Ramai orang tertanya-tanya samada permainan java untuk telefon bimbit boleh dimainkan atau tidak pada komputer peribadi. Jawapannya adalah "YA". Ya, anda boleh main permainan java telefon bimbit pada komputer peribadi anda. Untuk maklumat lanjut, sila baca seterusnya..
Begini caranya untuk membolehkan anda main permainan java pada komputer anda.
Step pertama, anda mestilah ada Java 2 Platform, Standard Edition (J2SE) dalam komputer anda. Anda boleh mendapatkannya secara percuma di sini http://java.sun.com/j2se/1.4.2/download.html
Step kedua, Anda mesti ada perisian yang membolehkan anda membuka aplikasi J2ME (Java 2 Micro Edition). Untuk itu, anda perlu ada J2ME Wireless Toolkit. Perisian ini anda boleh mendapatkan secara percuma di http://sdlcweb2c.sun.com/ECom/EComA...LMLoadBalanced= tetapi anda perlulah daftar di laman itu sebelum anda boleh download. Ianya hanya memakan masa selama 2 minit. mudah sahaja.
Step ketiga,Install perisian yang telah anda download tadi. Mula mula sekali install J2SE, untuk install J2SE, ianya mudah sahaja, hanya perlu ikut step step yang diberikan. Untuk install J2ME, setup akan meminta dimana direktori "Virtua Machine". Jika anda install J2SE secara default, "virtua machine" sepatutnya berada di C:\Sun\AppServer\jdk walaubagaimanapon, setup akan mencari direktori tersebut secara automatik, so anda tidak perlu risau, hanya klik next next sampai habis install.
Final Step Sekarang ini anda telah memenuhi keperluan minima untuk main permainan java di komputer anda. Untuk main permainan java, anda perlu membuka fail *.jad, bukanlah fail *.jar. Anda tidak boleh membuka fail *.jar. Jika anda hanya ada fail *.jar, sila download JadGenerator dari http://www.subfuture.com/nokia/jadgen.zip ia akan membina fail .jad untuk anda secara automatik. Sebagai contoh, permainan anda adalah game.jar dan disimpan didalam C:\ , anda hanya perlu mengisi c:\game.jar dalam JadGenerator dan perisian tersebut akan membina fail .jad didalam folder .jar tadi.
Sekarang anda boleh main permainan java dengan fail .jad, Secara default, anda boleh terus klik dua kali pada fail .jad dan secara automatik J2ME akan dibuka, atau anda boleh membuka fail .jad melalui Start>Program>J2ME Wireless Toolkit 2.1>"Run MIDP Application ..." dan pilih fail .jad anda. Sekarang anda sudah boleh main permainan java pada komputer anda.
Jika pc anda "hang" semasa menginstall J2SE, cuba restart dan install semula, jika tidak berjaya, re-install windows sepatutnya dapat menyelesaikannya.
Terdapat juga java game yang tidak dapat dimainkan. Masalah ini tak dapat diselesaikan.. mungkin kerana ia tidak menggunakan J2Me atau sebagainya dalam pengaturcaraan.
__________________
Hidup Mesti Di Teruskan.....Hidup ini Penuh Dengan CabaraN..Berhati Hati....