itu menerpa cuping telinganya.

Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu.

Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu, tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu.

Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu menggetuk meja dengan pen tetapi pennya itu pula yang terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi dia mengangkatkan kepalanya terlalu cepat sehinggakan berdetum kepalanya terhantukkan ke bawah meja itu.

Dia menyumpah-yumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa perlahan-lahan. Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya menegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan -gosokkan kepalanya sambil melihat kearah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan.

Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat. Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh... dah penatlah. Nak baliklah."

Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke, dah tahu..."

Gadis tengkorak.
Dia tidak bertangguh lagi terus lari lintang pukang menerpa ke tangga. Pandangannya melihatkan sepasang kaki yang tinggal rangka di hadapannya di bawah meja, sedangkan rupa seorang gadis cantik di sebelah atas yang bercakap- cakap dengannya cukup menyeramkannya.

Sepanjang jalan itu, suara gadis itu berulang-ulang kedengaran bertanyakan "Dah penat ke, dah tahu? "Dah penat ke, dah tahu?" disertai deraian ketawa mengelikik.

Tanpa bertangguh lagi dia memecut lebih laju, berlari balik, putih tapak kaki, tanpa menoleh kebelakang lagi.


Garis titisan darah.


Jadi anda dah penat ke sebab dah tahu? Cuba- cubalah lihat siapa yang duduk di belakang awak itu??????????



__________________
bonjore


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 27
Date:

hahahaha....dah penat bace.........baru tau....ekekek....dah thu belakang laling ade doremon...ekekekek



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 546
Date:

o....rupe nye baru ku tau ko lah yg selalu usik anak dara org ek....

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

nie lah cik rie nie.... 


tak sangka ye tiba2 je terlihat rie kat belakang sambil tersengih2....


 



__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 546
Date:

ko nie biskut asyik terigatkan en rie jer sebab tu la jadi mcm tu...ko jumpa la en rie kat pokok besar tepi kubur tu esk k...he..he..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:


pari_pari wrote:


ko nie biskut asyik terigatkan en rie jer sebab tu la jadi mcm tu...ko jumpa la en rie kat pokok besar tepi kubur tu esk k...he..he..


buat ape jumpe situ tak nak lah nati org kata biskut ade affair ngn tengkorak lak.....   tapi kalu jumpe kat dalam semak ok gak tak de lah org nampak kan hehehe...acah je



__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:

melurr kalau baca ni mau pengsan dia beberapa hari..

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Super Member

Status: Offline
Posts: 546
Date:

melurr tak kan pengsan asya hantu nie lain dr yang lain...dia hanya duk tercegak kat ctu je tak kemane2 pun...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:

aku lupa pulak...kan ke melurr dah makin kuat semangat skrg nih.Siap masuk fear factor lak tu...adegan melompat dari 1 bangunan ke 1 bangunan menangkap Superman Chek_am..Lepas tu makan tulang Mister Rie yg disalut dgn air liur Gabriel yg diperam selama 9 hari...Masa final tu,kena masuk dalam lubang kubur bertemankan pinggan yg retak di bawah badan beliau..Akhirnya melurr berjaya gak semua adegan merbahaya tu..kejayaannya diiringi dgn petikan gitar aBiLa,kucing manja..tiba-tiba waktu perjalanan pulang,tayar kereta melurr pancit plak....dgn slumbernya melurr meminta pertolongan abg aziz utk mengepam tayar tu...

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

kalau melur pengsan kita pakat2 la p antar kat klinik haiwan pari2 or kat klinik biskut..hehehe..mana cek melur ekkk


idup kekuraku...



__________________
bonjore


Super Member

Status: Offline
Posts: 546
Date:

boleh...pari2 sentiasa mengalu-ngalukan pesakit22 dari GC nie.. he..he..

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

takpe..kalau ada sapa-sapa pengsan baca cite tu angkat tangan..aku tau CPR...mmuahssss..sure tersedar punyee

__________________
bonjore


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:


pingganretak wrote:

takpe..kalau ada sapa-sapa pengsan baca cite tu angkat tangan..aku tau CPR...mmuahssss..sure tersedar punyee



Pingganretak...Abg Gabriel & Mister Rie dah pengsan ni...kasi CPR cepat..!!!!!!

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

ajis..kasi pinjam pam ko kojap..aku nak CPR gabriel ngan master rie ni ha....

__________________
bonjore


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

pingganretak wrote:


kalau melur pengsan kita pakat2 la p antar kat klinik haiwan pari2 or kat klinik biskut..hehehe..mana cek melur ekkk idup kekuraku...

uikss.....adakah melurr ni cam kura2 bang pinggan...kalo kura2 mas ok gak.....time sengkek leh la gi pajak....duit bagi dua...70-30....berehh ekk.....

__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

ishhhh melur....kekura tu tak menyerupi sesiapa pun..dia dlm keencemannya yang tersendiri...

__________________
bonjore


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

encem cam spek itam ke......huhu...kalo gitu micheal vough pun kalah.....tapi takpe la bang pinggan.....kim salam la kat kura2 tu ya...cakap kat dia melurr nak wat adik angkat la.....leh main lumba2 lari nnti....huhu....

__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

kalau melur nak tau..niela kekura yg mengalahkan arnab dlm cite arnab ngan kekura tu...memang kepantasannya mcm matrik...kekura matrik nie...

__________________
bonjore


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

hekhek..muka abg pinggan pun dah macam matrik la.....encem bangattt....hahhaaa

__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 87
Date:

jgn la melur..dh berlaku proses kembang kuncup nie...

__________________
bonjore


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

hekhek...kembang kuncup ek.....tu lom proses pemejalwapan lagik tuh...kang pejal tak cair2 dah...wahhaaaa......jom tido bang....ngantuk bangat dah nih.....esok nak norehhh.....kang tertoreh batang pisang lak....huhu...

__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Super Member

Status: Offline
Posts: 950
Date:

library mane ne..ke cte tipu2 an..ehehhee...cam seram..atas cantek bwh..aduss... tp xpe la..leh cuci mate bhgn atas je le erk..ahahahha...mak aih..pnh gak rase seram kat library ptar...dh la xramai org kat tgkat atas..yg bcengkerama tu ramai ar...tp kat area bku2 mgt amne org nk lepak..cam ade bnde dok perati kan..ehheheheh

__________________

study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard