Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tanah Perkuburan Di Tengah Lebuhraya


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Tanah Perkuburan Di Tengah Lebuhraya


Salam buat semua..Kisah seram ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui lebuhraya utara selatan dengan menunggang motosikal.

Cerita seram yang aku alami bermula begini.. Malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja.. Aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika.. Aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu.. Aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.

Selepas mengemas pakaian dan memeriksa motosikal ku, aku memulakan perjalanan dari Kg. Baru dan memasuki lebuhraya di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di Tapah untuk mengisi minyak. Jam menunjukkan hampir pukul 3.00pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sangat kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan.. Sampai di Ulu Behrang.. Aku berhenti di tepi jalan selepas exit Ulu Behrang. Aku mematikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masuk ke lebuhraya dari Ulu Behrang .

Semasa aku berhenti.. Aku merasa tenang dan damai kerana jalan sangat˛ sunyi dan lengang Kiranya aku boleh memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi lebuhraya mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tangan menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. Cuaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali jalan di sebelah sana menghala ke KL.. Kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus.. Seolah˛ aku sudah melepasi terowong menora di Ipoh.

Habis sahaja sebatang rokok untuk menghilangkan mengantuk.. Aku campakkan ke jalan.. Aku menoleh ke belakang.. Ketika itu aku seolah˛ tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku tergamam seketika.. Seolah˛ terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kejipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua˛ telapak tangan.. Ia masih di situ.

Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi lebuhraya itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut.. Yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit˛ di hadapan ku. AKu nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu2 nisan lama.

Aku tak merasa seram atau takut.. Yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku.. Apakah ini khayalan aku atau realiti. Aku memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat.. Sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan penuh dgn batu nisan yang senget˛ dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ.. Memang aku sedar.. Tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan˛ berundur ke arah motosikal ku.. Mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasan perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk dan bulu tengkuk ku menegang.. AAghhh.. Tanda ianya bukan realiti.. Aku start moto dan tanpa menoleh lagi.. Aku bergerak.. Sepanjang jalan Tak putus˛ soalan demi soalan dalam pikiran aku.

Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa˛ pada ayahku. Keesokan paginya aku bertanya mengenai kejadian seram yang aku alami.. Dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin.. Aku diberi peluang oleh TUHAN melihat dunia lain buat sementara waktu. Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya. Apa yang aku nampak?? Perkuburan siapa?? Hanya TUHAN yang lebih mengetahui .

sekian terima kasih :P



__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

Wah berani kau ye arryboy. Klu aku dah terkencing kt situ. Moto plk bkn start tp tolak sbb mgkn waktu tu aku rasa tolak moto lg laju kot..hihi. kipidap

__________________

BLUEEESSS FOREVER... AHAK..AHAK..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

sori yea ... rasa rasa aku pernah baca cerita nii ...

kat forum C_R_    P_R__O_M__ .....

betul ke nko kopi pasta dik ...?

hanya sekadar pertanyaaan .....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

ini memang cerita rekaan je ,tak pasti laa kalo pernah baca mana mana atau pun sama ngan lain ,tapi ini memang bukan cerita saya ,rekaan saya je .

__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

saya tak berani laa ,kan rekaan cerita ,so buat buat berani la dlam cerita ,kalo betol betol memang pengsan terus atau koma terus .. hehehe :P



__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard