aku tidak pandai mencari kawan! aku tidak pandai mengambil hati orang lain dengan kata2 yang menyenangkan hati. kerana itulah kelemahan aku. aku sendiri tidak tahu kenapa aku begitu. kadang2 aku suka menyendiri memerhatikan keadaan sekeliling. kadang2 aku rasa ingin berkawan tetapi aku pula yang merasa segan dan malu. entah mengapa aku begitu. aku sendiri pun tidak tahu.
kadang2 ada juga yang e-mail kepada aku. dan ketika itulah aku rasa gembira! dada aku berdebar-debar! tetapi ketika itu juga aku rasa gementar. sebab aku seperti tidak tahu apa yang perlu aku jawab? aku tidak tahu nak bergurau dengan tulisan aku! dan aku juga merasa malu untuk menceritakan tentang diri ku kepada orang2 yang e-mail kepada aku! Aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku jadi begitu?
kadang2 mahu sahaja aku bercakap sebarangan! mahu sahaja aku menulis sebarangan! tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang aku. Entahlah, aku sendiri pun tidak tahu sebabnya? aku rasa aku lebih selesa menjadi pendengar yang baik. aku lebih selesa mendengar cerita orang lain tentang diri mereka daripada menceritakan tentang hal diri aku. ini saolah2 seperti tidak adil! entah lah!
ada masanya aku rasa cemburu bila melihatkan orang lain mempunyai ramai kawan! dan kadang aku rasa semacam keindahan yang sayu bercampur gembira bila melihat orang lain bergembira senyum ketawa berbual2 dengan kawan2 mereka! sedangkan aku memerhatikan mereka semua itu dari jauh sahaja! entahlah. aku pun tak tahu mengapa aku begitu! barangkali aku rasa aku lebih sesuai berdiam diri dan hidup sendiri sepanjang hayat aku. atau barangkali fikiran aku ketika ini adalah sedang kusut dan silap. memang hidupan ini agak aneh! dan aku terpaksa melaluinya....
__________________
Hidup Mesti Di Teruskan.....Hidup ini Penuh Dengan CabaraN..Berhati Hati....