apa khabar masih belum terlambat mengucapkan selamat hari raya
saya Bob Woohoo seorang yang tak popular macam Gabriel ( Sibuk layan Gusti je skrng),macam mister rie ( khabarnya sibuk photoshoot artis) ,macam elyza BMW (Dengar sekarang dah pakai Audi) tak sehebat radinnaz,tak selincah mcm Baddar tak selicik mcm Ijoi Tak sekelakar mcm I.C.U (bila entah nak belanja Sate lagi) tak seriuh mcm Mat the Matic.dan mungkin ada lagi nama yang tidak disebut harap dimaafkan ko ingat aku ingat nama ko..(#aku ygtulis ko yang terasa apehal)
Merujuk pada perkara diatas,
Kemana HILANGNYA TARING GC,
merupakan satu artikel yang bertarikh 28/7/2015 bersamaan dengan bulan Syawal yang mulia dan meriah.
Dahulu sewaktu tahun 2006 merupakan tahun dimana diri ini mendaftar kan diri di ruangan forum yang secara tak sengaja terjumpa di carian enjin Yahoo.com.my hati ini terdetik dan ingin melihat apa yang ada dalam ruangan ini..
kelihatan terlampau banyak posting yang menarik dan yang mengarut dan yang tak apa-apa dan yang tak masuk di akal secara tak langsung posting2 beginilah telah memberi seribu satu ilmu yang mungkin kene bayar beratus-ratus malahan beribu-ribu untuk memiliki ilmu tersebut (ayat ini ditulis akibat ingin menjaga hati dan usus pencipta Forum ini)Tanpa beliau siapalah GC (tahutak siapa Pencipta GC ni) Tanya Gab atau Rie
saban hari GC terbit dengan ruangan-ruangan yang menimba ilmu dan komen2 yang diterima sangat2lah memuaskan sehinggakan tercetus satu fenomena dimana address Gc ini disetkan sebagai BOOKMARK di desktop pejabat masing2..
sekarang mana perginya Kemeriahan dulu..bukan kerana orang tetapi kerana UMUR(Gab sekarang dah pakai tongkat,rie pulak dah pakai Pampers,)jadi kelincahan ini tidak dapat lagi dijanakan seperti dahulu lagi..mereka hanya berharap pada yang muda seperti Bob woohoo, (erm mudanya) baddar (tgk profail mcm umo 40 An) ijoi ( 4 kali repeat SPM kira muda lah SPM kan) dan yang lain2 untuk memeriahkan Ruangan Ini..
tujuan tercetusnya revolusi untuk membuka lambaran baru bukan kerana inginkan publisiti cuma nak bagitau yang apa KATA KITA MERIAHKAN BALIK GC NI..
kita buat ianya lebih menarik dan lebih memberi peluang kepada sejagat.
contohnya : Fikirkan lah bersama yea semua aku nak bagi pisang lah..
yelah aku bagi sedikit idea'
'siapa yang pandai buat APPS sesuai utk android dan maybe IOS pun okay jugak.. apps mcam facebook so tak payah lah nak bukak kat ruangan internet tu..dekat APPS jelah kan..
lagi mudah nak reply dan memeriahkan Forum ni setiap kali ada apa2 sahaja akan ada notification Exactly mcm facebook Apps tinggal lagi ianya GENG CERITA..
secara tak langsung mungkin boleh tambah lagi bilangan ahli baru yg mungkin lagi gila dari rie dan Gab atau yg lain (malas nak petik nama sendiri)
jadi untuk menjadi kreatif dan tidak melalut mcm saya ni(Confident je tak melalut ke laut adalah) marilah kita buat Ruangan GC ni merupakan satu forum yang dicari oleh semua pihak..
Apa kata anda !!
P/s : Maafkan jika ada tersalah ejaan kerana cerpen ini di luahkan tatkala perut sedang meragam..maklumlah Dah Syawal kan boleh makan banyak2.
-- Edited by bob_Woohoo on Monday 27th of July 2015 08:03:05 PM
Waalaikumsalam dan slamat hari raye jugak kepada abam Bob Wahab(panggil ko abam demi menghormati bulan syawal yg mulia ini).
Selain ucapan hari raya tu, yg lain ko taip panjang2 tu aku langsung tak paham, apa laa nko tulis panjang2 pasal ios ke iphone ke android atau robot terminator camtu memanglah aku agak fail..
Takleh nak disalahkan legend2 gc dulu yg menghilang, sedangkan dulu nenek aku anak dara, sekarang dah tua. Jadi lumrah la, dulu masing2 bujang, single, dara, teruna dan banyak idea gila.
Sekarang yg bujang dah kawen, yg dara dah beranak, yg menggangur dah kerja, yg gila dah waras.
Jadi kalau dulu masa yg banyak dihabiskan utk gc, sekarang dah ada family, masa tu lebih banyak la utk family..
Aku pun, agaknye kalau panjang umur dan ada jodoh, ada anak bini mungkin dah tak masuk gc kut. Masa yg ada baik spend dgn family..
Lagi sekali, yg ko taip panjang2 tu sebab suh letak notification ke kat gc ni? Jgn tanya aku, bab it ni aku fail tahap najwa latif kosong kosong woo..
Ijoi ko invite ler si Miss Vam ni msk grup secret recipe tuh
cer bagi cdgn bernas cam Ahmad Maslan
pd Ceo Gc ni
kompen Miss Vam dterima sbg cleaner d sini
amacam Miss Vam...
adekah anda setuju?
Like 1888 kali keh...
Ijoi ko invite ler si Miss Vam ni msk grup secret recipe tuh cer bagi cdgn bernas cam Ahmad Maslan pd Ceo Gc ni kompen Miss Vam dterima sbg cleaner d sini
amacam Miss Vam... adekah anda setuju? Like 1888 kali keh...
Mmg pon keje cleaner jew ... Lama x masuk sini ... Dulu keje nyakat si badda jew yg lain lupe dah
Ijoi ko invite ler si Miss Vam ni msk grup secret recipe tuh cer bagi cdgn bernas cam Ahmad Maslan pd Ceo Gc ni kompen Miss Vam dterima sbg cleaner d sini
amacam Miss Vam... adekah anda setuju? Like 1888 kali keh...
Kalau gadis2 dan anak dara tak perlu haku invite la kak nad zainal, buaya tembaga macam mister rie dan GaBRiEL tu laju je approve.
Lain la kalau muka macam mat the matics atau icu, memanglah kena bagi idea level 3.86 baru lepas, itu pun kena derma sebagai yuran pelepasan utk join pesbuk gc.
Derma apa? Derma daun mempelam cukuplah kut, mod gc ni bukannye reti pun makan daging, vegetarian je diorg sume, muka je ganas tapi makan sayur.
Nak ucap SELAMAT HARI RAYA... Andai selama Bonda bercerita..bergurau.. ada yg terkasar dan tersasar.. Bonda susun sepuluh jari ingin memohon maaf zahir dan batin...
alamak dah ada facebook group rupanya..Nampak sgt aku yang dah lama hilang taring Gc kat sini...ermm siapa admin yea(sambil mengetel2 bantal busuk tang hujung yg tajam tu)... nak Tanya kalau group tu banyak awekss..add lah saya yang sado ni..mana lah tahu boleh menambah ilmu di dada awek-awek tersebut...
Lagi satu.. . nak jumpa lebih dari sorang member online sekali pun dah susah.. .
Tak macam dulu, sekali online, reramai, itu yg lepas post komen, refresh je dah ada komen baru, reply, quoted.. Memang meriah la..
Sekarang bila online, sensorang jek.. Tunggu 2, 3 hari baru ade reply, huhuh.. . dah macam kembali ke zaman dulu, hantar surat tunggu 2 minggu baru dapat reply.. Zaman pen pal haha.. .
sejak gayah menghilang mengikut bangla pujaan, hidupku menjadi tidak keruan... tetiba bob wahab membuat posting yg begitu keji lagi x bertomakninah ini, apakah tujuan utama beliau??.. aku syak bob wahab sudah menjumpai motonya yang hidang suatu ketika dahulu... terima kasih pawarut
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..