Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cerita abah


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:
cerita abah


bismillah.jpg

Lepas tempat reja lama abah dah ditamatkan kontraknya dan pembaharuan kontrak yang sangat tidak menepati taste abah aku,maka abah aku telah membuat keputusan untuk berhenti dengan serta merta..dan memandangkan abah aku bekerja under kontrak maka sangat bertepatan lah dia blah macam tu saja tanpa sebarang notis pemberitahuan,hehe ranggi abah aku ni..

Alhamdullilah lah rezeki ALLAH tu luas,sangat meluas..abah sempat menganggur sehari ja sebab keesokkan hari tu ada la member abah ni call cakap ada reja kosong dan sangat memerlukan kepakaran abah iaitu sebagai seorang pengawal keselamatan yang berkaliber,segak,dan bergayabiggrin cuma lokasi pekerjaan ni lah yang agak mengcemaskan bagi aku la..bagi abah aku steady jala kot..hospital,yang hat besaq punya tau bukan kecil-kecilan punya.

So kalu abah aku terima job ni maka ini kali pertama lah dia reja dekat hospital.Hospital ni kalu tengok siang memang la meriah tapi bila siang berganti malam maka hasilnya yaahh..agak scary laa..bagi aku laa,abah aku steady la agaknya kot..hoho

Finally dia terima jugak la job tu atas desakan member abah aku yang kebetulan supervisa kat hospital tu..at least ada member yang ada paku sikit maka tak boleh la orang2 lain buli abah aku ia dak?Hopefully baik2 saja la abah aku kat situ hendaknya..amin

1st day,2nd,3rd day dan berlarutan ke dua bulan abah reja situ..wahh,wahhh nampaknya dia suka benar seronok ja katanya..kawan2 ramai..haaa,jangan dok tersangkut dengan nurse2 kat hospital tu sudah..silap2 dua2 sekali aku gantung kat ampaian..

Nak masuk bulan ketiga,dari shift pagi abah dah ditukaqkan kepada shift malam..dan..dan di sinilah bermulanya taring sebenar suasana di hopital tu..hihihih,hopital kan mana yang hidup pown dok situ mana yang mati pown simpan situ jadi keseraman dan hopital ni memang tak dapat dipisahkan terutama especially waktu malam.

Ok kita mula,shift malam abah aku bermula seawai 7malam dan berakhir 7pagi..malam tu abah bertugas dengan uncle Muthu,uncle Siva dan pak cik Karim..masa abah dan uncle Muthu nak mula clocking jam menunjukkan pukoi 12malam,masa tu abah nampak ramai orang kat emergency area..macam 1 family agaknya tapi yang pelik ada 2,3 orang perempuan dari kalangan family tu tengah menangis teresak-esak.

Niat hati abah aku tu memang nak p kepo tanya,tapi memandangkan uncle Muthu nampak rilex ja nampak macam tak minat nak ambik tau,lalu abah aku membatalkan niat dia nak jaga tepi kain orang..hehe,kesian abah x dak suppoter..lalu abah aku meneruskan tugasan yang dipikul dengan jayanya..

Kurang lebih 1 jam tawaf 1 hospital tu,abah dan uncle Muthu balik guard house.

'Karim tadi aku perasan ramai kat emergency area,ada kes ka?ada 2,3 pmpuan dok teriak terok sangat aku tengok?'

'Ha..bila masa yang hang nampak Lan?aku x nampak sapa pown dekat emergency area tadi?'sampuk uncle Muthu

Pulak dah......



Attachments
__________________

aNAK maK abAH akU



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

Ini ade sambungan ke tak ? macam tergantung je cerita dia ???

__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

'Tu ka..mungkin mata aku ni silau kot al-makloom la dah season katakan'abah cuba sedaya upaya memujuk hati sendiri sedangkan abah yakin dan pasti apa yang dia nampak tu.Ok xpa2 jangan bergaduh..mungkin abah aku antara golongan yang tergolong dalam golongan yang istimewa..haha apa kau merapek ni syaitonnn!!

So peristiwa malam tu mungkin welcoming dari depa untuk abah..dan permulaan perkenalan dengan bibit2 yang menyeramkan ok..huhu bertabahlah wahai abah dalam mencari rezekik bagi membesaq gajahkan anak-anak dara dia nii...huhuhu sayang abahcryselang 2,3 hari abah menyaksikan kejadian tu..malam tu abah shift malam lagi,kebetulan pulak dia jaga sorang2 ja dekat post guard masa tu apabila uncle2 yang lain telah mencilokkan diri entah kemana..ni kes buli abah aku lanifurious

Sambil2 dengaq radio klasik fm sambil menghirup kopi o panas yang mak bekalkan untuk somi tercinta,tiba2..jeng,jeng,jeng terjengol muka seorang uncle cina depan abah aku,terkejuk orang tua tu..nasib baik tak disimbah kopi panas kat muka apek tu..apa punya apek ini..ish,ish,ish

'Hayo manyiak soli la kawan kasi lu terkejut'

'Hayaa uncle nasib baik wa tadak itu lemah jantung kalu ada haa wa sudah padam p oo'abah aku berseloroh dan uncle cina tu pown tertawa bahagia,cittpodahh..

'Lu sini kerja lama ka?uncle tak pernah nampak lu pown?'

'Tadak la uncle wa baru mau masok 3bulan saja sini kerja'

'Owh..itu macam hoo'

'Uncle sapa nama?'

'Lu panggil wa uncle Tong,uncle duduk belakang hospital ni saja..ok tapa uncle mau p dulu lain kali uncle mai sini jumpa lu lagi hoo'

'Ok2 uncle jalan baik2 haaa'

Cewahhh abah dah dapat member baru nampak,10 minit lepas conversation abah dengan uncle Tong si 3 orang tua tu pown mai sambil membawa beberapa bungkus makanan saja la tu nak pancing hati dan perasaan abah aku..hareyyy betoi!huh!

Lepas malam perkenalan singkat dengan uncle Tong abah aku dah xnampak uncle Tong mai dah,kadang tertunggu2 jugak abah aku si uncle Tong ni tapi x jugak mai2..Sampai la satu malam tu,abah aku kena jaga post guard tu sorang diri sebab uncle Muthu mc malam tu,pak cik Karim pulak on emergency leave plak..yang tinggai uncle Siva dengan abah ja.

Dah tinggai berdua ni,so kena la take turn clocking..masa tu uncle Siva p dulu tinggai la abah sorang2,sedang abah dok baca paper tiba2 abah tertangkap satu bau yang agak pelik tapi familiar..hati abah dengan abah dok sembang plak masa tu,bau macam colok ja..tapi dari mana pulak mai colok ni?abah xrasa plak ada tokong cina berdekatan dengan hospital ni?

'Helo kawan'uncle Tong menyapa abah dah sekali lagi abah terkejut cipanzi..haha

'Ya ALLAH ya tuhanku...uncle ni memang selalu mari senyap2 ka uncle?jangan itu macam la uncle'nasihat abah,uncle Tong hanya tersenyum saja.

Malam tu abah dengan uncle Tong sembang rancak betoi,abah seronok la sebab dia rasa kalu ada orang bawak menyembang ni tak la terasa mengantok sangat dan dengan cara tu terasa masa berlalu pantas la sikit kan..haiyaaa macam2 la abah ni.

Dekat 2 jam jugak la malam tu uncle Tong teman abah menyembang.

'Hye mana pulak si Siva ni xkan balik rumah lena teros kot?'

'Kawan uncle balik dulu nanti uncle mari lagi'uncle Tong mintak diri dan masa bersalaman dengan aku tu uncle selit rm100

'Angkat kasi sama anak2 makan'

'Apa uncle susah2 ni'

'Lu wa sudah anggap macam anak xpa angkat'

'Tima kasih uncle'abah gengam erat sekali lagi tangan uncle sambil pelok,rezeki abah malam tu.Apa yang abah perasan pelik dekat uncle ni,bila ramai ada kat post guard ni uncle xkan nampak muka tapi bila abah ja sorang2 baru uncle Tong nanti mai,dah tu masa bersalaman dengan dia tangan sejok jaa..sama jugak la masa abah pelok dia sejuk jaa satu badan.Abah xmau la pikiaq bukan2 sebab mungkin memang dia tengah sejuk time tu.



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Arryboy wrote:

Ini ade sambungan ke tak ? macam tergantung je cerita dia ???


 harusss..ada,ni dok tengah mengarang ni,sbau naabiggrin



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Masa berlalu begitu pantas sekali pejam celik pejam celik dekat 8 bulan dah abah reja,dan selama itu jugak la abah berkenalan dengan uncle Tong.Abah suka sangat berkawan dengan uncle Tong bukan sebab uncle Tong suka dok uloq duit kat abah aku ok tapi nasihat uncle Tong sesuatu sangat..cakap dia sangat berguna,jarang tengok cina boleh kamcing dengan orang melayu macam mana uncle Tong dengan abah.

Selama abah kenai dengan uncle Tong abah xpernah sekali pown mention pasai uncle Tong depan member2 abah,uncle Tong ni kawan misteri bagi abah.Berkawan dengan uncle Tong abah macam terleka,bukan terleka apa walaupon kadang abah dapat tangkap uncle Tong cakap yang pelik2 tapi abah buat cool buat rilex jaa..contoh malam tu uncle Tong muncul depan abah tepi semak sebab abah tengah isap rokok kat situ,abah dah tak terkejut dan sebab dia dah mula biasa dengan surprise uncle Tong ni..hoho

Dekat 10minit abah sembang dengan uncle Tong kat situ,abah berjalan balik ke post guard..tak sangka plak yang member2 abah yang lain dok perati abah masa tu.

'Hang dok sembang dengan pokok ka Lan,haha?'uncle Siva berseloroh

'Nu..uncle To.....ehh xdak sapa la,aku nak p tandas sat basuh muka'abah cuba mengelak walaupown dalam hati abah ada rasa pelik,keadaan kat situ bukan la gelap sangat xkan la depa xnampak kan abah tengah sembang dengan seseorang?urmm..pelik..pelik..

Ha lagi satu yang abah pelik,masa abah sembang dengan uncle Tong..uncle Tong pernah kata makan colok sangat sedap??euuuu...manusia mana yang mau nak makan colok tu,masa tu abah xmau pikiaq bukan2 la so abah dengaq saja laa..

Malam tu uncle Tong singgah lagi dekat post guard abah,well bila yang lain semua xdak la..malam tu abah tengok uncle seronok sangat seronok dari kebiasaan.

'Waa..uncle ini malam banyak seronok ada menang no ka??hahahah'abah menyakat uncle Tong bila abah perasan unlce Tong terover excited dari biasa.

'Ini hari wa mayiak happy la kawan,besok wa punya anak bini semua mau mai tengok wa kasi makan sama wa..hahaha'uncle Tong ketawa

Memang la sebelom2 ni uncle Tong selalu cerita kat abah,anak bini dia jarang2 mai melawat dia kat rumah dia..dia dok luah la kata dia rindu nak tengok anak bini dia.Pastu abah ada la tanya pasai pa yang uncle Tong duduk asing dengan family uncle kalu depa masih ada lagi,tau apa uncle Tong jawab..

'Sulah tarak sama lagi'

Ok abah aku cuba paham dengan sudah tak dak sama lagi tu,makna kata mungkin depa berdua dah bercerai.Abah aku just beranggapan macam tu jala tapi tak pulak dia menyuarakan tanggapan dia tu demi menjaga hati orang tu,urmmm kesian pulak kat unlce Tong ni kan.

'Good2...boleh kumpul sama family makan sama2 hoo uncle'

'Lan hang dok sembang ngan sapa dari jauh aku dok tengok?'

'Ni uncle Ton...'dengan sat ja abah alih padangan dari mengadap kearah Muthu seterusnya ke arah uncle Tong,tiba2 kelibat uncle Tong dah hilang?haikkk xkan begitu cepat dah hilang kot?abah dah mula berasa seram sejuk.

'Aku tengok hang ni pelik la Lan,bukan sekali dua kami dok nampak hang dok bercakap sorang2 kadang hang gelak sorang2,hang ada masalah ka Lan?cuba hang cerita dengan aku'uncle Muthu mula menyuarakan apa yang selama ni depa dok pendam.

Abah mula keliru,abah mula buang tanggapan positif dia tu..abah nak tau sapa sebenaqnya uncle Tong ni?lelaki misteri yang berkawan baik dengan abah ni..

Keesokan hari tu abah call member abah merangkap supervisa yang menguruskan perihal pekerja,abah kata abah xberapa sedap badan abah nak ambik mc..memang lepas ja kejadian semalam tu,abah mula banyak pikiaq..tiba2 abah teringat last conversation antara abah dengan uncle Tong malam semalam sebelom uncle Tong tiba2 ghaib.

Sesungguhnya memang terleka bila berkawan dengan uncle Tong,bayangkan abah tau belakang hospital tempat abah reja tu xdak pown pertempatan manusia hanya ada jerat cina(kubur cina).Abah saat ni tengah berdiri betoi2 depan jerat cina,abah tengok ramai yang membanjiri jerat cina hari tu.

Perlahan2 abah mendekati satu keluarga cina

'Sorry boss tumpang tanya,lu orang sedang bikin apa ni?'

'Owhh ini hari "dai su yea" kita orang cina sembahyang kasi kita punya nenek moyang makan'terang family cina tu

Pandangan abah mula terasa kelam kelibut,huhu..tapi abah gagah jugak berjalan..niat abah dia nak cari kuboq UNCLE TONG,yahhh UNCLE TONG...abah dah mula percaya yang UNCLE TONG sebenaqnya dah MATI!!abah singgah di beberapa perkuburan..dan tiba2 mata abah tertarik pada satu keluarga yang berapa agak jauh di atas..walaupun matahari terpacak di atas kepala dan peluh berjerau abah gagahi jugak.

Sampai ja kat atas tu dan abah sedang berada betoi2 di hadapan kuboq UNCLE TONG!tiba2 air mata abah mengalir deraih..hilang dah rasa takot,UNCLE TONG seorang yang sangat baik,walaupown persahabatan dua dunia yang berbeza tapi abah terasa sayangkan UNCLE TONG abah terasa sangat kehilangan.

Anak bini UNCLE TONG mesti berasa pelik dengan kelakuan abah

'Uncle u apa pasai?u ok ka?'mungkin anak UNCLE TONG menyapa abah.

'Wa ok...boleh wa cakap sikit sama lu orang?'

Mereka semua berpandangan sesama sendiri,15minit abah tunggu atas tu sampai la depa abihkan upacara sembahyang depa..lepas tu depa turun dan kami singgah minum sat kat kedai yang berhampiran.

Abah tarik nafas sehela,abah seakan tak percaya apa yang abah go through this few months seolah2 mimpi..abah cerita dari awai perkenalan abah dengan UNCLE TONG,sekejap2 abah mengesat air mata yang mengalir tu..sebak terasa,anak bini mendiang UNCLE TONG turut menangis..depa mengaku silap depa semua masa mendiang masih hidup..mereka abaikan mendiang UNCLE TONG sampai lah dia dah mati pown sembahyang2 tertentu saja depa melawat mendiang.

Dari raut wajah mereka terbit kekesalan yang amat sangat,abah terangkan pada mereka yang mendiang UNCLE TONG sangat sayang dan kasih pada mereka,abah suruh depa selalu2 p jenguk kubur mending UNCLE TONG supaya UNCLE TONG merasa bahagia kembali.

Abah menasihati dengan cara kepercayaan mereka.

Lepas semua tu dah berakhir,abah dah tak dipertemukan dengan mendiang UNCLE TONG lagi..boss tempat reja lama abah panggil abah reja dengan dia balik,so abah decide nak berhenti reja kat hospital tu dan p reja ngan boss lama alhamdullilah abah mula reja sebagai supervisa bukan security guard lagi..amin..rezekik abah..



__________________

aNAK maK abAH akU



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

best juga , harap harap i dapat jumpa Uncle Tong tu ,dapat la i RM100 setiap hari hahaha :P baik hati punya Uncle Tong , cuma rindu kat keluarga dia ..

__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Arryboy wrote:

best juga , harap harap i dapat jumpa Uncle Tong tu ,dapat la i RM100 setiap hari hahaha :P baik hati punya Uncle Tong , cuma rindu kat keluarga dia ..


 haha,lupa nak habaq wang note rm100 pemberian mendiang UNCLE TONG tu xtau la apa cerita dan kesudahannya..hihi maybe dah bertukaq jadi daun kering agaknya..



__________________

aNAK maK abAH akU



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

alaaaaa tak best lah kalo tukar jd daun kering ,kedai runcit tak terima hahaha :P


__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Arryboy wrote:

alaaaaa tak best lah kalo tukar jd daun kering ,kedai runcit tak terima hahaha :P


 huhu x dapat la hakak nk bantu..



__________________

aNAK maK abAH akU



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

kalo tak perasaan yg dtg tu hantu ok lah , tapi kalo dah tahu yg datang depan kita tu hantu ,memang cuak baik macam mane hantu pun ,kencing kat situ kot mungkin pengsan :P hahahaha

__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard