Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Peristiwa Subuh


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:
Peristiwa Subuh


Saban hari saban tahun, manusia diberi nikmat yang tidak dapat dikira banyaknya. ALLAH telah memberi nikmat ini tidak kira siapa sahaja. Nikmat tidur adalah nikmat yang istimewa untuk seluruh makhluk. Dengan tidur, kita dapat merehatkan minda kita, jiwa kita dan badan kita. Namun nikmat tidur ini tidak boleh berlebih-lebihan...

Pada subuh yang hening, ketika manusia lena diulit mimpi, sejalur cahaya indah terpancar nun di kaki langit. Sadik namanya, dan ia tersenyum memandang sekalian penghuni bumi yang sedang berdengkur.

DAM! DAM! DAM!

Beduk dipalu menyambut kedatangan sadik yang indah kemilau cahayanya. Pukul 6.00 pg, berkumandanglah suara muazin disebuah surau diselatan tanahair, mengejutkan manusia yang masih lena;

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!

Pukul 6.01 pg, muazin disurau dan masjid di daerah lain pula mengalunkan kalimah suci itu. lantang, tapi menyejukkan dada. Wajah sadik semakin jelas.

Pukul 6.02, laungan yang sama bergema didaerah yang lebih utara, begitulah seterusnya, berganjak dan berganjak tanpa henti diwilayah yang lain. Pukul 6.05 pg, berkumandang azan Subuh di kota metropolitan Kuala Lumpur. Laungan suci mengajak umat_Nya menunaikan solat beralun sayu tingkah bertingkah , hampir serentak dari setiap corong pembesar suara. Seluruh kota itu bergema dengan peringatan;

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!

Pukul 6.06, azan Subuh beraih kedaeral lebih utara. Demikianlah aturannya, tidak berhenti-henti, bersahut-sahutan membuka lembaran pagi yang aman permai. Selepas azan berakhir di Perlis, ia berkumandang pula diselatan Thailand, kemudian terus berganjak dan berganjak, setiap saat, minit dan jam ke Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan serta Afghanistan.

Semasa penghuni sebuah negara permai bernama Malaysia sedang sibuk bekerja, azan Subuh berkumandan pula di Kazakstan dan Uzbekistan, kemudian mengeger bumi Asia Barat, dari Iran yang berselubung hitam dan Iraq yang sdg bergelut dng pembunuh bekulit putih, hinggalah ke Turki, seterusnya Eropah.

Disaat matahari mula menuju ke ufuk barat sebuah negara yang permai bernama Malaysia, azan Subuh bergema dibumi angkuh bernama Amerika Syarikat dan Kanada.

Seruan suci itu disambut diJepun, kemudian disahut oleh masjid2 di Korea, China, Filipina, Vietnam, Laos dan kemboja tanpa putus walaupun sesaat. Ketika manusia sibuk bekerja dibumi Amerika, sadik yang indah memancar lagi dikaki langit sebiah negara bernama Malaysia, Wajahnya tetap indah dan berseri, membawa khabar suci untuk yang mengerti.

Pukul 6.01 pagi, seruan azan Subuh berkumandang lagi disebuah surau di selatan tanah air;

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!

Seruan suci disubuh yang bening ini tidak pernah putus dilaungkan disetiap inci muka bumi, walaupun sesaat. Namun berapa ramaikah yang sanggup meninggalkan katilnya untuk beberapa minit demi menyembah yang Maha Pencipta?


copy dari kelkatu(anna abadi)



__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard