Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jeritan Di Pondok Usang(Kopi)


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:
Jeritan Di Pondok Usang(Kopi)


bismillah.jpg

Malam itu sungguh gelap.Tidak ada sebutir bintang pun yang berkelipan di langit.Suasana sungguh sepi dan hening.Cuma sekali kala bunyi cengkerik mendayu-dayu menyanyi tanpa lagu.Pada malam yang sunyi itu seolah-olah kampung itu ditimpa satu malapetaka sehingga tidak seorang pun yang keluar malam itu.Di surau pun tidak ramai yang datang bersembahyang jemaah.Cuma sepuluh atau dua belas orang sahaja yang yang datang.

Selepas sembahyang Isyak semuanya pulang ke rumah,kecuali Leman dan Mamat sahaja yang belum pulang.Biasanya lepas sembahyang,mereka rajin juga berbincang tentang kemajuan kampung itu.Tetapi malam itu,entah kenapa semuanya tergesa-gesa mahu pulang cepat.Mamat dan Leman duduk di anjung surau itu sambil berbual-bual.Dalam pada itu kedua-duanya tidak sedar bahawa hari sudah larut malam.

'Hei,Mamat dah 11:30 malam?kata Leman.

'Kau tak mahu pulang ke?'tanya Leman lagi.

Mamat mendiamkan diri,sambil matanya memerhatikan sesuatu di depannya.Leman agak serba salah kenapa Mamat bersikap demikian.

'Apa yang kau nampak Mamat?tanya Leman hairan.Pertanyaan itu tidak dijawab,tapi matanya terus tertumpu ke satu arah.

'Kau dengar tak bunyi itu?'tanya Mamat.

'Bunyi apa?'Leman bertanya semula.

'Tu...bunyi di pondok usang sana,rumah perempuan tua tu,'kata Mamat sambil tangannya menunjukkan ke arah rumah buruk itu.

Pondok usang itu terletak tidak jauh dari surau.Ia dihuni oleh seorang perempuan tua.Tidak siapa pun yang tahu,malah asal-usulnya pun tidak diketahui.Pernah juga orang kampung cuba merisik tentang perempuan tua itu,tetapi pulang dengan hati yang geram dan hampa.Sesiapa saja yang datang ataupun mendekati pondok tersebut,perempuan tua itu akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

Oleh kerana sikap orang tua itu,akhirnya orang-orang kampung mengambil keputusan memulaukannya,dan tidak mahu ambil tahu lansung.

'Leman.'Mamat menepuk bahu Leman.

'Kau dengar tak bunyi tu?'Mamat bertanya lagi pada Leman sambil matanya liar ke arah pondok itu.

'Yalah Mamat.Aku dengar macam orang bergaduh.'

'Mari kita intip.'Mamat menarik tangan Leman menuju ke pondok itu.

'Ah,aku takutlah!'Leman bersuara sambil berpeluk tubuh kerana cuba menahan kedinginan malam yang meresap hingga ke tulangnya.

'Jangan takutlah.Aku ada.'Mamat menguatkan semangat Leman.Akhirnya Leman bersetuju.Mereka melangkah perlahan-lahan menuju ke pondok itu dengan hati berdebar-debar.Apabila sampai di pondok itu,Mamat cuba meninjau-ninjau dari celah-celah lubang di dinding pondok itu.Keadaan di dalam pondok itu gelap dan sukar untuk melihat apa yang berlaku.

Tiba-tiba terdengar bunyi jeritan yang kuat dan nyaring.Serentak dengan jeritan itu,kedengaran satu dentuman bunyi seperti benda jatuh.Kemudian pintu pondok itu terbuka.Leman dan Mamat berdiri kaku seolah-olah kena pukau.Mulut mereka terlopong,wajah pucat dan tubuh mereka terasa dingin dan gementar.

Di hadapan mereka berdiri satu lembaga hitam berbulu dengan rambut panjang mengerbang.Kukunya juga panjang.Wajah lembaga itu nampak garang dan ganas.Matanya merah bagai api dan memandang ke arah Leman dan Mamat.Setapak demi setapak lembaga itu menghampiri Leman dan Mamat yang masih berdiri kaku.Peluh dingin memercik dari tubuh Mamat.Mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu yang pernah diajar datuknya dulu.Dia terus membaca apa saja yang teringat dikepalanya,untuk menghilangkan rasa takutnya.

Kebetulan malam itu,Mamat membawa golok pusaka yang diletakan di sisinya ketika dia bersembahnya tadi.Memang setiap malam,apabila keluar,golok itu tidak pernah terlepas dari pinggangnya.Golok itu memang tajam dan berkilat pula.Apabila lembaga itu berdiri kira-kira setengah meter dari Mamat,dengan pantas dia mencabut golok di pinggangnya dan dan menetak lembaga itu berkali-kali.

Keheningan malam tiba-tiba menjadi gempar dengan satu jeritan yang nyaring dan menyeramkan.Lembaga itu berjalan terhuyung-hayang.Kelihatan darah membuak-buak keluar dari tubuhnya yang hitam.Tidak lama kemudian lembaga itu hilang ditelan kegelapan malam.

Leman dan Mamat terpinga-pinga.Mereka mengosok mata berkali-kali.Terasa seolah-olah mereka sedang bermimpi sebuah mimpi yang seram dan ngeri.Esoknya Leman dan Mamat menceritakan segala peristiwa seram yang telah menimpa mereka kepada Tok Penghulu.Setelah kata-sepakat diambil,Tok Penghulu,Pak Alang,Leman,Mamat dan beberapa orang kampung menuju ke arah pondok usang itu.

Sesampai mereka di situ,alangkah terperanjatnya mereka melihat tubuh yang tidak bernyawa kujur terbaring di atas lantai dalam keadaan yang amat mengerikan.Matanya terbeliak,isi perutnya terburai dan di tengkuknya ada kesan kena cekik.Orang-orang kampung yang menyaksikan keadaan perempuan tua itu mengeleng-gelengkan kepala mereka.Sebelah petangnya jenazah perempuan tua itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam.

Dua hari selepas itu,penduduk kampung sekali lagi menjadi gempar.Mamat yang telah menetak lembaga hitam itu dulu terlolong-lolong macam oraqng gila.Entah kenapa setiap pandangan dipenuhi dengan darah.Sesiapa saja yang cuba menenteramkannya semua dihalaunya.

'Pergi...pergi....'Dia menengking orang-orang kampung sambil mengacukan-acukan goloknya yang berlumuran darah.Kemudian dia ketawan mengilai-ilai.Bunyi ketawanya nyaring dan menegakkan bulu roma orang yang mendengarnya.Akhirnya seorang bomoh berjaya memulihkan semangat Mamat,tetapi keesokannya tubuh Mamat kujur terbaring atas tanah.Tubuhnya kaku dan kejang,Timah,isteri Mamat meraung-raung meratapi kematian suaminya.

Peristiwa itu merupakan suatu misteri buat orang-orang kampung.Tidak siapa yang tahu pembunuh perempuan tua itu dan Mamat.Semenjak kematian Mamat tidak ada lagi peristiwa seram yang menimpa kampung itu.Kampung itu kini aman dan damai.Tetapi peristiwa itu tetap tersemat kuat di ingatan orang-orang kampung di situ.

-Tamat-



Attachments
__________________

aNAK maK abAH akU

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard