Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Darah : Lambang Peribadi


Super Member

Status: Offline
Posts: 1937
Date:
Darah : Lambang Peribadi


jom tgk sifat peribadi korang melalui jenis darah....


JENIS DARAH:LAMBANG PERIBADI..

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita
mampu menggambarkan personaliti sebenar diri sendiri?

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang
dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di
dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.
Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini
disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri
sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha
untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa
cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki
sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu
memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal
emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam
hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara
berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri
dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga
sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.
Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada
dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki
keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan
langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat,
kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan
diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu.
Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam
perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu
jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua
perkara.

Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan,
kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu
sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan
fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan
diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada
kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak
gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan
masalah buat dirimu dan sekali gus
memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu
harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh
menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian
yang jelas terpancar dalam diri individu yang
tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu
juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu
berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam
diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki
dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan
berani untuk membuat keputusan sendiri.Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk
diri kamu sendiri. 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

kalo darakula camane plak??....

__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

dorena darah apa ek,,ummiee tlg check jap.dorena darah apa?

__________________
love is everything or nothing


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

aku pulak jenis darah khatulistiwa... kenapa takde jenis darah ni dalam senarai ko tu eloka sesumpah? Tak adil sungguh

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


Mister Rie wrote:

aku pulak jenis darah khatulistiwa... kenapa takde jenis darah ni dalam senarai ko tu eloka sesumpah? Tak adil sungguh

ko punyah darah tak payah dalam senrai sbb kokan ada tulang je mana ada darah

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 1381
Date:

eloka...cam ne di org boleh bagi kelas darah camtu ha..A,B,O,AB.....cuba ko beri penjelasan...

__________________
Copyright©Bijan 2009


Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

tak yah ko tanyer bdk eloka tu, bijan....dia copy paste jer tu...


aku cdgkn ko bukak balik buku biologi stpm.....konfirm ada..



__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.
NN


Super Senior

Status: Offline
Posts: 581
Date:

aku pelik tuk ngan si bijan nie... dia nie bebetul tak tau ker atau buat2 tak tahu.... asik menanya soalan yg bodoh2 jer... ce guna commence sense skit.. kata bos aku kepada staffnyer.. mengong



__________________
belai cinta agar terus mekar


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

kecian ko bijan kan dah kena

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 1381
Date:



__________________
Copyright©Bijan 2009


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:


bijan wrote:



ala bijan jgn mare rilek lerjom kita pekena ais kacang

__________________
love is everything or nothing


Super Member

Status: Offline
Posts: 1937
Date:

NN wrote:


aku pelik tuk ngan si bijan nie... dia nie bebetul tak tau ker atau buat2 tak tahu.... asik menanya soalan yg bodoh2 jer... ce guna commence sense skit.. kata bos aku kepada staffnyer.. mengong

hanya org bodoh jer yg tak tau dan hnya org yg tak tau je kita boleh dispesifikasikan sebangao bodoh...dan hnya org yg pura2 tak tau tu la buleh dianggap sebagai...apa punya samdul la ko ni bijan....tula org soh gi sekolah monteng...kan dah kene dgn cikgu NN...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1381
Date:



__________________
Copyright©Bijan 2009


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

BOSAN TUL!!!!

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard