Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah Seram ( Pontianak Di Syarikat Pengiklanan )


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Kisah Seram ( Pontianak Di Syarikat Pengiklanan )


Kisah Seram  kali ini melibatkan pontianak dan 2 orang pekerja syarikat pengiklanan swasta. Kejadian berlaku di dalam ofis di syarikat berkenaan. Kisah seram ini telah dikongsikan oleh seorang gadis yang mengalami sendiri kejadian ini. Jom baca kisah seram ni . ( "AKU" dalam cerita ialah orang yg mengalami )

Kisah seram yang tak akan aku lupakan ialah semasa bekerja di sebuah syarikat pengiklanan swasta di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Aku bekerja sebagai setiausaha kepada satu bos Mat Saleh dari New Zealand. Bos aku adalah seorang yang open minded, kuat bekerja dan bolehlah dikatakan tiap-tiap hari aku terpaksa balik lewat untuk menyiapkan tugasan yang berlambak-lambak. Paling lewat pun aku balik pukul 11.00 malam.

Besoknya seperti biasalah aku datang kerja. Sampai je kat ofis, bos interkom aku untuk masuk ke ofis dia. Dengan muka yang agak malas aku pun masuk dan mengucapkan "Good morning Sir".

"Morning, have a seat please," jawabnya dengan loghat pekatnya. Aku pun tanpa berlengah-lengah lagi pun memberitahunya serba sedikit jadualnya pada hari itu dan dia hanya mengangguk saja.

"Well, I hope youre free today coz weve to stay back until late night again to finish this assignment. The client need it by tomorrow evening," katanya padaku dengan tegas.

Emmmm. Macammana pun aku terpaksa buat jugak kerana tak ada sapa yang tau sangat pasal projek ni.

Aku dan bos sedaya upaya menyiapkan projek itu sehingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Orang lain dah lama balik dan tinggal lah kami berdua kat ofis tu. Ruang pejabat kami agak luas dan dinding luarnya pula bercerminkan kaca di setiap pelusuk pejabat. Tengah bos aku berdiri di tepi tingkap untuk mencari failnya, tiba-tiba dia menjerit terperanjat sambil melihat ke arah luar tingkap.furiousfurious

"Whats that ugly thing doing there?" laungnya. Akupun berkejar ke arahnya dan melihat apa yang ada di luar sana. Masya Allah!! Aku jadi terpegun melihat satu pontianak berambut panjang sedang merenung ke arah kami sambil mengilai-ngilai. Aku cuba bergerak tapi tak boleh, begitu juga bos aku. Pontianak itu menuju laju ke arah kami dengan muka yang sungguh menyeramkan dan tiba-tiba aku dapat satu kekuatan yang luar biasa lalu aku menarik bos aku menyorok di bawah meja. Kami mendengar bunyi asing yang amat menyeramkan sambil mengilai-ngilai. Aku lihat bos aku dah terkencing-kencing ketakutan dan mulutnya terus terkunci.biggrin biggrin

Aku cuba melawan pontianak itu dengan ayat-ayat yg patut yang aku ingat. Pontianak itu berterbangan di atas meja kami dan aku sempat melihat bajunya jarang berwarna hitam berbintik-bintik. Aku mengintai lagi dan melihat hantu itu cuba mencari kami tapi masih tak jumpa. Aku lihat semangat bos aku dah hilang dan mukanya dah terlampau pucat macam takde darah langsung.

Lebih kurang dalam 15 minit aku mengintai lagi ke atas meja. Aku tak nampak pontianak itu lagi lalu aku terus bangun untuk check kat mana dia pergi. Setelah semua ruang pejabat aku intai dan pontianak itu pun takde, aku terus pergi mendapatkan bos aku. Aku lihat bos aku dah pengsan, Aku pun telefon guard kat tingkat bawah dan suruh datang ke pejabat aku di tingkap enam.

Sampai je pak guard aku pun ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Pak guard yang berumur itu suruh aku ambilkan segelas air dan dia membaca sedikit ayat Quran dan merenjiskan kat muka bos aku. Bos aku tersedar dan melihat aku dan pak guard ada kat sebelah dia. Tiba-tiba dia menjerit-jerit seperti terkena histeria dan mengatakan "Its a ghost ! I saw a ghost just now. "Kami cuba mententeramkan dia hingga semangatnya pulih balik. Kemudian aku hantar dia balik ke rumahnya dengan menaiki teksi.

Besoknya, bos aku datang dengan pakaian yang agak simple dan terus menuju ke meja aku. Beliau memberitahu aku bahawa projek yang tergendala semalam akan di K.I.V. pada minggu depan. Jadi, aku tak payah la lagi menyiapkannya secepat mungkin. Beliau membisikkan pada aku supaya tidak menceritakan kejadian semalam pada staff yang lain. Tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit, "Ooi, sapa buang air kecik kat tempat aku hah!" aku memandang bos aku sambil tersenyum dan beliau pun macam paham je dan terus beredar pergi cuti dengan kawannya selama seminggu .biggrin biggrin

Kisah seram kali ini tak berapa nak seram sebab macam lawak pun ada kan. Mungkin sebab kisah seram yang ni melibatkan bangsa lain tu yang jadi macam lawak sikit tu. Kemana pontianak tu pergi jangan tanya aku sebab memang aku tak tau..haha Sekian, terima kasih.



__________________

" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 27
Date:

Dalam keseraman itu ada kelawakan kat situ hahahh...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard