Galaksi kita, Milky Way mempunyai lebih kurang 300, 000,000,000(billion) bintang, Matahari, hanyalah satu darinya. Diantara semua bintang di bimasakti, dianggarkan sebanyak 90 billion bintang yg berkemungkinan ada kehidupan padanya.
Galaksi Milky Way juga dipenuhi dgn stellar nursery, kawasan dimana bintang baru sentiasa terbentuk, dan sistem solar baru terlahir. Bagaimapun proses ini memakan masa jutaan tahun.
Adakah kehidupan di angkasa itu biasa? Mungkinkah terdapatnya tamadun yg maju diluar sana? Adakah mungkin galaksi ini dipenuhi dgn kehidupan?
Bagaimanapun, utk kehidupan wujud, beberapa keperluan adalah penting, contohnya, dikatakan utk hidupan wujud, cecair atau air adalah wajib.
Dan itu hanya dapat wujud dalam situasi yg kecil. Air akan beku pada planet yg terlalu jauh dari bintang, dan ia akan mendidih pada planet yg terlalu dekat, menjadikannya hampir mustahil utk hidupan wujud.
Anggaran ahli astronomy, lebih kurang 10billion bintang yg berpotensi utk ada kondisi yg tepat utk hidupan wujud. Bintang yg suhunya sesuai, dan planetnya pada jarak yg tepat.
Ini dikenali sebagai zone hijau yg sesuai utk kehidupan. Bumi terletak dengan cantik didalam zon ini. Jika hidupan dapat wujud dibumi, tiada alasan ia tak dapat wujud di tempat lain.
10, 000,000,000 kemungkinan adanya planet seperti bumi, ini hanyalah di galaksi milky way, dan terdapat lebih 100,000,000,000 galaksi di seluruh angkasa..
Tapi yg dicari kita bukanlah sebarang bentuk hidupan sahaja, ahli astronomy sebaliknya lebih berminat utk mencari tamadun yg maju diluar sana. Apakah kemungkinannya mereka wujud?
Dianggarkan, satu bintang dari seratus juta, seharusnya ada hidupan dan tamadun yg maju padanya. Jadi, dimanakah mereka?
Mengikut saintis, galaksi milky way sudah cukup tua utk seharusnya ada beberapa bukti ketamadunan maju dari bintang atau planet lain yg mendiami galaksi milky way. Jika sesuatu tamadun dapat wujud dan maju, dan tiada alasan kenapa ianya tidak seharusnya begitu, manusia dan teknologi adalah bukti yg cukup. Dan kita tiada satu bukti pun tentang kewujudan mereka.
Galaksi kita berusia 10 billion tahun dan 100ribu tahun perjalanan cahaya keluasannya. Dan secara purata, terdapat 1 bintang utk setiap 1 tahun perjalanan cahaya. Jika tamadun itu bergerak pada kelajuan pada kelajuan 1per seribu kelajuan cahaya, ianya mengambil masa seribu tahun utk sampai diantara bintang. Pada kadar ini, jika sesuatu tamadun itu cuba mengembara dari hujung ke hujung galaksi milky way, ianya akan memakan masa selama 100juta tahun.
Ini sangat sedikit jika dibandingkan dengan umur galaksi itu sendiri. Jika dari pandangan perkiraan umur galactic, jika sesuatu tamadun telah berjaya mencipta teknologi yg dapat mengembara diantara bintang, ianya seharusnya dapat dilihat buktinya dengan jelas. Jadi persoalannya, dimanakah mereka semua?..
Tulah pasal kak nad, banyak cerita seram baru tu bagus, tapi bagi yg tak minat macam aku ni, takde napsu dah nak bukak GC.. Kalau dulu ada jugak post lawak, berita terkini retis macam gab dan rie cipan, cerita agama..
Sekarang yilek.. Al maklomlah, otai ramai yg dah monopos, tenaga pun dah tak sekencang dulu memikirkan idea bernas.. Termasuklah haku senirik.
Masih memikirkan hantu apa yg sesuai nak dihantar ke angkasa..
Disebabkan ruang angkasa adlh vacuum, tak semua hantu sesuai dgn keadaan diatas sana..
Jenglot, toyol, pocong, cik ponti, semua ni tak sesuai dgn keadaan vacuum.. Penanggal ok kut, dia boleh terbang dan ada sumber bahan bakar sendiri yg membolehkan dia bergerak di angkasa..
Aku nak syorkan NASA tangkap lima nam ekor penanggal utk mission Mars One pada tahun 2022 nanti. Buat teman 4 org yg terpilih utk tinggal di marikh.. Kesian diorg mesti sunyi, kena tinggalkan bumi utk selamanya tu..
Mana tau bahan bakar diorg habis, boleh la perah penanggal tu, mesti keluar api.. Ish apsal la kreatip dan bernas sungguh aku ni..