Lepas kejadian kepala hijau tu rumah yg aku duduk start tak aman. Macam2 kejadian terjadi. Aku cerita tak ikut turutan sbb aku tak ingat yg mana jd dulu. Almaklumlah aku masih kecik masa tu.
Kejadian ni jadi masa waktu malam masa mak aku sedang suap adik aku makan kat ruang tamu rumah. Aku dok tepi mak dok melukis( sebenarnya menyonteng je, aku mana reti melukis pun sbb aku tak pi pun tadika. Masa tu tadika tak berapa di ambil berat lagi kat kg aku tu. Aku terus masuk darjah 1). Dalam dok asyik melukis tu aku dan mak terdengar bunyi atas bumbung rumah. Abah aku takde malam tu. Tah pi mana. Aku tanya mak bunyi pa, mak kata mungkin musang kot. Aku terus diam sebab aku takut musang.. Dulu2 kalau makbapak nak takutkan anak depa usik pasal musang, tu yang aku takut musang walaupun sebenarnya aku tak tau pun rupa musang tu camne. Bagi aku musang tu binatang yang makan budak.
Bunyi tu kedengaran lagi. Macam berjalan atas bumbung. Kadang2 berlari. Aku tengok muka mak pun dah cuak. Mata mak dok pandang ke pintu. Pintu tu besar dan tinggi macam pintu gerbang pun ada. Aku heran apasal la tuan rumah ni buat pintu besar sgt. Tinggi pintu tu rasanya dekat 4 meter lebar pun dalam 2 meter lebih. Lori pun leh masuk dalam rumah camni.
Tiba2 terdengar bunyi benda jatuh kat tingkat atas. Bunyi macam benda yang besar. Terkejut kami 2 beranak. Serentak kami pandang ke tingkat atas. Korang bayangkanla dah suasana rumah tu suram cuma diterangi oleh 2 lampu minyak tanah, dengar pula macam2. Seram yamat. Mak tak pasang banyak sebab nak jimat minyak. Walaupun minyak tanah masa tu murah tapi kena jimat sebab abah aku tak dapat keja lagi.
Kami terus pandang ke arah atas tak kalih pandang. Lepas tu kami dengar benda tu berlari atas rumah. Aku dah menggigil sambil menangis perlahan... takut beb..
Senyap sekejap tak sampai 1/2 minit. Mak aku dah mula berdiri dukung adik aku, pegang kuat tangan aku sambil mata terus pandang kat atas arah tangga. Tangga tu dok kat tengah antara kami dan pintu. Tiba2 bunyi berdentum2 orang pijak tangga turun. Lagak macam dok hempas kaki kuat2 sambil turun. Aku cuba cari benda apa yang turun..Gelap tak berapa nak jelas. Mak dok ramas2 tangan aku masih teragak2 nak lari. Aku tarik2 tangan mak bagi isyarat. Mak angguk. Masa kami nak melintas tangga tu tiba2 terjun satu makhluk besar yang berbulu hitam macam gorila gitu kat depan tangga. Matanya merah menyala menyeringai ke arah kami. Apalagi menjerit gila kami sambil berlari melintas makhluk tu kearah pintu. Nasibla mak tak kunci pintu tu. Kalau tak lagi haru tapi puas jugakla nak tarik pintu tu sebab berat dahla mak dukung adik sebelah tangan. Dengan satu tangan je nak tarik pintu tu.
Bila terbukak je pintu tu kami terus berlari keluar menuju ke rumah jiran kami yang letaknya lebih kurang 50 meter jauhnya. Kasut pun tak pakai. Tak pandang belakang dah sampaila ke rumah jiran tu...
Wei..wei.. ikan dah tarik joran aku nanti aku sambung lagi na. Adios
Dahh.. Lagi. Mne.. Sambung cepat.. Tengah fefeling nk bce.. Aduih..
Cik misimaria.. Sambung je kt sini xyh kt thread lain.
Semangat nk mmbacanye.. Nafas turun naik ni..
Sesampai kami kt rmh jiran tu mak terus panggil jiran kami tu. Salam pun lupa bg takut punya pasal...
Jiran kami tu mak panggil Kak Nab. Kak Nab kelam kabut buka pintu sambil pegang pelita cuba menyuluh ke arah kami. Bila nampak kami macam orang ketakutan terus Kak Nab panggil kami naik.
Tak buang masa kami terus panjat anak tangga naik ke rumah. Kak Nab tengok kami yang tercungap2 dengan hairan. Kak Nab tanya saipa tapi mak tak jawab cuma memandang muka Kak Nab. Mak tak leh nak cerita sebab terlalu takut.
Melihat keadaan mak camtu Kak Nab menyuruh kami rehat. Dia berlalu ke dapur. Tak lama pastu Kak Nab muncul membawa sedulang air teh dan menjemput kami minum. Apabila keadaan mak semakin tenteram Kak Nab cuba bertanya kenapa keadaan kami begitu.
Mak mula menceritakan apa yang sepanjang kami mendiami rumah itu. Kak Nab menarik nafas panjang dan diam untuk seketika semacam memikirkan sesuatu.
Lepas tu aku terdengar Kak Nab bercakap sendiri mengatakan tak kan benda datang balik. Mak terdengar apa yang Kak Nab bisikkan. Mak tanya benda apa Kak Nab. Kak Nab kelihatan sedikit mengeluh.
Mak mendesak Kak Nab menceritakan apa yang Kak Nab tahu pasal rumah tu. Menurut cerita Kak Nab perkara tu dah lama berlaku sejak orang kaya berkahwin lain selepas isteri pertama orang kaya meninggal dunia. Orang berkahwin dengan anak dara padahal pada masa tu orang kaya dah agak berumur. Pendek kata memang tak sepadan ngan orang kaya tu. Isteri keduanya(Salma..bukan nama sebenar) seorang yang amat cantik. Tercantik kat kampung tu.
Cerita Kak Nab lagi selepas berkahwin orang kaya membawa isterinya ke rumah itu. Mereka tinggal berdua kerana anak2 orang kaya yang 2 orang tu dah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Sejak berkahwin ngan orang kaya isterinya selalu sakit2. Tak dapat tido malam. Agak lama Salma berkeadaan begitu sehingga keadaannya tidak terurus. Puas orang kaya berubat tapi keadaan isterinya tetap begitu.
Salma mula meracau macam2. Dia sering terjerit2 mengatakan ada makhluk macam beruk yang besar menyeringai ke arahnya. Kadang2 dikata makhluk tu menindihnya. Bila tido makhluk tu berdiri ditepi katil memandangnya. Dia sentiasa berada dalam ketakutan. Orang kaya buntu melihat keadaan isterinya.
Suatu hari hendak dijadikan cerita ada ceramah kat surau sempena sambutan maulud nabi. Seorang ustaz yang agak berumur dari pondok yang selang 3 kampung dari situ dijemput untuk menyampaikan ceramah. Selepas habis ceramah orang kampung dijemput menjamu selera. Orang kaya mengambil kesempatan makan bersama ustaz tadi.
Sambil2 sembang tergerak hati orang kaya bercerita hal isterinya. Ustaz tu memberi perhatian apa yang orang kaya cerita lepas tu ustaz tu kata takpe makan dulu nanti kita cerita lain.
Lepas makan ustaz tu mengajak orang kaya duduk atas pangkin di bawah pokok depan surau. Ustaz tu menyuruh orang kaya menceritakan semula dari mula isterinya sakit.
Setelah habis orang kaya bercerita ustaz tu termenung agak lama memikirkan hal itu. Selepas tu ustaz tu bertanyakan nama isteri orang kaya dan nama ibunya. Ustaz tu berselawat dan membaca beberapa surah. Tak lama selepas tu terdengar ustaz tu macam mengeluh sikit. Orang kaya bertanya kenapa ustaz tu mengeluh. Ustaz tu kata nak bagitau pun serba salah takut tersalah. Takpe kata orang kaya ustaz bagitaula dia terima.
Menurut ustaz ada orang sakit hati kerana orang kaya berkahwin dengan isterinya. Ada orang hantar sihir supaya rumahtangganya kacau bilau. Orang tu sebenarnya berkehendakkan Salma. Dia pernah meminang Salma tu tapi ditolak oleh Salma. Dia sakit hati.
Orang kaya terkejut dengan kenyataan ustaz tu. Tak sangka ada orang yang sampai hati sanggup berbuat perkara khurafat macam tu hanya kerana sakit hati. Orang kaya tanya ustaz nak buat macam mana. Ustaz tu kata nanti malam dia datang rumah orang kaya. Mereka berpisah di situ.
Malamnya ustaz tu datang selepas isyak. Sampai di depan rumah ustaz tu berdiri di luar rumah tidak terus masuk ke dalam rumah. Dia memandang ke sekeliling rumah. Berjalan mengeliling rumah memerhati. Setelah berpuas hati barulah dia masuk ke dalam rumah. Ustaz terus bertanyakan di mana Salma. Orang kaya terus membawa ustaz ke tingkat atas.
Di atas terdapat beberapa orang yang datang menziarah termasuk Kak Nab dan suami.
Ustaz menghampiri katil yang menempatkan Salma. Katil tu di keluarkan dari dalam bilik dan diletakkan di tengah ruang tamu di atas kerana untuk menyenangkan ustaz berubat.
Ustaz meletakkan tapak tangannya di atas kepala Salma sambil membaca sesuatu..aku agak ayat rukhyah kot.. sambil membaca dia menghembus ke arah Salma dari arah kepala hingga ke kaki. 3 kali dia berbuat begitu mata Salma terbeliak memandang ke atas. Selepas tu dia menjerit2 memaki ustaz tu. Dia terus bangun duduk. Terkejut orang kaya kerana isterinya sebelum ni nak bangun pun kena bantu tapi kini di depannya isterinya bangun macam orang tak sakit dan menjerit kuat memaki hamun ustaz tu. Orang kaya cuba menghampiri isterinya untuk menenangkannya tapi ustaz itu menunjukkak isyarat menyatakan jangan hampiri dan sentuh isterinya. Orang kaya akur dengan arahan itu.
Ustaz terus mengubati Salma tanpa mempedulikan maki hamun dari Salma. Salma cuba bangun dan menerkam ustaz tu. Tapi terkamannya tak sampai apabila di jatuh selepas uztaz membaca sesuatu dan menghembus ke arah Salma. Salma berpusing2 cuba menghampiri ustaz. Dia merangkak mengeliling sambil menyeringai ke arah ustaz.
Ustaz bangun membuka langkah silat sambil membaca ayat2 Alquran. Agak lama juga ustaz bersilat sambil menjuruskan Alquran ke arah Salma. Salma akhirnya terkulai rebah. Ustaz kelihatan berpeluh dan keletihan.
Dia terduduk selepas berhempas pulas tadi. Selepas itu dia menyuruh orang kaya menyediakan beberapa barang iaitu batu 5 biji, pasir, garam kasar, beras kunyit, air satu jag dan sehelai kain pelikat yang belum dipakai.
Setelah semua disediakan ustaz itu meletakkan barang2 di depannya dan mula berzikir dan membaca surah2. Selepas selesai ustaz tu mengambil barang2 tadi dan mula menabur beras kunyit bermula dari pintu utama hingga kesemua ruang di dalam rumah itu ditabur dengan beras kunyit. Selepas itu ustaz itu keluar dari rumah. Orang kaya nak menemani tetapi dihalang oleh ustaz.
Ustaz pergi kat 4 penjuru rumah mengorek sedikit tanah dan menanam batu di situ. Setiap batu yang ditanam diletakkan garam di atasnya kemudian di timbus. Pasir pula ditaburkan sekeliling rumah melawan arah jam mcm kita tawaf kat kaabah tu. Sebiji batu di bawa ke dalam rumah dan disuruh letak kat tempat tinggi.
Orang kaya bertanya apa yang ustaz tu lakukan. Ustaz menerangkan dia memagar rumah berkenaan dan menghalau benda2 yang ada dalam dan luar rumah tu. Dia juga berpesan supaya tidak membaling sebarang benda ke dalam rumah dikhuatiri pagar yang di buat terbuka. Kain pelikat pulak dia guna untuk sembahyang hajat mendoakan semoga Salma sembuh dan di jauhkan dari sebarang gangguan.
Orang kaya mengangguk2 faham. Air tu ustaz suruh buat mandi dan minum untuk Salma.
Setelah semua selesai orang kaya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada ustaz. Dia menanyakan pengeras kepada ustaz. Tapi ustaz menggeleng kepala. Katanya dia tak ambik sebarang pengeras sekadar ikhlas untuk cuba berubat Salma. Orang kaya tak puas hati dengan kata2 ustaz. Semasa ustaz nak balik dia memeluk ustaz dan menyeluk tangan ke dalam poket jubah ustaz dan memberikan segenggam duit. Agak tebal tak tau berapa jumlahnya.
Akhirnya setelah beberapa lama berubat dengan ustaz tu Salma pun sembuh. Mereka dikurniakan beberapa orang anak.
Kejadian tu Kak Nab kata terjadi kira2 25 tahun lepas. Fuh dah lama tu..
31 okt..1.30am
..........................
Nnt smbg lg ek kt post lain. Letih dah tangan ni menaip. Adios..
ingat cik missi dangan cik misi maria sama orangnya ..
lorrrr ....
mohon maap yea dinda ...
maklong laaa .. udah tua ...
Ha ar. Cik misi n misimaria mmg berbeza yg amat. 1 tua 1 muda belia. Yg muda tu sy la wakda. Hihi perasan muda lg sy ni wakda tah esok lusa dijemputNya.
Drpd cite Kak Nab tu taula aku knp hantu dtg blk kat rumah tu.
Satu hari hujan tiba2 turun. Mak aku kelam kabut angkat baju kt ampaian. Pastu mak aku baling kain baju tu masuk rumah sbb nk ambik baki kain baju yg masih di ampaian. Aku rasa sbb tula hantu blh dtg balik kt rumah tu sbb pagar yg ustaz tu buat dah bocor.
Kebiasaannya mak akan pasang 1 pelita masa nk tido. Pelita tu mak letak kt tengah2 ruang tido kami kt tingkat atas. Kami tido pasang kelambu dan tido atas tilam je takde katil. Masa tu aku tengah2 mamai nak tido aku tengok pelita tadi macam di angkat orang dan di bawa turun ke bawah. Jd tingkat atas jd gelap. Aku pggl mak aku cakap jgn bwk turun pelita kt bawah. Aku takut gelap.
Rupanya masa tu mak aku masih ada dalam kelambu dia. Abah aku pun sama. Jarak kelambu aku ngn mak lebih kurang 10 meter cmtu kot.
Aku dgr abah aku membebel marah. Lantas dia keluar kelambu turun kt bawah ikut pelita td.
Kt bawah abah tgk pelita td diletak elok atas pangkin yg berada diruang bawah.
Abah aku ambik pelita tu bawak naik atas.
Tak sampai 10minit pelita tu kembali diangkat. Yg herannya aku tak nmpk pun sape2 bawak pelita tu.
Macam pelita tu jln sdr. Aku tgk pelita tu turun ke bawah. Sekali lg abah aku turun bawah ambik pelita tu naik. Aku agak dalam 4 5 kali jgkla dok jd mcm tu. Last sekali abah aku naik geram abah aku ckp "hang nk main sgt no sat aku ajaq hang". Abah dok standby kalau2 pelita tu jalan lg. Betul jangkaan abah aku pelita tu kembali terangkat, serta merta abah aku terkam kt pelita tu terus hembus padam api pelita td. Haa main la puas2 pelita tu kata abah aku. Aku yg dlm ketakutan tu rasa nk gelak pun ada tgk perangai abah aku. Hihi. Mmg hati kering org tua ni.
Lepas abah aku padam pelita tu terus pelita tu jatuh ke lantai. Malam kami tido dalam gelapla. Aku selubung sampai kepala tak berani tido dlm gelap.
Drpd cite Kak Nab tu taula aku knp hantu dtg blk kat rumah tu. Satu hari hujan tiba2 turun. Mak aku kelam kabut angkat baju kt ampaian. Pastu mak aku baling kain baju tu masuk rumah sbb nk ambik baki kain baju yg masih di ampaian. Aku rasa sbb tula hantu blh dtg balik kt rumah tu sbb pagar yg ustaz tu buat dah bocor.
Kebiasaannya mak akan pasang 1 pelita masa nk tido. Pelita tu mak letak kt tengah2 ruang tido kami kt tingkat atas. Kami tido pasang kelambu dan tido atas tilam je takde katil. Masa tu aku tengah2 mamai nak tido aku tengok pelita tadi macam di angkat orang dan di bawa turun ke bawah. Jd tingkat atas jd gelap. Aku pggl mak aku cakap jgn bwk turun pelita kt bawah. Aku takut gelap. Rupanya masa tu mak aku masih ada dalam kelambu dia. Abah aku pun sama. Jarak kelambu aku ngn mak lebih kurang 10 meter cmtu kot. Aku dgr abah aku membebel marah. Lantas dia keluar kelambu turun kt bawah ikut pelita td. Kt bawah abah tgk pelita td diletak elok atas pangkin yg berada diruang bawah. Abah aku ambik pelita tu bawak naik atas. Tak sampai 10minit pelita tu kembali diangkat. Yg herannya aku tak nmpk pun sape2 bawak pelita tu. Macam pelita tu jln sdr. Aku tgk pelita tu turun ke bawah. Sekali lg abah aku turun bawah ambik pelita tu naik. Aku agak dalam 4 5 kali jgkla dok jd mcm tu. Last sekali abah aku naik geram abah aku ckp "hang nk main sgt no sat aku ajaq hang". Abah dok standby kalau2 pelita tu jalan lg. Betul jangkaan abah aku pelita tu kembali terangkat, serta merta abah aku terkam kt pelita tu terus hembus padam api pelita td. Haa main la puas2 pelita tu kata abah aku. Aku yg dlm ketakutan tu rasa nk gelak pun ada tgk perangai abah aku. Hihi. Mmg hati kering org tua ni. Lepas abah aku padam pelita tu terus pelita tu jatuh ke lantai. Malam kami tido dalam gelapla. Aku selubung sampai kepala tak berani tido dlm gelap.
Nnt smbg lg ek
Mak aih...beraninya dia p hembus pelita tu.Padan muka hantu tu.Dok berebut pelita sangat.Last2 dua2 gelap..ha..ha..
tulah pasal. sebab dah slalu sangat kena kaco sampai ke tahap dia bleh rasa bila bende tu dah nak start kaco dia.
yg aku gelak sakan dengar minah ni citer bleh plak dia sound..
"woi antu, ko jangan kaco aku lagi bleh tak sebelum aku pulak yg naik antu.."
hahahahahaaaa.... terus mende tu x jadik kaco. tapi buat masa tu je la. lepas2 tu ada gak lagi "mainan' mende tu, ni antu lain plak kot... ni sumer citer masa tingkatan pat.
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
sebut2 pasal kepala hijau ni teringat pulak pasal kat umah aku duduk sekarang ni.
aku memang biasa tido lewat, well.. pagi sampai petang khoje, so lepas waktu khoje la aku nak uruskan anak2 rumah sume, lepas taim khoje opis hour ni la aku kena khojekan pulak.. hehehhh...
so mlm tu dah lebih kul doblas. memang standard time tido aku kul 12.30 ke atas. kalo dapat tido sebelum standard time tu kira huntong la dapat rehat lebih. hahaa..
anak2 aku sume dah masuk bilik dah. memasing dengan kecut perut merempit ke bilik lepas aku naik antu pasal payah sangat nak suruh tido. macam2 hal memasing yang bergaduh, nak makan biskut, nak air milo, nak berak, yang nak tukor pampers. pas tu kesudahnye ada yang menangis meraung2 cam kena dera tu yang aku naik hangin jadi hantu tetengah malam tu. tu pun dah dekat kul doblas memasing pecut masuk bilik.
sambung balik citer...
memula aku pasan ada sesuatu main chak chak ngan aku masa aku tengah basuh pinggan. Sink rumah aku betul2 kat tingkap, kat luar tu tempat jemur kain. kira aku hadap belakang rumah la. dinding antara dapur ngan ruang makan lak ada cam tingkap bar tu,kalo kat kedai makan kadang2 ada antara dapur ngan tempat waiter amik makanan. aku pun senang nak antor lauk pauk ke meja, x payah hangkut bebanyak ke meja, letak kat tingkap tu pas tu aku pusing keluar dapur angkat dari tingkap tu ke meja.
cermin tingkap pulak cermin nako, kalo aku nak intai anak2 aku main kat tengah rumah aku gerak2 bukak tutup je la tingkap tu, so nampak la bebayang anak aku kat tingkap.
tengah aku basuh pinggan tu aku perasan kat tingkap tu la cam ada sesuatu main chak chak kat bar dapur tu. aku gerakkan siket tingkap nak tengok ape bende, x nak pulak muncul. aku pusing belakang pun x nampak pape jugak. dengan perasaan yang dah kurang keyakinan ni aku sambung la basuh pinggan.
dua tiga kali jugak aku perasan ada yang main chak chak tu..
pas tu aku kemas2 dapur macam perasan lagi ada yang main chak chak.
zass... (efek kepala aku berpusing ke kiri tengok ke arah sesuatu tu.) x de pape punn.. aku sambung lagi bersihkan dapur.
ehhh???? aku sangat yakin dan pasti aku nampak kelibat seperti kepala di balik tingkap bar dapur. aku cuma berani menoleh dan memandang seketika namun untuk menjenguk ke sana tiadalah sesuatu yang bernama keberanian itu.
dalam rasa tak puas hati dan sedikit risau aku tetap sambung tugas hakiki di dapur. kalau tak nanti besok pagi2 aku jugak yang kelam kabut mengemas segalanya sebelum bersiap ke tempat kerja.
tiba2 rasa haus pulak. ishh taim2 cenggini pulak rasa nak minum membuak2 macam dah bleh ditahan2 lagi. dah ler botol2 air semua betul2 kat tingkap bar dapur. aduhhh... kena jugak hadap tingkap tu.
selamat aku meneguk air, tak de pape yang mengganggu perasaan aku. dah penat2 kemas takkan nak sepahkan dapur lagi pulak kan hatta sebijik cawan sekalipun. sebagai seseorang yang bertanggungjawab lepas minum kenala basuh cawan balik.
elok2 aku dah basuh cawan, nak susun semula di rak...
kusssssemangat... rasa nak tercabut jantung aku.. spontan aku nak melekuk sesuatu di sebelah aku dengan mug kaca yang aku guna tapi nasib baik dapt brek selepas terkeluar sepotong ayat..
......."ibuuuu... nak air.."
bertuah punye anak.. tak tido2 lagi... tak pasal2 aku membebel mlm2 buta.. nasib baik aku tak terajang terus budak ni. anak aku yg tadika ni rupanya yang main chak2 dari tadi. nak minum tapi takut nak mintak. takut aku marah lagi katanya.. pasalnye kan aku dah naik antu sebelum tu...
sib baik aku tak pensan... haduiiiiiii...
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Sori ar lama tak menjengulkan diri kat ruangan ni. Sibuk bebenor aku ni. hihi. Mengalahkan PM plak. Jangan marah ar. Nanti kena jual.
Pak Badar tak nak kena jual jangan marah kat aku tau sbb pak badar ni kalau jual pun tak laku tau. aaa jgn marah...
ok kita sambung balik citer pasal rumah besar tu...
Selepas kejadian pelita yang kena padam ngan abah aku tu banyak lagila kejadian2 yang tak diingini berlaku kat rumah besar tu. Pasal benda
berjalan kat atas bumbung tu dah jadi perkara biasa kat kami. Walaupun ada juga rasa takut tapi dapat juga kami anak beranak bertahan asalkan
benda alah tu tak tonjolkan diri sudahlah.
Satu hari tu rasanya waktu senja dah nak maghrib orang kata. Mak aku suruh aku pi mandi. Kalau korang nak tahu kami mandi kat luar rumah.
Ada satu telaga kat situ. Air dia dalam jugakla. So nak ambik air tu kena guna timba yang di ikat tali dan diletakkan diroda yang boleh berpusing.
(aku pun tak ingat benda tu panggil apa). Kemudian timba tu kena lempar dalam perigi tu dan di adjust2 bagi air masuk. Lepas tu kita tarikla.
Korang bayangkan sendiri payah aku nak cerita. kuakuakua.
Di tepi telaga tu ada tebing yang lebih kurang 1 meter so lebih kurang tinggi aku la masa tu. Kat atas tebing tu ada pokok gajus yang agak besar.
So aku pun mandila. Tergodek-godek aku menaikkan air setimba demi setimba. huhu. Punyala payah zaman tu nak mandi pun. Insaf sekejap aku
bila teringat zaman kecik aku yang susah camtu. cam nak terkeluar airmata aku ni. isk isk.
Bila dah sabun aku pun ambik air setimba lagi nak jirus badan. Selepas menaikkan timba tu aku letak tepi perigi yang ada simen bulat tu.
(isk panggil apa tak tau,pelupa betul aku tua2 ni).
Sambil tu mata aku ni melilau jugakla tengok keliling maklumla dah agak gelap takut jugak aku. Tau2 mata ni tertangkap satu objek macam terayun2
kat atas pokok gajus tu. Apa lagi terlepas timba yang aku pegang sambil aku terjerit panggil mak. Timba yang aku pegang tu terjatuh kena kat bahagian
tulang rusuk aku. Tangkai timba tu tertores isi aku yang cekeding ni. Terkoyak isi aku. Aku meraung sakit dan takut sebab aku dah takleh jalan sebab
sakit sangat. Mak aku pun lambat sangat sampai. dalam aku dok meraung tu aku nampak benda yang bergayut tadi tu terbang atas kepala aku.
Aku takut ya amat. Aku pejam mata rapat2 sambil dok terjerit2 panggil mak aku.
Masa bila mak aku sampai aku dah sedar apa dah. Bila aku sedar aku dah dok atas tilam kekabu aku tu. Buka mata ja nampak mak abah aku aku terus
sambung nangis. Bukan mak aku nak pujuk siap kena marah lagi. sebab waktu maghrib baru nak mandi tu yang setan suka kacau. Mak aku terus
berleter kat aku. aku pun otomatik diam. hihi padan muka aku. Sapa suruh main sampai tak ingat dunia, nak maghrib baru balik.
Tula sampai hari ni aku ingat kisah tu sebab parut tu masih ada kat tepi rusuk aku ni.....
kalo kat umah mak aku dulu tarik dgn tgn je. campak baldi dlm perigi tu pas tu pandai2 la cm ne nak tarik.
tapi tak mandi kat situ. kitorang hangkut masuk kolah dlm umah. kolah tu pulak aku rasa ada la 2 meter kut. tinggi semeter lebih.
selalu masa kecik2 kalo mak suruh basuh kolah kitorang amik kesempatan berendam dulu.. hahaaa..
pas tu keluarkan air rendaman kitorang baru isi air bersih. kih.. kih.. kih...
pas tu ayah pasang pump air.
paling best part nak basuh kolah jugak. lepas basuh sambil berendam ada air terjun atas kepala.. hahaa.. (air kuar dari batang paip sebenarnya. dah pakai pump la katakan..)
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..