Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cara memasuki Alam Bunian


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:
Cara memasuki Alam Bunian


 

Di Malaysia, ada beberapa tempat yang sesuai yang sering menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin masuk ke alam bunian. Antaranya:

1) Rawang temple park- air terjun tingkat 4, situ ada 1 batu yang boleh dan selesa untuk baring

2) Gunung Ledang ? Kolam Dayang, di situ ada 1 batu juga boleh baring

3) Gunung berlumut ? di batu gigi boleh juga baring disebelahnya

4) Di Gunung Jerai ? Kawasan mendatar hampir dengan Kubah masjid

5) Di Puncak no2 Gunung Santubong ? Baring beralas

Tatatertib dan cara:

1. Semasa berbaring, pastikan tubuh penuh tenaga, bukan dalam keadaan penat atau letih atau kepala kusut.

2. Dengarkan bunyian alam seluruhnya.

3. Fokuskan kepada aliran air ( kerana aliran air mempunyai arus tenaga yang membantu kita memasuki alam).

4. Fokuskan kepada bunyi air terjun atau pancutan air sehingga bunyian lain ( cengkerik, burung, angin lenyap ), yang perlu dengar cuma bunyi air sahaja?terus fokus dan rileks.

5. Fokus hanya kepada bunyi deruan air sahaja, di dalam keilmuan batin, anda sebenarnya sedang menyerap tenaga dari air, tenaga yang dihasilkan oleh deruan air.

6. Dalam sekejap bunyi air ini akan hilang tiba tiba, dan serentak dengan itu juga anda akan dapati bahawa anda sudah berada di satu tempat lain?.di alam yang berbeza dengan alam kita?..jauh berbeza.

Di sana, suasananya damai, sunyi, aman dan tenteram sekali. Anda mampu berjalan-jalan ke mana sahaja selagi terdaya, selagi adanya tenaga alam ( tenaga deruan air tadi ) , tenaga ini akan digunakan sepanjang pengembaraan anda, jika tenaga ini sikit, maka perjalanan anda juga singkat dan pendek. Jika tenaga ini besar, insyallah anda mampu menerokai lebih jauh namun perlu diingat, habisnya tenaga Alam ini, maka anda akan kembali ke alam nyata dan sedar semula. Ingat..jasad tetap di sini, yang pergi hanya Sukma anda sahaja?.

Awas?.ada risikonya jika anda terlalu lama di sana ( energi Alam terlalu besar ), jika terlalu lama, maka tidak mustahil apabila bangun anda mendapati diri anda totally 100% jasad juga berada di sana. Bangun bangun, anda bukan berada di alam kita. Haru biru jugak kan..?

Bagaimana jika tiba-tiba anda tidak kembali ke alam nyata?

Jangan cemas.

Ada 1 cerita orang yang sesat ke alam sana, beliau berjalan dan terjumpa warung, beliau bertanya pada seorang pakcik ? Pakcik, saya sesat..bagai mana saya nak pulang ??. pakcik tersebut bertanya ? kamu ni manusia ya, tak apa? kamu berjalan terus ke sana, sambil menuding jari..insyallah kamu akan balik ke dunia asal.

Berikut merupakan pengalaman salah seorang daripada mereka yang pernah meneroka alam bunian:

Dulu ketika remaja aku pertama kali ikut tok guru aku, cara aku masuk ialah memegang tangan tok guru aku lepas itu aku dipimpin ke alam bunian oleh tok tanpa jasad, pertama kali aku masuk di salah sebuah perkampungan bunian yang terletak di sebuah kebun di parit buntar, semua di situ nampak normal dan biasa tetapi sebaik sahaja aku masuk melalui pintu tak berdinding aku dapat melihat sebuah perkampungan yang pada mulanya aku tidak nampak.

Dari jauh aku melihat seseorang sebaya dengan tok guru aku berlari kecil menghampiri kami, memang depa berdua nampak rapat selepas itu aku diperkenalkan kepada dia, rupa rupanya dialah penghulu kampung bunian itu. Kami terus dipelawa masuk ke rumah tetapi dalam perjalanan ke rumah aku dipandang dengan pelik aneh oleh penduduk kampung tersebut, awalnya aku berasa agak takut tetapi tok guru aku sentiasa berpesan ingat Allah, betulkan niat insyallah kita selamat.

Ok, sekarang dah tahu cara macam mana nak ke alam bunian kan? Apa lagi, buat rombongan terus la! :P

p/s: Kalau tiba-tiba terpikat dekat puteri bunian, menjanda awek/bini korang?HAHAHA

orang bunian

P



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

Post saya yang pertama
Maaf kala
u ada kesilapan ayat

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 620
Date:

Buat ape laa nak blajar masuk alam orang.. Bagus lagi masuk kolam dalam2,berenang.. Hihi

__________________

Aku Begini,Bukan begitu.

Itulah aku,ika syg!

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Dari aku masuk alam bunian, baik aku masuk alam perkahwinan, lagi best, tido pun ada teman.. Kuikui...

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Haha..jom ika kite berenang..
Kanda ijoi...selamat masuk ke alam perkahwinan...kawen jgn lupe jemput2 bilis tau..haha..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Sasha Aqira wrote:

Haha..jom ika kite berenang..
Kanda ijoi...selamat masuk ke alam perkahwinan...kawen jgn lupe jemput2 bilis tau..haha..


 

Sasha Aqira, boleh boleh, mesti jemput punye, jemput onyi duduk sebelah, boleh? Ada berani? Kuikui..biggrin



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Ijoi wrote:
Sasha Aqira wrote:

Haha..jom ika kite berenang..
Kanda ijoi...selamat masuk ke alam perkahwinan...kawen jgn lupe jemput2 bilis tau..haha..


 

Sasha Aqira, boleh boleh, mesti jemput punye, jemput onyi duduk sebelah, boleh? Ada berani? Kuikui..biggrin


 Oo bulehh...jemput jadi pngapit ye...boleh sgt kut...ketipak ketipungg... bunyi kompang bertalu talu... kui kui..



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard