Salam admin..
Kisah seram di asrama ini berlaku masa aku tingkatan 1.. Aku bersekolah di Sekolah Agama di Gombak, Selangor
Masa tu aku duduk di asrama lelaki.. Biasa la.. Bila dah duduk asrama ni macam-macam cerita seram dan versi pernah aku dengar berkenaan asrama lelaki yang aku duduk ni. Asrama ni ade 5 tingkat dimana dorm aku berada di tingkat atas sekali
Kisah seram di asrama aku ni bermula pada suatu malam tu.. Aku dengan rakan-rakan aku hendak tidur.. Masa tu pukul 1 pagi.. Masa nak tidur tu, Aku terdengar ayam hutan berkokok.. Dan tiba˛ dinding belakang katil aku berbunyi macam dicakar.. Aku buat tak tahu dan berdiam diri sahaja.. Sambil dalam hati membaca ayat kursi.. Selepas itu, tiada apa˛ yang terjadi dan aku tidur lena sampi esok pagi
Petang keesokan harinya tu, aku bertanya pada rakan aku yang duduk sebilik tu samada dia ada dengar bunyi apa˛ tak malam tadi.. Dan dia kata dia tak dengar apa˛ dan aku hanya berdiam diri sahaja tapa menceritakan bunyi yang menyeramkan malam semalam
Malam kedua selepas kejadian tu.. Kali ini bukan aku seorang sahaja yang alami.. Tapi melibatkan satu dorm di asrama lelaki ni Dorm kami tiba˛ elektrik trip Dalam keadaan gelap tu aku dan rakan˛ dorm aku terasa macam angin bertiup masuk dalam dorm asrama lelaki tu dengan kuat.. Kami semua berasa pelik.. Dan salah seorang dari rakan aku cuba untuk menaikkan (meng ON) suis utama Dan elektrik ada kembali.. Selang 2 minit lepas itu, elektrik trip balik..
Kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali pada malam tu.. Selepas kali keempat rakan aku kena tampar dari belakang dan dia mengadu kesakitan.. Kami yang melihat dia tibe˛ berasa panik Dan menyangka dia terkene renjatan elektrik Kami membawa dia keluar dari asrama lelaki tu menuju ke dewan. Di dewan kami mendapati terdapat kesan lembam pada tengkuk kawan yang ditampar dari belakang tadi tu Kami semua terkejut dan berasa pelik dengan apa yang telah terjadi
Aku bersama 3 orang rakan telah mengambil keputusan untuk kembali ke dorm asrama lelaki.. Sampai je kat dalam dorm, aku dengan rakan aku terus lari lintang pukang keluar dari dorm asrama lelaki kerana nampak benda tu bertenggek atas kipas Kami berlari sampai lompat tangga tu.. Seliper pun ade yang sebelah lain sebelah lagi lain.. Sampai di bawah kami semua tercungap˛ dan memberitahu kejadian itu kepada rakan kami yg duduk di dewan
Kami semua sepakat naik kembali ke dorm asrama lelaki tadi dan membaca ayat Kursi serta salah seorang dari kami azan.. Alhamdulillah selepas itu semua nye kembali seperti sedia kala
Tapi kisah seram di asrama lelaki ni tak berakhir disitu.. Esok malamnye.. Aku sorang je pulak yang kene Almari kat sebelah aku tibe˛ berbunyi dan pintu almari tu terbuka dengan sendirinya.. Aku berasa takut.. Aku berselimut hingga tutup muka. Aku terasa kaki aku bagaikan ada orang yang tarik.. Aku tak dapat tidur sampai la esok pagi.. Tak berani aku nak tengok makhluk jenis apakah yang tarik kaki aku pada malam tu..
Selalunya di asrama lelaki aku ni mengadakan solat subuh berjemaah Aku tidak pergi selama 3 kali dan akhirnye aku dibuang asrama. Aku tak pergi ada sebab Sebabnye aku tak cukup tidur akibat diganggu oleh benda tu Kejadian yang menimpa aku ni benar˛ menyeramkan aku.. Dan aku tak nak duduk di asrama lelaki lagi Akhirnya selepas kene buang asrama aku sekolah dekat dengan rumah aku. Sekian