cerita ni sebenarnya taklah terlalu lucu hanya cukup membuatkan saya senyum simpul sendiri bila teringatkannya. Kalau korang nak baca, bacalah.
Satu masa tu guru yang paling tak diminati subjeknya masuk dalam kelas kami. Oleh kerana kelas kami adalah kelas yang tersohor (kelas A), jika tak berminat dalam sesuatu subjek tu pun, tipu helah terpaksa dibuat secara bersopan santun. Masa tu saya sendiri sedang concentrate (melayan mimpi sebenarnya walaupun mata terbuka) tiba-tiba je kelas riuh dengan gelak ketawa beramai-ramai. Rupa-rupanya seorang pelajar kami didapati menggunakan cara-cara yang sungguh sopan untuk mengelakkan beliau didapati tidak berminat belajar. Caranya ialah dengan membuka buku teks dan menegakkan buku tersebut dihadapannya seolah-olah beliau sedang khusyuk mempelajari subjek tersebut dengan guru kami bercakap di depan kelas. Malangnya taktik beliau terbongkar gara-gara buku teks yang diletakkan didepannya terbalik, songsang. Akhirnya kedapatan bahawa disebalik buku teks itu adalah buku cerita novel remaja lagi yang sedang dibaca dengan khusyuknya oleh pelajar tersebut. Semua pelajar ketawa ketika guru menyoal pelajar tersebut," pelajaran hari ini agak menyeronokkan berbanding hari-hari sebelumnya kan?" dan pelajar tersebut menjawab, "ya cikgu" tanpa menyedari sebenarnya guru tersebut menyindir beliau setelah melihat buku teks yang songsang terbalik itu. Dilihat dari depan nampak seolah-olah concentrate membaca buku teks tapi sebenarnya di sebalik buku tersebut adalah novel. Itulah, menipu, walaupun dilakukan dengan cara yang sopan tetap akan terbongkar juga akhirnya. Korang jangan pula mencuba ilmu ini di sekolah ye