Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PENGALAMAN SERAM DI WAD...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:
PENGALAMAN SERAM DI WAD...


untuk kisah kali ni,aku akan gabungkan cerita2 tentang masa aku bertugas di wad.Dah namanya misi,mesti kerja kat wad kan.takkan kat balai bomba pulak..

 

KISAH 1 (MAYAT PANGGIL MISI)

Ok...Kisah ni berlaku masa aku masih study nursing kat xxx.Waktu tu aku dah semester 3.Kalau korang pernah tengok la..Student nurse yang pakai calit biru kat bahu.Haa.time tulah.Sebenarnay Sem 3 adalah sem yang paling ditunggu2 oleh student2 nurse.Nak tau sbb apa?Sebab sem 3 lah first pengalaman kitorang kena rasa kerja malam..biggrinPoyo tak?Dah namanya pengalaman pertama.Mmglah kitorang excited.Banyak cerita ngan khabar angin yg kitorg dengar dari senior2 lepas pasal keja malam ni.Ada yg kata 'diorg' nak berkenalan lah...macam2.Yang pasti akan ada mcm2 cerita menarik yg semua student2 nurse akan rasa.Kira macam first love lah..Walau cinta monyet,korang mmg x kan lupa.Betul x?Eleh..Jangan nak tipu.Aku tau....

Jadual keja malam tutor dah tampal kat notice board.Apalagi...SERBUUU!!!Pergh...dia punya semangat toksah cakap la.Cuba sekarang ni ko suruh aku keja malam...Memaksa diri aku heret badan g keja.Korang tau x?Dipendekkan cerita,aku punya giliran adalah bersama roomate aku sendiri.Nama dia Ain.Memang nama sebenar aku letak pasal korang bukan dapat cari dia pun..ha..ha..Dan giliran kitorang adalah di wad lelaki kelas 3..Mak aii..Aku pandang Ain,Ain pandang aku.Untuk info,wad lelaki kelas 3 ni mmg terkenal dengan kesibukannya,kepenuhannya,kekalutannya..dan macam2 ke lagilah yang korang nak letak.Setiap kali kitorang posting kat wad ni,x abis2 berdoa supaya abis cepat.Penat weii....Mood mmg kelaut lah bila kena keja kat wad ni.Nurse2 kat situ pulak bapak garangnya...Ok2..jadi2lah mengumpatnya.Aku nak citer pasal hantu.Bukan pasal misi kerek..

Hari yang ditunggu pun tiba jua..Ceewah.Kitorang dah pastikan semua barang kelengkapan dah tersedia.Baju sejuk,makanan,kacang2..Kalau ingat balik,kelakar rasanya.Siapnya mengalahkan orang nak g camping.Tapi satupun barang2 tu kitorg x guna.. Kalau dah nak minum pun x sempat,ko ingat ada masa nak ngunyah kacang?Kirim salam..Dengan penuh semangat kitorg melangkah ke wad yang dituju.sampai je kat pintu masuk...Tu dia..pesakit sampai depan pintu!!Punya ramai.Masa tu denggi tgh mengamuk pulak.Waktu ikut pass report,nak terkentut aku dengar total patient 70 orang..Staff yang kerja 5 orang.campur ngan kitorg berdua dapatlah 7 orang...Korang boleh bayangkan tak?masa tulah aku salahkan mak aku..Napalah dia x antar aku sek arab mcm kakak aku.Kurang2 dapat jadi ustazah...Selepas pembahagian tugas,macam biasa kitorang sbg student mmg kena buli punya..Kitorang kena ambik tekanan darah,suhu semua pesakit.X de ke keja yg lebih mencabar?Ain ditugaskan di cubicle depan.manakala aku di cubicle belakang.Untuk pengetahuan korang,cubicle belakang menempatkan pesakit2 HIV/AIDS yang mmg dah teruk2.Semuanya hanya menunggu seruan ilahi je..X de sedara mara,Masing2 dah terbaring kat tilam.Tilam ngan diorg pun dah x leh beza.Sama2 leper.So dalam keadaan wad yang gegak gempita ni,kadang2 ada diantara pesakit HIV/AIDS ni yg 'pergi'senyap2 ...Sedar2 dah sejuk jecrycry.

So bermulalah pengalaman keja malam kitorg yg x berapa nak manis ni...See..kan aku dah cakap jangankan nak kunyah kacang,nak kentut pun lupa tau..Seadr2,jam dah pukul 3.30am.Kebanyakan pesakit smua dah tido.Aku punya pinggang macam nak patah dah.X leh jadi..Aku kena duduk kejap.X pasal2 aku plak yg pitam.Dari jauh,aku tgk Ain tgh duduk kat kaunter belakang.Sbb kaunter depan utk misi2 yang kerek2 tu je.Kitorg ni kan x sah taraf lagi.Maksud aku blm qualified.jgn fikir yg lain2 ya..

'Wei..sedap goyang kaki.Dah lama buat keja ni?'

'Cakap guna insuran ya..aku baru nak lunjur kaki ni.X sampai 3 minit aku duduk'

Sambil duduk,kitorang pun semak balik rekod2 pesakit yg kitorg periksa tadi.Tengah kusyuk buat kerja,tiba2 kitorg dengar bunyi drip stand (tiang beroda yang sangkut iv drip tu) yang macam x de minyak.Kreek..Kreek..Panjang la leher kitorang mengintai.Almaklumlah..Dah pagi cenggitu,suasana pun sunyi.Bila dengar bunyi tiang x de minyak mcm tu x ke seriau..Seorang pesakit dari cubicle belakang yang kurus kering macam Osman Kering tengah berjalan perlahan2 sambil heret tiang drip.Korang imagin sendirilah ya...Aku pelik.Tadi masa aku periksa tekanan darah,pesakit ni macam dak tenat sangat.Ni siap blh jalan lagi..

'Ya,en.Ada apa?Napa x tido lagi ni?'

'Misi..(tetiba aku rasa suara dia mcm sayu je).Misi sibuk ke?'

'Sibuklah jugak.Kenapa?En nak peg bilik air ke?'

'Eh..tak..tak..Nak mintak misi peg tengokkan pesakit katil hujung tu.Saya rasa macam dah x de tu.Dari tadi lagi.tapi misi tengah sibuk.Ni dah ok sikit tu yang saya panggil'

aku ngan ain apalagi...berdesup kitorang pegi kat katil hujung yang pesakit tadi cakap.Pesakit tu dalam keadaan terlentang dan kepalanya mengiring ke tepi tingkap.Tengah kelam kabut nak periksa nadi,panggil nurse lain ngan check tekanan darah,aku lupa nak pandang muka pesakit yg tgh mengiring ni.Tetiba..

'Shan..Shan...tgk..'Ain goyan2 tangan aku.Mata dia terbeliak tengok muka pesakit tu

'Apa benda ain?'

Aku pun tengok muka pesakit tu.Korang rasa?Tulah pesakit yang datang tolak tiang drip panggil kitorang kat kaunter tadi.Tapi..macam mana tu?Muka aku ngan Ain dah pucat.Tangan dah sejuk.Tapi dahi berpeluh.Tiba2 dunia aku gelap gelita...

 

Sedar2,Aku kat bilik rehat asrama.Aku tengok kat sebelah,Ain pun ada sama.Ya Rabbi,kitorang dua2 pengsan smlm.Dapat aku bayangkan tgh2 kalut tu kitorg plak blh pengsan.Sudahnya aku ngan Ain keja malam sehari tu jelah.Tu pun x abis.Pasal kitorang demam teruk sampai kena hantar balik kampung utk berubat.Kat kampung pun aku dok bebel pasal mak aku x hantar aku g sek arab cam kakak aku.Kalau x kan aku dah jadi ustajah...

 



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

Assalamualaikum cik misi. Slmt berkenalan. Baca cik misi punya teringat kngn dulu masa student. Bnyk pengalaman2 horror ni tp xde masa nk menaip. Teringin jgk kongsi tp nnt2la klu sng. Bkn stkt citer masa student je, saya ni dari kecik mmg dah start alami perkara2 pelik cmni smpla ke zaman dah tua bangka ni. Sbb tu saya suka baca cerita2 seram ni.

__________________

BLUEEESSS FOREVER... AHAK..AHAK..



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 41
Date:

seram gak
tapi jgn takut....takut tu cuma pada Allah

Carry on dik

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

Ok..Sambung balik



KISAH 2 (SAKA,JANGAN MAKAN AKU!!!)

Kisah ni pulak berlaku masa aku dah qualified jadi staff nurse.Aku ditempatkan di sebuah Hospital Besar di negeri XXX.Tak blh cakap hospital mana.Nanti semua x nak peg hospital tu.Naya aku.Sebelum mula kerja,aku berdoa betul2 supaya x de lagi jumpa penampakan2 yang tidak diingini tu.Mana tau,masuk hospital baru,'benda' lain pulak yang berkenan kat aku.Taulah aku ni comel(bukan aku cakap,orang yang cakap.Jangan tuduh aku perasan plak..bleh),tapi agak2 lah pun..Cuba yang nak berkenalan tu doktor hensem ke..haa..sure aku x tolak punya.Gatal kau Shan.Tau kat mak,lebam peha kena pulas!!

Lepas daftar diri,bermulalah sesi orientasi tah apa benda tu semua..Aku ngan 15 orang nurse baru semua di bawak keliling satu hosp utk sesi pengenalan.Pergh!!!saham tinggi kitorang masa tu...Macam tour Miss Universe je aku rasa....Kan..dah perasantan lagi.Yang x best nya,kena jeling ngan misi2 veteran..Aduh.sure kena buli lagik pasni.Ok.Last2 masa penempatan pertama kitorang,pasal nama aku mula abjadnya S,maka giliran aku adalah yang last sekali.Yang lain2 semua dah dipanggil untuk penempatan.Wad Medikal,Surgical,Ortho,Paediatrik,ICU..semua dah diisi.Tiba kat aku,

'Shanxxx...Wad 2c,Transit ward'

Aik...Ada pulak wad transit.Aku ingat kapal terbang je boleh transit2.Hmmm..transit pun transitlah.Lepas tu kitorang semua berpecah menuju ke wad masing-masing.X de sapa pun nak hantar ko ingat hotel ke apa ada bell boy bagai..Orientasi kan dah bagi.so,jalanlah sendiri.!

Masuk ke wad 2C,aku disambut oleh staff2 vateran kat situ.Semua yang kerja dalam lingkungan umur dah nak pencen esok lusa.

'Aik..muda sangat matron bagi kita staff baru'Bisik sorang nurse tu

'Ala...janji dapat.Kita pun mmg tgh x cukup orang ni.Baguslah dapat yg muda.Tenaga banyak lg.Blh keja lebih"

Aik..Ini sudah lebih..Letak beg pun belum lagi dah dapat sedass..

Tapi sebagai junior yang baik lagi cute,aku pun memprkenalkan diri aku seadanya...Alhamdulillah akak2 ni baik2 semuanya.Bak kata orang dolu2 X kenal maka x cinta..Untuk info,wad transit tu bermaksud wad untuk pesakit2 yang dah stabil dan menunggu untuk discharge oleh doktor.Biasanya wad2 yang sibuk cthnya medikal akan transfer pesakit2 yang betul2 dah stabil ke wad transit untuk mengurangkan kesesakan di wad mereka.Tapi diingatkan..yang betul2 dah stabil je.yg agak2 boleh main bola jaring ngan aku ha..kondisi yang macam tu je yg dibenarkan masuk ke wad transit.Sebabnya wad transit x de kelengkapan yg betul2 lengkap macam wad2 yang lain...Ok..Sampai sini semua paham?kalau paham kita teruskan.Yg x paham buat2 je paham..

Selama 3 bulan aku bekerja kat wad transit tu aku dah makin serasi.Kakak2 senior suma baik2.Suka bawak makanan.Maklumlah..aku kan adik bongsu diorang..Bujang lagi.Dok asrama plak tu.Mana ada masa nak masak.So kalau datang keja,diorang mesti bawak makanan utk aku.Hu..Hu..Hu..Mengada betul kau Shan..Dengan pesakit pun kamceng2 belaka.Yalah..orang dah sihat masuk wad.Mestilah mood diorg pun baik.X delah nak memusang 24 jam macam pesakit2 wad lain.Pendek kata mmg heaven lah aku keja kat wad tu.

Tapi aku lupa...Langit x selalunya cerah.Bumi mana yg x de hujan kan...Satu hari tu,Aku kerja macam biasa.Partner aku hari tu kak N.Kak N ni orangnya baik hati.Cekap.Cuma tulah dia ni jenis berat bontot(Sorry kak N.Bukan nak ngumpat.Cuma nk bg paham kat diorg ni je).Dia malas nak bergerak.Suka benor dok kat kaunter tu.So,kalau keja ngan kak N,segala urusan yang melibatkan pergerakan samaada berjalan,berlari atau merangkak mmg kau la yg kena buat.Dia cuma akan melibatkan diri dalam bidang kuasa yg lain cthnya tulis report,label botol spesimen...ha..yg tu mmg dia punya kepakaran.Kau sebut je,kakN,tolong label borang.Berdesup dengan jayanya borang kau dah siap label.So nak dijadikan cerita,hari tu aku keja ngan kak N sesi petang.Masuk kerja pukul 2 petang,habis pukul 9 malam.Lepas abis je pass report,aku pun start la bergerak kemas katil,bagi ubat mana yang patut.Kak N masa tu memang dah jadi penghuni setia kaunter jururawat.dah macam penyambut tetamu dah aku tgk dia kat situ.Aku sebenanya baru naik cuti masa tu.5 hari cuti balik kampung,wehhh.So pesakit yang ada hari tu smua pesakit2 baru yang aku x kenal.So masa tgh bagi ubat tu aku pun mulakanlah perbualan berkenalan ngan diorang smua.Akukan cute lagi peramah..He..He..Wad aku ni ada 3 bilik.

Bilik 1-Ada 2 katil.masa ni ada sorang makcik dok kat bilik ni.Dia sakit darah tinggi.Tapi aku hairan tgk makcik ni.Dia x suka bercakap.Kalau dia nampak kita masuk bilik dia,cepat2 dia tutup mata purak2 tido.So aku anggap je makcik ni antisosial.Biorlah dia X nak cakap pun.

Bilik 2-Ada 6 katil.Masa ni bilik ni penuh ngan pesakit.Smua dah ok2.Bilik ni riuh sbb diorg rajin bersembang ngan bergurau.Maklumlah esok dah nak balik.Ada sorang pesakit india umur 22 tahun.Nama dia Rajan.Masuk sebab buku lali retak jatuh masa main futsal.Dia ni paling kuat berborak dalam bilik ni.

Bilik 3-Ada 6 katil jugak.Tapi masa ni x de sorang pesakit pun kat bilik ni.

Everything went well..Aduyai..terspeaking plak..Sampailah jam menunjukkan pukul 8.30 malam.Hati sudah ada bunga2.Pasal lagi stengah jam dah nak balik.Masa pukul 8 malam aku dah check smua pesakit punya tekanan darah,suhu dan yg sewaktu dengannya.Semuanya ok dan bagus.Si Rajan sampai mintak no tel aku.Nak belanja makan bila dah keluar wad katanya..Haipp...Tidak semudah itu aku nak kasik,key...Masa tgh syok aku ngan kak N bersembang kat kaunter ,tiba-tiba..

'Misi2..cepat.tolong!!'Sorang pesakit kat bilik 2 menjerit2 panggil kitorang kat kaunter.Aku ngan kak N menggelepar bangun peg tengok apa yg jadik sampai pesakit tu terjerit2 panggil kitorang.Amazing,kau..Kalau Kak N pun boleh angkat bontot dia nak tgk apa jadik,mmg tahap emergency la tu..Bila kitorang sampai kat bilik 2,kelihatan si Rajan tengah menggelepar atas lantai.Mulut dia bersembur2 dengan darah.Lantai kat bilik 2 tu dah becak dengan darah.Aku ngan kak N cepat2 pegang si Rajan.Punya panik sampai kitorang lupa nak pakai glove segala.Janganlah kau ada apa2 penyakit pelik lain,Rajan..X pasal2 aku plak berjangkit.Sempat terlintas kat kepala aku.X sampai 2 minit kitorang pegang.Rajan terus berhenti meronta.Masa tu mata Rajan terbeliak ke atas.Aku ngan kak N cuba sedaya upaya buat CPR la bagai.Call Doktor.Tapi Rajan dah x de.Doktor datang dengan kelam kabutnya,pandang aku ngan kak N dengan rasa x percaya.X pernah lagi ada pesakit kat wad 2C yang mati...!Masa tu,kebetulan staff sesi malam dah mula sampai untuk bertugas.Masing2 ternganga x percaya apa yang terjadi.Macam mana Rajan boleh mati?Dia sangat sihat dan punca dia mati langsung x de kena mengena.Dr pun x blh nak rule out apa cause of death si Rajan ni.Masa kitorang tgh kalut2 tu,tiba2 aku nampak pintu bilik 1 yg menempatkan makcik ni terbukak perlahan2...Ah sudah..dah start dah..Aku tgk makcik tu mcm bercakap ngan seseorang.Pastu dia tutup mulut ketawa terkekek2.Tapi dlm versi perlahan.Wei..korang bayangkan boleh x?Aku tiba2 rasa kecut n takut yg amat sangat.Bila kitorang tanya pesakit2 lain kat bilik 2 apa yg jadik,diorang pun x leh nak cakap.Diorang kata Rajan tiba2 berdiri,pastu menggelupur sampailah kitorang datang kat bilik tu.

Malam tu,aku langsung x dapat tido.Muka Rajan terbayang2 kat otak aku!!Wei,Rajan..X kan aku x bagi ko no tel ko nak marah aku camni sekali..rilekla wei..X blh jadik..Aku bangun,ambik wuduk pastu ngaji.Barulah aku blh lena mlm tu.

Esoknya,aku keja pagi plak.Ikutkan aku dah x larat nak bukak mata.Tapi last minit camtu susah plak nak tukar orang.Akupun kerja jugaklah dgn mood yg kelaut.Dalam pukul 9 pagi cam gitu,Datang sorang lelaki ngan perempuan melayu dengan muka yg cemas.Aku pun tanya lah nak jumpa sapa.Diorang terdiam sekejap.Pas tu lelaki tu cakap..

'Misi,sebenarnya pesakit dalam bilik 1 ni mak saya.Susahlah nak cakap takut misi x percaya.Tapi saya nak keluarkan mak saya dari wad hari ni.Blh x misi?'

'Ooo..Makcik Ara(Nama pun mcm dah horror kan).Tapi Dr x de plan nak discharge kan dia hari ni.Mungkin esok kot.Encik boleh..'Belum sempat aku habiskan ayat,perempuan tu sentap tangan aku.Apahal plak minah ni?Aku ni dahlah sakit kepala x cukup tido.Kang ada yg kena kitai ngan aku ni kang..kang..

'Misi..dengar apa yg saya nak cakap.Mak kitorang ni ada bela saka.Sepanjang mak saya sakit ni saka dia tu x de orang yg bagi makan.Kalau misi nak sorang lagi pesakit kat sini yg mati kena sedut,itu terpulang kat misi'

Eerrr..aku terkaku x tau nak jawab apa.Mana dia tau smlm Rajan mati?Seriously,aku mmg x tau nak jawab apa.Last2 aku g kat akak seniour,pastu aku bg tau dia exactly mcm mana anak dia bg tau aku.Sumpah aku x de tambah apa2.Citer die mmg dah hot.X payah nak tambah apa2 bg sedap.Macam aku tadi,senior aku pun bisu jugak.Pastu dia pun berbincang ngan doktor yg bertugas.Aku pun x tau ntah apa benda yg dia goreng kat dr tu.Akhirnya makcik tu pun di discharge kan serta merta.'Bil pun x yah bayar.Biar saya bayar',Kata doktor.Ha..ha..punya doktor nak makcik tu balik cepat.Sampai sanggup tolong tong tong bil.Sebelum meninggalkan wad,aku sempat menangkap jelingan makcik Ara yang terakhir...Ala...x tido lagilah aku malam ni...Cik Ara oiii..

Last2 lepas bincang ngan pakar,keputusannya mendiang Rajan kena post moterm..Bila post moterm dilakukan,doktor2 lagi tambah pening kepala.Sebabnya?Menurut hasil bedah siasat,darah dalam badan dia kering!Semua organ2 dalaman Rajan kecut macam orang yg berusia 100 tahun.Terngiang2 kata2 anak makcik Ara di telinga aku

'Kalau misi nak sorang lagi pesakit kat sini yg mati kena sedut,itu terpulang kat misi'

Mustahil x?Akhirnya x pasal2 aku ngan kak N kena masuk meeting utk present apa yg jadik pada hari tu.Kitorg ckp jelah apa yg betulnya jadik which is..X de apa2 pun yg jadik sebenarnya.Aku x taulah apa yg Dr terangkan pada family Rajan tentang keadaan yg berlaku.

Tu lah pengalaman aku yg dapat aku cerita buat masa ni.Ada mood,aku cerita lagi...Haaa..lagi satu aku nak pesan.Kalu nak masuk wad,jangan peg wad 2C yaaaa..he.he..he..he.(Efek mengilai nak bagi korang seram)



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 27
Date:

Cik misi bila mood nak datang melawat tak sabar nak tunggu episode seterusnya.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard