Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: HANTU TINGGI!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 377
Date:
HANTU TINGGI!!!


Ok, ni pula cerita masa kami buat BBQ kat pantai. Emak punya adik-beradik yang ramai maka tersangatlah bestnya malam tu. Tengah syok ber BBQ, makan ayam panggang, sosej panggang dan isi ketam panggang serta beberapa menu lain, kami pun dengan semangatnya mengasak perut kat sana.


            Oleh sebab suasana yang meriah maka tak terasalah hari telah menginjak ke tengah malam. Sehinggalah seorang dari adik emak Lin bertanya (pangkat pak cik) kepada anaknya, waktu ini dah jam berapa? Anak Pak Cik Lin pun jawablah, “eh, dah jam 1.30 pagi lah abah.”Namun waktu sebegitu tidak memberi apa-apa kesan kerana masing-masing akan bercuti pada esok hari. 


            Ombak laut yang menderu tenang tiba-tiba mejadi bak badai ombak yang menghempas pantai. Kami mula terasa sejuk. Siapa sangka, angin mula bertiup kencang, Apakah yang telah terjadi? Kami yang mulanya bermain di gigi pantai mula dipanggil oleh emak masing-masing. dari kejauhan kami terlihat ada perahu mula mendarat, lampu suluhnya tiba-tiba terpadam. Nampak dari riak muka keluarga masing-masing dah tak sedap hati. Barang semua dikemas.


            Tiba-tiba ada lembaga berupa manusia menghampiri kami. Oh, manusia rupanya. Ia dengan termengah-mengah memberitahu dia terjumpa dengan lembaga hitam di tengah laut sana. Kami semua terkilan. Tidak lama kemudian, bayangan lembaga itu melalui kami. MasyaAllah, tingginya!!!...  Kami hanya terlihat dua belah kakinya yang berbulu dan hitam gelap. Semua terkilan, terdiam dan tergamam. Dengan pantas, semuanya berlalu balik menuju ke rumah masing-masing. mujurlah tiada apa-apa berlaku malam itu.


 


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard