Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Aku dan sesuatu...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:
Aku dan sesuatu...


Ingatanku terlayang pada satu sudut kecil.Sudut lama yang telah lama ku tinggalkan.

Aku rindukan zaman kecilku.Zaman keriangan yang tiada sempadannya.Zaman yang tidak sesekali membebankan fikiranku dengan 1001 masalah hidup.Zaman yang serba muda ,bebas dan tiada kekusutan.Zaman yang kelihatan tenang dan riang ceria tanpa perlu diduga dugaan hidup yang besar2 bersilih ganti.Paling kuat pun Cuma memikirkan apa hukuman diterima setelah kejahatan diketahui mak atau abah atau paling kurang memikirkan alasan untuk diberikan kepada guru darjah bila kerja sekolah gagal dipersiapkan.Kah kah kah…

Tika itu alangkah senangnya bermain galah panjang dan polis sentry bersama –sama teman sebaya di halaman rumah.Habis kaki berdebu dan seluruh muka berlengas dengan debu merah tanah kering,luka yang tegaris di atas lutut atau tulang kering kelihatan merata rata.Semua kenangan –kenangan itu pantas menerjah di dalam fikiranku.Anehnya dalam diam diam aku menyoroti kenangan lama itu sekembalinya aku dari kampong 2 minggu lepas.Sekembalinya aku dari mengambil angin petang menaiki motorsikal di keliling kampong,hatiku dipagut sayu.

Terlihat rumpunan pepohon kayu ubi yang melampai dan hujung pucuknya bergoyang goyang terkena desiran angina petang,aku mula tertawa kecil.Di situlah dulu aku ,abangku serta 2 adikku yang masih kecil bermain sembunyi-sembunyi hingga lewat petang.Malah,aku masih ingat kegirangan kami memetik pepucuk ubi itu diberikan kepada mak untuk dibuat sayur untuk makan malam.

Aku turut tersentuh melihat dusun buah-buahan milik aruah atuk yang kian semak dan berhutan.Sejak aruah atuk meninggal,abah lah yang sesekali mengerjakan semak samun itu dengan dibantu abangku,dan kini setelah abah juga di panggil mengadap Penciptanya dusun itu bertambah sepi dan terbiar tanpa sesiapa yang agak berkelapangan untuk menguasakannya.Semak makin meninggi,lelalang semakin tegak berdiri hingga menerbitkan bunga malahan pokok pokok hutan sebesar 3 jari mulai memenuhi kawasan dusun buah-buahan itu.Dan apa yang paling menyedihkan ku,pondok yang abah bina untuk kami adik beradik telah roboh dimakan anai-anai.

Dan beberapa puluh hasta dari pondok itu di kawasan baruhnya,ada sebatang parit yang sederhana luasnya buat saliran ke tanaman pisang dan ubikayu yang dulunya aruah atuk usahakan.Airnya jernih dan berarus.Di situ aku,abangku ,adikku Azim serta sepupuku bernama Irwan selalu menghabiskan masa mandi manda selepas keletihan menolong aruah atuk dan nenekku mengangkut ketulan ubikayu ke tepi lorong kecil untuk dijualkan kepada pihak MARDI yang datang dengan lori besarnya.Atuk binakan kami sebatang titi dengan sebatang kayu yang tegap.Di situlah kami bermain air,mandi manda dan binakan empangan tanah lumpur untuk mengepung puyu dan sepat kecil yang memenuhi parit tersebut,di situ juga aku menangkap belalang dan pepatung kecil berwarna warni yang diletakkan dalam botol kecil untuk simpanan.Disitu juga tempat persembunyian kami jika di cari mak,kami menyelam dalam parit tersebut dan bernafas menggunakan batang pokok betik (papaya) .Disitulah tempatnya.Namun , kini semuanya semak bersamun dan kelihatan kering dan terasing.

18 tahun telah berlalu.18 tahun yang terasa –rasa seakan semalam baru berlalu.Dikala aruah atuk masih gagah dan perkasa mengerjakannya dengan bantuan aruah nenekku dan cucu-cucunya.Dikala aku berusia 10 tahun masih belum mampu memikir dengan wajar makna 1 kehidupan.Dan dikala tanah berpaya itu masih subur ,luas terbentang dan tidak putus putus membuahkan hasil untuk aruah atuk sekeluarga yang tidak putus putus lelah mengerjakannya.

Tiada apa yang dapat dibanggakan kini,hanya lelalang dan rerumput yang meliar bebas melata di permukaan tanah yang telah hilang kesuburannya.Tiada lagi kelihatan pepohon cabai burung yang ranum buahnya,tiada lagi pepohon terung dayak berwarna kuning yang sering ku petik buat mikrofon ketika menyanyi di atas titi,tiada lagi pepucuk keledak unggu yang subur yang boleh dipetik untuk dibuat sayur.Semuanya telah tiada pergi seperti perginya kelibat aruah atuk dan abah dari pandangan di situ.

Aku rindu sangat sangat kepada aruah atuk .Rindukan aruah atuk yang terlalu baik kurasakan.Penyayang dan lembut terhadap cucu-cucunya yang degil.Ketika atuk sakit dan dijemput tuhan,aku berusia 14 tahun di tingakatan 2 pada tahun 1992.Aruah atuk pergi dengan sekelip mata genap seminggu sakit di rumahnya.Ketika itu aku telah memahami erti sebuah kehilangan yang abadi.Tiada lagi batuk aruah atuk kedengaran,tiada lagi bau harum minyak attar yang atuk pakai ketika mahu ke masjid dan tiada lagi kelibat atuk di dusun mahupun di kebun pisang dan ubikayu seperti biasa.

Sejak atuk tiada,dusun buah-buahan itu agak terbiar.Arwah abah yang ketika itu berkerja juga hanya mengusahakannya apabila ada kelapangan.Abah binakan sebuah pondok baru gantian pondok lama yang kian usang untuk kami menunggu durian pabila musimnya tiba,dibelakangnya abah gantungkan beberapa buah tong minyak yang siap dengan penariknya untuk kami tarik taliannya buat menakutkan sang tupai dan monyet yang suka merunggis buah-buahan.Dan pabila abah juga diserang sakit angin ahmar dan hilang keupayaan,dusun itu makin terbiar.Makin sepi dan makin sunyi.Dan sudahnya bila abah telah tiada dusun itu seolah olah telah mati.Dan kami juga jarang menjenguknya apabila kedewasaan semakin menginjak usia.

Sudah terlalu tua pohon-pohon durian di situ.Kebun getah di sebelah kanan dan kiri dusun itu juga sudah ditolak untuk penanaman semula,dahulunya sesekali pabila musim cuti sekolah serentak dengan musim durian,aku dan abang serta adik dan sepupuku pernah juga bermalam di pondok itu menunggu durian gugur dipukul angina malam.Takut tiada dalam istilah hidup kami ketika itu,malah sehabisnya musim cuti sekolah adakalanya aku dan abang curi-curi memonteng sekolah hanya kerana mahu berebut durian dengan aruah abah untuk dijualkan kepada seorang peraih cina yang kami gelar “Bolayan”.Seawal pagi kami telah bersiap sedia dengan bekalan makanan,minuman,pakaian dan ubat nyamuk bersembunyi di suatu kawasan yang dikorek oleh JCB untuk dibuat peparit.Di situ markas persembunyian kami.Sehabis mengutip durian elok yang gugur kami aturkan durian sepanjang lubang parit itu dan tatkala bunyi motor Honda 70 abah berbunyi kami menyelinap masuk ke markas persembunyian sambil terhendap hendap seperti komando memerhatikan wajah kehampaan abah bila menyedari tiada durian yang elok ditemui gugur.

Habis musim durian kenakalan kami tidak terhenti di situ saja.Aku terer memanjat pokok walaupun aku masih kanak kanak lagi.Pabila tiba musim buah manggis diatas pokok buah itulah kami sering manghabiskan masa,balik sekolah di situlah hala tuju.Malah aku dan abangku telah memilih pokok masing-masing dan tiada sesiapa kecuali kami sendiri yang boleh memanjat pokok manggis itu.Aku rela duduk berjam-jam menjolok buah manggis menggunakan galah serangkak.Menjolok manggis harus dilakukan dengan hati-hati agar buah yang dijolok tidak jatuh dan rosak.Kami betul2 membuat duit pada musim buah –buahan,samada dijual kepada peraih buah ataupun mengikatnya dengan cantik cantik dan digantung ditepi jalan untuk dijual terus.10 biji RM 2.00.

Ohhhh Tuhan.Segalanya telah berlalu pergi.Betapa hidup ini berputar.Dan aku akhirnya terlempar jauh dari kampong halamanku sendiri.Menjadi anak rantauan demi sesuap nasi.Dan kini kenangan-kenangan lama itu seakan-akan menerjah hidupku dan seolah olah menjemputkan sebuah rasa kerinduan terhadap bau keringat aruah atuk dan abah,bau perat dan masam paya kebun ubikayu dan pisang milik atuk,keenakan masak lemak pucuk ubi dan keledek,kelazatan asam pedas ikan dengan terung dayak atau paling tidak aku begitu merindui kedinginan dan kesegaran udara pagi dan kicauan sang murai di kawasan kebun ubikayu dan pisang milik aruah atuk.

Dan ada masa-masanya aku didatangi mimpi zaman kecilku.Kenangan lama yang terimbau ini adakalanya mengajar kita menghargai apa yang kita alami dulu hingga sekarang.Secara lansung turut mengajar aku menghargai orang-orang disekelilingku kini.Setiap yang hidup pastinya akan mati.Dan kematian itu memang 1 KEWAJIBAN yang perlu ditempuh oleh semua makhluk Allah yang bernyawa.

Aku rindukan diriku yang dulu.Seorang kanak kanak yang begitu terserlah kenakalannya.Aku rindukan segala-galanya termasuk libasan talipinggang hadiah dari abah dan mak.Walau perit dahulunya kurasa,amat manis kukenang selamanya.Abah banyak mengajarku erti sebuah kehidupan.Sebuah kehidupan berisi penuh keinsafan.



4 those times lately, when ai’m not who ai should be, when ai grow impatient and frustrated because things don’t work out, ai know that yu, have things on your mind ai want yu to know, that ai’m really sorry for those times, when I became harsh and angry with all of yu and ai hope all of yu can understand and forgive me i’m just a little girl with a lot of mistake.Tak terlepas dari khilaf sebagai manusia biasa.

Once yu’ve got me, plase let it be 4Ever end must be, please don’t ever throw me away anymore, laik wat they’ve did before.

Terima kasih dan maaf atas segalanya


Being alone can be great, but feeling lonely
and sad isnt much fun Alone but WONDERFUL........

....DaN akuLah pengembara itu.....

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

ko ke ni chikun. jahat betul la ko ni, kesian abah ko.

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard