Dollah dan Saad bermusuh. mereka saling berdendam antara satu sama lain. Namun satu hari Dollah jatuh sakit. Dollah yang sedang nazak cuba berkata sesuatu kepada isterinya. Isterinya pula kelihatan sedang menangis teresak-esak di sebelah suaminya...
suami: Sal, kau masih ingat Samat yang dulunya musuh ketat aku tu?
isteri: ya.. bang.. saya masih ingat.
suami: sekiranya abg mati...(si isteri bertambah-tambah la hiba) abg minta kamu mengahwini samat.
isterinya kelihatan agak terkejut lantas dia berkata..
isteri: abg, kalaupun abg nak menebus kesalahan abg kepada Samat, janganlah sampai abg menyuruh saya mengahwini bekas musuh ketat abg tu.
suami: abg bukan nak menebus kesalahan abg. abg cuma nak dia rasa menderita mengahwini kamu seperti aku 30 tahun menderita beristerikan kamu.