Malam ni udaranya dingin sekali,aku yang sedang berdiri di Halte mengusap-ngusap telapak tangan bagi mengusir kedinginan yang menyaluti tubuh aku.Sayup-sayup kedengaran suara burung hantu di kejauhan,dalam hati aku mengutuk-ngutuk boss aku yang memaksa aku berangkat di kala waktu yang sangat tidak menyenangkan
Aku malam ni telah ditugaskan menghantar satu bungkusan ke sebuah gudang tua dihujung kota,perjalanan disana mengambil masa sekitar setengah jam(30minit),dan satu-satunya jenis angkutan umum yang tersedia adalah bas 2 tingkat yang sudah tua dan bergeraknya lambat.
Setelah menunggu lama,akhirnya bas pun tiba,termasuk aku hanya 3,4 orang saja penumpang yang terlihat..aku terus melangkah menuju tangga kerana memutuskan untuk duduk di tingkat atas bas,tetapi langkah aku terhenti akibat di halang oleh seorang nenek tua.
'Jangan naik ke atas cu,diatas sangat berbahaya'aku terkejut..lalu terimbau lah kisah-kisah seram yang diceritakan oleh kawan-kawan aku tentang bas 2 tingkat ni.Justeru itu aku mengurungkan niat untuk naik ketingkat atas.Aku memilih untuk duduk di kerusi yang agak kedalam sambil sekali-sekala aku membayangi hal-hal yang mengerikan yang mungkin terjadi.
Perjalanan 30minit yang menegangkan itu akhirnya dapat dilalui,aku sudah selamat sampai ditempat tujuanku,ketika bas bertingkat itu berhenti di sebuah Halte aku menarik nafas lega sementara bas itu kembali melanjutkan perjalanannya.
Keesokkan malam,aku sekali lagi diberikan tugas yang sama,yang peliknya nek tua semalam masih lagi kelihatan,aku menjadi curiga dengan kehadiran nenek tua tu,sekali lagi nenek tua tu melarang aku dari naik ke tingkat atas kerana merbahaya,atas alasan yang sama la aku tidak melanjutkan niat aku untuk keatas.
Seminggu berlalu apabila aku berehat dari menjalankan tanggungjawab kebiasaan aku,pada malam Jumaat tu aku kembali beraksi..suasana kota pada malam tu sangat meriah lampu dan hiasan warna-warni menghiasi sudut-sudut jalan.Aku masih menaiki bas yang sama dengan sebelumnya.
Ternyata tanggapan aku berhasil,apabila disudut tangga kelihatan nenek tu sedang duduk.Malam tu aku memberanikan diri mendekati nenek tua.Sebelum sempat nenek tua tu berkata apa,aku terlebih dulu mengdahului.
'Nek walau apa pown yang nenek nak kata saya bertekad untuk naik dan duduk di atas'aku menyatakan padanya hasrat aku yang gila tu.Tanpa menunggu jawapan dari nenek tua tu aku bergegas naik keatas,kelihatan tiada seorang pown penumpang yang duduk diatas melainkan aku.
Aku memilih bangku yang berdekatan dengan tingkap dan menunggu hingga sampai ke destinasi dengan perasaan yang tegang.30 minit perjalanan,tiada apa pown perkara yang mengerikan yang berlaku.Bas berhenti di sebuah Halte dan aku turun dari tingkat atas dan menuju kearah nenek tua tu lalu aku bertanya.
'Nek,kenapa selama ni nek halang saya dari naik ketingkat atas?malam ni saya cuba sendiri duduk diatas dan ternyata tak dak apa-apa pown yang membahayakan?sebenarnya ada apa nek??'aku menunggu jawapan dari nenek tua tu dengan penuh debar.
Sambil menunjukan jarinya keatas nenek tu berkata.