Mengikut cerita melayu lama, hantu pontianak, langsuir ni datangnya dari perempuan yg mati bersalin. Sebab tu banyak kes hantu pontianak ni bawak anak, dia tinggal dlm kereta yg dia tumpang, rupanya batu nisan.
Padahal yg sebenarnya mengikut Islam, perempuan yg mati bersalin tu, dikira mati syahid dan sangat mulia. Bahkan dari saat ia mengandung, bagi setiap kesusahan dan kelemahannya, setiap mahkluk di darat dan laut mendoakan keampunan baginya. Tu tak termasuk gugur dosa lagi saat sakit melahirkan.. Sangat berpahala.
Ada ke patut perempuan mati bersalin jadi pontianak.. Patutnya, transgender mati operation tu yg layak jadi pontianak..
Betul tu... Mengikut kata seseorang yang Bonda kenali...Pontianakini adalah dari golongan jin kafir dan jin juga dikenali sebagai makhluk halus dalam kalangan orang-orang melayu.
Pontianakmerupakan makhluk yang menyerupai wanita, berpakaian serba putih, berambut panjang, sering mengilai dan adakalanya membawa batu nisan yang dibalut seperti bayi. Pontianakdipercayai oleh masyarakat Melayu berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin/hantu liar yang berdendam dan bertindak mengganggu manusia.
Dalam Al-Quran dan Hadith langsung tiada ayat yang menyebut `hantu` tetapi dinyatakan sebagai jin, syaitan dan iblis. Hantu adalah panggilan temapatan bagi jin/syaitan/iblis yang menyerupai sesuatu.
Kelebihan golongan ini adalah dapat memasuki alam kita dan menyerupai manusia juga kadang-kadang menyerupai orang yang telah mati. Sebagaimana yang kita tahu roh sesekali tidak akan kembali. Dan kita juga tahu golongan jin ini ( yang kita panggil 'hantu' ) mempunyai pelbagai rupa bentuk. Yang seperti anak-anak, kita panggil toyol. Yang tinggi menjulang, kita panggil hantu galah. Yang betina pula...ada yang kita panggil langsuir, pontianak, kuntilanak dsb. Juga yang lain-lain.. 'Mereka' dinamakan mengikut karakter dan rupa bentuk asal.
Yang dikatakan Pontianak berasal dari wanita mati hamil anak pertama ini adalah kepercayaan orang dulu-dulu saja..Mereka dulunya banyak berpandukan bomoh, dukun dan orang-orang pandai..
Firman Allah SWT dalam surah al-Araf ayat 27 pula menjelaskan tentang sifat jin dan syaitan itu yang ghaib dan tidak boleh dilihat oleh manusia.
Firman Allah SWT: "Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka, aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."
* Ini hanya pendapat Bonda saja..Mohon maaf kalau ada kesilapan... *
-- Edited by BondaDiana on Friday 2nd of October 2015 05:33:01 PM