cam ni cite nye. adalah seorang hamba allah tu, dia (halim,bukan nama sebenar) ni nak kata jahil tu taklah sangat. tapi ada la sikit2. dia ni tinggal agak jauh la dari masjid. so nak ke masjid ni terpaksa la naik bas.nak jadikan cite, pada satu hari hari jumaat. dia ni ke masjid untuk sembahyang jumaat. duit untuk tambang bas tu dia letakkan dalam poket baju atas. ketika dia sedang rukuk, duit dalam poket baju nye jatuh ke ke lantai dan bergolek ke orang di tepinya. jadi bermulala cite dia di sini.......
halim: hoi, jangan ambil duit aku, aku ada banyak tu je untuk tambang bas. kalau ko ambik, macam mane aku nak balik.(cakap dengan nada berbisik)
orang sebelah: hoi, sembahyang mana boleh bercakap.(cakap dlm nada berbisik)
orang sebelah: yang ko cakap tu tak batal ke.
orang sebelah: nasib baik aku tak cakap.
nak di jadikan cite, kesemua orang yang sembahyang pada saff dia haritu semuanya tak sah solatnya.