Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PEMBALASAN ROH POKOK KEKABU


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:
PEMBALASAN ROH POKOK KEKABU


Assalamualaikum..

Kali ni aku nak story kisah masa aku kecik2 dulu..

Abah aku kejanya pegawai felda.Kitorang ni dari kecik dah merasa pindah randah.Naik pangkat skit,memang merasa pindahlah jawabnya.Tapi kitorang dah biasa.Memasing cool je.Masa umur aku 12 tahun,abah naik pangkat lagi.So maknanya kitorang kena pindah lagi.kali ni,destinasinya somewhere in Pahang.Felda dulu2 bkn mcm skarang weh..dulu penuh dengan  hutan banat.Nak lagi kat Pahang.Hutan dia kan luas.Hesy...seriau aku kalau ingat balik.

Dipendekkan cerita,kitorang pun sampailah ke rumah baru.Tak taulah ya pasal apa.tapi aku ni dari sejak kecik lagi aku ada satu instinct.Sixth sense orang putih cakap.Mak aku kat kat kampung cakap deria keenam.Aku boleh rasa kalau ada benda yg tak kena.Sampai je kat rumah tu,bulu tengkuk aku dah tegak meremang.Tapi aku diam je.Mata aku dah melingas kiri kanan.Hanya orang yang pernah rasa je yg tau betapa tak bestnya perasaan nino..Mak aku bila tengok aku dah satu macam,dia dah boleh agak.Dia gosok kepala aku dan cakap

'Shan,x pe..jangan takut.Baca ayat kursi banyak2.Dia x blh buat apa2 kat kita.Allah lagi berkuasa dari dia'mak pimpin tangan aku masuk rumah.Untuk korang yg x pernah masuk rumah peg.felda,aku describe lah sikit mana yang patut.Rumahnya rumah papan.masa tu abah cuma peg biasa.So rumahnya kecik je.Ada 3 bilik tidur.Dapur ngan bilik air kat ruang bawah.Satu hal dgn rumah2 felda ni dah dilengkapkan dengan perabut2 asas macam almari pakaian pasang siap.Kat semua bilik ada almari pakaian pasang siap pesen dulu2.Cerminnya besar blh tgk dari kepala sampai pinggang.Ok cukup sampai situ dulu.Habis tour satu rumah,aku pun berjalanlah pulak ke luar rumah.Rumah aku ni terletak di hujung sekali.Sebelahnya ada hutan kecil.Dipisahkan oleh pagar kawat duri je.Aku berjalan pulak ke belakang rumah.Ha...kawasan belakang rumah memang luas.Kalau dalam kepala budak 12 tahun macam aku ni memang x de lain.Best la kalau main kejar2 ni.Tapi yang x bestnya..ada sebatang pokok kekabu yang bapak besarnya betul2 kat belakang umah aku.Sesapa yg x pernah tgk macam mana rupanya pokok kekabu tu,pandai2 lah tanya pakcik google.Mesti dia bg tau punya..Masa aku pindah sana,pokok kekabu tgh banyak berbuah.Ada yg dah meletup tinggal putihnya je tergantung2..Masa ni,perasaan aku jadi makin x enak..Berdebar2 x tentu arah.Takut dengan perasaan sendiri,aku berdesup lari masuk rumah..

Malam tu,aku ngan kakak tolong mak masak kat dapur.Nama pun baru pindah rumah,masak pun yang ala kadar je.Abah sempat beli ikan kembung 4 ekor untuk makan malam kitorang hari tu.Lepas kakak aku siang ikan,isi perut ikan tu dia punjut ikat dalam plastik.Pastu dia tanya mak aku mana nak buang perut ikan tu.Mak jawab,Buang je dulu dalam kotak kat luar pintu belakang.Esok pagi mak tengok mana tempat lubang sampah.Usai makan malam,kitorang sembahyang isyak berjemaah kat ruang tamu.Abah suruh kitorang baca yassin.Maklumlah baru pindah rumah baru.Lagipun rumah ni dah lama tinggal kosong.Menurut jiran yang datang tengok kitorang masa sampai tadi,dah dekat 2 tahun setengah rumah ni x de penghuni.Masa tengah kusyuk baca yassin ramai2,tiba2 kitorang dengar bunyi pinggan pecah kat dapur.Terhenti kejap bacaan masing2.Abah bagi isyarat suruh teruskan bacaan.Habis baca yassin,mak tengok kat dapur apa benda yang pecah tadi.Pelik...X de apa2 plak yg pecah.Pinggan mangkuk semua tersusun elok kat rak.X nak kitorang takut,mak diamkan je perkara tu.Habis je baca yassin,masing2 dah bergerak masuk bilik nak tidur.Aku macam biasa,rapat ikut punggung kakak.Takut,kau..Dahlah dari sampai lagi hati dah x sedap.Letak je kepala kat bantal,aku terus terlelap.Tak taulah berapa lama aku tido,tiba2 aku terjaga.Rasa macam dengar suara orang menyanyi.Sapa lah yang buang tebiat menyanyi malam2 buta ni..?Aku raba2 kat sebelah.Akak aku ada tgh tido.So,sapa plak yg menyanyi ni?Dalam keadaan tengah mamai tu,aku menangkap kelibat serang perempuan muda tengah berdiri mengadap cermin almari pakaian dalam bilik aku.Sambil sikat rambut,dia menyanyi2 sorang diri.Katil aku pulak mengadap cermin almari ni.So otomatik perempuan ni membelakangi aku.Tapi macam aku bgtau di awal cerita,cermin ni besar.So aku yg tgh baring ni blh nampak muka perempuan ni melalui cermin tu.Nasib baiknya,dia tunjuk muka cun..Ala2 Maya Karin masa citer pontianak harum sundal malam tu...Nasib x baik pulak,sambil nyanyi,dia pegi tengok muka aku...Aku pulak macam kena pukau..Kaku x leh nak bergerak.Kakak aku kat sebelah pun aku x leh nak cuit.Lama jugaklah adengan  pandang memandang tu berlangsung.Tiba2 aku terdengar pintu bilik mak dan abah aku terbukak.Secara otomatik pompuan tu hilang.Dan aku mampu menggerakkan badan aku balik.Sudahnya,sampai ke pagi aku berjaga x leh tido.

Pagi esoknya,kecoh kejap umah aku sbb bila mak bukak je pintu dapur,kotak2 masa pindah semalam berterabur kat belakang umah.Plastik isi perut ikan pun koyak rabak tapi isi perutnya x de.

'Kucing agaknya ni...'Kata mak aku buat ayat nak sedapkan hati.Aku tau tu bukan keja kucing.Tapi aku diam je.Kejadian malam tadipun aku x cerita kat mak.

Lama jugak kitorang bertahan duduk kat umah tu.Macam2 perkara pelik yang jadik.Barang hilang,Barang beralih tempat,macam2 lagilah.cuba korang bayangkan,bila korang bangun tido korang tengok katil korang beralih tempat.Sofa kat ruang tamu susunannya berubah,periuk diletak kat pokok kekabu,tak seram ke ?Tapi abah aku masih bertahan.Masuk bulan keempat,berlaku satu peristiwa yang membuatkan abah aku gegar rumah pengurus sebab nak mintak pindah rumah.

Malam tu malam jumaat.Kelazimannya,malam jumaat lepas sembahyang maghrib,kitorang baca yassin sama2.Kakak aku uzur.So malam tu dia siapkan makan malam sementara kitorg tgh baca yassin.Masa dah nak abis baca yassin,aku dengar suara kakak aku tgh menyanyi.Kuat pulak tu.Aku tgk mak ngan abah aku baca yassin macam x dengar apa2.So aku terus jelah sambung bacaan.Usai baca yassin,suara akak aku makin kuat.Masa ni barulah mak ngan abah dapat dengar apa yg aku dengar.Mak pun tanggal telekung sambil mulut membebel2 marahkan kakak yang menyanyi terlalak terlolong.Sampai dapur,mak tiba2 jerit panggil abah.Kelihatan kakak aku tengah menyanyi sambil menari pelik..Sambil tu dia memusing2kan kepala dia sampai rambut panjang kakak berputar macam kipas helikopter.Pergh..Kalaulah korang blh tgk apa yg aku tengok..Bila abah nak pegang kakak,dia terus terkam pintu dapur dan lari belakang rumah.Tempat yang dituju??pokok kekabu...

Abah dengan mak cepat2 kejar kakak ke belakang rumah.Aku???Sahlah aku p ikut sekali.Nak tinggal sorang2 dalam rumah?Kirim salam.Sampai kat pokok kekabu belakang umah,kitorang terkejut tengok kakak tengah bergayut kat dahan pokok kekabu.Korang dah google ke belum gambar pokok kekabu?Dahan dia punyalah tinggi..macam mana kakak aku yang kemetot tu boleh sampai nak bergayut macam tarzan tu?Mak dah menjerit seriau takut kakak jatuh.Ni kalau jatuh mau patah tulang belikat.Abah dah tak tau nak buat apa.Dia berlari pegi panggil jiran2 aku mintak tolong.Aku ngan mak cuma boleh menangis tgk kakak kat bawah pokok kekabu.Tak sampai 5 minit,abah kembali dengan 5-6 orang kawan2 dia.Masing2 mengucap panjang tengok keadaan kakak.Kaum2 ibu yang sampai kemudian cuba menenangkan mak.Salah sorang dari kaum ibu ni tiba2 terlepas cakap

'X habis lagi berdendam budak ni'mak terkejut.

'Sapa yang berdendam?Akak bagi tau saya apa sbenarnya yang jadik ni kak'Mak nangis lagi..Jiran2 aku yg lain memujuk mak.

'Sabarlah .Kita selesaikan satu2.Lepas ni baru kita cerita pasal benda ni.Kau doa banyak2 anak kau selamat'

masa tengah kelam kabut,dari jauh kelihatan pengurus felda datang bersama dengan seorang lelaki.Aku agak2 lelaki tu mungkin ustaz atau imam masjid.Sebab dia pakai serban atas kepala.Pastu ustaz tu pelan2 mendekati pokok kekabu tu.Sampai kat pangkal pokok,Kakak aku dah ketawa terjerit2 macam oramg sasau

'Dah lah tu Leman...Aku bukan tak kenal kau.Kau jangan ganggu aku...ni rumah aku..'Suara kakak berubah..

'Kau tu yang kena pergi...kenapa kau ganggu keluarga ini.Diorang x de salah apa2 pun kat kau.Kalau kau marahkan dia,kenapa orang lain  yang jadi mangsa'

Ustaz keluarkan sepeket garam kasar dari poket jubah.Bila dilempar saja garam pada perdu pokok kekabu tu,kakak menjerit kuat.Pegangan kakak pada dahan terlepas.Kakak jatuh ke bumi.Yang peliknya,walaupun jarak jatuhan kakak tu tinggi,dia boleh bangun dan berdiri seolah2 x de apa2 yang berlaku.Bila kakak cuba menhampiri kami,ustaz tersebut terus melemparkan garam di tangannya.Kakak menggelupur.Aku menangis melihat kakak terseksa begitu.Air liur meleleh dari mulut kakak.Semasa kakak tengah menggelupur,ustaz cepat2 menekan pangkal leher kakak sambil membaca ayat2 suci alquran.Makin kuat rontaan kakak sampai berdarah tangannya bergesel dengan batu dan akar pokok.Tiba2 ustaz menghentak kaki ke tanah dan azan 3x.Kakak terus berhenti meronta.Mata kakak terbeliak.Tiba2 kakak batuk dengan kuat.Macam nak terkeluar anak tekak.Air liur kakak makin banyak keluar.Aku lihat asap nipis keluar dari mulut kakak dan menghilang dalam kegelapan malam.Pokok kekabu tersebut bergoncang kuat seolah2 dilanda ribut.Ustaz cepat2 mengarahkan supaya kakak dibawa ke tangga pintu masuk hadapan rumah.Di situ,kakak dimandikan oleh ustaz tersebut sehingga kakak menggigil kesejukan.Setelah dibersihkan oleh mak,kakak tertidur lena tanpa mempedulikan orang ramai yang berkumpul kat rumah.

Masa tengah berkumpul ni,seorang jiran membuka rahsia..

'Lan,kitorang semua nak mintak maaf dengan kau.Bukan niat kami nak rahsiakan peristiwa ni.Kitorang ingat benda tu x berdendam sampai macam ni.Tapi kami silap'Sampai tertunduk2 dia bercerita.Takut kena marah letew..

'Rahsia apa sebenarnya ni,mus?Aku x faham.Selama ni apa je yang terjadi kat rumah ni aku cuba fikir positif.Sikit2 gangguan aku tolak je ketepi.Tapi kalau sampai dah melibatkan nyawa anak aku macam ni aku rasa dah melampau'Abah dah start panas.Dada abah pun dah turun naik.Melihatkan keadaan tu,ustaz terus bersuara.

'Lan,sebelum tu,aku rasa baik aku beritahu dulu sejarah rumah ni.Baru kau tahu apa sangkut pautnya dengan gangguan pada anak kau ni'Ustaz tu pun mulalah bercerita tentang tragedi yang berlaku sehingga menyebabkan ada roh yang x tenteram sehingga mengganggu kakak.Aku ceritakan sikit untuk pemahaman korang semua...

5 tahun dulu,ada seorang pegawai baru yang berasal dari sabah berpindah masuk ke rumah aku ni.Namanya ialah Syam.Syam ni seorang anak muda yang segak,rajin dan pandai mengambil hati penduduk setempat hingga dia diterima baik di situ.Adat orang baru,segak,rajin dan bekerja tetap pula mulalah ramai anak2 dara yang terpikat.Sampai  ada yang x segan silu meluahkan perasaan pada syam ni.Tapi Syam x layan semua tu.Jauh kat Sabah nun,dia dah ada tunang yang setia menunggu.Syam menolak dengan baik luahan2 hati gadis2 ni semua.Ramailah yang patah hati dan kecewa.Tapi,dalam ramai2 anak gadis yang mencuba nasib,ada seorang gadis yang bernama Bariah yang paling bersungguh2.Walau dah ditolak,Bariah x dapat menerima penolakan tersebut.Dia tetap berusaha mencuba dan menggoda Syam sehingga dapat.Puas ibu dan ayahnya memeberi nasihat tapi x diendahkan Bariah.Termasuklah ustaz Leman.Rupanya ustaz leman adalah bapa saudara Bariah.Tak dapat cara baik,Bariah bertemu bomoh orang asli untuk menundukkan Syam.Bariah menggunakan darahnya semasa haid untuk dipuja bagi mendapatkan Syam.Akhirnya,Syam tewas.Sekelip mata Syam jatuh cinta terhadap Bariah sehingga mereka bernikah tanpa pengetahuan ibu dan ayah Syam.Di rumah inilah mereka menjalani kehidupan suami isteri selepas bernikah.Selepas berkahwin,Bariah masih mengenakan ilmu hitam terhadap suaminya agar suaminya tunduk kepadanya.Kalau dilihat,Syam sentiasa mengikut cakap Bariah sehingga Syam sentiasa diherdik dan ditengking sesuka hati oleh Bariah.

Musim Berlalu.Setelah lebih kurang setahun berkahwin,keluarga Syam telah datang ke rumah secara mengejut kerana pelik dengan sikap Syam yang memutuskan pertunangan secara tiba-tiba.Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati perkara sebenar yang terjadi terhadap anak mereka.Tambah melukakan,mereka dihalau seperti kucing kurap oleh Bariah.Tanpa melengahkan masa,keluarga Syam telah mengupah seorang bomoh terkenal di Sabah untuk mematahkan sihir yang dilakukan oleh Bariah terhadap Syam.Selepas berhempas pulas berlawan,akhirnya Syam berjaya dipulihkan.Setelah sedar dari pengaruh sihir,Syam amat terkejut apabila keluarganya menceritakan apa yang berlaku.Dengan perasaan marah,Syam telah mengheret Bariah ke tangga(Tempat kakak dimandikan)dan menceraikan Bariah dengan talak 3.Bariah merayu2 meminta maaf daripada Syam tetapi tidak diendahkan oleh Syam.Syam memberi notis perletakan jawatan secara serta merta dan berlepas balik ke Sabah bersama keluarganya.Bariah yang ditinggalkan tidak dapat menerima kenyataan.Dari hari ke hari keadaan Bariah semakin teruk.Sehingga Bariah kelihatan seperti orang sasau.Setiap hari dia akan duduk di pokok kekabu tersebut dan menyanyi hiba.Bariah juga tidak memperdulikan arahan dari pengurus felda supaya mengosongkan rumah berkenaan.Pada suatu pagi,seluruh felda tersebut gempar dengan penemuan mayat Bariah yang tergantung di dahan pokok kekabu.Akibat tidak tahan menanggung perasaan,bariah telah MEMBUNUH DIRI..Begitulah yang berlaku sehingga rumah tersebut tidah lagi aman.Ada sahaja perkara pelik yang berlaku selepas itu terhadap penghuni2 baru.Tapi semuanya tidak seteruk perkara yang berlaku terhadap kakak.

Selepas mendengar cerita itu,abah terus memohon jasa baik pengurus untuk berpindah keluar dari rumah itu.Permintaan abah diluluskan dan selepas itu,x de lagi perkara buruk yang berlaku terhadap kami sekeluarga.Tapi,rupanya sementara saja..Ada banyak lagi kisah menakutkan yang berlaku terutamanya diri aku...nantikan sambungannya...

 

 

 



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

Lagi lagi dan lagi

__________________

BLUEEESSS FOREVER... AHAK..AHAK..



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 41
Date:

sambung cepat ye dik misi........
kang lambat kang, kiter lak yg gayut mayut kat pokok kekabu tu....biggrinbiggrin

nanti apa plak kata cik abg badarsila..... imslow.gifimslow.gif



__________________

Allah itu Ada...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahh .. adik misi aaa ...

bile nak sambung cerita nie ..

 

 

adik daeng meriah yang meriah lagi meriah ..

belanje kepsi buleh?

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Sebelah rumah aku pun ada pokok kekabu yg besar, dulu memang ada pontianak tapi sekarang dah lari.. Belakang rumah jiran pun sama, ada pokok kekabu besar pun dulu ada pontianak, pun dah lari jugak.. Terbang.. Bukan larik.

Biasalah rumah felda..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 41
Date:

takkan kepsi jer kut abg badrusilalahsila,
cik mek donal n cik pijahut pn boleh....... biggrinbiggrinbiggrin



__________________

Allah itu Ada...



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 41
Date:

tapi kan, kenapa ek asal ada pokok kekabu, mesti ada kak cik pon...
hmmmmm.... musykil banget kepala lutut beta confuseconfuseconfuse



__________________

Allah itu Ada...



Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

cerita dr cik misi ni menarik. tp bila nk ada sambungannyee.... tertunggu2 ni.. bored.gif



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

cik misi nak tanya...


kalao tanam pokok bonsai ada cik pon nk menumpang lepak tak? terasa mcm nk bercucuk tanam tapi maleh nak membaja menyiram bagai. hahaa..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

cengkodok puteh wrote:

cik misi nak tanya...


kalao tanam pokok bonsai ada cik pon nk menumpang lepak tak? terasa mcm nk bercucuk tanam tapi maleh nak membaja menyiram bagai. hahaa..


 ada,cengkodok puteh.nnti hantu tu pun ikut bonsai jugak.kemetot je.agak2 maleh nak menjaga pokok tu,pakat2 lah g pasor je.senang.abis cerita...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

nie .. cik misi sebuk jaga orang sakit

tu x dapat sambung cerita ... 

aaa nie jopan bagi soklan budak yang namanya .. sapa tu ... jap

scroll

debu 77 .. (banyak nye debu .... x batuk ke .. iskkkk nama banyak .. debu dipilihnya ...)

 

 

cengkodok itam putih kelabu asap ...

nko jangan le nak ngada ngada bela bonsai ke hape ...

x yah lah .... kolo keje kerajaan nihh ....

jgn simpan niat nak tanam bonsai ...

niat memang tinggal niat je la jawabnye ...

 

betul betul betul ..... aku dah jawab sndirik ...

 

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:

errrr... incik badda2.. jgn ler marah.. nama sy dabu. bkn deebuuu.. cer tgk betui2.. :D

tu nama kucin kesayangan sy dlu. ntah le nape nama dia dabu. arwah ayah sy yg bg nama tu.

incik badda2 tkde citer trbaru kee..? syok bc citer2 kt sini.   popcorn.gif

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

hah.. tu la wak..

niat memang dah kena tanam dgn bonsai2 skali.. kat kedai bunga ah so seberang jalan restoran makan2 nun..

cik misi ni tgh sebok cucuk2 orang sakit. mana sempat nak sambung citer ni lagi.. kan kannn...


__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

owhhhh .... salah eh? dabu ... bukan debu yea ....

okeh okeh okeh .. aku paham ...

err .. adik debu 77 nak cerita apa dpd wak badda2 nii...

citer antu .. citer misteri ... apa je ... nanti wak badda2 buleh belanje cerite tu ...

tapi kan adik debu77 78 79 ...

sebelum aku cerita ... aku tidor dulu buleh ,,,?  

 

 

 

Cengkodo itam putih kelabu asap .....

cik misi nie main cucuk cucuk ke dengan pesakit ...?

iskkkkk ... dasat nyerrrrrrr .. cucuk dengan apa tu ???

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard