Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka....
"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan. "Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black... tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2... apalah yang nak dihairankan..?
"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!
"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku... aku nak buat macamana? Takkan aku nak gigit sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black..." Muka Katy dah mula berubah. Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.
"Kasih-sayang.... Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.
Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.
Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni... kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sanggup membawanya kerumah demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black... selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau... dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk mencecah lantai bus stand.
"Eh! cutenya kau... mari sini. Sini." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang kemuliaan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!
Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk kemas oleh Zaki. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini. "Ikut aku balik rumah, nak?" tanya Zaki. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy. Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang...
"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"
__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR...
DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
Walaupun cerita ni boleh tahan hampehnya, namun aku masih pasti ianya bakal mendapat tempat di hati jantan2 kaberet spt Encik Rie Cipan dan Encik Mie Penang.. Ini adalah kerana mereka berdua mmg tidak dapat menahan nafsu serakah memasing akibat terbaca tajuk yang mengandungi perkataan bohsia.. maklumlah mereka juga adalah bekas bohjan yg sudah sizen sifatnya.. sedikit sebanyak perkataan itu akan mengembalikan nostalgia cinta terlarang mereka berdua..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
klu nak wat permintaan ble tak?tkukar je haiwan tu jd beruang ke, tapir ke,tenuk pun best gak.. ape2 ko punye kisah old wait jugk....go go cai yooo.........
Ooo.. tidak boleh Cik Farah oii.. itu sememangnya dilarang sama sekali.. nama2 watak utama cerita rekaan dinasihatkan tidak menggunakan nama2 haiwan herbivor spt lembu, kambing, biri-biri hatta zirafah sekalipun termasuklah memana haiwan berkaki empat yg lain.. Ini dikhuatiri akan membangkitkan nafsu serakah Abang Rie Cipan lalu beliau akan kejang 2 hari terkena sawan khinzir.. Nanti sapa pulak nk kerja jadi Moderator di sini kan.. kasihanilah beliau..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
betul tu..betul tu... aku sokong pendapat gabriel tu... tapi dilarang jugak untuk menggunakan binatang berkaki dua seperti ayam, itik, gagak, penguin, dan kambing cacat yang tidak mempunyai kaki depan.... ini dikhuatiri akan menyebabkan gabriel tenuk ni akan menirrajimkan dirinya dikala orang sedang nyenyak dibuai mimpi.... korang tak kesian ke dengan ayam-ayam korang...nanti kalau ibu ayam dirogol gab.. telur-telur ayam tu sapa nak eram?
True.. true.. senang cerita, jgn sesekali menggunakan haiwan ternakan atau unggas2 di hutan sebagai watak utama cerita rekaan adik2.. ini hanya akan membangkitkna aura syaitan berwarna ungu di sekeliling kami berdua lalu secara automatiknya kami akan termelakukan perbuatan mungkar.. betapa nirrajimnya akhlaq kami..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
KAMI??? ko dengan yusran KRA ke yang ko maksudkan tu?
Errr... Errr.. Aku dgn Encik Hazami.. Kami berdua mmg akrab.. hinggakan pernah merancang untuk berlakon bersama di dlm sambungan filem KAMI lakonan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad dulu.. Mungkin cerita baru itu akan menggunakan tajuk KAMI LAGI atau KHAMIS atau KAMIL (FARID)... Semunya berkisar tentang cara2 bermain batu seremban yg akan diajarkan oleh Encik Teman sebagai stuntman undangan..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."