Tengahhari itu, tepat jam 12.00 dia yang Lin panggil Kak Bibi, tinggal bersendirian di rumah. Dia malas mengikut emaknya keluar. Sementara adiknya pula sudah semalaman tidur kat rumah Lin. Dia tak join sekali sebab dia dah besar. Kitaorang kecik lagi.
Dah tu, dia terkejut sebab tidurnya yang nyenyak telah diganggu oleh orang yang mengetuk pintu rumahnya dengan kuat. Dengan langkah yang malas, dia menjenguk ke jendela. Dia terlihat mak cik Senah (kami panggil mak cik je), sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya tanpa memandang ke arahnya.
Dengan penuh keyakinan dia membuka pintu. “Ada apa mak cik?” dengan ramahnya dia bertanya. “Bi, kau teman mak cik ke ladang jagung atas bukit sana… Mesti dah berbuah kan…” Pada mulanya, dia nak ikut juga sebab tak nak kecikkan ati mak cik tapi entah apa kuasa yang bikin dia macam berat dan malas sangat nak ikut. Dia cadang nak sambung tidur.
Lalu dia bagi alasan katanya, “Em, tak bolehlah mak cik. Petang ni Bibi ada kelas tambahan. Sekejap lagi nak pergi.” Desak punya desak, akhirnya mak cik mengalah. Dia pun sambung tidur balik.
Lain pula cerita sebenarnya, sebab dalam masa yang sama mak cik tak pegi mana-mana. Masa tu mak cik tengah sibuk masak kat rumah untuk makan tengahhari suami balik nanti. Cerita terbongkar sebaik saja kami berkumpul petang esoknya bagi memenuhi aktiviti bersama keluarga. Nasib baik, kak Bibi tak ikut sama… Kalau ikut, entah ke mana hilangnya. Dia pun hairan kenapa mak cik nak sangat ke ladang Jagung sedangkan masa tu tengahhari buta. Selalunya mereka akan pergi waktu petang masa redup.
Mak kata orang Brunei panggil tu HANTU KELINDAHAU.
nasib baik lah ngaji sampai ke tahap genius cerdik cendicendawan neh. paham memahami la ceta die neh walaupun aku x paham memahami pun sekali imbas bace. macam terencat je jalan ceta nye.
Lin ygn ke 87 kalinya. ko neh dlu dpt spm bpe arrrr????
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!