Ini pula adalah antara kisah seram yang pernah keluarga Lin hadapi. First story ni, Lin nak cerita mengenai kampung sebelah abah Lin yang sememangnya cukup terkenal dengan keseramennye...
Malam tu, kami sekeluarga bermalam kat rumah nenek. Begitu juga dengan adik-beradik abah yang lain. Maka, ramailah anak, menantu dan cucu-cucu atuk dan nenek kat rumah nenek malam tu. Riuhlah dengan hiruk-piruk tawa kami memenuhi ruang rumah nenek.
Dipendekkan cerita sampai ke tengah malam, kami masih betertawa. Datuk, ayah dengan pak cik sibuk bercerita, begitu juga dengan orang-orang bujang (kira pangkat abang-abang dan kakak-kakak kami), nenek, emak dengan mak cik-mak cik Lin,. Sementara Lin pula kecoh bermain dengan sepupu-sepupu yang lain. Kitaorang bermain batu seremban. Sepupu lelaki pun join sama. Mak dah berkali tegur, jangan main batu seremban, nanti lantai rumah berketuk tengah malam. Tapi. Kitaorang buat-buat tak dengar. Last-last, emak dah malas nak tegur.
Lebih kurang jam 2.00 pagi, suasana masih rancak. Namun apa yang mengejutkan kami apabila suara tawa yang riuh bertambah riuh lagi. Serasa macam ada satu `kumpulan lain’ lagi yang join sama. Tak lama lepas tu kedengaran lantai rumah dihempap dan berketuk-ketuk macam bunyi kami main batu seremban. Agaknya, itulah yang emak tegurkan tadi. Oleh sebab takut, kami berlari menuju ke arah emak masing-masing. Mereka semua pun terdiam, agaknya terkejut sama.
Yang hairannya, kami tak tahu pun dari mana arah datangnya suara itu kerana kami semua dah senyap terdiam. Tak lama lepas tu masing-masing membawa diri masuk ke dalam bilik. Walaupun, bunyi seram-seram tu masih ada namun kami buat tak dengar jek… Esoknya, lepas sarapan pagi kami semua mula berangkat balik..