Ancaman virus telefon bimbit sudah diketahui semenjak tahun 2004 lagi ekoran kejayaan Kaspersky Labs mengesan cecacing bernama Cabir.Namun,pengguna telefon bimbit kembali dikejutkan apabila muncul pula sejenis virus yang disebarkan menerusi perkhidmatan MMS yang dikenali sebagai Commwarrior.Virus ini dianggap lebih berbahaya berbanding Cabir. Virus ini berkebolehan untuk disebarkan menerusi perkhidmatan MMS dan bluetooth.
Serangan virus terhadap telefon bimbit dijangkakan akan terus berlaku dan akan muncul pelbagai lagi virus telefon bimbit dimasa akan datang dan kemungkinan tahun 2006 ini juga tidak akan terlepas dari ancaman virus baru yang dapat dikesan oleh pakar keselamatan komputer. Sebelum ini ancaman virus meresahkan pengguna PC tetapi kini pengguna telefon bimbit juga tidak terlepas dari ancaman serangannya. Penggunaan sistem operasi Symbian pada kebanyakkan telefon pintar terkemuka dunia seperti Nokia,Sony Ericsson,Samsung dan sebagainya menyebabkannya menjadi sasaran utama virus ini.
Cabir Cabir merupakan cecacing rangkaian pertama yang merebak menerusi bluetooth dan telefon pintar berasaskan Symbian OS menjadi sasaranya.Cabir berbentuk fail SIS iaitu fail Symbian akan menjangkiti sesuatu telefon bimbit apabila ia dipasang dengan menekan 'ok' dan 'Yes' dan ia akan mula mencari bluetooth telefon lain yang menggunakan Symbian OS berdekatan dan jika ia berjaya dikesan,maka,telefon itu akan menerima salinan failnya.Tanpa disedari anda mungkin salah seorang mangsa virus ini dan telefon bimbit anda sering kehabisan bateri kerana virus Cabir ini akan membuatkan bateri telefon bimbit cepat kehabisan.
Commwarrior Virus ini dikatakan mampu merebak ke telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Symbian series 60. Virus ini dikatakan berasal dari Rusia.Kemunculan virus ini telah dijangkakan seawal bulan Januari 2005 lagi.Virus ini dipercayai lebih berbahaya berbanding Cabir ekoran keupayaannya untuk disebar menerusi perkhidmatan MMS serta bluetooth.Virus ini juga akan menyebabkan kehabisan bateri berlaku lebih cepat. Virus ini tersebar melalui telefon bimbit yang sudah dijangkiti virus ini,kaedah sebaran adalah dengan menghantar MMS kepada telefon bimbit lain yang nombornya telah tersenarai didalam telefon bimbit tersebut. Virus ini juga akan mencari bluetooth telefon bimbit lain yang berdekatan yang sedang aktif untuk disebarkan. Virus ini bukan sahaja menyebabkan kehabisan bateri malah merugikan pengguna dari sudut kewangan kerana terpaksa menanggung bil telefon menerusi penghantaran MMS yang tidak disedari.
Cara mengatasi dan menghapuskannya Untuk menghalang virus ini dari tersebar pada telefon bimbit ialah bergantung pada pengguna itu sendiri, pengguna harus sentiasa berwaspada untuk tidak memasang atau 'install' apa jua aplikasi yang tidak dikenalpasti puncanya dan aplikasi itu bukan pengguna sendiri yang memasukkanya.Pengguna juga harus berhati-hati dengan MMS yang dihantar terutama yang tidak dikenalpasti isi kandungannya dan jangan sesekali memasang aplikasi berbentuk MMS yang diragui punca serta kandungannya atau yang terkandung didalam 'inbox'. Pengguna dinasihatkan juga tidak sentiasa mengaktifkan sambungan bluetooth dan bluetooth hendaklah diaktifkan hanya ketika perlu sahaja.Untuk mengatasi virus ini dengan cara yang lebih berkesan pengguna bolehlah memasang F-Secure Mobile Anti-Virus..
__________________
Hidup Mesti Di Teruskan.....Hidup ini Penuh Dengan CabaraN..Berhati Hati....
tapi gua rasa gua sbagai orang yang pernah kena ancaman commwarrior tersebut,gua nasihatkan kepada sapa-sapa yang kena virus hp ini supaya hantar kedai jer lah hp tuh untuk diformat balik, kos untuk reformat ni lebih kurang rm30.00 - rm50.00 ikut kedailah, bagi sekali format. kalau guna anti virus f-secure pun boleh jugak - free untk 1 bulan, tapi hampa kena bayaq rm 45.00 untuk tiga bulan, selepas tempoh trial itu tamat. Fikir-fikirkanlah.
Haaa lepaih dah format balik tu kena ambik lah langkah berjaga-jaga..... spt jgn bukak bluetoot, atau jgn buka mms yg mengarut yg suruh kita install apa2 kejadah tu....
kalau sapa2 yg baru kena, langkah pertama yg hampa kena buat ialah delete semua no hp dlm phone book... kalau tak, nanti semua no yg ada dlm phone bok hampa tu akan menerima mms drpd no hampa ..... mms virus lah t u.....
langkah paling last sekali, kalau x mau pakai antivirus f-secure, atau x mau reformat hp korang tu, ada cara yg paling mudah.... baling jer hp korang kat dinding, nescaya vuris tu akan mampuih bersama dengan hancurnya riwayat sebuah hp.......