tak dapat aku lupakan pada malam pertama, selepas selesai majlis perkahwinanku macam biasalah takkan nak goyang kaki walaupun saudara mara ramai membantu. aku pun mengemas dan mancuci apa yg patut aku buat. jam menunjukkan hampir 1 pagi mata ku terlalu berat utk bertahan memandangkan aku bangun awal pada pagi sebelum tu. lalu aku pun masuk bilik dan mengunci pintu. kerana mengantuk aku lupa yg aku dah bersuami. entah pukul berapa aku terdengar org mengetuk pintu dgn kuat.aku katakan gila agaknya org yg ketuk pintu ni. dgn keadaan terpisat-pisat dan perasaan yg marah aku buka pintu. ibuku marah kerana aku mengunci pintu dan menyatakan suamiku telah berkali-kali mengetuk pintu lalu tidur di sofa ruang tamu. alamak lupalah pulak aku dah kahwin. aku pergi kejutkan suami utk masuk bilik. suamiku perli aku katanya macam nak elakkk jeee...... aku katakan aku terlupa yg aku dah bersuami.