Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Depa Memang Kejam!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:
Depa Memang Kejam!!


bismillah.jpg

Lepas ja mama meninggai,aku ambik keputusan untuk stay sendiri memandangkan papa dah bahgia sangat ngan bini baru dia tu kan..so memang tak la dia nak hiraukan aku.Seusia aku 18tahun aku hidup dikelilingi dengan 1001 cerita duka berbanding sukanya,papa kawin dua...seronok sangat ngan bini baru yang muda bergetah tu dia abaikan aku ngan mama,mama aku sakit terlantaq pown dia tak pernah hirau tak pernah ambik peduli...bila mama aku dah kena tanam 7kaki dalam baru dia nak mai sua muka.

Aku terus terang la,semenjak dia berkeras nak kawin lagi satu aku memang dah pangkah dia dari hidup aku,aku anggap dia bukan ayah aku lagi...aku memang extremely marah....benci kat dia!!!Lepas mama meninggai mungkin dia ada rasa bersalah kat aku,dia cuba2 nak dekat ngan aku..apa saja kemahuan aku dia turutkan...apa saja...aku pon mula la besaq kepala..masa tu aku pikiaq nak jahanamkan saja harta papa aku tu baru puas hati aku.

Aku continue study kat kolej swasta yang famous kat penang ni,well..result aku bukan la bagos mana pon,dah nama kolej swasta so money is raja la..senang2 sangat aku leh enter kolej tu dengan menggunakan nama serta harta kekayaan papa aku.Ok fyi papa aku orang berpengaruh dekat pulau pinang,just mention Tan Sri Megat Iskandar sapa yang tak kenai??tapi aku sikit pon tak berbangga malah aku rasa semakin menebal dendam amarah aku terhadap papa.

Ok fine,aku banyak enjoi...pelajaran aku terang2 la dah jahanam..so what?do i care?as long they can make a good money from my dad they wont kick me out.Baru2 ni papa hadiahkan aku condo mewah,sebab dia tak nak aku stay apartment murah yang aku kongsi dengan kawan2 kolej aku.

Ok la dah papa ia2 nak bagikan aku terima jala dengan hati yang terbuka...haha

Aku ajak Mia ngan Sara stay ngan aku,kiranya depa ni bff aku la kononnya..tapi padahal aku tau niat 'baik'depa tu...sapa yang tak mau nak berkawan rapat ngan aku tu memang bodoh la...haha

Aku dah biasa tinggai sorang2 dalam rumah yang besaq,tapi lain sikit dengan rumah ni..aku rasa seram sejuk semacam..dinding kosong yang tinggi dan luas tu aku rasa seolah2 merenung tajam kearah aku.So which mean aku memang tak akan dok dalam rumah tu kalau Mia ngan Sara tak dak.

Besok tu lepas ja kelas aku ajak Mia teman aku shopping..apa yang aku shopping?dah tentu2 hiasan dinding...aku nak pastikan dinding tu xkosong sebab aku memang macam ada masalah ngan dinding tu.Sara tak ikot kami sebab dia kalu dah berkepit ngan jantan memang tak berganjak mana la..so Mia ni,dia jenis lemah lembut ja,sebenaqnya Mia ngan Sara ni sepupu aku boleh rapat ngan depa ni masa kat kolej la..Mia aku tengok ok la,boleh nak dibuatkan kawan kongsi masalah tapi Sara ni dia macam liaq sikit.

Aku tak minat follow stail Sara so aku aku lebih rapat dengan Mia.Lepas shopping kami makan dekat TGI FRIDAYS,masa tu kebetulan terserempak dengan Sara..Ya tak salah tengok Sara dengan laki baru pulak..Sara hampiri kami,aku dok perati ja laki tu..sebab mata dia tak berkejip tengok Mia.Mia pulak macam tak selesa bila mamat poyo tu macam dok main mata ngan dia..

Dia kuis siku aku,aku tersentak..aku tiba2 sakit hati pulak bila mamat tu menjadi2 dok perati Mia atas bawah..aku habaq kat Sara jangan balik lambat n straight aku cakap jangan dok pandai2 bawak balik jantan rumah aku.NO MEN ALLOWED!!!Sara senyum miang pastu depa blah.

Sampai ja rumah Mia tak sabaq2 nak gantung hiasan dinding tu sebab dia kata dia memang suka hias menghias ni.Tapi aku menolak sebab penat gila seharian kami berjalan kat Pavilion tu..aku kata kat dia nanti2 jala,dia muncungkan mulut dia tu..haha sempat lagi warning aku kata nak hias nanti kena dengan dia kalu tak siap.....haha mia..mia..2,3 hari jugak aku mengelat nak gantung hiasan tu,yang Mia dah pok,pet,pok,pet dah kat aku..haha bukan apa aku not in mood lagi.

Aku semakin rapat ngan Mia,and aku rasa Sara macam tak senang duduk tengok aku asyik berkepit ngan Mia yela mana tak nya kami asyik berdua dah Sara tu asyik2 ngan jantan tu jantan ni..Aku dapat rasa aku banyak berubah semenjak kawan ngn Mia,aku dah jadi seorang periang,aku dah tak cepat naik angin..alhamdulliah pelajaran aku pon dah meningkat baik.

Dan aku jugak dah tak bersikap dingin dengan papa,akan makan masa tapi aku akan berusaha untuk buang terus dendam aku terhadap papa ngan mama tiri aku tu.

Yes...holiday mood,cuti semester dah start so aku ingat nak bawak Mia ngan Sara p bercuti kat pulau tapi papa pulak ajak kami sekeluarga p holiday kat Melbourne..aku mula nak mengelak tapi Mia suruh aku ikot..sebab dia kata ambik peluang ni untuk pulihkan hati aku,untuk aku rapat balik ngan papa dan untuk aku kenai lebih dekat mama tiri aku.

Aku rasa ada betoi jugak cakap Mia,sebelum aku bertolak aku mintak Mia berkuasa penuh jaga rumah aku,and aku warning sekeras2 nya Sara supaya tak bawak jantan masuk rumah aku..dan aku mintak Sara tengok2 kan Mia,jangan asyik nak berkepit ngan jantan ja..merah padam muka Sara,aku tak perduli..aku dah kata aku xsuka jangan buat.

Aku tengok Mia sayu ja,berair mata dia..dia kata happy2 kat sana tapi jangan lupa dia kat sini..dia kata balik nanti dia nak jugak2 pasang hiasan dinding tu,aku mula teringat hiasan dinding yang dah dekat sebulan aku beli tu tapi masih tak bergantung.Aku rasa tak sedap hati dengan tiba2..aku tengok Mia macam berat nak lepas aku pergi.Last sebelum aku masuk kedalam depart aku suruh Sara tengok2 kan Mia sama.Sara senyum sambil menghangguk.

Aku pon tak mengharap sangat ngn Sara tu tapi at least aku pesan so kalu jadi apa2 kat Mia aku tau la nak hamput sapa.

 



Attachments
__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

 

Alhamdullilah,setelah hampir 3minggu bertapak dibumi orang akhirnya aku kembali berpijak dibumi merdeka akubiggrin.Sampai ja kat Penang papa ajak aku singgah makan dulu ikan bakaq kat kedai favorite dia,tapi aku menolak dengan alasan letih sangat..tapi sebenaqnya hati aku tak sedap aku tak tau pasai apa,mungkin aku risaukan Mia.

Papa drop aku dekat guard house atas permintaan aku,aku salam tangan papa and tangan mama tiri aku...fyi memang agak kasar kerana aku bahasakan dia mama tiri,aku cuma perlukan lebih banyak masa untuk betoi2 terima dia untuk gantikan arwah mama akucry.

Aku bergegas naik keatas,sampai ja aku depan pintu rumah aku menarik nafas lega bila aku nampak kasut Mia ada tersusun rapi depan pintu.Aku ketuk pintu sambil bagi salam,a few time......tapi tak bersahut salam aku tu,so aku beranggapan yang mungkin Mia sedang tidoq.So aku bukak pintu pakai kunci pendua,suasana gelap gelita dalam rumah..aku terjerit2 memanggil Mia,aku tengok dalam bilik dia,tak dak...aku bukak almari tengok baju dia semua tergantung elok ja..katil pon kemas elok ja...ishhhh aku pelik mana Mia ni p?mungkin dia turun p kedai kot?tapi kasut dia ada tu haa...?urmmm maybe dia pakai kasut lain kot...?im questioning myself...

Tak pa aku tunggu dulu tengok,jap lagi balik la dia tu..sementara menunggu tu aku try luck call Mia,dalam suasana sepi tu aku tersentak bila dengaq bunyi fon Mia,jantung aku berdenyut laju...aku tercari2 mana arahnya datang bunyi tu..tiba2 aku ternampak cahaya dari bawah sofa,aku tunduk dan tengok..yes! tu fon Mia!pasai pa pulak fon Mia boleh ada bawah sofa ni???aku betoi2 heran.....

Aku call Sara,ada dekat 20 kali aku call haroomm tak diangkatnya...dalam hati memang dok mencarut bergunung dah kat si Sara...dia ni kalu dah berkepit celah ketiaq jantan memang tak boleh buat apa!!aku memang tunggu masa nak sound Sara sebab aku memang meyampah meluat dengan sikap dia tu.Aku dail sekali lagi selagi tak dapat cakap ngan dia aku tak puas hati..yahh good finally dia angkat,aku apa lagi dia angkat ja aku shoot dia bertubi2..memang aku lama dah dok taram dia since kat Melbourne lagi aku dok call2 dia ngan Mia macam mak hilang anak sekoq pon tak reti nak jawab!

Aku dok pok,pet,pok,pet tiba2 Sara cut..maybe dia geram aku dok terejai2 cakap ngan dia.Dia kata dia nak jumpa aku,aku kata la memang aku pon nak jumpa dia ngan Mia,pastu aku terkejut bila dia kata Mia tak dak ngan dia??dia nak jumpa aku pon sebab nak cakap pasai Mia????So where is Mia???dia kata lepas kejadian tu dia tak tau Mia p mana??what the.......???!!kejadian apa ni??aku tekan Sara suruh dia berterus terang dengan aku..tapi dia berkeras suruh aku tunggu dia balik dari outstation dalam 2,3 hari lagi terus dia letak fon.

Seriously,aku tak tenteram..aku yakin pasti ada benda besaq yang dah terjadi,tiba2 air mata aku jatuh...aku tak tau pasai apa aku nangis??tapi aku betoi2 risaukan Mia,aku tengok balik bungkusan baju,beg dan kasut yang aku belikan untuk Mia,semuanya berpadanan dengan aku.Aku menangis..Mia mana hang p???Aku tak sedaq bila masa yang aku terlena dalam bilik Mia.

Tiba2 perot aku rasa lapaq,aku turun nak p dapoq..alangkah terkejutnya aku bila aku nampak hiasan dinding yang aku beli ngan Mia bulan lepas tu dah terhias di dinding??Mia.....aku cepat2 turun tangga,aku pusing merata cari Mia,aku jerit2 nama Mia tapi Mia.........Mia tak dak dalam rumah tu,aku perati hiasan dinding tu,tiba2 aku teringat balik Mia kata bila aku balik ja dia nak pasang hiasan dinding tu.Mungkin dia tengok aku dok lena masa tu kot,tu yang dia tak sampai hati nak kejutkan aku.Aku sekali lagi beranggapan,tapi sebenaqnya dalam hati aku2 rasa ada sesuatu yang tak kenano

Sehari dua ni aku rasa semacam dalam rumah aku tu,aku tak pasti sama ada aku berimajinasi atau sebaliknya.Bila malam aku terdengaq suara halus yang sedang menangis seperti dia sedang terseksa menanggong kesakitan,sayuu...lembut,aku merasakan ada orang berlegar2 dalam rumah aku..kadang aku tercium bau harum..aku memang takot2 sangat2 tapi malam tu aku beranikan diri turun kebawah setelah mendengar tangisan gadis itu pada waktu kebiasaan.

Perlahan2 aku menuruni tangga,walaupon keadaan gelap tapi ada sedikit cahaya bulan menembusi ruang tamu dan aku terlihat satu kelibat 'manusia'sedang duduk membelakangi aku dan sedang berhadapan dengan hiasan dinding aku itu.Aku terpaku melihat 'dia','dia' seolah2 sangat tertarik dengan hiasan dinding tu.Tiba2 mulut aku terkeluaq menyebut nama Mia.Tangisan tu berhenti,aku masih lagi terpaku melihat 'dia',aku merasakan tiba2 mata aku kabur seperti ada sekumpulan habuk yang menerjah masuk,aku terduduk sambil mengosok2 mata aku,10minit kemudian barulah penglihatan aku mula nampak jelas.Tetapi kelibat 'manusia' tu telah ghaib dari pandangan.



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

Wah.. anak Tan Sri Megat Iskandar rupenyer anak dara ni..

hehehh.. tetibe camnak kenal2 baik jaa..

hahaaahaaa...



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

cengkodok puteh wrote:

Wah.. anak Tan Sri Megat Iskandar rupenyer anak dara ni..

hehehh.. tetibe camnak kenal2 baik jaa..

hahaaahaaa...


 wahhhahaha...nampak kat situ permainan dia,plastik segeri sangatlaughing.gif



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 620
Date:

sambung2... dh lama x dengar cerita hantu ni.. best ni best!!

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

In Syaa Allah ika syg jap aku sambong yerr....



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Aku masih lagi terduduk dekat anak tangga tu sambil mula berfikir adakah kejadian tadi adalah sebenar2 kejadian??apa yang tak kena dengan rumah ni?apa yang tak kena dengan Mia??Aku ingat balik dari holiday ni aku boleh rilex la sikit..santai la sikit..rupa2nya urmmmmm...

Malam tu aku blah p tidoq rumah papa,nasib baik la papa tak berapa perasan dengan muka aku yang super cuak tu..aku penat bila mengenangkan semua yang berlaku ni,aku pon mula berfikir maybe selama ni Mia hanya berpura2 baik dengan aku sebab nak ambik kesempatan ka???aku agak terkilan dengan Mia,mana tak nya ok fine la kalu dia tak mau call aku,tapi aku dok call dia awat yang dia tak mau jawab??ehhh..fon dia kan ada kat aku?ahhh...tak kisah la dia boleh saja kan ambik alternatif lain untuk berhubung dengan aku??haishhhh...stress aku dok pikiaq pasai benda ni.Akhirnya aku terlelap.

Pagi tu lepas ja sarapan aku lepak jap kat taman sambil baca majalah,sedang khusyuk tiba2 Sara call,and aku cepat2 jawab.Dia kata nak jumpa aku dekat tempat kami selalu lepak,aku tanya la awat kita tak cakap kat rumah ja?Sara tak jawab,dia hanya ingatkan aku lagi supaya ada kat sana pukoi 12tengahari.

Aku malas dah nak bertelagah dengan Sara so aku hanya iakan.Aku sengaja sampai awai sikit kat sana sebab sebelom apa2 aku nak menikmati secawan hot mr pot white coffe,minuman kegemaran aku and Mia.Ni lah janji keling,ia2 suruh aku jangan lambat at last dia yang mai lambat pulak..ermmm..12:15 macam tu baru aku nampak kelibat dia berjalan kearah aku dengan highheel dia tu.

Dah la lambat mai kat aku dok wat muka ketat plak,sorry katanya sebab lambat..aku tak kisah sebab aku sanggup tunggu 24jam sekali pon asaikan masalah yang membelenggu aku ni selesai.Sebelum Sara mula bukak cerita aku suruh dia order air dulu tapi dia menolak kononnya dia dah minum dan dia tak boleh lama.Ok lah lantaq kau lah..

Sara menghulurkan aku sekeping nota,nota dari Mia..aku bukak dah baca sampaikan aku tak perasan yang air mata aku berjurai jatuh.Memang nota tu asli dari Mia sebab aku cam dengan tulisan tangan dia.Aku menangis sungguh2..Sara rapatkan badannya dengan aku lalu memelok aku erat.Aku rasa bersalah dekat Sara,selama ni aku ingat Sara yang jahat Sara yang liaq rupa2nya Mia.......???!!!!

Kata Sara nota ni Mia bagi kat dia suruh pass dekat aku lepas Mia dah kantoi dengan Sara sebab dia bawak balik jantan masok rumah??!!!Sumpah aku tak tipu,aku pon tak sangka yang Mia sanggup buat macam tu,aku nampak dengan mata aku sendiri.Sara sempat lagi kata dia malu nak bagitau dalam keadaan macam mana dia nampak Mia dengan laki tu dalam bilik Mia.

Sara mintak maaf dekat aku sebab dia yang suruh Mia keluaq dari rumah tu,dia tak mau Mia suka2 hati buat rumah tu sarang tempat dia buat maksiat.Aku betoi2 kecewa aku betoi2 marah dengan Mia sampai hati dia buat aku macam ni,aku ingat dia sajalah kawan aku paling baik rupa2nya....??!!

Ada dekat sejam kami berbual Sara kata dia kena pergi,tapi sebelum dia p dia mintak maaf sekali lagi dekat aku,katanya tanpa kebenaran aku dia dah gantung hiasan dinding tu..sebab lepas kes dia nampak Mia ngan jantan tu and lepas Mia keluaq dari rumah tu...Sara saja nak kemas2 rumah aku,masa tu la dia perasan hiasan dinding tu and dia gantungkan.Aku tanya bila  yang dia gantung?seminggu sebelum aku balik ke Malaysia...???!!!!!aku tak tunjuk reaksi pelik kat Sara,aku just kata xpa n then thanks.Seingat aku masa aku mula2 sampai hiasan dinding tu masih belum tergantung..hanya lewat malam bila aku terjaga dari lelap aku nampak hiasan tu,aku ingat Mia yang pasang..??!!

Kalau Sara kata hiasan tu dia gantung seminggu sebelum aku balik sapa yang turunkan balik??and then sapa pulak yang gantungkan balik pada malam tu???Tak mungkin Mia,kalu kata Mia boleh ja nak balik buat apa dia tulis nota untuk aku??Aku masih lagi keliru....



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Lepas aku jumpa Sara hari tu aku dah jarang sangat balik rumah,aku selalu balik rumah papa....ada sebab yang aku tak mau balik sana sebab pertama aku mula takot dengan kelibat 'gadis' tu yang aku tak tau mana hala dia sesat mai hinggap rumah aku and sebab kedua rumah tu banyak kenangan aku dengan MiacryAku ingat nak cerita kat papa tapi aku belum bersedia..biaq la dulu in syaa Allah gangguan tu akan hilang dengan sendiri dia.

Lepas ja makan malam aku terus naik tidoq,aku perasan aku dah tak macam dulu..aku dah tak ceria tak banyak bercakap aku lebih suka berkurung dalam bilik.Papa ketuk pintu bilik aku and dia mintak izin nak masuk kalau aku belum tidoq lagi.Papa mintak maaf kat aku sebab katanya dia jarang bertanyakan perihal aku.Papa kata dia dah lama perasaan yang aku ni macam ada yang tak kena,since masa kami p bercuti lagi cuma dia tak berkesempatan nak bertanya,tapi malam tu papa tekad tanya aku ni ada masalah kat kolej ka?or maybe masalah lain yang aku nak kongsi dengan papa?

Aku pandang ja wajah papa,wajah yang dulu aku sangat2 benci tapi sebab Mia aku  padamkan dendam aku terhadap papa tapi kenapa Mia sanggup khianati aku????aku menangis lalu memelok papa...aku semakin tidak kuat,aku curahkan segala2nya dekat papa malam tu,aku rasa lega...papa terkejut bila dengaq aku cerita yang aku kena ganggu dengan kelibat seorang 'gadis'.Papa kata papa t bawak ustaz untuk lihat sekeliling rumah tu.Aku berterima kasih dekat papa dan aku rasa lebih tenang.

Lepas ja kelas aku terus balik rumah...setibanya aku depan pintu aku terkejut kerana kasut Mia yang aku dah simpan dalam store tu tiba2 ada depan muka pintu.Mungkin Mia balik lagi bawak jantan marah aku dalam hati,aku kena jugak bersemuka dengan Mia banyak benda aku nak persoalkan kat dia...Aku cepat2 bukak pintu dan aku hempas pintu dengan kuat,aku jerit panggil Mia.

Aku nampak Mia sedang bersimpuh sambil mengadap hiasan dinding.Perlahan2 aku menghampiri Mia..tiba2 Mia menangis dan aku seolah2 pernah mendengar suara tangisan itu sebelum ni.Aku menyentuh bahu Mia,sejurus itu Mia paling kearah aku..muka Mia pucat tidak berdarah,aku menyentuh wajah dan tangan dia..sejukkk...Aku seolah2 terpaku melihat Mia,tiba2 Mia mengangkat tangan dan dia menunding jari ke arah hiasan dinding tu.

Aku bertambah2 pelik..apa sebenarnya yang tak kena dengan hiasan dinding tu????Tiba2 tangisan Mia menjadi lebih kuat dan nyaring..aku melihat wajah Mia brtukaq menjadi hodoh..tiba2 terlihat garis2 luka pada wajahnya dan mengeluarkan darah dan nanah yang berjaya meloyakan tekak aku...aku menjerit sekuat hati and tiba2 aku merasakan ada seseorang yang sedang mengoncang2 badan aku..lalu aku bukak mata and terlihat ibu su pembantu rumah aku dan mama tiri aku.

Ya Allah...aku bermimpi rupa2nya,tapi mimpi tu saling sangat berkaitan,ibu su memangku aku dan diberinya aku minum...aku rasa semakin lega,ketika itu jam baru menunjukkan pukoi 4pagi..aku letih tapi aku tak berani untuk sambung tidoq kerana aku takot mimpi tu akan datang lagi.Aku mengambil keputusan untuk sembahyang dan mengaji quran bersama2 dengan ibu su dalam biliknya..

Aku yakin sebenarnya ada sesuatu yang telah terjadi pada Mia..aku yakin apa yang Sara ceritakan itu semuanya tak betoi,aku kena buat sesuatu supaya Sara berterus terang dengan aku apa sebenaqnya yang telah terjadi Sara sebenaqnya telah rahsiakan sesuatu dari aku.Aku harus menrencanakan sesuatu.



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Pagi tu aku call Sara and aku tipu dia...aku kata kononnya Mia call aku dan mintak aku aturkan pertemuan antara aku Sara dan Mia di condo kami..!!Sara terdiam..agak tidak jelas tapi aku masih dapat dengaq yang Sara kata ni tak mungkin??!!Sara berusaha untuk memberi pelbagai alasan namun aku tetap berkeras memaksa dia.Seperti yang aku duga..memang ada yang tak kena.Sebelum aku letak fon aku ingatkan lagi dia supaya hadir pada waktu dan tarikh yang telah aku setkan.Tanpa menunggu jawapan aku terus letak.

Malam tu aku papa dan seorang ustaz ke condo aku,kata papa ustaz akan cuba membantu kita dengan izin Allah S.W.T.Sedang kami melalui jalan kerumah aku yang terletak dibahagian hujung ustaz kelihatan gelisah dan tidak selesa..ustaz juga menutup hidungnya.Aku dan papa agak pelik dengan reaksi ustaz kerana aku dan papa tidak lansung mencium bau apa2..Ustaz kata ada roh yang tidak tenteram dirumah aku..??!!Roh sapa..??!!

In Syaa Allah,mari kita mulakan..di depan pintu aku tengok mulut ustaz terkumat kamit membaca ayat2 suci al-quran.Ustaz meminta kami ikot dia melangkah masuk dengan kaki kanan serta selawat keatas Nabi,sejurus kami lakukan itu..aku dan papa mencium bau busuk yang teramat sangat busuk...sehingga apa saja dari dalam perot aku menendang keluaq,aku termuntah...lemah papa memapah aku ke tandas,sementara ustaz masih terusan membaca ayat2 suci al-quran.

Bila keadaan aku makin ok papa papah aku kedepan..kami lihat ustaz seolah2 sedang berinteraksi dengan seseorang sambil memandang hiasan dinding...???!!!again.....??!!!Ustaz kata roh tu terperangkap di rumah kamu ini,aku mintak ustaz tanya apakah nama dia Mia??Ustaz mengangguk....tiba2 kaki aku menjadi lembek aku terpelosok jatuh sambil aku menangis..aku mintak maaf kat Mia aku tak jaga Mia dengan baik..aku tinggaikan Mia,aku tanya sapa yang buat ini semua kat dia,aku tak dapat melihat Mia tapi ustaz tiba2 mengangkat potret Sara.

Dah jelas semua ini...semua ni angkara Sara...??!!!Aku tekad aku tak akan lepaskan Sara,dia harus mengaku perbuatan dia terhadap Mia..??!!!Aku memaklumkan pada ustaz dan papa rancangan aku,syukurr ustaz ingin membantu aku merungkai semua ni.

Hari yang telah kami janjikan...surprise Sara masih berani untuk datang,mungkin dia fikir dengan cara ni dapat menangkis keraguan aku terhadap dia.Macam biasa katanya dia tak boleh lama,tanpa berlengah aku tanya mana Mia..??!!Sara terkejut..dia meninggikan suara kata dia aku yang rapat sangat dengan Mia so awat tanya dia mana Mia..??!!Aku tekan lagi..apa yang hang dah but kat Mia..??!!Aku tak buat apa pon kat Mia..??!!Aku tak bunuh Mia..??!!!!Sara terdiam seolah2 merasakan dia sedang membodohkan diri di situ...

Hang kata hang tak bunuh Mia???Sapa bunuh Mia...???!!!Sara mula gelisah muka dia merah..tiba2 dia rapat dengan aku dan cuba nak mencekik aku...aku sempat mengelak,Sara seperti hilang kawalan dia berlari kedapoq dan kembali dengan membawa sebilah pisau..tiba2 terlihat kelibat Mia..wajah Mia kelihatan sangat marah memandang Sara,wajah yang menyimpan 1001 dendam...tak mungkin....!!!! hang dah mati Mia..??!!! hang dah mati..??!!

Aku beristifar,dua minggu lepas aku bertolak ke Melbourne Sara bawak balik Herry ke rumah,Herry laki yang aku dengan Mia terserempak dekat Pavilion tu,yang dia dok tengok Mia atas bawah,atas bawah..Lepas dia dah puas dengan Sara jantan tak guna tu cuba nak perkosa Mia...si Sara ingat Mia yang cuba goda Herry lepas ja dia nampak Herry masuk bilik Mia dia turun bawah ambik pisau dengan niat nak ugut Mia.

Sara nampak Herry sedang bergelut dengan Mia,Sara menjerit Herry terkejut cepat2 dia bangun dari terus menindih Mia..Mia kelihatan sangat lemah dan dia menangis..tiba2 dengan tidak sengaja Sara tersadung lalu menikam Mia..cryMia mati serta merta kerana tikaman itu tepat di dada Mia...

Sara menangis..dia melutut,katanya dia tak sengaja...dia mintak maaf dekat Mia,papa dan ustaz turut menyaksikn..dimana Sara telah mengaku..tiba2 Sara bangun dia menghampiri hiasan dinding itu,dia menurunkan hiasan tu lalu dengan kudrat yang tak seberapa itu dia memecahkan dinding batu itu...papa dan ustaz menghampiri Sara dan menolong Sara yang kelihatan lemah...

Dinding tu dipecahkan dan terlihat mayat Mia disitu...Astaghfirullahaladzim...!!!!aku beristifar....aku menangis semahu aku,Mia..........maafkan akU!!!ustaz dan papa mengangkat mayat Mia lalu di baringkan..kau memang kejam Sara!!!!kau kejam!!!aku bertindak hendak memukul Sara tapi di halang papa..sudah kau bunuh dia pastu kau fitnah dia!!!kau ni bukan manusia Sara kau binatang!!! kau lebih jijik lebih hina dari tu!!!

Sara hanya terdiam seperti orang bodoh,aku akan pastikan kau dan jantan sial tu diheret kemuka pengadilan...??!!!!Aku menghampiri mayat Mia...Mia...aku mintak maaf...selama ni hang cuba untuk bagitau aku tapi aku tak peka Mia...aku dah siksa hang Mia...maafkan aku Mia,aku sayang hang Mia...

20minit kemudian polis serta pegawai keselamatan tiba,dan Herry diberkas 2 hari kemudian..Mereka mengaku di atas pertuduhan yang di bacakan dan telah dikenakan hukuman yang setimpal.Lepas ja kejadian tu,hidup aku berubah..aku sudah mula mengenakan hijab,dan aku telah berpindah dari condo yang sarat dengan 1001 kenangan..aku stay dengan papa dan mama..no more mama tiri but mama,setiap kali aku berkunjung kepusara arwah mama aku pasti akan singgah dipusara Mia,kerana dengan permintaan aku Mia di semadikan berhampiran pusara mama,keluarganya merestui niat aku itu.

Walaupon Mia dah tak dak,tapi aku hidup dengan semangat Mia..aku hidup dengan kasih Mia,aku akan sentiasa mengdoakan Mia akan tenang dan damai di sana.Mungkin suatu hari nanti kami akan bertemu lagi.Amin...

Sekian



-- Edited by cesilia on Friday 28th of November 2014 02:00:23 AM

__________________

aNAK maK abAH akU



Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

Best!

__________________

Mencari penawar untuk hilangkan kebosanan dan kesunyian...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

TQ...Lovelyzzz aww.gif



__________________

aNAK maK abAH akU



Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

Sama sama...

__________________

Mencari penawar untuk hilangkan kebosanan dan kesunyian...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

Kisah benar ke ? Macam dlm cerita jepun. The phone ke apa. Yg pompuan tu dalam dinding jugak.. Mayat pompuan tu..

__________________

AKU BERCITA-CITA MAHU MENJADI ORANG KAYA

DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. INSYA ALLAH...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

ariesyaz Iris wrote:

Kisah benar ke ? Macam dlm cerita jepun. The phone ke apa. Yg pompuan tu dalam dinding jugak.. Mayat pompuan tu..


 cerita ni hanya lah rekaan semata2..mungkin secara kebetulan masa aku berimaginasi terkena plak ngan cerita The Phone tu...hehehehe



__________________

aNAK maK abAH akU



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

cita ni best..tapi benar ke atau tak?

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

yani..kan cecil dh habaq kat ataih tu rekaan..makanya tiadalah benar cite itu
melainkan rekaan cecil y sk mkn buah berangan smpi mengetuk keyboard komputer ....



__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard