Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: dadah dan kesudahannya


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 46
Date:
dadah dan kesudahannya


 

DADAH adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara.ape yg mengusarkan aku adalah melayu adalah kelompok utame dalam masalah ini. Masalah ini telah mula diperkatakan lama dah, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif hinggakan Perdana Menteri sendiri terpaksa membuat teguran. apa yang aku tau  sebanya 20  ribu lebih orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia hanya pada thaun 90 an. Daripada bilangan ini separuh darinye adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak lebihnye adalah orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dengan dadah.

Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. bukan saje menagih tapi diorang dah lame start buat activiti menghasilkan dadah pulak.Ini disokong pula oleh permintaan yang tinggi. Ini kerana dunia kini dianggap tidak mempunyai sempadan lagi dan semua orang besaq keluar masuk ke sesebuah negara tanpa banyak sekatan. Tambahan pula, sistem komunikasi dan pengangkutan masa kini yang semakin canggih membantu melicinkan pergerakan mereka. Bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah, perkembangan seumpama ini sememangnya dinantikan kerana operasi mereka menjadi lebih licin dan meluas.

Sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau  Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian dan banyak lagi la. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, budaya, politik mahupun keselamatan.bukankah dalam islam kite ni mengatakan "jatuh bangun sebuah negara bergantung kepade belia nye.bangun belia,bangunlah negara dan sebalik nye jike hancurnye belia itu. Dengan lain perkataan, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranyan masalah dadah tidak dapat diatasi segera. dan sekarang kerajaan dan boleh dikatakan semua pihak sepakat dengan satu kempen "belia benci dadah" .mampukah slogan ini membendung semua ini. saye doakan iyanya berjaya demi bangsa,agama dan negara.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2147
Date:

mls nk bace la am,pnjang no..cube pendek kn crt tu cket..hehehe

__________________

huh!!buhsan tahap gaban la..



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 38
Date:

mcm baca karangan tingkatan 6 plak rasanya...

__________________
hari ini adalah hari gila saya.. - cik asay -


Super Member

Status: Offline
Posts: 2147
Date:

asay wrote:


mcm baca karangan tingkatan 6 plak rasanya...


true..true..aku kalau wat karangn dulu,tmbh2 lg time form6,asyek lari tajukje..bagos plak aku tgk si am ni wat karangn..msti dapat A kan..huh!!


tp kan aku lom bace lg story si am nie..ape crt sbnrnye nie..pnjg sgt..ko jd kan la rumusan am..



__________________

huh!!buhsan tahap gaban la..



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 46
Date:

sebagai khalifah dan hamba Tuhan Yg Esa kat muka bumi ini, aku rase aku nak tlng la bangsa kite nih. tak dapat tolong ngan bende lain aku gune pendekatan ni la.sekadar mampu.msage yg nak aku cube sampaikn kat sini supaye kite hindari dadah. x bleh  gune tenaga kite just benci ngan hati more than enough.


 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 233
Date:

vote belia benci dadah..

bagus laa kalo ader keinsafan dikalangan manusia2 nirajjim nih

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 279
Date:


"KAMI BENCI DADAH"



AKU SETUJU CITER KAU NIE AM..

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 52
Date:

dadah dibenci belia



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

Belia Dan Dadah Mestilah Saling Membenci

__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Super Member

Status: Offline
Posts: 2147
Date:

benci lah dadah..dan jangn membenci belia..muahahaha

__________________

huh!!buhsan tahap gaban la..



Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

dulu masa aku buat printing Celcom punya advertising dulu...

Ada slogan kat hujung poster tu bertulis... BELIA BENCI DADAH

tapi disebabkan masalah teknikal huruf 'H' kat hujung tu masa print tu dia hilang..

korang baca la sendiri apa akan jadi kalau huruf H tu hilang....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

Mister Rie wrote:


dulu masa aku buat printing Celcom punya advertising dulu... Ada slogan kat hujung poster tu bertulis... BELIA BENCI DADAH tapi disebabkan masalah teknikal huruf 'H' kat hujung tu masa print tu dia hilang.. korang baca la sendiri apa akan jadi kalau huruf H tu hilang....

huhu cik rie dah mula acara merepek merabannya...nampaknya terpaksa la aku tambah kepoweran cermin mataku nih utk mengikuti forum seterusnya...huhuuhhh aku pun dah terjebak merepek sama nih...badi tulll....

__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard