Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: hantu ikut jariku


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:
hantu ikut jariku


Haiiiii. Peh peh peh lama betul gua tak melawat tempat kawasan. Dua tiga hari ni duk teringat je kat page ni. Apa lagi up satu story la kans. Ok sabo sabo. Lek bagi gua menyampaikan kata kata aluan la jap.

Baiklah sempena nuyer ni, aku nak bagitau yang azam aku tahun ni adalah sama macam azam tahun tahun lepas lah, apa lagi kalo bukan menunaikan azam yang tahun tahun tahun lepas. Begitulah cerita azam aku yang sangat murni ini.

Masa bulan 10 tahun 2014 yakni tahun lepas, aku apply cuti dua minggu. Semua orang heran macam mana aku dapat 2 minggu cuti. Well well well, dalam hidop ni kena pandai jadi setan sekali sekala kan. Lantaklah, aku dah penat jadi kuli, disebabkan aku ni kuli yang jitu sampai tak kenal apa itu social life, maka aku harus cuti. Sedih betul hidup aku ni, kerja je tau. Balik kampung orang tanya bila nak kawin. Bengang ke tidak? Jawapan nya AKU BENGANG GILA BABI. Babi pon tak bengang macam ni bila kaum dia tanya bila nak mengawan.

Jadi aku dah tekad, tiket flight mahal ke, aku tetap nak balik. Aku nak balik makan makanan yang dah lama aku mengidam. Kat KL ni aku makan pon tak terurus. Balik rumah nak tido je kerja aku. Kadang tu seminggu tak jumpa hosmet. Tak tahu pon sapa ada dalam rumah, sapa yang keluar masuk. Macam ni lah kehidupan bekerja. Daddy gua cakap memang macam tu setahun pertama, entahlah macam tak kesudahan je aku rasa. Waaaa!

Sampai lah aku kat kampung halaman beta, aku pon berlari-lari seret beg besar dan ciom lantai airport, huh dramatik sangat. Nampak je mak ayah aku, aku tersenyum lebar. Lepas peluk ciom mak aku terus kata, kakak mak dah beli 2 kampit beras sempena ko nak balik ni. Aku pon macam %R*^@$%!^&!$.

Sampai rumah, aku terus cari kucing aku yang gemok dabak busuk masam sombong tuh. Apa lagi aku terkam ciom ciom terus dorang lari pergi main, huh at least tunjuk la sikit korang rindu kat kakak ni. Tapi cita sedih, masa kat kampung, kucing aku 2 ekor mati sebab virus. Aku jaga siang malam. Lap poo pee dorang setiap masa. Dari 5 ekor tinggal 3 ekor je. Sedih gila, dorang pandai je, nk mati time aku ada. Saja nk tunggu kakak balik uruskan dorang.

Baiklah, dipendekkan cita, macam biasak la aku kena pergi jenguk atok aku kan. Kadang aku boring aku pergi tido umah atok aku. Kadang aku balik umah mak ayah aku. Aku kan hidup merempat, nasib baik ada yang sudi bagi kasih sayang. Huhuhu!

Sebenarnya aku balik pon bersebab. Sebab utama sebab aku memang nak rest, sebab kedua ialah ada makhluk halus yang dok ikut sepupu aku yang jahanam tu, sapa lagi kalo bukan jariku. Jadi malam kedua aku kat kampung terus aku berdesup pergi umah atok. Tak sabar aku nak tau cita gempak ni. Sampai je umah atok, jariku ada tengah belek motor dia sambil jerit, atokkk ada budak siam datang mintak sedekah, nak buat masjid kat patani. Bangang kau, aku terus tolak kepala jariku pakai handbeg aku.

Lepas makan malam yang sedap, peh peh peh sedap gila beb. Ikan patin tempoyak, pucuk ubi masak lemak, ikan keli goreng dengan ulam ulam. Perghhh satu periuk nasik aku bedal. Jariku bengang je ngan aku, sebab aku makan banyak. Malam atok dah tido, macam biasalah aku ngan jariku duk borak sambil berstory.

kalo korang baca cita aku yang dulu, tajuk dia budak guli kat office, korang akan mudah paham. Ada la kaitan sikit-sikit. Ofis jariku ni memang la keras, tapi dia ni spesis suka tinggal barang kat ofis, malam baru kalut nak pergi ambil.

Satu hari, atok aku ada suruh jariku pergi ambik ubat jantung, kencing manis dan blablabla kat spital. Jadi masa lunch hour dia merempit la ke spital. Dekat maghrib dia balik rumah. Atok aku sempat libas telekung dia suruh jariku pergi solat. Lepas solat, atok aku mintak ubat. Mau nya terberuk mamat ni haa. Tertinggal kat opis. Atok aku memang kena bergantung kat ubat dah. biasalah orang tua kans.

Lagi sekali  merempitlah beliau ke opis. Masa tu aku rasa dalam pukul 9 malam. Sebelum naik opis sempat jugak order burger kat tepi bangunan tuh. Sempatttt.

Sampai kat pakgad jariku cakap, deii baya, boleh teman saya atas itu naik ka? Aku pon gelak sakit perut aku. Bengong, tak perlu la ko  nak ikut bahasa baya tu, ko cakap bahasa melayu dia paham je. Baya jawab, itu atas naik ka? Boleh boleh, suluh tu lampu ada? Sini tunggu kejap aa.

Apa-apalah korang, aku pon pening nak paham bahasa baya ni.

Dipendekkan cita, masa nk keluar ofis, jariku kata nampak macam budak-budak dok berlari kat tepi pintu utama. Dia nampak sekilas je. Jadi dia malas layan, dia kata mesti budak guli yang hari tu. baya pulak dok potpet cerita pasal negara dia. Jariku kata, kesian baya tu,mesti terasa hati dengan aku, aku tak layan dia tapi aku bukan tak layan, masalahnya ada budak guli ni duk bergantung kat kaki aku. Babi ke tak? setiap kali aku melangkah, makin kuat dia pegang kaki aku sambil jatuhkan guli. Budak ni pakai baju elok je, tapi kuku dia masyaallah hitam dan mata dia semua hitam. Muka dia pucat tapi tak mengerikan sangat la. Lagi ngeri muka ko. Sambil jariku tunding jari kat muka aku. Bangang budak ni, sempat menghina aku.

Jariku cita lagi, Sampailah keluar opis, baya ni memang tak nampak ada setan duk peluk kaki aku. Aku banyak kali duk tepis tepis kaki dia taknak juga lepas. Memang masak lah. Kang tak pasal aku bawak balik anak angkat ni.

Aku tanya jariku, apasal ko tak cekak je rambut budak tu pastu baling jauh-jauh. Jariku jawab, nak cekak rambut dia? Nak sentuh kulit dia pon aku tak sanggup ni kan pulak cekak rambut dia. Jadi aku jalan je sampai ke motor sambil duk heret budak guli bangang ni. Sampai kat motor, aku cakap, dik umah abang tak ada apa-apa yang best pon. Ko nak main guli, umah abang takde guli, yang ada saidina, paling up ada ps3 yang zaman abang belum baligh lagi. Ko pergi la balik. Tolong laa.

Aku dah gelak guling-guling sebab tak tahan tengok muka jariku serius gila buat lakonan semula dengan muka-muka dia berkerut merayu kat budak tu.

Tetiba jariku cita, aku stat hidu bau busuk gila, macam mayat yang dah kembong. Aku sound, ko nak berak pergi toilet eh setan, babi punya budak. Kali ni budak tu dah cengkam betis jariku sampai tembus seluar jeans aku. Kuku dia panjang dan tajam gila. Dah la hitam tak potong kuku. Pengotor sial budak ni. Balik suruh mak ko potong kuku!

Aku gelak tak benti, sebab sempat lagi la jariku sportcek kuku budak ni.

Jariku sambung, Bila dah makin sakit betis aku ni, aku stat baca la ayat-ayat suci. Memula aku baca slow je, pastu makin lama makin best pulak dia duk korek isi betis aku ni, aku stat azan beb (terus jariku buat muka bangga)

Laju je aku bidas, ko reti tak azan? Jariku tempeleng aku, wei cantek sikit minah, walapon aku ni orang kata mat rempit, bab-bab azan kalo tak tahu malu la wei kat budak guli tu. apa daa soalan. Muka jariku pon bengang.

Hahahahha, aku pon mohon ampun cepat-cepat.

Jariku sambung, lepas tu kan, aku pon stat azan. Budak guli tu marah, dia mendengus. Makin kuat aku azan makin marah dan makin kuat bau busuk tu. aku pejam mata aku sebab aku takut gak, kalo-kalo budak guli ni terkam aku. Lepas habis azan, aku bukak mata tengok-tengok budak guli tu dah tak ada kat betis aku ni. Pehhh dia punya lenguh wei, macam letak keta lancer 2 bijik kat betis aku ni. Haa gempak tak perumpamaan aku der?

Aku jeling je jariku, perumpamaan nak gempak je. Pastu wei? Aku tak sabar nak tunggu ending cita ni.

Jariku tetiba bangun, jap aku nak kencing. Dia pon pergi toilet. Aku dah bengang. Pastu dia keluar toilet sambil cakap, cita yang gempak macam ni kena la sabar, baru la best. Aku pon jerit, cepatla ngok!

Dia duk bersila sambil sambung cerita, lepas aku tengok menatang tu dah tak ada, aku stat moto sambil pandang office, aku nampak 3 ekor budak guli tengah marah aku sambil baling-baling guli dengan kuat dalam pintu office. Mata sesekor merah menyala, semangat membara betul dorang marah kat aku ni. Aku sempat cakap byebye sayonara sambil jelir lidah. Bluekkk!

Aku cakap, ngeri gila muka ko jelir kat dia, ko kan hodoh, takpayah la takutkan bebudak tu. jariku tak puas ati aku cakap dia hodoh, dia kata aku pompuan gila muka buruk. Adegan carut marut aku ngan jariku bertahan selama 15 saat.

Jariku sambung, pastu aku balik rumah atok dah tunggu kat luar rumah. Aku elok je parking bini aku tu (moto dia), atok tak bagi aku naik. Dia kata ko bawak balik sapa ni jariku? Atok sound aku beb. Aku pandang la belakang kot la aku terbawa baya ofis tu. takde pula kelibat baya. Aku dalam hati hah sudah laa, budak guli ikut aku dah la. Tapi aku tak nampak. Dah atok tak bagi aku naik rumah, aku lepak la kat tangga sambil layan whatsapp. Atok masuk umah ambik air satu jag. Atok keluar je dia baca-baca sambil jirus air kat aku. Basah tepon gua, bengang gila aku. Aku cakap, tokkk henpon baru niii. Atok jeling kat aku, pastu atok baca-baca lagi, belum sempat atok jirus lagi sekali cepat-cepat simpan tepon aku. Pastu atok kata hah naik, baca ayat qursi, alfatihah, 3 kul, tiup-tup sikit kat sekeliling tubuh tu. tubuh penat tu, senang benda nak lekat. Lepas tu aku naik umah mandi semua, atok kata ada lagi dia taknak balik. Aku pon sound, wei budak guli balik la gila, umah aku tak ada guli. Ko nak apa sebenarnya, penatla dengan ko ni.

Atok tengok aku heran, budak guli apa ko ni? Aku cakap, tok ada budak kan yang ikut orang kan? Budak suka main guli? Atok tercengang. Haa sudah. Atok kata ada pompuan ni pakai baju kurung kuning cair, tapi dah lusuh nak ikut aku.

Jariku kata, aku pon bengang la. Satu satu nak ikut. Hensem sangat ke aku ni?

Aku pon jawab, emm susah soalan ko ni jariku, sebab yang suka ikut kau semua hantu, jadi ko jawab sendiri la ko hensem ke tak.

Jariku sambung, pastu malam tu atok ajak aku g rumah haji munir (haji munir ni imam kat kampung, boleh la halau hantu. Tapi kalo jin dan saka dia tak boleh, dia tak kuat, dia kata lah) sampai umah dia, haji munir suruh naik. Dia kata badan penat ni, tu senang benda tu ikut. Aku jawab, yeke haji? Aihh selama ni saya penat macam ni je hari-hari takde yang ikut pon. Atok pon pulas lengan aku. Dia bagi isyarat suruh aku diam jangan menjawab. Sakit gila dowh. Pastu dia baca-baca macam biasa, dia suruh pompuan tu blah kalo taknak sakit. Pastu pompuan tu blah macam tu je. Haji munir suruh aku minum air bacaan ayat quran yang dia buat. Tu dalam botol tu (sambil tunjuk kat aku) tapi ko jangan minum la mataku nnt ko panas.

Vavi betul jariku ni, aku bengang sambil trajang perut dia.

Aku pon tanya jariku. Habis sekarang ni acaner? Ko ok dah ke? Gila prihatin aku ni kat ko.

Takpayah la berpura-pura prihatin sangat, jariku cakap. Aku ok je, tapi kadang aku g ofis, lebih-lebih lagi kalo  kat toilet lain macam sikit. Berdiri je bulu roma aku ni. Tapi aku buat derk je. Tapi kan mataku, malam tu aku lupa ambik burger. Aku order 2 bijik tau. Kempunan nak makan burger. Malam ni jom g makan burger kat situ nak? Ko blanja. Cantekkk.

Ah takde takde, aku bidas. Ko ajak apahal lak aku kena korek sen? Jariku gelak je sambil cakap, kakak kena la blanja adik. Pale lutut dia, saja merujuk kepada usia aku lettew. Tapi end up hari tu, aku gak belanja, huh menyampah betul dah la bantai burger dua bijik, aku makan sbijik pon dah kenyang (aku kan diet, muahaha).

 

 

 

 

 

 

 

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 620
Date:

hehehe.. mataku matamu mata kucing.. tiap kali baca crita hantu yang ko tulis,mesti aku gelak.. kihkihkih.. bukan jariku juga ke yang terperangkap kat lif dulu? hihihi.. klau kat sini,jarang dengar hantu ikut org balik..bahaya juga tu kalau hantu ikut kita balik rumah.. eeeee.. seremmmmmm... dia kerja kat mana? mksd aku,area mana...

zmn skrg ni susah..kadang tampat2 keras pun org suka bina bangunan..sbb tu kdg benda menjelma2.. hihi


__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

hai ika syg, cewah...

ni nasib baik aku gegurl panggil ko syg..

cu kalo baddar yang panggil, mau kena pekong ngan lesung dek bini dia..

muahhahahaha..

aah, dia lew yang tprangkap dalam lif tu..

skrg dia tgh brubat lagi tu, haji munir kata sekali ada yang ikut balik, yang lain nak join gak..

aku dah kata jariku mmg spesis jembalang, tapi dia kata dia hensem...

habis aku nak kata cemaner lagi..

area umah atok aku, haaa mnjawab persoalan la tuh sikit2...

nanti ah aku roger beliau, lama dah tak gosip jariku..

kesian gak la mamat tuh, tapi dia jenis hati keras gak kekadang tuh..

bila nampak je dia buat tak reti sampai lah hantu tu kaco dia..

baru dia nak baca2..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

akhirnya timbol jugak adinda mataku mataku jua ni kan kan kan ... aku.... aku .. rindu sama ko la dik ....... nguah nguah nguah ........ bukan apa .... rindu nko punya tulisan la ....... bukan dngn nko ....... tolonggggggg sikit ehhh ...... jangan nak perasan ........ bukan saja lobang idong aku kembang kembong kembang kembong dik lawaknya tulisan nko tuuu ............ aku punya bulu idong pon ikut kembang sekali ...... tu aku susah nak napas tu ... seksa betollll ....

 

nie apa citer .. lama nko x timbul kat GC ..... aku? aku laen laaa .. bizi la sejak menjak dua tiga empat menjak nii .... maklom laaa ....... keje gomen kan .. sapa kata keje gomen  x banyak? aaa terai laaaa keje .....

 

ohh? apa? nko x de boipren ..? eleh .. leh mati ke kolo x de boipren .... tu .. aku punya kucing tu ... lama dah bujang x dak gelpren .. x mati pon .... hehehehehehehe ...  (ingat lawak la ...)

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

badda2 wrote:

akhirnya timbol jugak adinda mataku mataku jua ni kan kan kan ... aku.... aku .. rindu sama ko la dik ....... nguah nguah nguah ........ bukan apa .... rindu nko punya tulisan la ....... bukan dngn nko ....... tolonggggggg sikit ehhh ...... jangan nak perasan ........ bukan saja lobang idong aku kembang kembong kembang kembong dik lawaknya tulisan nko tuuu ............ aku punya bulu idong pon ikut kembang sekali ...... tu aku susah nak napas tu ... seksa betollll ....

 

nie apa citer .. lama nko x timbul kat GC ..... aku? aku laen laaa .. bizi la sejak menjak dua tiga empat menjak nii .... maklom laaa ....... keje gomen kan .. sapa kata keje gomen  x banyak? aaa terai laaaa keje .....

 

ohh? apa? nko x de boipren ..? eleh .. leh mati ke kolo x de boipren .... tu .. aku punya kucing tu ... lama dah bujang x dak gelpren .. x mati pon .... hehehehehehehe ...  (ingat lawak la ...)

 

 

 


 

aduh kena taip reply utk waknda dua kali nihhh....

bengang gila aku lupa nak submit post..

 

bukan saja nak tenggelam timbul, tapi busy ah weh..

wei saja je sebut pasal takde boipren!

huh saja letthew, nak anak bujang waknda seketul dua, boleh la..

kata member, puiii..

 

gila rindu seyh ruangan ni.. dulu masa study kerap gak la up story..

wei ni apasal meremang masa aku taip ni weiiiiii.

ayah aku kata aku selalu rasa meremang, tak sedap ati lah pasal aku culas solat..

hah kena setepek..

tahun ni aku berazam nak solat awal waktu, orang azan je solat.. gila suci niat aku..

 

aku pon sebenarnya rindu gak la kat waknda ( malu ah malu ah)

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 620
Date:

kiranya dia kuat semangat laa tu. ada org,klau tengok je terus histeria,pengsan dll... mungkin betul juga sebab dia kacak hantu tu ikut dia pulang.. kihkihkih.. mesti hantu tu n the geng dh siap simpan pkaian nk ikut dia balik..
jariku jarimu jari perempuan tu ada aura yg tersendiri,dia mkn auramen laa kot,sbb tu jembalang suka kacau dia..

skrg dia berubat dgn sape? smoga lps ni benda2 tu x ikut dia balik..

lg2,kaki dia yg kena korek antu guli tu mcm mna?

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

ika syg wrote:

kiranya dia kuat semangat laa tu. ada org,klau tengok je terus histeria,pengsan dll... mungkin betul juga sebab dia kacak hantu tu ikut dia pulang.. kihkihkih.. mesti hantu tu n the geng dh siap simpan pkaian nk ikut dia balik..
jariku jarimu jari perempuan tu ada aura yg tersendiri,dia mkn auramen laa kot,sbb tu jembalang suka kacau dia..

skrg dia berubat dgn sape? smoga lps ni benda2 tu x ikut dia balik..

lg2,kaki dia yg kena korek antu guli tu mcm mna?


 

part kacak tu aku tak tahan, sebab kalo letak muka dengan mangkuk jamban mst ko pilih mangkuk jamban..

dengan haji munir la kot. entah aku pon tak tahu, rasa nya ngan haji lagi..

kaki dia calar2, tinggal parut, gigih tenyeh daun lidah boya nak suruh hilang parut..

aku tak bahaya la takut gak jadi macam si pasu, sampai kurus kering..

cita pasu aku ada up, tapi lupa tajuk apa..



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Wala weiiiiii ...

Adinda mataku mataku jua ....

Ilang lagik budak niii....

Pasal anak bujang .. sori .. aku x jual ... ehhh ... silap .. aku x mau carik bakal anak menantutu kat sini ..

Sebab ... kebanyakannya  bukan betuk sangat ..

Lebih lebih budak yg namanya mataku ku ..  seleisih 44 simpang kanan simpang kiri ..

Hehehehr ... gurau la dikkk .... budak budak sekarang mana main org tua carikan ..... kekadang taim belajo lagi da cop mak we

 

Ni dikkk .. mana.. mana cerita antu lagi

Bagi la sekeping dua keping mpat keping lima keping cerita .. baru besttt ..



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard